refleksi diri

3
REFLEKSI DIRI Komunikasi merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita.Seperti yang kita sedia maklum, terdapat 3 jenis komunikasi iaitu komunikasi lisan, bukan verbal dan komunikasi bertulis. Alat utama komunikasi lisan adalah bahasa. Aspek yang mempengaruhi komunikasi lisan ialah kelajuan, intonasi, humor serta singkat dan jelas. Setiap aspek tersebut perlu dititik beratkan agar tidak menimbulkan salah faham. Komunikasi bukan verbal pula pula mewakili ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, gaya tubuh dan gerak isyarat. Akhir sekali, komunikasi bertulis. Komunikasi jenis ini merupakan aktiviti merakan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk lambang bertulis atau grafik. Melalui projek ini, saya telah mempelajari banyak perkara berkaitan dengan komunikasi. Pengetahuan tentang ilmu komunikasi yang telah saya pelajari khususnya di kursus pembangunan diri amat membantu saya dalam mempraktikkannya dalam projek ini. Secara keseluruhannya, saya telah mempraktikkan 3 jenis komunikasi dalam projek ini. Saya telah mengajar, menyanyi dan memberi kuiz kepada para pelajar. Sejujurnya, keadaan pada mulanya

Upload: farahinyaziz

Post on 05-Aug-2015

82 views

Category:

Education


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi diri

REFLEKSI DIRI

Komunikasi merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan

seharian kita.Seperti yang kita sedia maklum, terdapat 3 jenis komunikasi iaitu

komunikasi lisan, bukan verbal dan komunikasi bertulis. Alat utama komunikasi

lisan adalah bahasa. Aspek yang mempengaruhi komunikasi lisan ialah

kelajuan, intonasi, humor serta singkat dan jelas. Setiap aspek tersebut perlu

dititik beratkan agar tidak menimbulkan salah faham. Komunikasi bukan verbal

pula pula mewakili ekspresi wajah, pandangan mata, sentuhan, gaya tubuh dan

gerak isyarat. Akhir sekali, komunikasi bertulis. Komunikasi jenis ini

merupakan aktiviti merakan idea, pandangan atau pendapat dalam bentuk

lambang bertulis atau grafik.

Melalui projek ini, saya telah mempelajari banyak perkara berkaitan

dengan komunikasi. Pengetahuan tentang ilmu komunikasi yang telah saya

pelajari khususnya di kursus pembangunan diri amat membantu saya dalam

mempraktikkannya dalam projek ini. Secara keseluruhannya, saya telah

mempraktikkan 3 jenis komunikasi dalam projek ini.

Saya telah mengajar, menyanyi dan memberi kuiz kepada para pelajar.

Sejujurnya, keadaan pada mulanya agak kurang terkawal berikutan kerana

pelajar terlalu teruja dengan kehadiran kami. Namun, akhirnya saya boleh

mengawal suasana kelas dengan memberi arahan secara tegas dan jelas kepada

para pelajar.

Saya juga menggunakan laras bahasa yang sesuai untuk memudahkan

para pelajar memahami perkara yang saya cuba sampaikan. Saya juga

menggunakan bahasa yang baik, sopan dan positif. Selain itu, saya juga

menyampaikan maklumat dengan jelas dan teratur. Saya juga sentiasa senyum

sepanjang sesi bersama pelajar kerana ekpresi wajah yang positif memainkan

peranan dalam keberkesanan komunikasi. Di samping itu, saya juga

menggunakan sentuhan dan gaya tubuh semasa berkomunikasi. Bahasa tubuh

Page 2: Refleksi diri

begini penting dalam menunjukkan perhatian dan keseriusan semasa

berkomunikasi. Saya juga tidak lupa menyelitkan unsur humor semasa

berkomunikasi untuk mewujudkan suasana santai.

Saya yakin saya dapat berkomunikasi dengan baik bersama para pelajar

sepanjang program ini berlangsung. Hal ini boleh diukur berdasarkan maklum

balas dari para pelajar setiap kali saya bertanya. pelajar juga berlumba-lumba

untuk menjawab soalan yang saya ajukan. Pelajar juga kerap bertanya soalan

kepada saya tentang suatu kemusykilan atau perkara yang kurang difahami. Ini

merupakan komunikasi dua hala, komunikasi yang efektif.

Konklusinya, kemahiran berkomunikasi amat penting dalam kehidupan

seharian. Bagi pendapat saya, program sebegini sangat membantu dalam

mewujudkan keberanian semasa berkomunikasi dan menerapkan keyakinan

semasa menyuarakan idea dan pendapat. Komunikasi yang baik penting bagi

semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmonis dan segala salah faham

dapat dielakkan. Ilmu komunikasi dalam projek seperti inilah yang membantu

para pelajar dalam urusan harian lebih-lebih lagi semasa temuduga untuk

mendapatkan kerja. Semasa menempuhi alam pekerjaan, komunikasi yang

efektif sebegini amat penting untuk memastikan segala urusan berjalan lancar.