refleksi

Upload: ayufathihah

Post on 09-Mar-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mhi

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Sepanjang tempoh yang diambil untuk menyiapkan kerja kursus ini, saya mendapat banyak ilmu yang baru. Setiap yang saya lakukan akan berlandaskan kepada pengalaman-pengalaman yang lepas. Sepanjang tempoh ini juga, saya mendapat tahu bagaimana untuk menghuraikan tentang qawaid bahasa arab yang mana merupakan salah satu perkara yang agak menarik dan terbilang. Perkara ini dapat membantu saya untuk menempuh rintangan yang bakal dilalui pada masa-masa yang akan datang.Semasa menyiapkan kerja kursus ini, saya telah diberi penerangan awal oleh pensyarah mata pelajaran iaitu Dr Ridzuan bin Ahmad. Beliau telah memberi pendedahan awal bagaimana untuk menyediakan kerja kursus yang bertepatan dengan kehendak tugasan. Penerangan ini sedikit sebanyak memberi saya gambaran awal untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan.Kemudian semasa dalam proses yang diambil bagi tugasan ini disiapkan, saya ada juga bertanya pada sahabat yang lain yang mana mempunyai tajuk berkaitan dengan tajuk yang telah diberikan kepada saya. Sahabat juga tidak menunjukkan respon negatif malahan membantu saya untuk mendapatkan maklumat yang sangat-sangat berguna dalam menyiapkan tugasan ini. Maklumat ini memberi saya pengetahuan yang agak besar seterusnya membantu saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini.Selain itu, saya juga ada mengambil maklumat daripada internet dan buku rujukan. Maklumat yang diperolehi telah mengizinkan saya untuk memberi input-input yang cukup bermakna dalam menyempurnakan tugasan ini. Hal ini akan memastikan bahawa kerja yang telah lakukan tidak terdapat kesalahan yang agak ketara.Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengetahuan yang baru sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Ilmu-ilmu yang diperolehi ini akan saya gunakan dalam kehidupan seharian agar saya mampu manjadi hamba-Nya yang beriman dan soleh. Sekian, wassalam.