refleksi

2
Refleksi (Siti Nordiana binti Raduan) Bismillahirrahmanirrahim Segala puji-pujian ditujukan kepada yang paling berhak menerimanya iaitu Allah s.w.t. kerana telah memberi peluang kepada saya dalam menyiapkan tugasan projek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini. Melalui tugasan yang saya siapkan bersama 3 orang rakan yang lain, terdapat pelbagai input yang saya perolehi. Melalui tugasan ini, saya telah membuat bacaan tentang model disiplin dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid serta teknik pengurusan tingkah laku dalam pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini juga membolehkan saya memahami definisi dan konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku secara mendalam. Selain itu, saya juga mendapat input berkaitan pentingnya model disiplin digunakan untuk menangani tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik mengikut model yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubah sesuatu tingkah laku. Teknik pengurusan tingkah laku juga boleh digunakan untuk meningkatkan atau mengekalkan sesuatu tingkah laku yang mula berubah. Antara teknik yang boleh digunakan ialah peneguhan positif, peneguhan negatif, pembentukan atau shaping, kontrak, ekonomi token, modeling dan lain-lain. Selain itu teknik- teknik pengurusan bilik darjah Kounin juga boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah. Tugasan ini membolehkan saya mengetahui tentang ciri-ciri utama model disiplin Dreikurs dan Kounin. Pada pendapat saya, kedua-dua model ini dapat membantu guru menangani masalah

Upload: annenhafurqhani

Post on 03-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Refleksi (Siti Nordiana binti Raduan)Bismillahirrahmanirrahim Segala puji-pujian ditujukan kepada yang paling berhak menerimanya iaitu Allah s.w.t. kerana telah memberi peluang kepada saya dalam menyiapkan tugasan projek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku ini.Melalui tugasan yang saya siapkan bersama 3 orang rakan yang lain, terdapat pelbagai input yang saya perolehi. Melalui tugasan ini, saya telah membuat bacaan tentang model disiplin dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid serta teknik pengurusan tingkah laku dalam pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini juga membolehkan saya memahami definisi dan konsep pengurusan bilik darjah dan tingkah laku secara mendalam. Selain itu, saya juga mendapat input berkaitan pentingnya model disiplin digunakan untuk menangani tingkah laku yang tidak diingini berlaku dalam bilik darjah. Terdapat pelbagai teknik mengikut model yang boleh digunakan oleh guru untuk mengubah sesuatu tingkah laku. Teknik pengurusan tingkah laku juga boleh digunakan untuk meningkatkan atau mengekalkan sesuatu tingkah laku yang mula berubah. Antara teknik yang boleh digunakan ialah peneguhan positif, peneguhan negatif, pembentukan atau shaping, kontrak, ekonomi token, modeling dan lain-lain. Selain itu teknik-teknik pengurusan bilik darjah Kounin juga boleh diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah. Tugasan ini membolehkan saya mengetahui tentang ciri-ciri utama model disiplin Dreikurs dan Kounin. Pada pendapat saya, kedua-dua model ini dapat membantu guru menangani masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah sekiranya digunakan mengikut kesesuaian tingkah laku yang ingin diubah atau dihapuskan. Kedua-dua model ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Guru perlu bijak dalam memilih dan mengaplikasikan model ini dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Selain daripada dua model disiplin ini, model disiplin yang lain juga boleh digunakan oleh guru. Sebagai contoh, model disiplin Asertif Canter, model Modifikasi Tingkah laku Skinner dan model Terapi Realiti oleh William Glasser. Kesemua model ini saya rasakan sesuai digunakan oleh guru dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku. Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Guru perlulah mengenal pasti akan masalah dan punca berlakunya masalah tingkah laku yang timbul agar dapat ditangani dengan segera. Peraturan yang jelas, ringkas, dan penting perlulah dilaksanakan oleh guru agar bilik darjah berada dalam keadaan yang terkawal.Kesimpulannya, terdapat beberapa Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang boleh digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Guru perlulah melakukan sesuatu dan mengambil tindakan terhadap salah laku murid agar tidak mengganggu seisi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung.