refleksi

12
Refleksi Nama Aktivit i Penerangan Aktiviti Perasaan Semasa menjalankan Aktiviti Kegunaan aktiviti Tindakan Set Induksi Saya telah menulis beberapa perkataan di atas papan putih untuk menunjukkan suku kata KVKK kepada pelajar. Kemudian, saya menanya soalan kepada pelajar “Beritahu cikgu ada persamaan di antara beberapa perkataan ini tak?” Tiba-tiba ada pelajar menjawab “ya”, saya pun menanya kepada pelajar itu apakah persamaan yang ada pada beberapa perkataan ini? Pada mulanya saya berasa yakin dan teruja kerana mengganggap akan ada pelajar akan bagi jawapan yang tepat. Lagipun, mereka sudah didedahkan dengan huruf konsonan dan huruf vokal. Tetapi apabila pelajar mendapati ada persamaan antara beberapa perkataan tersebut tetapi gagal untuk menyebut jawapannya, saya pun mula berfikir “adakah permintaan saya terhadap pelajar saya terlalu tinggi?” Kalau jawab di antara semua perkataan terdapat satu huruf vokal pun boleh terima, kerana huruf vokal cuma ada saya dalam setiap perkataan itu. Walaupun mereka gagal memberi jawapan yang betul, tetapi saya cuba untuk membimbing mereka dengan menggunakan salah satu perkataan KVKK dan menganalisi huruf konsonan dan huruf vokal kemudian minta murid cuba menganalisis Untuk menyediak an pelajar dengan pelajaran hari ini, suku kata KVKK Saya akan bezakan huruf konsonan dan huruf vokal dengan warna yang berlainan. Menggunakan perkataan yang lebih besar mengenai suku kata KVKK dari keratan akhbar Menayangkan klip video yang mengenai suku kata KVKK Memilih rangsangan yang menghampiri dengan jawapan yang dikehendaki .

Upload: lilians-foo

Post on 04-Sep-2015

14 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Refleksi praktikum

TRANSCRIPT

RefleksiNama AktivitiPenerangan AktivitiPerasaan Semasa menjalankan AktivitiKegunaan aktivitiTindakan

Set InduksiSaya telah menulis beberapa perkataan di atas papan putih untuk menunjukkan suku kata KVKK kepada pelajar.

Kemudian, saya menanya soalan kepada pelajar Beritahu cikgu ada persamaan di antara beberapa perkataan ini tak?

Tiba-tiba ada pelajar menjawab ya, saya pun menanya kepada pelajar itu apakah persamaan yang ada pada beberapa perkataan ini?

Pelajar itu senyap saja, selepas itu, saya cuba untuk membimbing pelajar untuk mengetahui tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.Kemudian, apabila saya menggunakan salah satu contoh perkataan dan mengajar murid untuk menganalisis huruf konsonan dan huruf vokal, pelajar tersebut baru bagi jawapan suku kata KVKK.Pada mulanya saya berasa yakin dan teruja kerana mengganggap akan ada pelajar akan bagi jawapan yang tepat. Lagipun, mereka sudah didedahkan dengan huruf konsonan dan huruf vokal.Tetapi apabila pelajar mendapati ada persamaan antara beberapa perkataan tersebut tetapi gagal untuk menyebut jawapannya, saya pun mula berfikir adakah permintaan saya terhadap pelajar saya terlalu tinggi? Kalau jawab di antara semua perkataan terdapat satu huruf vokal pun boleh terima, kerana huruf vokal cuma ada saya dalam setiap perkataan itu.

Walaupun mereka gagal memberi jawapan yang betul, tetapi saya cuba untuk membimbing mereka dengan menggunakan salah satu perkataan KVKK dan menganalisi huruf konsonan dan huruf vokal kemudian minta murid cuba menganalisis perkataan yang lain supaya mereka mendapat jawapan tersebut. Sekiranya saya terus memberi jawapan macam itu, mereka akan berasa bosan kerana hanya cikgu yang asyik bercakap sahaja. Tambahan pula, kalau saya marah atau denda mereka, mereka akan berasa tertekan dan malu. Oleh itu, ramai pelajar sekarang tidak mahu respon pada soalan guru kerana sekiranya memberi jawapan yang salah, kawannya akan ketawakannya dan dia akan berasa malu.

Saya sedar bahawa bukan semua murid akan cepat tangkap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Sekiranya saya membezakan huruf konsonan dan huruf vokal dengan warna yang berlainan, murid akan dapat tangkap apa yang ingin disampaikan oleh cikgu. Saya akan berhati-hati pada masa akan datang.Untuk menyediakan pelajar dengan pelajaran hari ini, suku kata KVKKSaya akan bezakan huruf konsonan dan huruf vokal dengan warna yang berlainan.Menggunakan perkataan yang lebih besar mengenai suku kata KVKK dari keratan akhbar

Menayangkan klip video yang mengenai suku kata KVKK

Memilih rangsangan yang menghampiri dengan jawapan yang dikehendaki.

