refleksi

3
\\ Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggi- tinggi rasa syukur dirafakkan kepada Ilahi atas segala kemudahan dan nikmat yan diberikan sepanjang kami melaksanakan Program Kemasyarakatan bersama PDK ugusan Manjoi. Program ini dipimpin oleh pensyarah pembimbing, Puan !ajah "afiah #inti !aron. #elia banyak membantu dan memberikan pen$erahan berkaitan tugasan projek atau program ini. "epanjang program ini, kami dapat memahami banyak perkara berkaitan penguru program bermula dari pemilihan tempat, peran$angan akti%iti sehinggalah pela akti%iti bagi program kemasyarakatan ini. "ebelum menjalankan program ini, kami telah berhubung dengan penyelia PDK mendapatkan serba sedikit maklumat dan mengetahui kesudian pihak PDK Manjoi untuk menerima kunjungan kami. "yukur tidak terhingga kerana pihak PDK manjoi me respon balas yang baik dan memberangsangkan. "elanjutnya, kami mendapatkan maklumat ringkas dari rakan yang melakukan la&atan indi%idu di PDK tersebut. 'rang kata tak kenal maka tak $inta, kami kata tak kenal maka tidaklah tahu. 'leh it merajinkan jari-jemari untuk merarau pada laman sesa&ang berkaitan topik-topik berka Pemulihan Dalam Komuniti. "ebelum ini, kami pernah pergi ke PDK untuk tujuan la&atan sehari, tetapi menurut hemat kami, tempoh tersebut tidak $ukup untuk kami memahami sepenuhnya mengenai PDK ini. (ujuan kami agar kami tidaklah datang tanpa pengetahuan mengenai pengurusan PDK semasa program dan akti%iti dijalankan nanti. "epanjang program kemasyarakatan ini dijalankan, terdapat pelbagai perkara b pengalaman-pengalaman menarik yang kami perolehi. Misalnya, semasa akti%iti senamrob dan sukaneka, kami belajar baha&a pelatih kanak-kanak berada di tahap ) teori perkembangan *rik *rikson iaitu inisiatif la&an rasa bersalah. Kanak-kanak pada taha mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka $uba mengambil inisiatif melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. "ebagai $ontoh, &alaupun seorang pelatih tidak berani berjalan menyelusuri tero&ong mini namun keran naluri ingin tahu, pelatih tersebut kuatkan semangat sehingga berjaya melepasi tero& Namun, di a&al permainan pelatih tersebut perlukan teman untuk melalui tero&ong ters Kami sangat kagum dan terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan. REFLEKSI

Upload: kartini-japar

Post on 07-Oct-2015

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh

TRANSCRIPT

\\

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, setinggi-tinggi rasa syukur dirafakkan kepada Ilahi atas segala kemudahan dan nikmat yang diberikan sepanjang kami melaksanakan Program Kemasyarakatan bersama PDK Gugusan Manjoi. Program ini dipimpin oleh pensyarah pembimbing, Puan Hajah Safiah Binti Haron. Beliau banyak membantu dan memberikan pencerahan berkaitan tugasan projek atau program ini.Sepanjang program ini, kami dapat memahami banyak perkara berkaitan pengurusan program bermula dari pemilihan tempat, perancangan aktiviti sehinggalah pelaksanaan aktiviti bagi program kemasyarakatan ini.

Sebelum menjalankan program ini, kami telah berhubung dengan penyelia PDK untuk mendapatkan serba sedikit maklumat dan mengetahui kesudian pihak PDK Manjoi untuk menerima kunjungan kami. Syukur tidak terhingga kerana pihak PDK manjoi memberi respon balas yang baik dan memberangsangkan. Selanjutnya, kami mendapatkan maklumat ringkas dari rakan yang melakukan lawatan individu di PDK tersebut.

