refleksi

3
Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan BMM3117, Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Muhaiyuddin Bin Mohamed Azizi kerana telah menyediakan tugasan ini. Dalam tugasan ini saya dikehendaki untuk menyiapkan tugasan dua tugasan iaitu tugasan kumpulan dan tugasan individu. Banyak pengetahuan dan pengalaman baru yang saya perolehi. Untuk tugasan individu iaitu analisis strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Melayu, Teori Huraian Bahasa, Teori Pemerolehan Bahasa, pengajaran mikro-makro dan RPH adalah sangat membantu dalam meningkatkan pemahaman saya. Saya dapat mengenalpasti strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran bahasa Melayu dengan membuat analisis terhadap tugasan-tugasan berikut. Abanyak sumber rujukan yang saya dapat terutamanya melalui internet. Namun, yang paling penting ialah saya mendapat ilmu dan pengetahuan baru. Tugasan ini membantu saya untuk membuat persediaan untuk menjadi seorang guru pada masa akan datang terutama pembinaan RPH. Saya merasakan bahawa RPH sangat penting bagi seseorang guru sebelum mula mengajar bagi membuat persediaan terhadap pengajarannya. Justeru, saya dapat memupuk semangat bekerjasa bersama rakan-rakan kerana kami berbincang tentang maklumat yang kami perolehi bagi mendapatkan kesasihan bagi sesuatu maklumat. Bahkan, saya dapat memperbaiki diri saya terutama dalam proses menyiapkan tugasan. Saya dapat membuat penambahbaikan dengan

Upload: christy-riza

Post on 15-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi math

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan BMM3117, Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dengan jayanya. Terima kasih kepada

pensyarah saya iaitu En. Muhaiyuddin Bin Mohamed Azizi kerana telah menyediakan

tugasan ini. Dalam tugasan ini saya dikehendaki untuk menyiapkan tugasan dua

tugasan iaitu tugasan kumpulan dan tugasan individu. Banyak pengetahuan dan

pengalaman baru yang saya perolehi.

Untuk tugasan individu iaitu analisis strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran Bahasa Melayu, Teori Huraian Bahasa, Teori Pemerolehan Bahasa,

pengajaran mikro-makro dan RPH adalah sangat membantu dalam meningkatkan

pemahaman saya. Saya dapat mengenalpasti strategi, kaedah, pendekatan dan teknik

pengajaran bahasa Melayu dengan membuat analisis terhadap tugasan-tugasan

berikut. Abanyak sumber rujukan yang saya dapat terutamanya melalui internet.

Namun, yang paling penting ialah saya mendapat ilmu dan pengetahuan baru. Tugasan

ini membantu saya untuk membuat persediaan untuk menjadi seorang guru pada masa

akan datang terutama pembinaan RPH. Saya merasakan bahawa RPH sangat penting

bagi seseorang guru sebelum mula mengajar bagi membuat persediaan terhadap

pengajarannya.

Justeru, saya dapat memupuk semangat bekerjasa bersama rakan-rakan kerana

kami berbincang tentang maklumat yang kami perolehi bagi mendapatkan kesasihan

bagi sesuatu maklumat. Bahkan, saya dapat memperbaiki diri saya terutama dalam

proses menyiapkan tugasan. Saya dapat membuat penambahbaikan dengan bantuan

rakan-rakan yang lain. Selain itu, saya dapat memahami langkah-langkah yang perlu

dikuasai terutama dalam kaedah pengajaran bahasa Melayu sekolah rendah kerana

saya akan mengajar murid sekolah rendah. Maka, saya seharusnya lebih peka dengan

setiap perubahan yang dilakukan oleh bahagian pendidikan. Seperti yang telah sedia

maklum, guru harus boleh dalam segala perkara kerana guru adalah profesion yang

mulia dan telah diiktiraf.

Seterusnya, saya dapat mengetahui kompenen-kompenen pengajaran mikro-

makro. Saya memahami selok belok pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan

kehendak yang harus dipenuhi oleh seorang guru. Pembelajaran yang berkesan adalah

Page 2: refleksi

atas kompenen-kompenen mikro-makro. Guru harus peka dengan keadaan murid,

kelas dan juga persekitaran bilik darjah bagi memastiakn pengajaran dan pembelajaran

yang kondusif dapat diwujudkan. Maka, saya sedar bahawa menjadi seorang guru

bukan sekadar mencurahkan ilmu tetapi juga dalam pengurusan bilik darjah. Tambahan

pula, saya mengetahui bahawa teori-teori pendidikan seperti teori kognitif dan

sebagainya perlu diambil kira dalam pengajaran di dalam kelas. Saya sedar bahawa

teori-teori ini sangat penting bagi menghasilkan suasana pengajaran yang berkesan

dan kondusif. Oleh itu, saya sedar bahawa saya harus mengambilberat setiap perkara

yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Saya juga menghadapi masalah semasa melaksanakan tugasan berkumpulan

kerana kumpulan saya mendapat tajuk Teknik Arca. Sangat terhad maklumat dan

bahan yang kami perolehi. Di internet, kebanyakkan rujukan tentang arca adalah

berkaitan dengan seni dan bukan drama. Maka, saya dan rakan saya harus membuat

rujukan dengan lebih terperinci semata-mata untuk memahami apakah itu teknik arca.

Pada mulanya saya berasa sangat celaru tentang penggunaan teknik arca dengan

teknik drama yang lain. Tetapi, kami bertanya dengan ahli kumpulan lain untuk

mendapatkan maklumat dengan lebih jelas. Walaupun maklumat yang kami dapat

adalah amat terhad, kami tetap berusaha untuk membina konsep, ciri-ciri, cara

perlaksanaan dan yang lebih penting adalah dengan membina sebuah RPH denan

menggunakan teknik Arca. Adalah sukar untuk membina RPH berdasarkan teknik ini

kerana payah untuk mengaitkannya dengan hasil pembelajaran kemahiran. Tetapi,

kami telah fokuskan kepada perbualan yang lebih kepada bentuk lakonan.

Walaubagaimanapun, kami tidak seberapa pasti dengan hasil yang kami bina kerana

kekurangan maklumat. Yang penting adalah kami sangat yakin dengan tindakan kami

kerana kami telah melakukan pencarian dan pertanyaan yang sangat teliti.

Tuntasnya, seorang guru harus sentiasa bersedia baik mental atau fizikal bagi

menyahut kehendak Wawasan 2020. Generasi yang unggul boleh dilahirkan dengan

adanya guru-guru yang berkaliber dalam memimpin tonggak pendidikan negara. Malah,

menaikkan nama negara di peringkat dunia disamping meningkatkan penggunaan

bahasa Melayu yang kita pasti boleh menjadi bahasa pengantara di dunia.