refleksi gimnastik

2
REFLEKSI Penghasilan kerja kursus ini sangat baik dalam memupuk budaya untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dalam bidang gimnastik di masa hadapan. Ini kerana segala apa yang telah dipelajari dicatatkan dengan jelas dan sistemaik serta dapat menjadi sumber rujukan pada masa kelak. Melalui aktiviti yang telah dilakukan ini banyak input serta pengalaman yang berguna kepada pelajar dan juga guru dan ianya memerlukan pendokumentasian yang baik untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Ternyata ianya merupakan satu pengalaman yang baru dan menyeronokan. Sebelum kami melakukan aktiviti ini bersama murid, kami menjangkakan murid yang akan berasa bosan.Ini disebabkan kami membayangkan murid akan lebih seronok dengan aktiviti-aktiviti lain seperti bermain bola sepak.Namun setelah murid melakukan aktiviti, kami boleh nampak kesungguhan murid untuk melibatkan diri sepenuhnya dengan aktiviti yang dilakukan.Ini adalah kerana aktiviti yang dirancang ini tersusun dan aras yang sesuai dengan kebolehan mereka.Selain itu juga, di sebabkan kebanyakan di sekolah-sekolah jarang menjalankan aktiviti gimnastik semasa waktu Pendidikan Jasmani menyebabkan timbul rasa ini mencuba di kalangan murid.Oleh yang demikian, sepanjang kami menjalankan aktiviti, semua murid melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti yang kami rancang.Namun untuk proses dokumentasi, kami mengambil keputusan untuk memilih dua orang murid terbaik sepanjang aktiviti itu sebagai model.

Upload: faizahharun2

Post on 02-Aug-2015

86 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI GIMNASTIK

REFLEKSI

Penghasilan kerja kursus ini sangat baik dalam memupuk budaya untuk menjadi

seorang guru yang cemerlang dalam bidang gimnastik di masa hadapan. Ini kerana

segala apa yang telah dipelajari dicatatkan dengan jelas dan sistemaik serta dapat

menjadi sumber rujukan pada masa kelak. Melalui aktiviti yang telah dilakukan ini

banyak input serta pengalaman yang berguna kepada pelajar dan juga guru dan ianya

memerlukan pendokumentasian yang baik untuk diaplikasikan dalam kehidupan

seharian. Ternyata ianya merupakan satu pengalaman yang baru dan menyeronokan.

Sebelum kami melakukan aktiviti ini bersama murid, kami menjangkakan murid

yang akan berasa bosan.Ini disebabkan kami membayangkan murid akan lebih seronok

dengan aktiviti-aktiviti lain seperti bermain bola sepak.Namun setelah murid melakukan

aktiviti, kami boleh nampak kesungguhan murid untuk melibatkan diri sepenuhnya

dengan aktiviti yang dilakukan.Ini adalah kerana aktiviti yang dirancang ini tersusun dan

aras yang sesuai dengan kebolehan mereka.Selain itu juga, di sebabkan kebanyakan di

sekolah-sekolah jarang menjalankan aktiviti gimnastik semasa waktu Pendidikan

Jasmani menyebabkan timbul rasa ini mencuba di kalangan murid.Oleh yang demikian,

sepanjang kami menjalankan aktiviti, semua murid melibatkan diri secara aktif dalam

setiap aktiviti yang kami rancang.Namun untuk proses dokumentasi, kami mengambil

keputusan untuk memilih dua orang murid terbaik sepanjang aktiviti itu sebagai model.

Sepanjang kami menjalankan aktiviti ini di Sk Pekan Keningau II juga, pelbagai

masalah yang timbul pada mulanya.Masalah utama yang kami hadapi ialah kekangan

masa dan jarak.Ini adalah kerana kumpulan kami yang terdiri daripada Erwin

Joseph(Nabawan), Rayner Kondirong(Telupid) dan Muhammad Nazri Abu

Talip(Keningau).Kami merancang dengan lebih awal untuk bersama-sama berkumpul di

SK Pekan Keningau II bagi menjalankan aktiviti tersebut.Namun atas tanggungjawab

masing-masing kami berjaya juga mengatasi masalah tersebut.

Selain itu juga, saya sendiri terpaksa berbincang dengan Guru Besar SK Pekan

Keningau II, Encik Wahanin Ismail untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan

aktiviti ini di sekolah.Ini adalah kerana ianya dilakukan di luar masa persekolahan dan

pada masa yang sama murid-murid Tahun 6 pada masa itu akan menghadapi Ujian

Penilaian Sekolah Rendah(UPSR).Beliau risau akan menggangu fokus murid-murid dan

Page 2: REFLEKSI GIMNASTIK

juga risau sekiranya berlaku kecederaan semasa melakukan aktiviti.Namun setelah

berbincang, akhirnya beliau membenarkan aktiviti itu dijalankan di SK Pekan Keningau

II.

Setelah beberapa masalah yang dialami kami hadapi akhirnya kerja kursus ini

dapat kami siapkan sepenuhnya sebelum tarikh yang ditetapkan.Terima kasih kami

ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam

menyiapkan tugasan ini.