refleksi 3

2
LAMPIRAN 1-6 PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH AMALAN REFLEKSI 1. Isu / Perkara yang difokus: Mendapatkan pengalaman berinteraksi dengan pelajar di dalam kelas Semasa menjalaniPS! saya menda"a# "eluang un#uk masuk ke kelas dan melaksanakan $e$era"a ak#i%i#i $ersama dengan mereka. Pada &ari kedua dan ke#iga PS! saya #ela& masuk ke kelas #a&un ' dan ( $agi su$jek a&asa Melayu. Saya #e menjalankan ak#i%i#i yang $erkai#an dengan "roses "engenalan diri. Saya juga mem"elajari $agaimana un#uk menarik mina# dan meman)ing "ara "elajar un sen#iasa $ersama dengan saya se"anjang sesi P*P $erlangsung. +ika #idak! "elajar akan )e"a# $osan dan mula un#uk melakukan "erkara lain se&ingga mem$ua# kelas $ising dan se$againya. ,le& i#u! kema&iran yang ama# "en#ing yang saya "el adala& $agaimana un#uk memas#ikan "elajar sen#iasa mendengar dan mema#u&i ara&an gurunya. . Analisis isu / "erkara yang difokus: .1 ekua#an: ekua#an yang da"a# saya li&a# "ada diri saya sendiri adala& saya muda& un#uk me dengan "ara "elajar saya. alau"un $aru dua kali saya masuk ke kelas mereka! #e se"er#i suda& $er#a&un-#a&un saya mengajar mereka. Para "elajar #idak merasa kek dan #aku# un#uk $er#anya dan menja0a$ se#ia" kali saya memin#a maklum dari"ada mereka. Selain i#u! saya juga mam"u menga0al "ara "elajar agar #idak $i menga)au ka0an-ka0an laindan se$againya se"anjang sesi P*P #erse$u#. Ini menunjukkan $a&a0a kanak-kanak se$enarnya mema#u&i gurunya a"a$ilaguru #erse$u# menggunakan kaeda& yang $e#ul dan #er$aik. A"a$ila guru da"a# mengam$il &a#i"elajarnya! maka akan muda& guru #erse$u# un#uk mengajar kerana "ara "elajarnya seronok $elajar dengan gurunya i#u.

Upload: jumardi-muhlis

Post on 04-Oct-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

LAMPIRAN 1-6PENGALAMAN BERASAKAN SEKOLAH AMALAN REFLEKSI1. Isu / Perkara yang difokus:

Mendapatkan pengalaman berinteraksi dengan pelajar di dalam kelasSemasa menjalani PBS, saya mendapat peluang untuk masuk ke kelas dan melaksanakan beberapa aktiviti bersama dengan mereka. Pada hari kedua dan ketiga PBS, saya telah masuk ke kelas tahun 5 dan 4 bagi subjek Bahasa Melayu. Saya telah menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengenalan diri. Saya juga mempelajari bagaimana untuk menarik minat dan memancing para pelajar untuk sentiasa bersama dengan saya sepanjang sesi P&P berlangsung. Jika tidak, para pelajar akan cepat bosan dan mula untuk melakukan perkara lain sehingga membuat kelas bising dan sebagainya. Oleh itu, kemahiran yang amat penting yang saya pelajari adalah bagaimana untuk memastikan pelajar sentiasa mendengar dan mematuhi arahan gurunya.

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

Kekuatan yang dapat saya lihat pada diri saya sendiri adalah saya mudah untuk mesra dengan para pelajar saya. Walaupun baru dua kali saya masuk ke kelas mereka, terasa seperti sudah bertahun-tahun saya mengajar mereka. Para pelajar tidak merasa kekok dan takut untuk bertanya dan menjawab setiap kali saya meminta maklum balas daripada mereka. Selain itu, saya juga mampu mengawal para pelajar agar tidak bising, mengacau kawan-kawan lain dan sebagainya sepanjang sesi P&P tersebut. Ini menunjukkan bahawa kanak-kanak sebenarnya mematuhi gurunya apabila guru tersebut menggunakan kaedah yang betul dan terbaik. Apabila guru dapat mengambil hati pelajarnya, maka akan mudah guru tersebut untuk mengajar kerana para pelajarnya seronok belajar dengan gurunya itu.

2.2 Kelemahan:

Tidak ada manusia yang sempurna, lebih-lebih lagi kepada mereka baru mula-mula berjinak didalam sesuatu bidang yang mereka ceburi. Saya juga tidak terlepas daripada perkara ini, oleh itu, banyak kelemahan yang dapat saya kenalpasti antaranya adalah dari segi kelancaran semasa berinteraksi dengan para pelajar. Ini berkemungkinan saya baru kali pertama masuk ke kelas sebagai seorang guru. Maka, rasa kelainan itu amat terasa sekali dan ia membuatkan saya gemuruh dan gementar sedikit. Selain itu, saya juga mempunyai kurang idea bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti semasa sesi P&P. Kadang-kadang saya hanya menyuruh mereka untuk menyiapkan kerja sekolah yang telah diberikan oleh guru mereka sahaja. Ketandusan idea tersebut mengakibatkan saya banyak membuat sesi soal jawab mengenai soalan yang tertentu. Sebagai contoh, saya bertanya tentang latar belakang murid.

3. Cadangan Penambahbaikan:

Antara cadangan yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan interaksi dengan pelajar adalah saya perlu terlebih dahulu menceritakan profil tentang diri saya terlebih dahulu atau dalam erti kata yang lebih mudah ice-breaking bersama-sama dengan pelajar. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, apabila sudah mengenali antara satu sama lain, guru dan pelajar akan lebih mesra lagi dan ini akan meningkatkan lagi keberkesanan proses interaksi diantara guru dengan pelajarnya. Saya juga berpendapat bahawa guru mesti bersedia dan membuat persediaan sebelum pergi ke kelas untuk mengajar pelajarnya. Ini akan menjadikan guru tersebut akan lebih berkeyakinan diri dan mengetahui apa yang perlu dilakukan mengikut urutan yang telah dirancang sebelum itu.