refleksi

6
4.0 Membuat penulisan refleksi berkaitan seminar fiqh 2015 Pada semester ini, Kursus Pengajian Fiqh PIM3143 mengkehendaki kami kelas Pendidikan Islam 1 dan 2 daripada semester 8 ambilan januari 2012 untuk menguruskan satu Seminar yang merupakan salah satu tugasan projek. Selain itu seminar ini dilaksanakan bagi melunaskan tajuk bagi subjek PIM 3143. Hal ini kerana setiap sesi yang terdapat di dalam seminar ini telah pun meliputi beberapa tajuk mengikut proforma. Di samping itu, seminar Fiqh ini merupakan salah satu metod pengajaran yang menarik di mana sebelum ini pengajaran dan pembelajaran berlaku secara tradisional diubah dalam bentuk seminar. Bidang Fiqh ini sangat penting bagi pelajar yang akan bergraduasi kerana kandungan seminar yang meliputi sistem perbankan Islam, sistem pembahagian harta pusaka serta isu-isu semasa yang terdapat di dalam fiqh yang sangat didambakan oleh masyarakat. Seorang pendidik keluaran Institut Pendidikan Guru yang serba boleh bukan sahaja mahir di dalam bidang pedagogi pengajaran malah ilmu asas di dalam Islam seperti Fiqh Muamalat ini. Seminar ini dibahagikan kepada 3 slot yang berbeza iaitu yang pertama, Menerangkan Fiqh Muamalat dan produknya. Kedua, Perbincangan Fiqh Pewarisan mengikut kehendak Islam.Ketiga pula adalah Kaedah-kaedah dan keperluan dalam mengistinbatkan hukum bagi sesuatu masalah fiqh.

Upload: husaini-hisham

Post on 11-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

dgftdfd

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

4.0 Membuat penulisan refleksi berkaitan seminar fiqh 2015

Pada semester ini, Kursus Pengajian Fiqh PIM3143 mengkehendaki kami

kelas Pendidikan Islam 1 dan 2 daripada semester 8 ambilan januari 2012 untuk

menguruskan satu Seminar yang merupakan salah satu tugasan projek. Selain itu

seminar ini dilaksanakan bagi melunaskan tajuk bagi subjek PIM 3143. Hal ini

kerana setiap sesi yang terdapat di dalam seminar ini telah pun meliputi beberapa

tajuk mengikut proforma. Di samping itu, seminar Fiqh ini merupakan salah satu

metod pengajaran yang menarik di mana sebelum ini pengajaran dan pembelajaran

berlaku secara tradisional diubah dalam bentuk seminar.

Bidang Fiqh ini sangat penting bagi pelajar yang akan bergraduasi kerana

kandungan seminar yang meliputi sistem perbankan Islam, sistem pembahagian

harta pusaka serta isu-isu semasa yang terdapat di dalam fiqh yang sangat

didambakan oleh masyarakat. Seorang pendidik keluaran Institut Pendidikan Guru

yang serba boleh bukan sahaja mahir di dalam bidang pedagogi pengajaran malah

ilmu asas di dalam Islam seperti Fiqh Muamalat ini.

Seminar ini dibahagikan kepada 3 slot yang berbeza iaitu yang pertama,

Menerangkan Fiqh Muamalat dan produknya. Kedua, Perbincangan Fiqh Pewarisan

mengikut kehendak Islam.Ketiga pula adalah Kaedah-kaedah dan keperluan dalam

mengistinbatkan hukum bagi sesuatu masalah fiqh.

Bahagian pertama iaitu Menerangkan Fiqh Muamalat dan produknya, antara

ilmu yang saya perolehi adalah tentang kegiatan yang dilakukan oleh perbankan

syariah iaitu penghimpunan dana, pembiayaan peribadi, membeli, menjual dan

menjamin atas risiko serta kegiatan-kegiatan lainnya. Ceramah yang melibatkan

seramai lebih dari 180 orang ini daripada 4 buah IPG bertujuan untuk membuka

minda para peserta seminar mengenai kandungan Fiqh, memahami seterusnya

mengaplikasikannya apabila melangkah kaki ke alam persekolahan sebagai

pendidik kelak.Bertitik tolak dari itu, En. Hafiz daripada bank muamalat telah

dijemput sebagai penceramah jemputan untuk menyampaikan isi-isi ceramah

tersebut.

Page 2: refleksi

Bahagian kedua pula ialah Perbincangan Fiqh Pewarisan mengikut

kehendak Islam. Ceramah yang mengambil masa selama hampir dua jam itu

memberi banyak input kepada kami sebagai bakal guru. Perbincangan tersebut

mendedahkan saya kepada lmu yang menjadi asas kepada pengurusan harta

pusaka. Mengetahuinya menjadikan kita tahu siapa waris kita, apa keadaan2 yang

akan berlaku kepada pengagihan harta nanti. seterusnya ia membantu kita

merancang harta semasa kita masih hidup. Mempelajari Fiqh Pewarisan pada hari

ini bukan setakat berkenaan pembahagian harta sahaja, tetapi perlu diketahui

kaedah pengurusan dan bidang2 perundangan yg perlu dilalui.

