refleksi

2
REFLEKSI Alhamdulillah, bersykur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek EDU3063 Budaya dan Pembelajaran ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan ditujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr. Razali bin Shafie kerana telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sepanjang proses melaksanakan kerja kursus ini. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang telah saya peroleh terutamanya dalam skop tugas tersebut. Kami dikehendaki melaksanakan satu klip video mengenai adat resam sesuatu kaum dan saya telah memilih adat resam masyarakat Melayu dalam perkahwinan iaitu adat bersanding. Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, ia secara tidak langsung telah menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai adat masyarakat Melayu sendiri dalam perkahwinan. Jika sebelum ini saya hanya melihat sahaja adat-adat perkahwinan ini berlangsung, tetapi kali ini saya telah membuat kajian dan analisis yang lehih terperinci tentang adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ternyata banyak lagi perkara yang saya belum ketahui walaupun saya sendiri telah banyak melihat upacara tersebut. Selain itu juga, saya juga berpeluang mengenali adat budaya masyarakat lain seperti cina dan india kerana ramai rakan-rakan saya dari golongan kaum ini. Oleh itu jika ada masa terluang untuk berbincang bersama mereka, kami telah berkongsi mengenai adat-adat budaya masing-masing terutamanya dalam perkahwinan. Sesuatu adat yang dilakukakn itu bukanlah keseluruhannya berasal dari masyarakat itu sendiri, tetapi ada juga sedikit sebanyak pengaruh daripada kaum lain. Contohnya adat bersanding yang dikatakan berpengaruh dari budaya kaum India. Oleh sebab itu, saya membuat analisis yang terperinci mengenai adat ini agar ianya dapat menguraikan persoalan di benak fikiran selama ini. Namun sebelum analisis dilakukan, saya telah menghasilkan satu klip video mengenai adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Semasa proses memilih beberapa klip video untuk digabungkan saya dapati banyak perbezaan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu dalam persandingan. Contohnya ada yang merenjis dan menepung tawar serta ada yang bersanding sekadar untuk mempertontonkan kepada orang ramai akan kedua-dua mempelai. Ia berlangsung berdasarkan pemahaman dan pegangan agama masing-masing. Saya juga telah memilih beberapa pendapat daripada ulama mengenai adat bersanding untuk dimuatkan ke dalam klip video tersebut. Secara tidak langsung saya juga mendapat ilmu yang bermanfaat dari penghasilan klip video tersebut. Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan sekumpulan dan rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu saya semasa proses penghasilan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan walaupun ada yang berlainan budaya telah menyemai banyak nilai 26

Upload: syazwanie-mohamed

Post on 21-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU 3063

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersykur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya

dapat juga saya menyiapkan tugasan projek EDU3063 – Budaya dan Pembelajaran ini

dengan jayanya. Sekalung penghargaan ditujukan kepada pensyarah pembimbing iaitu Dr.

Razali bin Shafie kerana telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar sepanjang proses

melaksanakan kerja kursus ini. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang telah saya

peroleh terutamanya dalam skop tugas tersebut.

Kami dikehendaki melaksanakan satu klip video mengenai adat resam sesuatu kaum

dan saya telah memilih adat resam masyarakat Melayu dalam perkahwinan iaitu adat

bersanding. Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, ia secara tidak langsung telah

menambahkan lagi pengetahuan saya mengenai adat masyarakat Melayu sendiri dalam

perkahwinan. Jika sebelum ini saya hanya melihat sahaja adat-adat perkahwinan ini

berlangsung, tetapi kali ini saya telah membuat kajian dan analisis yang lehih terperinci

tentang adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Ternyata banyak lagi

perkara yang saya belum ketahui walaupun saya sendiri telah banyak melihat upacara

tersebut.

