reaksi pelajar yang mengambil mata pelajaran … · pengertian yang kalian berikan. sokongan restu...

24
REAKSI PELAJAR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI NEGERI TERENGGANU MOHD SAUFI BIN AB RAHMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doandieu

Post on 14-Aug-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REAKSI PELAJAR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN

VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI

NEGERI TERENGGANU

MOHD SAUFI BIN AB RAHMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

REAKSI PELAJAR YANG MENGAMBIL MATA PELAJARAN

VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH MENENGAH AKADEMIK DI

NEGERI TERENGGANU.

MOHD SAUFI BIN AB RAHMAN.

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

iii

DEDIKASI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA

PENGASIHANI

‘Kehidupan Ini Merupakan Satu Perjuangan Dan Pengorbanan. Ada Kalanya Kita

Perlu Berkorban Dan Berjuang Untuk Memperolehi Kesejahteraan Di Dunia. Ada

Kalanya Kita Terpaksa Berkorban Dan Berjuang Untuk Mencapai Matlamat Kita.

Keindahan Dunia Cuma Sementara, Akhirat Kelak Kekal Abadi’..

Ku sampaikan salam dengan penuh kasih sayang kepada ibunda

tercinta

Hjh Zainab Bte Zainudin

Ku sematkan kasih di hati kepada ayahanda yang disayangi

Hj Ab Rahman B Mat

Ku ingati jasa dan pengorbanan

Semua ahli keluarga

Ku menghargai sokongan insan teristemewa

Fardilla Bte Mohd Sidek

Kepada semua rakan seperjuangan, sesungguhnya kalian adalah insan yang banyak

mengajar erti suka duka kehidupan sepanjang tempoh pengajian ini.

‘Semoga Dirahmati Allah SWT Diatas Segala Pengorbanan Yang Ikhlas Penuh

Pengertian Yang Kalian Berikan. Sokongan Restu Dan Jasa Kalian Tidak Akan

Dipersiakan Demi Mencapai Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat’.

Amin

iv

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan saya tujukan khas kepada Pn Sanitah Bte Yusof

selaku pembimbing kerana telah banyak memberikan saya nasihat dan tunjuk ajar bagi

memudahkan saya menyiapkan projek sarjana muda ini.

Seterusnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan

terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia, khususnya Fakulti Pendidikan.

Penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan

Negeri Terengganu yang telah memberi kebenaran menjalankan kajian ini. Begitu juga

kepada semua pengetua dan guru-guru Mata Pelajaran Vokasional yang terlibat. Tanpa

sokongan dan bantuan kalian kajian ini mungkin tidak dapat dijalankan.

Akhir sekali penulis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu dalam menjayakan proses penyelidikan

ini.

Semoga Allah SWT akan membalas segala bantuan dan sokongan yang telah

kalian berikan kepada penulis.

Terima kasih, wassalam.

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau reaksi pelajar terhadap mata pelajaran

vokasional di beberapa Sekolah Menengah Akademik di Negeri Terengganu. Aspek-

aspek yang di tinjau ialah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi minat, kebolehan dan

pengaplikasian kemahiran. Satu set soal selidik yang meliputi aspek-aspek yang dikaji

telah diberikan kepada 150 orang pelajar. Bagi faktor minat terdapat tiga konstruk yang

di kaji iaitu Menerima, Tindakbalas dan Menilai. Manakala bagi kebolehan dan

pengaplikasian pula terdapat tiga juga konstruk yang dikaji iaitu Kemahiran Saintifik,

Kemahiran Belajar dan Pengaplikasian Kemahiran. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa pelajar di sekolah-sekolah tersebut berminat dan mereka memahami pentingnya

kebolehan dan kemahiran untuk diaplikasikan. Berdasarkan dapatan-dapatan kajian,

beberapa cadangan telah dikemukan dengan harapan dapat membantu dan memberi

kebaikan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap mata

pelajaran vokasional ini.

vi

ABSTRACT

The research purpose is to view student’s reaction on vocational subject from

several Sek Men Academic at State of Terengganu. The aspects consedired are the

factors that can effects the student interest, ability and skill application. Sets of

questionnaires on the above aspects were given to 150 students. The constructs on

student interest are Gaining, Responding and Appraising. Another three constructs on

ability and the applications are Scientific Skill, Study Ability and Skill Application.

The result shows that the student’s are interested and they also know the importance of

vocational subject. Suggestions are proposed that might be useful for student’s who are

directly or indirectly involve in the vocational subject.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Terminologi 8

