refleksi

12
17 – 07 – 09 (Isnin) Saya bersedia dan bertolak dari rumah pada pukul 06.45 pagi. Seorang lagi kawan seunit dengan saya iaitu Megavarnan A/L Jegadesan menjalankan PBS bersama saya. Perjalanan saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathi mengambil masa 5 minit sahaja. Saya bersama kakak ipar saya, Pn. Puspalatha, guru SJK(T) Barathi telah sampai ke sekolah pada pukul 7.15 pagi. Walaupun saya gementar awlanya, namun saya rasa selesa kerana mempunyai seorang kawan bersama saya. Saya berasa amat lega kerana saya mempunyai teman untuk menikmati pengalaman berasaskan sekolah dengan lebih selesa lagi. Saya bersama rakan seunit saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan 1 iaitu Pn. Jamillah dan kami memperkenalkan diri kami. Saya sangat gembira kerana guru – guru di sekolah tersebut menjemput kehadiran kami dengan penuh mesra. Sebelum menjejak kaki di sekolah tersebut, saya berasa ragu – ragu adakah guru – guru akan memberi kerjasama untuk menyelesaikan tugasan PBS saya. Tetapi, keraguan saya hilang bagaikan kabus melihat matahari setelah guru-guru di sekolah tersebut mempelawa saya dengan hati yang ikhlas. Di sebabkan saya orang baru di sekolah tersebut, maka mata murid di sekolah tersebut mula memandang saya dengan seratus tanda soal. Mula-mula kami menghadiri perhimpunan rasmi. Perhimpunan dijalankan selama setengah jam. Setelah itu, saya bersama rakan guru pelatih memasuki pejabat. Kami

Upload: sv-kanimoli-santhirasakaran-vasuva

Post on 19-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI

17 – 07 – 09 (Isnin)

Saya bersedia dan bertolak dari rumah pada pukul 06.45 pagi. Seorang lagi

kawan seunit dengan saya iaitu Megavarnan A/L Jegadesan menjalankan PBS

bersama saya. Perjalanan saya ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Barathi

mengambil masa 5 minit sahaja. Saya bersama kakak ipar saya, Pn. Puspalatha,

guru SJK(T) Barathi telah sampai ke sekolah pada pukul 7.15 pagi. Walaupun

saya gementar awlanya, namun saya rasa selesa kerana mempunyai seorang

kawan bersama saya. Saya berasa amat lega kerana saya mempunyai teman

untuk menikmati pengalaman berasaskan sekolah dengan lebih selesa lagi.

Saya bersama rakan seunit saya telah berjumpa dengan Guru Penolong Kanan

1 iaitu Pn. Jamillah dan kami memperkenalkan diri kami. Saya sangat gembira

kerana guru – guru di sekolah tersebut menjemput kehadiran kami dengan

penuh mesra. Sebelum menjejak kaki di sekolah tersebut, saya berasa ragu –

ragu adakah guru – guru akan memberi kerjasama untuk menyelesaikan tugasan

PBS saya. Tetapi, keraguan saya hilang bagaikan kabus melihat matahari

setelah guru-guru di sekolah tersebut mempelawa saya dengan hati yang ikhlas.

Di sebabkan saya orang baru di sekolah tersebut, maka mata murid di sekolah

tersebut mula memandang saya dengan seratus tanda soal. Mula-mula kami

menghadiri perhimpunan rasmi. Perhimpunan dijalankan selama setengah jam.

Setelah itu, saya bersama rakan guru pelatih memasuki pejabat. Kami berjumpa

dengan Guru besar sekolah itu, En Murugaiyah A/L Patchai. Kami

memperkenalkan diri kami dengan beliau. Kami memberi surat yang telah

diberikan oleh pihak Institut kami. Tuan menanya beberapa soalan yang

berkaitan dengan pengenalan diri kami. Beliau memberi kebenaran untuk

berhubung dengan guru – guru yang lain atau kakitangan sekolah untuk

mendapatkan segala maklumat yang diperluan. Beliau memperkenalkan kami

kepada Pn.Zainon Bt. Khalil iaiti Pembantu Tadbir Rendah di sekolah tersebut.

Beliau banyak memberi kerjasama dan sokongan kepada saya dengan memberi

maklumat berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Saya dan

kawan saya memerhatikan bangunan sekolah dan maklumat-maklumat yang

Page 2: REFLEKSI

terpapar di sana. Saya juga mula mencatat maklumat di pejabat seperti visi, misi

dan moto sekolah. Kami meluangkan sepanjang hari ini untuk mendapatkan

maklumat tentang sekolah dari segi prasarana, kurikulim, kokurikulum dan lain

– lain lagi. Setelah itu kami ke bilik guru untuk berehat seketika. Sementara

duduk di bilik darjah saya dan rakan saya mendapatkan kebenaran dan buat

temu janji dengan tuan guru besar, PK1 dan guru – guru lain. Setelah itu, saya

berkenalan dengan Pn. Saktiavani dan meminta kebenaran untuk memasuki dan

membuat pemerhatian terhadap pengajaran yang dijalankan. Tanpa sebarang

bantahan, beliau dengan berbesar hati memberi kebenaran. Di situ saya

memerhatikan kaedah yang diajar oleh beliau. Beliau juga memberi peluang

kepada kami agar berbual dengan murid-murid tersebut. . Setelah masuk ke

kelas tersebut semua pelajar diam dan mula memerhatikan kami. Ini kerana

mereka beranggapan bahawa kami adalah guru baru. Walaubagaimanapun

situasi ini memberi peluang kepada kami, agar menjalankan kerja kami dalam

keadaan selesa dan tenang. Kami memerhatikan kelas tersebut dan melukis

pelan kelas itu. Di samping itu saya juga memerhatikan iklim dan keadaan

sekeliling bilik tersebut dan mencatat maklumat yang dikehendak oleh saya. Ini

amat membantu saya untuk membuat tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah

iaitu mengenai persekitaran dan iklim bilik darjah. Saya mendapati banyak

maklumat yang berkaitan dengan kerja saya. Apabila pukul 1.35 petang, kami

mulai berkemas dan keluar dari kawasan sekolah setelah menandatangani

kehadiran kami di pejabat sekolah.

Page 3: REFLEKSI

18 – 07 – 09 (Selasa)

Saya sampai di sekolah kira-kira pada pukul 7.20 pagi. Saya bersama rakan

saya telah melaporkan diri di pejabat dan terus ke bilik guru. Kami berbincang

aktiviti-aktiviti yang perlu dijalankan pada hari ini. Aktiviti yang saya perlu lakukan

pada hari ini ialah menemuramah beberapa orang guru dan berjumpa dengan

Pn. Prema, guru pemulihan sekolah tersebut untuk mendapatkan maklumat.

Saya mula siap sedia dengan tugas saya dan menuju ke bilik guru Bimbingan

dan kaunseling. Kami menemu ramah Pn. Rajeswary untuk mendapatkan

maklumat bagi memenuhi kehendak tugasan major kami. Soalan kami lebih

berfokuskan kepada contoh bimbingan yang diberikan kepada murid – murid

pemulihan. Menerusi temu ramah dengan beliau, saya mendapati banyak

maklumat. Setelah itu saya terus ke bilik guru bersama rakan saya, Megavarnan.

Di situ, kami menjalankan temuramah dengan ketua Panitia Bahasa Melayu iaitu,

Pn.Christina. Kami menyoal beliau mengenai pencapaian murid dalam

matapelajaran bahasa Melayu dan juga aktiviti – aktviti yang dilaksanakan untuk

murid – murid pemulihan. Kami juga mendapati aktiviti-aktiviti yang dijalankan

untuk murid-murid bagi memajukan tahap kecapaian dalam matapelajaran

tersebut. Pada pukul 9.30 kami menuju ke pejabat sekolah untuk berjumpa

dengan Pembantu Tadbir Awam iaitu Pn. Zainon. Seterusnya pada waktu rehat

kami ke kantin dan menikmati sarapan pagi. Selepas itu, saya diminta

mengambil alih kelas matematik tahun satu kerana gurunya mengikuti kursus

dalaman. Ini memberi peluang kepada saya untuk bersama – sama dengan

murid tahun 1. Saya mengambil beberapa maklumat mengenai sekolah yang

belum lengkap bagi projek saya. Selepas itu, saya ke kelas pemulihan untuk

melihat keadaan kelas tersebut. Saya juga mendapatkan banyak bahan –bahan

yang berkaitan dengan pemulihan daripada guru pemulihan sekolah itu.

Seterusnya, saya membuat temu janji dengan beliau untuk mengadakan sesi

temu bual bersama dengan beliau. Beliau berbesar hati memberi persetujuan

walaupun beliau kurang sihat. Hari itu saya menjadi lebih sibuk kerana mencari

maklumat mengenai sekolah yang lengkap dan sempurna.

