refleksi

2
Refleksi Memetik kata-kata tokoh iaitu Mahatma Gandhi yang berbunyi “kepuasan terletak pada usaha, bukan pada hasil. Berusaha dengan keras adalah kemenangan yang hakiki”, merupakan satu suntikan semangat yang kental serta bekalan saya yang amat berharga dalam menyiapkan tugasan WJ3062 ini. Berdasarkan kata-kata tokoh tersebut, pelbagai halangan dan dugaan yang saya hadapi dapat saya tempuhi dengan tenang dan bersemangat sehingga tugasan ini selesai dan siap untuk diperiksa sebelum tarikh hantar yang ditetapkan. Antara kekangan yang saya hadapi dalam pelksanaan tugas menyiapkan tugasan adalah sikap diri yang sememangnya tidak dapat ditinggalkan melainkan dilawan dan bukannya dilayan. Antara yang terkandung dalam sikap diri sendiri ini termasuklah pengurusan masa yang tidak menampakkan pengorganisasian yang sempurna. Hal sedemikian kerana pengurusan masa yang saya peruntukkan dalam menyiapkan tugasan sangatlah tidak teratur kerana ada kalanya saya hanya memperuntukkan masa selama 30 minit dalam sehari untuk membuat sedikit demi sedikit esei dan bahagian-bahagian lain dalam tugasan. Hal ini menyebabkan diri saya tidak mempunyai fokus yang baik semasa menyiapkannya disebabkan perancangan yang tidak sempurna. Perkara sedemikian juga menyebabkan tugasan ini agak lambat sedikit saya dapat siapkan. Oleh hal yang demikian, melalui pengalaman ini, saya dapat menjelaskan kepada diri sendiri agar membuat fokus yang jitu dan tinggi terhadap sesuatu tugasan yang perlu disiapkan dengan segera serta saya dapat membuat perancangan yang lebih baik pada tugasan lain yang selepas ini. Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran dalam pemilihan maklumat yang tepat dan betul untuk menjadi sumber rujukan dalam

Upload: due-ace

Post on 11-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Memetik kata-kata tokoh iaitu Mahatma Gandhi yang berbunyi “kepuasan terletak pada

usaha, bukan pada hasil. Berusaha dengan keras adalah kemenangan yang hakiki”, merupakan

satu suntikan semangat yang kental serta bekalan saya yang amat berharga dalam menyiapkan

tugasan WJ3062 ini. Berdasarkan kata-kata tokoh tersebut, pelbagai halangan dan dugaan

yang saya hadapi dapat saya tempuhi dengan tenang dan bersemangat sehingga tugasan ini

selesai dan siap untuk diperiksa sebelum tarikh hantar yang ditetapkan.

Antara kekangan yang saya hadapi dalam pelksanaan tugas menyiapkan tugasan

adalah sikap diri yang sememangnya tidak dapat ditinggalkan melainkan dilawan dan bukannya

dilayan. Antara yang terkandung dalam sikap diri sendiri ini termasuklah pengurusan masa

yang tidak menampakkan pengorganisasian yang sempurna. Hal sedemikian kerana

pengurusan masa yang saya peruntukkan dalam menyiapkan tugasan sangatlah tidak teratur

kerana ada kalanya saya hanya memperuntukkan masa selama 30 minit dalam sehari untuk

membuat sedikit demi sedikit esei dan bahagian-bahagian lain dalam tugasan. Hal ini

menyebabkan diri saya tidak mempunyai fokus yang baik semasa menyiapkannya disebabkan

perancangan yang tidak sempurna. Perkara sedemikian juga menyebabkan tugasan ini agak

lambat sedikit saya dapat siapkan. Oleh hal yang demikian, melalui pengalaman ini, saya dapat

menjelaskan kepada diri sendiri agar membuat fokus yang jitu dan tinggi terhadap sesuatu

tugasan yang perlu disiapkan dengan segera serta saya dapat membuat perancangan yang

lebih baik pada tugasan lain yang selepas ini.

Selain itu, saya juga menghadapi kesukaran dalam pemilihan maklumat yang tepat dan

betul untuk menjadi sumber rujukan dalam menyiapkan tugasan. Hal ini tidak terjadi dalam

pemilihan maklumat yang melibatkan buku rujukan tetapi berlaku apabila saya merujuk dalam

laman web kerana terdapat sumber maklumat yang kurang mempunyai kesahihan kerana

ditulis dan dimuat naik oleh orang yang tidak mempunyai identity yang lengkap sebagai penulis

dalam blog biasa. Oleh hal yang demikian, saya perlu mengambil masa yang agak panjang

sedikit dalam penilain untuk memilih maklumat yang saya percayai kesahihannya dan

mempunyai pandangan yang hampir sama dalam buku rujukan sebagai rujukan saya dalam

membuat tugasan ini.

Seterusnya adalah cabaran utama yang sangat memberi ujian kesabaran bagi saya iaitu

membuat satu klip video yang menjawab dan memenuhi kehendak soalan. Dalam situasi ini,

kemahiran adalah benar-benar diperlukan tetapi pengalaman saya dalam pembuatan klip video

Page 2: Refleksi

adalah masih sangat cetek menyebabkan kesukaran yang sangat mencabar untuk

menghasilkan video apatah lagi pasangan saya iaitu Joevenia Willthee juga mempunyai

kesukaran yang sama dalam membuat klip video. Walau bagaimanapun, dengan berbekalkan

kata-kata semangat yang diperoleh daripada tokoh terdahulu membuatkan saya lebih gigih

berusaha dan bersemangat kembali dalam menghasilkan klip video yang berkaitan dengan adat

perkahwinan kaum melayu.