refleksi

Upload: maira-akbal

Post on 01-Mar-2016

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

refleksi hasil kajian tindakan untuk kanak-kanak 5 tahun.

TRANSCRIPT

REFLEKSI :Masalah :Kanak-kanak A tidak membuat latihan yang diberikan. Kanak-kanak ini tidak menunjukkan latihan kepada guru apabila guru meminta setiap orang menunjukkan jawapan apabila siap membuat latihan yang diberi. Kanak-kanak A tidak melengkapkan latihan yang diberi dan menganggu rakan yang lain untuk menyudahkan kerja mereka. Apabila ditegur, kanak-kanak tersebut hanya mendengar selama beberapa minit dan melakukan masalah seperti tadi. Guru telah dimaklumkan dari guru kelasnya bahawa kanak-kanak A ini lambat untuk menyudahkan latihan yang diberikan dan memerlukan paksaan dan teguran untuk memastikan kanak-kanak ini melengkapkan latihan yang diberi. Tindakan :Guru menegur kanak-kanak tersebut dan meminta dia menyudahkan latihan yang diberikan serta menunjukkan latihan dia sebelum habis waktu persekolahan. Tetapi kanak-kanak A masih tidak melengkapkan latihan yang diberi dan masih menganggu rakan yang lain. Tindakan yang dibuat adalah, guru tidak membenarkan kanak-kanak ini naik ke daycare sehingga dia melengkapkan latihan yang diberi. Penambahbaikkan :Apabila kanak-kanak ini selesai melengkapkan latihan yang diberi. Guru memeluk dan memujuk kanak-kanak A ini dan memberi kata-kata yang positif supaya kanak-kanak ini tidak kecewa dengan hukuman yang dikenakan kepada dia. Guru meminta kanak-kanak ini berjanji selepas ini mesti menyiapkan latihan yang diberi dan menunjukkan latihan kepada guru apabila siap melakukannya. Kesannya, di hari seterusnya, kanak-kanak ini tidak lagi menganggu rakan yang lain dan membuat latihan yang diberikan dan mendengar nasihat guru.