Refleksi

Nama AktivitiPenerangan AktivitiPerasaan Semasa menjalankan AktivitiKegunaan aktivitiTindakan

PenilaianSaya telah menyediakan kepingan kertas yang dalamnya terkandung suku kata KVKK dan diletakkan di dalam sebuah bekas . Sebaik saja dihentikan, murid dikehendaki untuk mencabut kepingan kertas dan membacanya.

Manakala bagi kumpulan yang lain, murid dikehendaki untuk mencabut kepingan kertas dan menyalin perkataan tersebut ke dalam kertas yang disediakan.Pada mulanya saya berasa tidak yakin kerana berpendapat bahawa aktiviti yang dijalankan tidak dapat menarik perhatian pelajar saya. Tetapi saya telah mendapat perhatian murid saya dan mereka berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Disebabkan saya perlu memberikan sedikit masa untuk kumpulan yang lain untuk menulis , oleh itu, murid yang dikehendaki untuk mencabut kepingan kertas untuk membaca akan berasa bosan kerana kena menunggu kawan yang menulis.

Tetapi saya cuba untuk memendekkan masa murid yang menulis dan menarik balik perhatian murid yang dikehendaki untuk membacanya.Untuk menilai pelajar dengan pelajaran hari ini, suku kata KVKK.Menggunakan muzik yang mempunyai rentak yang berlainan supaya pelajar tidak berasa bosan.

Memendekkan jumlah perkataan yang perlu dibaca oleh pelajar.

Memikirkan aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar sambil menunggu kawan menulis.

Refleksi

Nama AktivitiPenerangan AktivitiPerasaan Semasa menjalankan AktivitiKegunaan aktivitiTindakan

Penyampaian Langkah 2Saya telah memberi penerangan kepada murid tentang menolak 2 nombor 2 digit dalam bentuk lazim.

Selepas itu, murid akan diberikan contoh soalan yang lain, dan mereka dikehendaki untuk membuat operasi tolak dengan menggunakan dekak-dekak.

Pada mulanya, saya berasa yakin dan teruja kerana mengganggap akan ada pelajar akan bagi jawapan yang tepat. Lagipun, mereka sudah didedahkan dengan operasi tolak dalam lingkungan 50 dengan mengumpul semula.

Tetapi apabila mengajar, saya mendapati bahawa murid saya tidak faham apa yang telah saya ajarkan. Susah payah saya merancang semua proses ini, tetapi lain jawapannnya. Kalau mereka cuba untuk menjawab soalan atau melakonkan situasi, mereka akan mendapat jawapan yang betul.

Walaupun mereka gagal memberi jawapan yang betul, tetapi saya cuba untuk membimbing mereka dengan menggunakan dekak-dekak yang disediakan. Sekiranya saya terus memberi jawapan macam itu, mereka tidak akan faham konsep mengumpul semula. Tambahan pula, kalau saya marah atau denda mereka, mereka akan berasa tertekan dan malu serta tidak mahu belajar.Oleh itu, ramai pelajar sekarang tidak mahu respon pada soalan guru kerana sekiranya memberi jawapan yang salah, kawannya akan ketawakannya dan dia akan berasa malu.

Saya sedar bahawa bukan semua murid akan cepat tangkap apa yang ingin disampaikan oleh guru. Sekiranya saya cuba menggantikan dekak-dekak dengan barang yang lain, murid akan dapat tangkap apa yang ingin disampaikan oleh cikgu. Saya akan berhati-hati pada masa akan datang.Untuk memeriksa samada murid faham dengan pelajaran hari ini, iaitu operasi tolak dengan mengumpul semula.Menggantikan dekak-dekak dengan barang yang lain, contohnya penyedut minuman

Selepas murid menyalin soalan, sepatutnya beri masa bagi mereka cuba untuk menyelesaikannya.

Mengurangkan kuantiti soalan.

Refleksi

Nama AktivitiPenerangan AktivitiPerasaan Semasa menjalankan AktivitiKegunaan aktivitiTindakan

PenutupSaya telah meminta murid untuk merumus balik pembelajaran pada hari ini, iaitu semua perkataan yang telah dipelajari merupakan suku kata kv+kvkk.

Kemudian, saya telah memberi sekeping kertas kepada setiap murid untuk bawa balik dan cuba untuk menghasilkan sekeping kad raya.

Pada mulanya saya berasa tidak yakin kerana berpendapat bahawa aktiviti yang dijalankan tidak dapat menarik perhatian pelajar saya. Tetapi saya telah mendapat perhatian murid saya dan mereka berasa seronok dengan aktiviti yang dijalankan.

Disebabkan saya meminta murid saya untuk merumus balik pembelajaran pada hari ini, oleh itu, saya telah memberi sedikit masa untuk mereka memikir balik kesemua perkataan yang telah dipelajari.

Selepas itu, saya telah memberi sekeping kertas kepada setiap murid untuk bawa balik dan cuba untuk menghasilkan sekeping kad raya dan mereka menunjukkan perasaan yang sangat gembira dan sambil menyanyi lagu raya.Untuk menutup pelajaran hari ini, suku kata KV+KVKK.Meminta murid merumus dengan cara yang lain, contohnya menulis di atas kertas.Meminta murid untuk menghasilkan karya yang lain, bukan sahaja melukis, tetapi boleh juga menari, mewarna dan lain-lain lagi.

