refleksi big pismp sem 2

3
[AKMAL HAKIM BIN ABDUL MAJID] (920530-08-5809) KHIDMAT MASYARAKAT Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menjalani program Bina Insan Guru (B.I.G) pada semester dua yang bertemakan Khidmat Masyarakat dengan jayanya. Lokasi B.I.G adalah di Masjid Al-Budiyah, Kampung Permatang Serdang, Simpang Empat, Perlis. Program tersebut diadakan pada 14 Julai 2012. Pelbagai perancangan telah kami lakukan sebelum menjalani B.I.G. Program B.I.G kali ini bukan sahaja menerapkan interaksi yang baik sesama guru pelatih bahkan membina satu hubungan yang baik antara bakal guru dengan masyarakat kampung. Kami telah mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk membincangkan beberapa perkara tentang B.I.G. Mesyuarat pertama diadakan untuk memilih ahli jawatankuasa mengikut tugas yang telah ditetapkan. Suara majoriti telah memilih Mohamad Syamim bin Abdullah sebagai pengerusi program B.I.G kali ini. Saya pula telah dilantik sebagai AJK Makanan. Pada mulanya, saya berasa kurang senang dengan jawatan yang diamanahkan kepada saya. Tetapi, setelah mendapat dorongan dan sokongan daripada kawan-kawan, saya rasa bersemangat dan bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Kekeliruan saya mengenai tanggungjawab yang diamanahkan dapat diatasi setelah mendapat banyak nasihat daripada rakan-rakan yang banyak membantu serta pensyarah yang terlibat membimbing saya. Hal ini sangat baik kerana sebagai bakal guru, saya seharusnya bersemangat dan banyak menimba ilmu untuk dicurahkan kepada pelajar saya nanti. Saya juga diajar untuk bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada saya.

Upload: apple-aya

Post on 27-Jan-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi Big Pismp Sem 2

[ KHIDMAT MASYARAKAT

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Syukur ke hadrat Ilahi kerana

dengan limpah dan kurnia-Nya saya dapat menjalani program Bina Insan Guru

(B.I.G) pada semester dua yang bertemakan Khidmat Masyarakat dengan jayanya.

Lokasi B.I.G adalah di Masjid Al-Budiyah, Kampung Permatang Serdang, Simpang

Empat, Perlis. Program tersebut diadakan pada 14 Julai 2012. Pelbagai

perancangan telah kami lakukan sebelum menjalani B.I.G. Program B.I.G kali ini

bukan sahaja menerapkan interaksi yang baik sesama guru pelatih bahkan membina

satu hubungan yang baik antara bakal guru dengan masyarakat kampung.

Kami telah mengadakan beberapa kali mesyuarat untuk membincangkan

beberapa perkara tentang B.I.G. Mesyuarat pertama diadakan untuk memilih ahli

jawatankuasa mengikut tugas yang telah ditetapkan. Suara majoriti telah memilih

Mohamad Syamim bin Abdullah sebagai pengerusi program B.I.G kali ini. Saya pula

telah dilantik sebagai AJK Makanan. Pada mulanya, saya berasa kurang senang

dengan jawatan yang diamanahkan kepada saya. Tetapi, setelah mendapat

dorongan dan sokongan daripada kawan-kawan, saya rasa bersemangat dan

bersedia untuk memikul tanggungjawab ini. Kekeliruan saya mengenai

tanggungjawab yang diamanahkan dapat diatasi setelah mendapat banyak nasihat

daripada rakan-rakan yang banyak membantu serta pensyarah yang terlibat

membimbing saya. Hal ini sangat baik kerana sebagai bakal guru, saya seharusnya

bersemangat dan banyak menimba ilmu untuk dicurahkan kepada pelajar saya

nanti. Saya juga diajar untuk bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan

kepada saya.

Tibanya hari B.I.G, kami bersama-sama mengangkat barang dan alatan yang

diperlukan semasa menjalani B.I.G. Kami semua bekerjasama antara satu sama

lain. Kerjasama yang erat membolehkan alatan dan barang yang banyak diangkat

dalam masa yang singkat. Saya tidak berasa penat walaupun banyak alatan dan

barang yang perlu diangkat kerana mendapat bantuan daripada rakan-rakan. Melalui

proses mengangkat barang ini, saya dapat menghayati dan memahami erti

kerjasama yang sebenarnya. Kerjasama membolehkan sesuatu perkara yang sukar

menjadi mudah. Setibanya di perkarangan Masjid Al-Budiyah, kami bekerjasama

mengeluarkan barangan daripada bas yang dinaiki Kerjasama sangat penting untuk

memastikan segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Page 2: Refleksi Big Pismp Sem 2

[ KHIDMAT MASYARAKAT

Setelah mengeluarkan barang dari bas, kami mendengar taklimat yang

diberikan oleh Imam masjid tersebut tentang perkara-perkara yang akan dilakukan

bersama-sama penduduk kampung. Selesai taklimat, kami melakukan perkara-

perkara yang telah dirancang. Banyak perkara yang telah saya lakukan bersama-

sama penduduk kampung seperti membuang sawang, mencuci longkang,

membersihkan kawasan kubur, menanam pokok bunga dan mengecat pagar.

Mengecat pagar adalah antara aktiviti yang sangat menarik bagi saya kerana

mengecat nampak mudah tetapi pada hakikatnya mengecat itu sangat menguji

kesabaran. Saya sangat berpuas hati kerana pagar yang pada mulanya usang

kelihatan cantik setelah dicat. Saya juga berpuas hati kerana kami mendapat

layanan yang sangat mesra dari penduduk kampung.

Kami juga berpeluang mengadakan mengadakan “Bengkel Formula Solat

Sempurna” bersama Imam Masjid iaitu Encik Ibrahim Bin Lebai Ahmad. Antara

pengisian utama program tersebut adalah ceramah mengenai bagaimana mendapat

solat yang sempurna dan khusyuk, tip-tip untuk mendapatkan solat yang sempurna

dan cara-cara solat yang betul. Saya mendapat banyak ilmu baru tentang agama

melalui bengkel yang diadakan ini.

Kesimpulannya, B.I.G siri ini banyak memberi kesan positif pada diri saya.

Saya dapat berkenalan dengan penduduk kampung. Walaupun kami tidak pernah

mengenali satu sama lain sebelum ini, tetapi melalui program B.I.G ini, saya dapat

mengenali mereka. Hal ini penting kerana sebagai bakal guru, saya hendaklah

pandai bergaul dengan masyarakat sekeliling. Banyak perkara yang telah saya

pelajari semasa mengikuti kem B.I.G. Hal ini merupakan pengalaman paling indah

dalam hidup saya yang tidak akan saya lupakan. Pada pendapat saya, aktivit B.I.G

harus dikekalkan kerana ia mendatangkan banyak kebaikan kepada semua guru

pelatih.