refleksi

2
Saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada mulanya tugasan ini nampak seperti susah dan saya beranggapan bahawa saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Namun galakan dan dorongan pensyarah saya iaitu Encik Mohamad Sobri bin Harun serta rakan-rakan saya telah membolehkan saya untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Pendidikan seks merupakan pendidikan tentang fungsi sistem reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks serta kesannya. Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1997 membuktikan bahawa pendidikan seks telah melambatkan usia remaja untuk melakukan hubungan seks sekaligus menurunkan kadar perlakuan seks, kehamilan luar nikah di kalangan remaja serta pengguguran bayi. Sebagai seorang bakal pendidik, saya perlu menimba ilmu yang lengkap sebelum mengajar murid saya. Melalui tugasan satu, saya telah dapat banyak ilmu serta kaedah yang boleh diaplikasikan di sekolah untuk mengajar pendidikan seks ini kepada murid. Walaupun jurnal yang telah saya cari bagi tugasan satu ini dalam bahasa Indonesia, ia berkaitan dengan kursus Pendidikan Kesihatan Seksualiti. Tajuk yang telah saya dapat bagi tugasan dua ialah persenyawaan dan kehamilan. Walaupun topik ini pernah saya belajar ketika di bangku sekolah dahulu, Tugasan ini juga telah menjadikan saya seorang penyelidik yang baik. Saya telah mencari pelbagai informasi berdasarkan persenyawaan dan kehamilan daripada pelbagai sumber seperti buku teks Sains tingkatan 3 serta internet. Hal ini telah membolehkan saya untuk mengimbas kembali apa yang telah saya pelajari dahulu ketika di bangku sekolah serta meneroka ilmu yang baru.

Upload: robert-kennedy

Post on 07-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pke

TRANSCRIPT

Saya berasa bersyukur dan gembira kerana dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini dalam tempoh yang telah ditetapkan. Pada mulanya tugasan ini nampak seperti susah dan saya beranggapan bahawa saya tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Namun galakan dan dorongan pensyarah saya iaitu Encik Mohamad Sobri bin Harun serta rakan-rakan saya telah membolehkan saya untuk menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Pendidikan seks merupakan pendidikan tentang fungsi sistem reproduktif manusia, penjagaan kesihatan, masa yang sesuai untuk melakukan hubungan seks serta kesannya. Kajian yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada 1997 membuktikan bahawa pendidikan seks telah melambatkan usia remaja untuk melakukan hubungan seks sekaligus menurunkan kadar perlakuan seks, kehamilan luar nikah di kalangan remaja serta pengguguran bayi.Sebagai seorang bakal pendidik, saya perlu menimba ilmu yang lengkap sebelum mengajar murid saya. Melalui tugasan satu, saya telah dapat banyak ilmu serta kaedah yang boleh diaplikasikan di sekolah untuk mengajar pendidikan seks ini kepada murid. Walaupun jurnal yang telah saya cari bagi tugasan satu ini dalam bahasa Indonesia, ia berkaitan dengan kursus Pendidikan Kesihatan Seksualiti. Tajuk yang telah saya dapat bagi tugasan dua ialah persenyawaan dan kehamilan. Walaupun topik ini pernah saya belajar ketika di bangku sekolah dahulu, Tugasan ini juga telah menjadikan saya seorang penyelidik yang baik. Saya telah mencari pelbagai informasi berdasarkan persenyawaan dan kehamilan daripada pelbagai sumber seperti buku teks Sains tingkatan 3 serta internet. Hal ini telah membolehkan saya untuk mengimbas kembali apa yang telah saya pelajari dahulu ketika di bangku sekolah serta meneroka ilmu yang baru.Walaupun, saya bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini, saya tahu bahawa tugasan ini adalah satu latihan yang baik kepada saya seorang bakal guru. Tugasan ini membantu saya untuk memahami kursus ini serta kepentingannya secara dalaman serta saya dapat tulis sebuah ulasan artikel berdasarkan jurnal yang diberi dalam tempoh yang singkat. Semua pengetahuan yang saya mendapat semasa melakukan tugasan ini akan membantu dan membimbing saya untuk menjadi seorang guru masa depan yang sempurna."Kamus adalah satu-satunya tempat dimana kejayaan datang sebelum kerja keras. Kerja keras adalah kunci kepada kejayaan dan bekerja keras boleh membantu anda mencapai apa-apa. "Vince Lombardi JrKesimpulannya, melalui tugasan ini saya telah menyedar bahawa saya perlu sentiasa menepati masa yang ditetapkan dalam melaksanakan sesuatu kerja yang telah diamanahkan kepada saya kerana masa itu emas dan masa yang dilalui tidak akan kembali. Bagi mengakhiri refleksi, saya merakamkan seinfiniti terima kasih kepada semua warga IPGKTB yang telah membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.