Bahagian ketiga pula ialah Kaedah-kaedah dan keperluan dalam

mengistinbatkan hukum bagi sesuatu masalah fiqh. Pelbagai isu dikupas sepanjang

sesi ceramah seperti perkahwinan serta tugas dan tanggungjawab seorang muslim.

Beberapa contoh isu semasa juga telah ditunjukkan yang memaparkan masalah-

masalah yang timbul dalam sesetengah masyarakat kini.

Selama mengikuti seminar ini, begitu banyak perkara yang sempat saya

pelajari sama ada secara langsung atau tidak langsung. Saya dapati,ceramah

tersebut telah mendedahkan kami semua sebagai bakal guru dengan permasalahan

fiqh semasa serta konklusi penyelesaiannya. Selain itu, kekuatan yang terdapat

dalam seminar ini adalah kerjasama yang padu yang ditunjukkan oleh setiap ahli.

Walaupun peruntukan yang diberikan kepada kami adalah agak sedikit, kami tidak

menjadikan itu semua sebagai alasan untuk berikan yang terbaik. Penat lelah kami

curahkan demi menjayakan aktiviti ini amat berbaloi dan setiap daripada kami

mendapat pujian dan ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan juga pensyarah.

Di samping itu, kekuatan seminar ini adalah kami dapat menambahkan

pengetahuan dan asas muamalat Islam dan fiqh pewarisan serta dapat

menerangkan hikmah pensyariatannya. Sebenarnya, Ilmu Ekonomi Islam

merupakan suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku manusia

dalam soal mengguna dan mengurus sumber-sumber alam untuk kepentingan diri

juga masyarakat bagi mendapatkan keredhaan Allah. Keadilan, kebebasan hak milik

Page 3: refleksi

dan persamaan yang ditunjangi akidah, kesucian jiwa, pengorbanan persaudaraan

serta ihsan adalah asas kepada Sistem Ekonomi Islam.

Seterusnya, kekuatan yang dapat saya lihat apabila menjayakan Seminar

Fiqh 2015 ini, ia dapat melahirkan bakal pendidik yang cakna dengan isu semasa

dalam bidang fiqh untuk disebarluaskan kepada masyarakat kelak. Selain itu,

seminar ini juga dapat melahirkan guru yang mempunnyai kemahiran insaniah

seperti kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan pihak swasta sebagai

contoh seperti Bank Muamalat.

Disini saya telah mengenalpasti beberapa kelemahan diri dan rakan-rakan

penganjur seminar fiqh 2015 dimana kelemahan yang paling ketara adalah saya

berpendapat mengenai aktiviti ceramah ini adalah masa yang ditetapkan untuk

aktiviti ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul 2.30-4.30. Ini adalah

kerana pada waktu petang seperti ini, para peserta akan berasa mengantuk

seterusnya tidak dapat memberi sepenuh tumpuan kepada ceramah yang telah

disampaikan.

Selain itu, saya mendapati pengurusan masa yang efektif adalah satu perkara

yang perlu dibincangkan. Ramai peserta yang dating lewat dan perkara ini sangat

menjejaskan kelancaran seminar fiqh 2015 kerana penceramah terpaksa menunggu

kehadiran peserta untuk memulakan ceramahnya. Pengurusan masa yang berkesan

juga dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan berupaya mendisiplinkan diri

sendiri.

Di sebalik semua aktiviti yang telah dijalankan, saya berasa beberapa

penambahbaikan dapat dijalankan untuk program seminar yang akan datang.

Cadangan pertama yang dapat saya kemukakan ialah dari aspek jumlah peserta.

seminar kami pada kali ini telah disertai oleh 180 orang yang merupakan jumlah

yang agak sedikit dan dilakukan secara tertutup. Saya berharap dalam seminar

akan datang bilangan peserta dapat di tambah dan dibuat secara terbuka.

Penambahbaikan kedua yang perlu dilakukan ialah dengan menyediakan

lebih banyak tong sampah. Berdasarkan pemerhatian saya, kawasan dewan zaaba

Page 4: refleksi

pada mulanya bersih, namun setelah tamat seminar keseluruhan dewan dipenuhi

sampah sarap. Oleh itu, ahli jawatankuasa kebersihan harus memastikan tong

sampah disediakan disetiap penjuru dewan.

Akhir sekali, secara kesimpulannya seminar Fiqh 2015 yang telah saya ikuti itu

begitu banyak menyedarkan dan mengajar saya untuk menjadi seorang guru yang

berkualiti kelak. Segala yang baik pasti akan dijadikan tauladan dan yang buruk

akan dijadikan sempadan. Jika diberi peluang untuk menyertai seminar-seminar

yang bertemakan profesion keguruan dan keislaman, saya pasti akan

menghadirinya dengan niat untuk belajar dan membuat persedian bagi menghadapi

hari muka sebagai guru yang berjaya. Semoga refleksi ini dapat menggambarkan

segala yang telah saya pelajari dari Seminar ini.