Orang kata tak kenal maka tak cinta, kami kata tak kenal maka tidaklah tahu. Oleh itu, kami merajinkan jari-jemari untuk merarau pada laman sesawang berkaitan topik-topik berkaitan Pemulihan Dalam Komuniti. Sebelum ini, kami pernah pergi ke PDK untuk tujuan lawatan sehari, tetapi menurut hemat kami, tempoh tersebut tidak cukup untuk kami memahami sepenuhnya mengenai PDK ini. Tujuan kami agar kami tidaklah datang tanpa pengetahuan mengenai pengurusan PDK semasa program dan aktiviti dijalankan nanti.Sepanjang program kemasyarakatan ini dijalankan, terdapat pelbagai perkara baru dan pengalaman-pengalaman menarik yang kami perolehi. Misalnya, semasa aktiviti senamrobik dan sukaneka, kami belajar bahawa pelatih kanak-kanak berada di tahap 3 teori perkembangan Erik Erikson iaitu inisiatif lawan rasa bersalah. Kanak-kanak pada tahap ini mula berinteraksi dan terdedah kepada persekitaran. Mereka cuba mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Sebagai contoh, walaupun seorang pelatih tidak berani berjalan menyelusuri terowong mini namun kerana naluri ingin tahu, pelatih tersebut kuatkan semangat sehingga berjaya melepasi terowong. Namun, di awal permainan pelatih tersebut perlukan teman untuk melalui terowong tersebut. Kami sangat kagum dan terharu dengan kesungguhan yang ditunjukkan.Selain itu, semasa aktiviti seni kraf, pelatih membuat kraf bunga dengan bimbingan pelatih guru. Melalui aktiviti tersebut, pembentukan konsep kendiri positif boleh dibentuk. Hal ini kerana, apabila pelatih melakukan sesuatu kerja mereka selalu menerima pujian, kasih sayang, layanan baik dan perhatian sama ada daripada ibu bapa, guru atau rakan. Ia sekaligus membantu mereka berasa gembira, berkeyakinan dan mempercayai sepenuhnya pada diri sendiri serta lazimnya dapat mengatasi masalah dan cabaran dengan tabah. Proses mempersepsi diri berkembang melalui perhubungan dengan ahli keluarga, rakan sebaya, guru-guru dan masyarakat sekeliling. Apabila pelatih terima diri seadanya, menyayangi dan menghargai diri sendiri, mereka akan melakukan perkara-perkara yang baik bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk orang lain. Oleh itu, guru boleh membentuk konsep kendiri positif pelatih dengan cara memberi perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada pelatih.Namun, terdapat juga beberapa kesulitan yang dihadapi semasa program dijalankan. Pertama, kami perlu menukar aktiviti disaat-saat akhir kerana aktiviti yang dirancang tidak bersesuaian dengan kemampuan pelatih di PDK. Walaubagaimanapun, masalah ini dapat diatasi dalam masa yang singkat berkat bantuan rakan-rakan dengan curahan idea dan timbang tara kebaikan aktiviti gantian yang kami lakukan. Malah, perbincangan ringkas juga dijalankan bersama penyelia dan guru di PDK agar aktiviti yang diubah dapat memberi manfaat dan sesuai dengan kemampuan pelatih. Seterusnya, kehadiran pelatih juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada perjalanan aktiviti yang dijalankan. Hal ini demikian kerana, kami menjangka dan merancang aktiviti untuk sekurang-kurangnya 8 orang pelatih, tetapi pada hari kejadian, hanya dua orang pelatih yang dapat memberi komitmen sepenuhnya. Pelatih kanak-kanak ramai yang tidak hadir dan guru memaklumkan kepada kami kebiasaannya pelatih di sana tidak hadir ke PDK apabila kehadiran mereka mencukupi sekurang-kurangnya lapan kali. Hal ini kerana, peraturan yang telah dibuat oleh JKM adalah pelatih PDK perlu mempunyai kedatangan sekurang-kurangnya lapan kali untuk mendapat elaun bulanan.Secara keseluruhannya, kami merasakan program ini banyak memberi peningkatan terhadap diri kami. Pertama, kami mendapat ilmu-ilmu baru yang kami yakin amat berguna terutamanya ketika bertugas sebagai seorang pendidik kelak. Selain itu, kami juga dapat mengenalpasti kelemahan dan kelebihan diri dan dapat membetulkan kekurangan yang ada terutama, apabila bekerja dalam satu pasukan. Kami dapat fahami bahawa kerjasama dan kesepakatan amat diperlukan bagi menjayakan sesebuah program apatah lagi melibatkan warga luar IPG. Kami belajar untuk menyusun bahan maklumat secara sistematik dan mendapat info berguna seperti toilet training untuk kanak-kanak kurang upaya. Malah, sepanjang menyiapkan tugasan ini, nilai kerjasama dan kesabaran dapat diaplikasikan dengan berkesan.

Sesungguhnya, pelatih PDK memerlukan sokongan daripada semua. Kita sebagai masyarakat yang prihatin jangan sesekali menyisihkan mereka. Curahkan ilmu yang kita ada kepada mereka terutama ilmu kemahiran kerana ia akan membantu pelatih untuk berdikari kelak. Selain itu, perlu ada perbincangan yang selesa dan pendapat yang positif untuk menyelesaikan masalah yang berlaku secara drastik. Pastikan semasa berbincang semua individu di PDK terlibat iaitu kami sendiri, penyelia, guru dan pelatih PDKKesimpulannya, keberkesanan sesebuah PDK itu bergantung kepada sinergi yang diterima dari segenap pihak. Sekiranya hanya pihak PDK sahaja yang berusaha membantu golongan OKU ini, sudah tentulah tidak mampu membawa banyak perubahan. Mentaliti masyarakat perlu terbuka dan cakna dengan isu-isu melibatkan golongan OKU.

Kami berharap, tugasan kali ini bukan sahaja bermanfaat sepenuhnya kepada diri kami sendiri, malah turut bermanfaat kepada semua rakan pelatih guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini. Sekian, kami akhiri penulisan refleksi dengan ucapan terima kasih dan wassalam.Pemulihan dalam Komuniti,

Dari Masyarakat,

Untuk Masyarakat,

Kepada Masyarakat

REFLEKSI