refleksi

5
REFLEKSI Semasa saya mendapat tugasan ini, saya berasa bermotivasi untuk menyiapkannya kerana tugasan ini dikehendaki menjalankan amali sebelum menulis laporan. Saya berasa bersyukur kerana akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Bagi tugasan pelaksanaan amali, pensyarah kami, Dr Khor Kwan Hooi telah memberi kami masa untuk menjalankan eksperimen di makmal Fizik semasa waktu kuliah. Setiap amali telah dijalankan pada masa yang tidak sama. Semasa melaksanakan amali-amali tersebut, saya telah menghadapi sedikit masalah. Antara masalah yang saya hadapi semasa menjalankan amali 2 (daya dan gerakan) ialah saya asyik tidak berjaya menimbang plastisin dengan menggunakan neraca palang secara tepat. Oleh itu, saya telah 60

Upload: chai-yun-tiow

Post on 18-Nov-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

REFLEKSI

TRANSCRIPT

REFLEKSISemasa saya mendapat tugasan ini, saya berasa bermotivasi untuk menyiapkannya kerana tugasan ini dikehendaki menjalankan amali sebelum menulis laporan. Saya berasa bersyukur kerana akhirnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Bagi tugasan pelaksanaan amali, pensyarah kami, Dr Khor Kwan Hooi telah memberi kami masa untuk menjalankan eksperimen di makmal Fizik semasa waktu kuliah. Setiap amali telah dijalankan pada masa yang tidak sama. Semasa melaksanakan amali-amali tersebut, saya telah menghadapi sedikit masalah. Antara masalah yang saya hadapi semasa menjalankan amali 2 (daya dan gerakan) ialah saya asyik tidak berjaya menimbang plastisin dengan menggunakan neraca palang secara tepat. Oleh itu, saya telah mengambil masa yang panjang semasa membuat penimbangan tersebut. Rakan sekumpulan saya juga telah memberi bantuan kepada saya pada masa itu dan akhirnya saya berjaya menimbang semua plastisin yang berjisim berbeza. Semasa melukis graf voltan lawan arus bagi amali 4 (Litar elektrik), saya juga telah menghadapi masalah kerana tidak dapat melukis pintasan pada paksi V yang sepatutnya bernilai 2.8. Saya telah meminta bantuan daripada rakan saya. Saya telah diberitahu bahawa salah satu bacaan tidak dipangkah dengan betul. Selepas membetulkan kesalahan tersebut, akhirnya saya berjaya mencari pintasan pada paksi V yang mewakili daya gerak elektrik (d.g.e) dengan betul. Bagi eksperimen untuk amali 6, saya berasa ia paling mencabar kerana pelajar perlu mereka cipta satu eksperimen bagi tajuk aplikasi daya tujahan. Tajuk kertas mengenai eksperimen ini sudah diedarkan awal oleh Dr. Khor kepada kelas kami supaya dapat membuat persediaan awal. Namun, kumpulan saya masih tidak mempunyai sebarang idea untuk melaksanakan amali ini. Oleh itu, Dr Khor telah membimbing dan memberi tunjuk ajar dengan sabar tentang cara untuk melaksanakan eksperimen ini pada masa kuliah. Dengan itu, barulah amali 6 ini dapat dijalankan dengan lancar. Di samping itu, saya juga menghadapi masalah semasa menulis laporan amali kerana saya tidak tahu menulis tentang teori-teori yang berkaitan dengan tajuk amali. Jadi, saya telah memimjam beberapa buku rujukan daripada pusat sumber supaya dapat mencari maklumat yang berkenaan. Melalui tugasan ini, banyak ilmu pengetahuan telah saya pelajari. Contoh dalam amali 2, saya dapat mempelajari bahawa sebenarnya pecutan graviti tidak bergantung kepada jisim objek yang jatuh. Dalam amali 3 pula, saya dapat mengenal pasti tentang hubungan antara jarak objek, u, jarak imej, v, dengan panjang fokus, f, iaitu 1/f = /u+1/v. Selain itu, dalam amali 5, saya juga dapat belajar tentang beberapa faktor yang mempengaruhi magnitud arus aruhan seperti kekuatan magnet, bilangan lilitan solenoid, laju relatif antara solenoid dengan magnet dan diameter gegelung. Tambahan pula, saya juga dapat mempelajari ilmu secara mendalam tentang prinsip Archimedes dalam amali 6. Saya dapat mengetahui bahawa apabila isi padu air yang disesarkan semakin besar, daya tujah ke atas juga akan semakin besar.Semasa menjalankan tugasan ini, saya mendapati terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan. Kekuatannya ialah saya dan rakan-rakan dapat bekerjasama dengan baik semasa menjalankan amali. Manakala bagi kelemahannya ialah saya tidak menguruskan masa dengan baik kerana saya telah menggunakan masa yang terlalu panjang untuk menyiapkan laporan amali. Saya berharap lain kali saya dapat menguruskan masa dengan berkesan dalam penghasilan tugasan. Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi pengalaman yang berharga kepada saya. Saya berharap saya masih dapat ingat apa yang saya belajar pada hari ini untuk sepanjang hayat. Saya juga berharap saya akan menghasilkan tugasan yang berkualiti tinggi lagi pada masa yang akan datang. 61