1.8.1 Pelajar 9

viii

1.8.2 Reaksi 9

1.8.3 Minat 9

1.8.4 Kemahiran 10

1.8.5 Pengaplikasian 10

1.8.6 Mata Pelajaran Vokasional 10

1.9 Penutup 11

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Sejarah Perkembangan Pendidikan Teknik 13

dan Vokasional

2.2.1 Sistem Pendidikan Teknik dan

Vokasional Awal Kemerdekaan 13

2.2.2 Sistem Pendidikan Teknik dan

Vokasional (1970-1990) 15

2.2.3 Sistem Pendidikan Teknik dan

Vokasional (1990-Sekarang) 15

2.3 Strategi Pelaksanaan Dasar Pembangunan

Pendidikan Vokasional 18

2.4 Program sekolah Ke Kerjaya 20

2.5 Mata Pelajaran Vokasional 23

2.5.1 Kurikulum MPV : Rasional dan Matlamat 26

2.5.2 Tenaga Pengajar dan Latihan Guru MPV 27

2.5.3 Peruntukan Kewangan MPV 28

2.5.4 Kemudahan dan Alat Kelengkapan 29

2.6 Faktor yang mempengaruhi pelajar terhadap 29

Mata Pelajaran Vokasional

2.6.1 Minat 29

2.6.2 Latar Belakang Pelajar 31

2.6.3 Persekitaran 32

ix

2.6.4 Sikap 33

2.7 Kesimpulan 34

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Reka Bentuk Kajian 35

3.3 Tempat Kajian 36

3.4 Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 37

3.5.1 Kajian Rintis 40

3.5.2 Kesahan Soal Selidik 41

3.6 Prosedur Kajian 41

3.7 Kaedah Analisis Data 42

3.8 Penutup 43

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 44

4.2 Analisis Data 45

4.2.1 Bahagian A 45

4.2.2 Bahagian B 48

4.2.3 Bahagian C 54

4.3 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 61

4.4 Kesimpulan 63

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

x

5.1 Pengenalan 64

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 65

5.3 Perbincangan 66

5.3.1 Perbincangan Latarbelakang Responden 66

5.3.2 Perbincangan Keseluruhan Persoalan 67

Kajian

5.3.3 Perbincangan Pengaplikasian Kemahiran 70

5.4 Kesimpulan 72

5.5 Cadangan 74

5.5.1 Pelajar 74

5.5.2 Guru 74

5.5.3 Pentadbiran Sekolah 74

5.5.4 Ibu Bapa 74

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 76

5.7 Penutup 77

RUJUKAN 78

LAMPIRAN

Lampiran A-D

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Strategi Perlaksanaan Dan Pembangunan

Pendidikan Vokasional 19

2.2 Cadangan Mata Pelajaran Dalam Mata 24

Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Cadangan

Tahun Perlaksanaannya.

3.1 Taburan soalan bagi faktor minat 38

3.2 Taburan soalan bagi kepentingan amali 39

4.1 Taburan Respondan Mengikut Jantina 46

4.2 Taburan Respondan Mengikut Bangsa 46

4.3 Taburan responden mengikut keputusan PMR 47

4.4 Taburan Responden Bagi Konstruk Menerima 49

Mengikut Min

4.5 Taburan Responden Bagi Konstruk Tindakbalas 51

Mengikut Min

xii

4.6 Taburan Responden Bagi Konstruk Menilai 53

Mengikut Min

4.7 Taburan Respondan Bagi Konstruk Kemahiran 55

Saintifik Mengikut Min

4.8 Taburan Respondan Bagi Konstruk Kemahiran 57

Belajar Mengikut Min

4.9 Taburan Respondan Bagi Konstruk Pengaplikasian 59

Kemahiran Mengikut Min

xiii

SENARAI SINGKATAN

MPV -Mata Pelajaran Vokasional.

KPM -Kementerian Pendidikan Malaysia.

PPK -Pusat Perkembangan Kurikulum

SKK -Sekolah Ke Kerjaya.

SMT/V -Sekolah Menengah Teknik/Vokasional.

EPRD - Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan Pendidikan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Set Soal Selidik

B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian,

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan

Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian, Jabatan

Pendidikan Terengganu

D Surat Permohonan Menjalankan Kajian Di

Sekolah Menengah Akademik Di Negeri

Terengganu

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pembangunan sumber manusia adalah satu faktor yang penting dalam kemajuan

sesebuah negara. Ini kerana kualiti tenaga pekerjalah yang menentukan daya saing,

produktiviti dan keteguhan sesebuah negara. Malaysia adalah sebuah negara yang kian

membangun ke arah negara industri seperti yang dihasratkan dalam wawasan 2020.

Pencapaian matlamat ini banyak bergantung kepada kejayaan kerajaan melaksanakan

pelbagai dasar dan strategi serta keberkesanan program latihan terutamanya kearah

penyediaan ‘knowledge worker’ dalam alaf baru ini. Di kalangan agensi kerajaan yang

terlibat dalam pendidikan dan latihan, Kementerian Pendidikan adalah agensi kerajaan

yang paling besar dari segi kumpulan sasaran (pelajar), kepelbagaian mata pelajaran dan

peruntukan kewangan yang disalurkan.

Pembangunan ekonomi yang sedang pesat membangun di Malaysia telah

memberikan fokus kepada kepentingan pembanguan sumber manusia. Sebagaimana

yang digariskan dalam kenyataan Wawasan 2020, bagi Malaysia mencapai status

2

negara maju menjelang tahun 2020, bekas Perdana Menteri Malaysia Keempat, Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad, telah menegaskan bahawa :

“…. The most important resource of any nation must be the talent, skills,

creativity and will of its people… Our people is our ultimate resource.

