refleksi

3
D. PENULISAN REFLEKTIF Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kerja Budaya dan Pembelajaran ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek, En Azni bin Jaafar kerana banyak membantu dan mencurahkan ilmu secara pengalaman tentang Budaya Pembelajaran serta membimbing saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Secara ringkasnya berdasarkan tugasan ini, pelajar dikehendaki menyediakan penulisan esei tentang tajuk analisis implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengajaran dan cadangan pembinaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran mesra budaya serta membina sebuah program Mesra Budaya di dalam bilik darjah. Terdapat kekuatan yang saya dapat dalam melaksanakan tugasan ini. Antaranya ialah saya dapat mempelajari tentang bagaimana caranya saya merancang sesuatu pengajaran yang dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang mesra dan melahirkan sifat bersatu padu dalam diri murid-murid yang berbilang kaum. Terdapat beberapa pengalaman yang dapat saya analisis berdasarkan pemerhatian saya sewaktu program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Salah satu tanggungjawab utama pada bahu seseorang guru adalah cara mewujudkan budaya pembelajaran yang mesra. Terdapat beberapa teknik yang telah saya lihat di dalam kelas bersama guru sekolah, berdasarkan pengalaman saya tersebut saya mempelajari teknik pembelajaran secara berkumpulan dan berpasangan, susun atur kedudukan meja dan

Upload: muhammad-haziq

Post on 11-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

budaya belajr

TRANSCRIPT

D. PENULISAN REFLEKTIF

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kerja Budaya dan Pembelajaran ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek, En Azni bin Jaafar kerana banyak membantu dan mencurahkan ilmu secara pengalaman tentang Budaya Pembelajaran serta membimbing saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Secara ringkasnya berdasarkan tugasan ini, pelajar dikehendaki menyediakan penulisan esei tentang tajuk analisis implikasi kepelbagaian sosio-budaya terhadap pengajaran dan cadangan pembinaan persekitaran pengajaran dan pembelajaran mesra budaya serta membina sebuah program Mesra Budaya di dalam bilik darjah.

Terdapat kekuatan yang saya dapat dalam melaksanakan tugasan ini. Antaranya ialah saya dapat mempelajari tentang bagaimana caranya saya merancang sesuatu pengajaran yang dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang mesra dan melahirkan sifat bersatu padu dalam diri murid-murid yang berbilang kaum. Terdapat beberapa pengalaman yang dapat saya analisis berdasarkan pemerhatian saya sewaktu program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Salah satu tanggungjawab utama pada bahu seseorang guru adalah cara mewujudkan budaya pembelajaran yang mesra. Terdapat beberapa teknik yang telah saya lihat di dalam kelas bersama guru sekolah, berdasarkan pengalaman saya tersebut saya mempelajari teknik pembelajaran secara berkumpulan dan berpasangan, susun atur kedudukan meja dan kerusi murid bagi mengelakkan terjadinya kelompok yang memupukkan sifat perkauman dalam bilik darjah. Teknik ini juga selaras dengan Gagasan 1 Malaysia yang diseru supaya bersatu padu dalam menjaga keamanan negara tanpa mengira agama dan bangsa. Pengalaman ini juga dapat saya muatkan di dalam tugasan subjek Budaya Pembelajaran yang akan membantu guru pelatih dalam mengembangkan nilai sivik bagi murid-murid yang berbilang kaum. Pembelajaran ini juga memberi peluang murid untuk berinteraksi dan memahami pandangan dan perasaan murid yang lain. Melalui proses ini pembelajaran ini akan melatih murid lebih menghormati kepelbagaian budaya iaitu dengan mengikis segala prasangka buruk terhadap bangsa yang lain.

Beberapa kelemahan yang dapat saya kemukakan dalam kerja kursus ini, antaranya ialah saya tidak dapat mengumpul sebanyak mungkin maklumat tentang budaya dan pembelajaran ini disebabkan kekakangan masa yang saya hadapi. Sumber maklumat yang saya peroleh hanya lebih berbantukan laman web disebabkan beberapa tugasan lain yang perlu saya pikul.

Selain itu, tugasan yang diberikan kepada saya memberikan satu pengalaman yang sangat berguna sebagai seorang bakal guru. Tugasan budaya dan pembelajaran dilaksanakan meningkatkan kemahiran kami untuk mencari dan menganalisis maklumat di samping meningkatkan kefahaman antara pendidikan dan budaya mesra. Di atas bimbingan En Azni saya dapat melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin. Terdapat banyak penerangan yang berguna yang disampaikan oleh beliau semasa penerangan kerja kursus ini.

Sepanjang pembelajaran subjek ini, pelbagai nilai-nilai murni yang saya dapat terapkan di dalam diri saya. Antaranya ialah kesedaran kepentingan pengetahuan tentang budaya masyarakat di Malaysia mahupun di dunia. Di samping itu, kita sebagai generasi muda perlu mengekalkan perpaduan serta menjaga adat dan budaya kita supaya tidak hilang ditelan arus pembangunan yang semakin pesat. Secara keseluruhannya, saya berasa seronok sepanjang pembelajaran dalam semester ini. Segala ilmu dan pengalaman yang saya peroleh saya akan aplikasikan apabila menjadi seorang guru kelak.