refleksi

4
Refleksi Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnian-Nya dapatlah saya menyipakan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru sukarlah bagi saya memastikan tugasan ini selesai dengan jayanya. Oleh itu, ingin sekali saya menyampaikan penghargaan kepada pensyarah pembimbing, Encik Mohd Rafi bin Haji Ghazali atas tunjuk ajar beliau sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya turut ingin menyampaikan penghargaan kepada mereka yang turut menghulurkan bantuan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengalaman manis dan menarik yang berjaya diperolehi saya. Antaranya ialah sepanjang menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sepanjang pelaksanaan program tersebut, saya berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap satu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut demi memenuhi kehendak soalan tugasan. Apa yang saya dapati ialah pengalaman yang bermakna kepada saya. Saya berpeluang merasai sendiri bagaiman seorang guru harus bertindak apabila berada di dalam kelas. Bagaimana seorang guru perlu menunjukkan sikap yang profesional sepanjang proses

Upload: orange-humaira

Post on 12-Dec-2015

231 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

Page 1: Refleksi

Refleksi

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnian-Nya

dapatlah saya menyipakan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa bimbingan dan

tunjuk ajar daripada guru sukarlah bagi saya memastikan tugasan ini selesai

dengan jayanya. Oleh itu, ingin sekali saya menyampaikan penghargaan kepada

pensyarah pembimbing, Encik Mohd Rafi bin Haji Ghazali atas tunjuk ajar beliau

sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya turut ingin

menyampaikan penghargaan kepada mereka yang turut menghulurkan bantuan

kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu

saya menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pelbagai pengalaman manis dan

menarik yang berjaya diperolehi saya. Antaranya ialah sepanjang menjalani

program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Sepanjang pelaksanaan program

tersebut, saya berpeluang untuk membuat pemerhatian terhadap satu proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah tersebut demi memenuhi kehendak

soalan tugasan. Apa yang saya dapati ialah pengalaman yang bermakna kepada

saya. Saya berpeluang merasai sendiri bagaiman seorang guru harus bertindak

apabila berada di dalam kelas. Bagaimana seorang guru perlu menunjukkan

sikap yang profesional sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengetahuan sedia ada saya telah berjaya ditokok tambah hasil daripada

pemerhatian tersebut.

Selain itu, sepanjang melaksanakan tugasan saya berpeluang untuk

mengenali warga sekolah yang terdiri daripada guru, murid sehinggalah kepada

staf. Peluang untuk mengenali mereka merupakan antara pengalaman manis

yang sukar untuk dilupakan. Di samping itu, aktiviti pencarian maklumat

berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran maklumat sedikit sebanyak

membantu saya dalam meningkatkan kefahaman saya berkaitan kaedah

pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini diperoleh melalui sesi temu bual bersama

Page 2: Refleksi

guru - guru di sekolah, mengkaji Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)

mengukuhkan lagi kefahaman saya berkaitan kaedah pengajaran Bahasa

Melayu yang lebih berkesan.

Sesi temu bual bersama guru membantu saya menilai tahap kefahaman

saya terhadap pengajaran Bahasa Melayu di samping membolehkan saya

membuat banding beza agar saya dapat meningkatkan lagi kefahaman tersebut.

Guru - guru sekolah yang lebih berpengalaman banyak memberi input - input

yang berguna serta boleh diaplikasikan oleh saya setelah saya berada di sekolah

untuk mengajar kelak. Oleh itu, bimbingan ini sangatlah berguna kepada saya

menjadi suatu pengalaman yang positif boleh dimanfaatkan sepanjang hayat

saya.

Melalui kajian terhadap RPT, sedikit sebanyak membantu saya dalam

memahami penghasilan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang sebenar.

Hal ini kerana perubahan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah

menyebabkan kekeliruan kepada saya untuk menghasilkan RPH yang

sebetulnya. Oleh itu, kajian tersebut membantu saya mendalami cara

penghasilan RPH yang sebenar dan boleh diaplikasikan saya selagi mana KSSR

ini masih digunapakai di sekolah.

Seterusnya, melihat kepada permasalahan yang timbul sepanjang

melaksanakan tugasan ini antaranya ialah kesukaran untuk mencari masa

membuat proses pemerhatian pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana

kebanyakan guru sibuk dengan murid Tahun 6 yang bakal menduduki

peperiksaan dan terdapat guru yang terlibat dengan aktivitti luar. Hal ini telah

menyukarkan proses pelaksanaan tugasan saya. Namun begitu, perkara

tersebut berjaya diatasi setelah membuat perbincangan bersama - sama dengan

guru dan memilih masa yang terbaik untuk melakukan proses pemerhatian

tersebut.

Page 3: Refleksi

Selain itu, kurangnya guru Bahasa Melayu di sekolah tersebut menyebabkan

kebanyakkan guru mempunyai jadual yang padat pada setiap hari. Perkara ini

tidak melibatkan lagi aktiviti luar dan lawatan daripada pihak luar yang sedikit

sebanyak mengambil waktu guru yang sepatutnya berada di dalam kelas. Oleh

itu, masalah ini turut menjejaskan pencarian masa yang sesuai oleh guru demi

membantu saya untuk membuat proses pemerhatian. Walau bagaimanapun,

masih terdapat guru yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya untuk

menyiapkan tugasan ini.

Kesimpulannya, sepanjang menyiapkan tugasan ini pelbagai pengalaman

menarik dan manis berjaya diperolehi saya. Tidak lupa juga pengalaman yang

kurang menarik turut berjaya diperoleh sepanjang menyiapkan tugasan ini.

Tugasan yang merangkumi program Pengalaman Berasaskan Sekolah dan kerja

kursus banyak memberi manfaat yang berguna kepada saya. Manfaat yang

diterima boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di

sekolah kelak.