refleksi

3
Refleksi: 1. Kekuatan projek/aktiviti : a) Projek ini telah menambah pengalaman kami dari segi mengendalikan satu program karnival sukan tradisional. Kami telah menggunakan cara yang senang dan jimat kos untuk melaksanakan karnival sukan tradisional. Cara ini boleh kami gunakan semasa di sekolah kelak. b) Kami telah belajar menggunakan sumber yang terhad untuk melaksanakan sesuatu karnival permainan tradisional. Kami telah menggunakan kelapa, tepung, spray, kayu biasa, batu-bata kecil, botol-botol kosong, pasir, pelepah dan tin-tin kosong dalam mengendalikan permainan tradisional. c) Projek ini telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan murid tentang permainan tradisional yang agak dilupakan oleh generasi masa kini. Mereka dapat mengingat kembali

Upload: azlan-amy

Post on 13-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi

Refleksi:

1. Kekuatan projek/aktiviti :

a) Projek ini telah menambah pengalaman kami dari segi mengendalikan

satu program karnival sukan tradisional. Kami telah menggunakan cara

yang senang dan jimat kos untuk melaksanakan karnival sukan

tradisional. Cara ini boleh kami gunakan semasa di sekolah kelak.

b) Kami telah belajar menggunakan sumber yang terhad untuk

melaksanakan sesuatu karnival permainan tradisional. Kami telah

menggunakan kelapa, tepung, spray, kayu biasa, batu-bata kecil, botol-

botol kosong, pasir, pelepah dan tin-tin kosong dalam mengendalikan

permainan tradisional.

c) Projek ini telah dapat mengembangkan lagi pengetahuan murid tentang

permainan tradisional yang agak dilupakan oleh generasi masa kini.

Mereka dapat mengingat kembali dan mengetahui peraturan-peraturan

asas dalam permainan tradisional. Mereka juga turut memahami teknik-

teknik yang patut diaplikasikan bagi memenangi sesuatu permainan.

d) Murid telah melibatkan diri dengan sangat aktif dalam semua permainan

tradisional. Murid dapat bergaul dan bermain dengan murid-murid

daripada tahun lain. Mereka tidak mencari kawan-kawan masing-masing,

Page 2: refleksi

malah membentuk satu kumpulan untuk melibatkan diri dalam sesebuah

permainan.

e) Murid mempunyai lebih mod untuk bermain di padang. Hadiah yang telah

disusunkan telah memotivasikan semangat murid untuk bermain.

f) Projek ini telah mengcungkil daya kreativiti murid. Semasa sukan

tradisional sedang dijalankan, terdapat ramai murid yang menggunakan

teknik-teknik lain untuk memenangi dalam sesebuah pertandingan.

Contohnya, murid tahun enam telah menggunakan teknik nmenyentuh jari

di garisan dalam pertandingan kabaddi bagi mengalahkan kumpulan

lawannya.

g) Karnival sukan Tradisional telah menjadi satu asas permulaan bagi

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Permas Jaya kerana setiap hari pada

masa rehat, murid-murid akan diedarkan peralatan bagi permainan

tradisional dan murid-murid dibenarkan bermain 15 minit setelah merekan

bersarapan.

2. Kelemahan projek/aktiviti :

Page 3: refleksi

Kebanyakkan permainan yang telah dijalankan adalah permainan outdoor seperti kabaddi, galah panjang, baling tin, bowling kelapa, konda kondi, ketingting. Permainan indoornya adalah congkak dan