Selain itu juga, saya juga berpeluang mengenali adat budaya masyarakat lain seperti

cina dan india kerana ramai rakan-rakan saya dari golongan kaum ini. Oleh itu jika ada masa

terluang untuk berbincang bersama mereka, kami telah berkongsi mengenai adat-adat

budaya masing-masing terutamanya dalam perkahwinan. Sesuatu adat yang dilakukakn itu

bukanlah keseluruhannya berasal dari masyarakat itu sendiri, tetapi ada juga sedikit

sebanyak pengaruh daripada kaum lain. Contohnya adat bersanding yang dikatakan

berpengaruh dari budaya kaum India. Oleh sebab itu, saya membuat analisis yang terperinci

mengenai adat ini agar ianya dapat menguraikan persoalan di benak fikiran selama ini.

Namun sebelum analisis dilakukan, saya telah menghasilkan satu klip video

mengenai adat bersanding dalam perkahwinan masyarakat Melayu. Semasa proses memilih

beberapa klip video untuk digabungkan saya dapati banyak perbezaan yang dilakukan oleh

masyarakat Melayu dalam persandingan. Contohnya ada yang merenjis dan menepung

tawar serta ada yang bersanding sekadar untuk mempertontonkan kepada orang ramai akan

kedua-dua mempelai. Ia berlangsung berdasarkan pemahaman dan pegangan agama

masing-masing. Saya juga telah memilih beberapa pendapat daripada ulama’ mengenai adat

bersanding untuk dimuatkan ke dalam klip video tersebut. Secara tidak langsung saya juga

mendapat ilmu yang bermanfaat dari penghasilan klip video tersebut.

26

Page 2: REFLEKSI

Di samping itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan

sekumpulan dan rakan-rakan yang lain kerana telah banyak membantu saya semasa proses

penghasilan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan walaupun ada

yang berlainan budaya telah menyemai banyak nilai murni dalam diri saya. Saya mendapat

contoh teladan yang baik dan dapat menghakis sikap perkauman dalam diri. Di samping

dapat mengenal adat mereka saya juga dapat mencontohi nilai-nilai murni yang ditunjukkan

oleh mereka. Saya juga telah banyak mengetahui adat-adat masyarakat lain secara tidak

langsung dalam penghasilan tugasan ini.

Namun, terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi semasa penghasilan kerja

kursus ini seperti masalah komputer dan perisian Movie Maker yang saya gunakan untuk

menghasilkan klip video tersebut. Masalah tersebut sememangnya menguji kesabaran diri

saya kerana saya terpaksa melakukan klip video berulang kali kerana komputer sering kali

mengalami masalah yang membuatkan klip video yang dihasilkan tidak dapat disimpan atau

ditukar kepada format video. Tapi hal ini tidak membuat saya berputus asa dan berusaha

mencari jalan penyelesaiannya walaupun saya terpaksa membuat pengubahsuaian

beberapa kali. Rakan-rakan yang lain juga telah banyak membantu saya dan memberi

semangat.

Saya bersyukur kerana kerja kursus ini dapat juga disiapkan walaupun saya telah

berdepan dnegan pelbagai masalah. Namun hal itu telah banyak mendidik saya menjadi

seorang yang sabar dan lebih gigih berusaha. Banyak pedoman yang saya perlu ambil pada

masa ini untuk dijadikan iktibar di masa hadapan. Setiap masalah yang dihadapi dapat

diselesaikan dengan baik dan ia tidak pernah membuat saya berputus asa kerana saya

percaya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

Akhir sekali saya mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada pensyarah

pembimbing yang banyak memberi tunjuk ajar dan mengambil berat tentang keadaan dan

masalah yang dihadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini. Terima kasih juga kepada

rakan-rakan yang memberi bantuan serta banyak berkongsi idea dan bahan rujukan.

Kesimpulannya, daripada kerja kursus ini saya telah mendapat banyak ilmu yang bermanfaat

dan nilai-nilai yang murni secara langsung mahupun tidak langsung.

Sekian, terima kasih.

27