refleksi amali projek

Upload: azmi-othman

Post on 14-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

REFLEKSI AMALI PROJEK

REFLEKSI AMALI PROJEKDisediakan oleh : Nur Diyana bt Mohamad

Nursaniah bt Abd Rahman

Pada 27 April yang lepas, kami telah melakukan satu aktiviti amali mengenai kaedah dan teknik mengajar secara projek. Aktiviti amali ini bertujuan untuk memenuhi sukatan pelajaran dan memberi pendedahan kepada guru pelatih bagaimana mahu mengajar menggunakan kaedah projek. Aktiviti amali ini telah dilakukan oleh Masrina dan Nur Hazirah yang bertindak sebagai guru dan guru pelatih yang lain sebagai murid-murid.

Kaedah projek yang dijalankan oleh kumpulan ini ialah aktiviti membuat buah durian. Tema pengajaran mereka ialah buah-buahan dan aktiviti yang dijalankan juga sangat menarik. Set induksi pengajaran ini ialah menyanyi lagu Buah Durian sehingga murid berjaya mengingati lagu tersebut. Kami tidak susah mengingat lagu ini kerana lagu ini hanya terdapat empat baris sahaja. Guru mengajar kami menyanyi sambil membuat pergerakan kreatif. Selesai set induksi, guru menerangkan serba sedikit tentang buah durian. Guru juga bersoal jawab dengan murid-murid tentang pengalaman mereka memakan buah durian.

Aktiviti seterusnya ialah membuat buah durian menggunakan belon, kertas, gam, gunting, warna air dan tali. Guru telah membuat satu contoh yang telah siap kepada kami dan memancing minat kami untuk turut sama melakukan aktiviti ini. Tetapi sebelum itu, guru telah memanggil beberapa orang murid untuk melakukan demostrasi bagaimana mahu menjalankan aktiviti ini. Langkah pertama dalam membuat buah durian ialah guru memberikan belon kepada setiap kumpulan. Belon itu akan di gam dan dilekatkan dengan kertas putih sehingga tidak menampakkan warna asal belon. Kemudian guru telah menyediakan duri yang dibuat menggunakan kertas putih dan guru melekatkan duri tersebut pada belon yang telah siap dibalut dengan kertas putih tadi. Semasa aktiviti ini, murid-murid boleh menunjukkan kreativiti masing-masing di dalam menyusun duri-duri di atas permukaan belon tadi. Murid juga boleh menyusun duri mengikut kehendak mereka masing-masing. Selesai menyusun duri-duri di atas permukaan belon, guru telah mewarnakan permukaan belon yang telah siap di pasang duri menggunakan warna hijau. Setiap langkah yang ditunjukkan oleh guru turut sama dilakukan oleh murid.

Setelah guru menunjuk cara melakukan aktiviti buah durian, guru telah membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mendapat dua biji belon. Kami telah bekerjasama menyiapkan buah durian kami sepanjang aktiviti ini. Ini adalah projek kami mengikut sukatan yang telah ditentukan. Selesai mewarna buah, kami bekerjasama mengemas peralatan yang telah kami gunakan sepanjang aktiviti ini.

Guru melakukan refleksi selepas semua siap mengemas dan berada di dalam keadaan yang tenang. Guru menerapkan nilai-nilai murni seperti berhati-hati, bekerjasama dan berkongsi sepanjang aktiviti ini berlangsung. Secara keseluruhannya, saya berpendapat amali projek ini berjaya walaupun ia melibatkan masa selama sehari sahaja dan tiada pemerhatian dilakukan selepas tamat aktiviti ini.