Page 4: REFLEKSI

19 – 07 – 2009 (Rabu)

Hari ini saya sampai di sekolah pada pukul 7.15pagi. Saya melaporkan diri di

pejabat sekolah dan terus ke bilik guru. Saya dan rakan saya, Megavarnan

berbincang tugasan yang hendak dilakukan pada hari ini. Kami pun menuju ke

kelas pemulihan untuk mengadakan sesi temu bual bersama guru pemulihan

seperti yang dijanjikan. Sesi temu bual ini mengambil masa lebih kurang satu

setengah jam. Kami banyak berkongsi maklumat dengan guru pemulihan. Kami

berkongsi maklumat tentang pelaksanaan program pemulihan di sekolah

tersebut dan juga ciri – ciri murid pemulihan. Kami juga turut berbincang tentang

ciri – ciri yang harus ada pada guru pemulihan dan peranan –peranannya. Beliau

juga memberi banyak nasihat kepada kami bahawa menjadi guru pemulihan

bukannya mudah dan memerlukan banyak sifat kesabaran. Setelah berkongsi

banyak pengetahuan dan pengalaman daripada beliau kami kami mengucapkan

ribuan terima kasih atas kerjasama beliau. Stelah itu, saya mendapatkan

kebenaran untuk berjumpa dengan enam orang murid pemulihan untuk

menjalankan latihan sebelum mengadakan Ujian Diagnostik Pengamatan. Tanpa

sebarang bantahan, beliau menghantar 6 orang murid pemulihan dari tahun 2

dan tahun 3. Saya memilih sudut BOSS untuk memberi penerangan kepada

murid – murid sebelum saya memjalankan latihan kepada mereka. Mereka

sangat terharu dan seronok kerana mereka suka bermain di padang. Setelah

memberi penerangan kepada, saya meminta murid – murid ini balik ke kelas

masing – masing. Sepelas itu, saya menemu bual dengan pn. Kothainayagi

selaku Ketua Panitia Matematik. Kami menanyakan beberapa soalan berkaitan

dengan peranan beliau dan juga sumbangan atau khidmat sokongan untuk

program pemulihan dan juga murid – murid pemulihan. Selepas menemubual

beliau, saya bersama rakan seunit saya Megavarnan berjumpa dengan Cik.

Losinavathy untuk mengetahui cara pengurusan bilik darjah. Sesi ini mengambil

masa lebih kurang 20 minit. Selepas itu, kami berjumpa dengan Pn. Puspalatha

selaku guru tahun 1 untuk menetahui lebih lanjut tentang pengurusan kelas dan

dan peranan sebagai seorang guru yang berkesan. Jadi kami pun menuju ke

Page 5: REFLEKSI

pejabat beliau dan menemuramah beliau selama setengah jam. Dengan

menemuramah beliau kami mendapati banyak maklumat. Di samping itu, kami

juga dapat sedikit maklumat yang menjadi isi kepada minda kami. Beliau

menerangkan tugas dan peranan seorang guru dengan terperinci dan jelas.

Saya amat pasti bahawa maklumat yang diberi oleh beliau akan menjadi

panduan kepada kami sewaktu kami menjadi guru sekolah. Hari ini saya terlalu

letih kerana terpaksa kejar masa untuk menemu ramah dan menghadapi banyak

untuk menyelesaikannya. Walau bagaimanapun saya tetap memujuk diri saya

kerana maklumat yang saya dikehendaki dapat juga.

Page 6: REFLEKSI

20 – 07 – 2009 (Khamis)

Saya sampai ke sekolah pada pukul 7.00 pagi besama rakan saya. Setelah

melaporkan diri di pejabatkami terus ke bilik guru dan membuat perancangan

tentang aktiviti yang hendak laksanakan. Saya turun ke padang bersama enam

orang murid pemulihan untuk menjalankan latihan pengamatan. Kemahiran

pengamatan yang saya telah laksanakan ialah Imbangan. Kesungguhan yang

ditunjukkan oleh murid – murid pemulihan menberi samangat kepada saya untuk

menjalankan latihan dengan penuh gembira. Saya mendapatkan kebenaran

daripada En. Amin untuk menggunakan alat permainan dari stor permainan.

Setelah saya berjaya menyediakan bahan – bahan untuk aktiviti imbangan, saya

memberi latihan kepada mereka. Saya memberi tunjuk ajar kepada mereka.

Mereka amat gembira sewaktu menjalankan latihan. Latihan ini mengambil masa

lebih kurang 2 jam. Setelah berbincang dengan murid – murid saya, mereka

bersetuju hadir pada waktu petang kesekolah untuk menjalankan Ujian

Diagnostik Pengamatan. Saya berjanji akan memberi manisan kepada siapa

yang memenuhi janji. Keenam – enam murid ini tinggal di sekitar kawasan

sekolah. Jadi, ini memudahkan saya untuk berjumpa pada waktu petang.