Refleksi

Nama AktivitiPenerangan AktivitiPerasaan Semasa menjalankan AktivitiKegunaan aktivitiTindakan

PenilaianSaya telah meminta murid untuk menampalkan perkataan kv+kvkk dengan gambar yang sesuai, kemudian memintanya untuk mencatumkan suku kata kv dengan kvkk untuk menjadikan perkataan yang telah dipelajari.

Kemudian, saya telah memberi 2 lembaran kerja untuknya dijawab semasa pdp berlangsung.

Selepas itu, saya telah memintanya untuk menuliskan ejaan suku kata yang betul di atas papan putih.

Akhir sekali, saya telah memintanya untuk menyalin ayat yang mudah di atas buku latihan dan membacanya. Pada mulanya saya berasa yakin kerana berpendapat bahawa aktiviti ini akan mengambil masa yang masa, tetapi murid tersebut dapat menampalkan gambar dengan perkataan dengan cepat dan betul.

Kemudian, saya telah memintanya untuk mencantumkan suku kata kv dengan suku kata kvkk untuk menjadikan perkataan yang telah dipelajari pada masa tadi.

Selepas itu, saya telah memberinya 1 set lembaran kerja dan berpendapat bahawa murid tersebut akan mengambil masa yang lebih panjang untuk menjawab, tetapi dia telah berjaya menghabiskan lembaran tersebut dalan masa 3 minit dan juga set yang lain.

Untuk tidak membuangkan masanya, saya telah memintanya untuk menuliskan kesemua ejaan perkataan yang telah dipelajari pada masa tadi di atas papan putih dan akhir sekali saya telah memintanya untuk menyalin ayat mudah di atas buku latihan dan membacanya.

Untuk menilai pencapaian murid dengan pelajaran hari ini, iaitu suku kata KV+KVKKMenyediakan aktiviti yang mengambil masa yang lebih lama untuk murid menjalankan.Meminta murid mencantumkan suku kata untuk menjadikan perkataan dan kemudian menampal di dalam buku latihan.

Menyediakan lembaran kerja yang lebih susah supaya murid mengambil masa yang lebih panjang untuk menghabiskannya.

Meminta murid tersebut untuk membina ayat supaya dapat menguji kefahamannya.

Refleksi

Nama AktivitiPenerangan AktivitiPerasaan Semasa menjalankan AktivitiKegunaan aktivitiTindakan

PenilaianSaya telah meminta murid untuk memilih 1 daripada 10 sampul yang di depan dan lembaran telah diberikan untuk mencari 10 ekor haiwan yang tersembunyi.

Murid dikehendaki untuk tampil ke depan memilih salah satu sampul dan menyelesaikan soalan yang terdapat dalam sampul di papan putih.

Sekiranya, murid berjaya menjawabnya, guru akan memberitahu haiwan apakah yang harus mereka warnakan.Pada mulanya saya berasa yakin kerana berpendapat bahawa aktiviti ini dapat dijalankan dengan berjaya, tetapi disebabkan murid lambat masuk ke dalam kelas, saya terpaksa mengurangkan masa untuk mereka mewarna.Salah telah meminta seorang murid untuk mencabut sampul dan menyelesaikan soalan yang diberikan di papan putih, dan kawan-kawan yang lain dihendaki untuk menyemak jawapannya, sekiranya jawapan betul, barulah mereka diberi peluang untuk mewarnakan haiwan tersebut.

Kemudian, oleh sebab masa tidak mencukupi, saya telah meminta 2 orang murid menyelesaikan masalah secara serentak supaya mereka sempat untuk mencari 10 ekor haiwan tersebut.Untuk menilai pencapaian murid dengan pelajaran hari ini, iaitu operasi tambah dalam lingkungan 100Menulis soalan di atas badan haiwan, supaya murid dapat menyelesaikan secara individuMeminta murid menyalinkan soalan dan juga nama haiwan, sekiranya jawapan betul , barulah muridmurid boleh mewarnakannya.

Refleksi

Nama AktivitiPenerangan AktivitiPerasaan Semasa menjalankan AktivitiKegunaan aktivitiTindakan

Set InduksiSaya telah menyediakan 12 batang penyepit dan kepingan kertas telah diikat dengan taliApabila muzik dihentikan, murid dikehendaki untuk mencabut salah satu penyepit sehingga murid mendapat tajuk yang akan dipelajari pada hari ini.Pada mulanya, murid berasa teruja dan seronok, tetapi apabila mereka mendapat kertas yang kosong, mereka berasa kecewa dan sedih.

Selain itu, oleh kerana murid lambat masuk ke dalam kelas, jadi apabila terdapat murid mendapat tajuk pelajaran pada hari ini, sesi set induksi diberhentikan dengan segeraUntuk menyediakan pelajar dengan pelajaran hari ini, suku kata KVKKMeletakkan pepatah atau kata-kata lain dan tidak membiarkan kepingan kertas kosong