Setepas tamat memberi latihan kepada mereka, saya menghantar mereka balik

kelas masing – masing. Selepas mengambil sarapan pagi, saya bersama rakan

saya, bersdia untuk menemuh ramah Penyelaras Pusat Sumber iaitu Pn.

Parvathy. Penerangan yang diberikan amat membantu saya untuk tugasan bagi

matapelajaran major saya Pendidikan Pemulihan. Selepas itu, saya menemubual

dengan Pekerja Am di sekolah tentang kebersihan sekolah. Mereka berdua

sentiasa bekerjasama dan berusaha menjaga kebersihan serta menceriakan

persekitaran sekolah dari semasa ke semasa. . Saya berterima kasih kepada

mereka berdua kerana kesudian mereka meluangkan masa bersama saya dan

berkongsi maklumat yang diperlukan. Saterusnya, saya diminta menjadi guru

ganti untuk kelas tahun 6. Murid – murid diberi ujian pengukuhan sebagai

persediaan untuk pepereksaan UPSR yang akan diadakan tidak lama lagi. Saya

dapat lihat kesungguhan murid – murid tahun 6 untuk menghadapi UPSR.

Page 7: REFLEKSI

Mereka cukup bersedia dari segi mental dan fizikal. Selepas itu, saya singgah ke

kelas pemulihan untuk membantu guru pemulihan mengendalikan kelas

pemulihan. Walaupun masanya terhad tetapi ini memberi pengalaman yang

cukup besar bagi saya untuk mengendalikan kelas pemulihan. Barulah saya

sedar bahawa kesabarab itu harus menjadi nadi seseorang guru pemulihan.

Setelah habis waktu persekolahan, saya balik ke rumah pada pukul 1.30 tengah

hari. Pada petang saya ke sekolah lagi untuk mengadakan Ujian Diagnostik

pengamatan bersama keenam – enam murid pemulihan. Saya dengan

berjayanya dapat siapkan tugasan yang amat pentingan untuk tugasan major

saya. Saya amat berterima kasih kepada murid – murid pemulihan saya kerana

saya dapat melaksanakan ujian ini tanpa sebarang ganguan dengan adanya

kerjasama daripada mereka. Saya balik ke rumah pada pukul 6 petang.

Page 8: REFLEKSI

21 – 07 – 2009 (Jumaat)

Saya sampai di sekolah pada pukul 7.00pagi. Saya bersama rakan saya

megavarnan terus ke pejabat sekolah dan melaporkan diri. Setelah berbincang

tentang tugasan yang hendak buat, kami menuju ke bilik guru besar untuk

menemu ramah bersama beliau. Kami meluangkan lebih kurang satu jam untuk

berbincang dengan beliau. Tanpa rasa jemu beliau memberi respon kepada kami

dengan sopan santun. Saya mendapat maklumat mengenai kemudahan

Infrastruktur di sekolah, masalah disiplin, pendapat tentang program pemulhan di

sekolah dan banyak lagi. Saya juga mengambil beberapa gambar sebagai bukti.

Sepelas itu, kami berkjumpa dengan Penolong Kanan 1 dan Penolong kanan

HEM untuk sesi temubual. Kedua – dua sesi ini mengambil masa lebih kurang

satu jam. Banyak maklumat yang kami perolehi hasil perbualan dengan mereka.

Pada pukul 10.00 pagi saya bersama Megavarnan pergi ke kantin untuk

bersarapan pagi. Sambil bersarapan kami membincangkan tugasan yang

hendak dilakukan kerana hari ini merupakan hari yang terakhir. Setelah

bersarapan kami pergi ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan guru besar.

Guru besar menandatangani borang kehadiran kami dan menilai borang sahsiah

kami. Kami mengucapkan terima kasih kepada guru besar atas kerjasama dan

sokongan yang diberi selama seminggu. Agak-agak pada pukul 11.30 pagi saya

bersama Punitha pergi berjumpa dengan guru kanan HEM dan guru kanan yang

banyak mambantu kami. Tidak lupa juga guru pemulihan sekolah itu yang sangat

berkerjasama dengan kami memberi pengetahuan yang cukup manfaat kepada

kami. kami tidak lupa berterima kasih kepadanya atas sokongan yang diberi.

Saya dan rakan saya memberi manisan kepada semua guru di sekolah tersebut.

Pada pukul 12.30 tengah hari kami berkemas dan berangkat pulang dengan rasa

terima kasih kepada semua warga Sekolah Barathi yang memberi pertolongan

secara langsung atau tidak langsung.