Without a doubt, in the 1990s and beyond, Malaysia must give the fullest

emphasis possible to the development of this ultimate resource.”

(Mahathir, 1991)

Sistem pendidikan sekarang sedang melalui pelbagai cabaran bagi memenuhi

kehendak masyarakat dan negara. Seperti yang kita ketahui, pendidikan dan latihan

adalah sebahagian daripada pelaburan sosial yang penting yang boleh memberi faedah

jangka panjang. Murid adalah aset negara yang amat berharga dalam menentukan corak

masyarakat dan guna tenaga negara kelak. Jesteru itu, amat wajarlah murid sekolah yang

akan mewarisi generasi masa hadapan perlu dibekalkan dengan kurikulum yang releven

dan bermakna agar pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi nanti dapat

menangani pelbagai cabaran dalam menempuhi era globalisasi dan k-ekonomi.

(Ahamad, 2001)

Peranan institusi pendidikan sangatlah penting untuk kemajuan dan

pembangunan negara pada masa sekarang dan masa hadapan. Oleh itu institusi

pendidikan mestilah dapat menyediakan para pelajar yang mempunyai ilmu

pengetahuan, kemahiran dan daya saing yang tinggi untuk kerjaya pada masa hadapan.

Sebagaimana matlamat pendidikan di Malaysia dari aspek dasar-dasar kerajaan dan

keperluan negara menyatakan :

3

‘keperluan memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya akan cepat lagi

wujudnya perpaduan. Keperluan mendidik para pelajar supaya

berkeupayaan menghadapi cabaran hidup. Keperluan mengembangkan

kemahiran-kemahiran teknologi, sifat-sifat keusahawanan, pemikiran

kreatif dan pengetahuan mengenai pengurusan masa dan etika kerja

supaya pelajar-pelajar akan dapat memainkan peranan dengan

sewajarnya dalam proses permodenan dan perindustrian’.

(Malaysia, 2001)

Untuk memenuhi keperluan negara pada masa akan datang, kurikulum yang

bersesuaian dengan peredaran masa perlulah digubal. Kerr (1968) mentakrifkan

kurikulum sebagai semua pelajaran yang dirancangkan dan dibimbing oleh sekolah,

samada dilaksanakan secara individu atau kelompok, baik di dalam mahupun di luar

sekolah.

Sekolah merupakan agen yang dapat mengeluarkan produk iaitu para pelajar

yang diperlukan oleh negara kita. Bagi memastikan pelajar dapat memenuhi keperluan

negara, kurikulum yang bersesuaian dengan peredaran masa perlulah digubal. Hirst

(1975) mendefinisikan kurikulum sebagai satu program yang mengandungi aktiviti-

aktiviti pembelajaran yang disusun ole guru untuk membolehkan murid mencapai

objektif yang dirancangkan. Skith, Stanley dan Shores pula mendefinisikan kurikulum

sebagai pengalaman-pengalaman yang dirancang dan ditawarkan kepada murid-murid di

bawah bimbingan sekolah.

Sehubungan dengan itu matlamat mata pelajaran ini adalah untuk membekalkan

ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar mengenai bidang vokasional. Selain

itu, pelajar juga dapat menimba pengalaman menerusi mata pelajaran ini kerana mata

pelajaran vokasional menyediakan satu pembelajaran dalam suasana pekerjaan yang

4

sebenar. Menurut aliran progresivisme yang diasaskan oleh John Dewey, pendidikan

adalah penghidupan, tempat pelajar bekerja dan hidup bermasyarakat. Sekolah adalah

tempat yang mengalakkan kerjasama bukan persaingan. Ia juga mengalakkan

demokrasi. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ini ia dapat membantu

pelajar dalam mendapatkan pekerjaan yang sesuai dan memulakan pekerjaan sendiri

secara kecil-kecilan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih tinggi.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dalam era k-ekonomi ini, permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan

vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat.

Menyedari hakikat ini, Mata Pelajaran Vokasional (MPV) diperkenalkan untuk

melahirkan sekumpulan individu dalam masyarakat kita yang berpengetahuan,

berkemahiran dan terlatih dalam perkara asas di dalam bidang pekerjaan yang telah

dikenalpasti. Mereka yang berminat dan cenderung dalam bidang ini harus disediakan

program yang sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Merujuk kepada matlamat negara didapati bahawa keperluan tenaga manusia di

negara ini dapat diperolehi dengan dua cara iaitu secara jangka pendek dan jangka

panjang. Ini selaras dengan sistem pendidikan yang menekankan kepada memenuhi

matlamat wawasan 2020 yang mengarah kepada melahirkan masyarakat yang bersatu

padu, berdisiplin dan terlatih. Sumbangan daripada semua lapisan masyarakat

digalakkan untuk merealisasikan wawasan ini. Datuk Dr. Wan Zahid b Nordin

berpendapat pelajar seharusnya diberikan peluang yang sama rata untuk mengikuti

kursus pendidikan yang mempunyai semua unsur teknologi dan keusahawanan.

5

Mata Pelajaran Vokasional merupakan sambungan daripada pelaksanaan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). KBSM memastikan bahawa semua

mata pelajaran diajar secara berkait dan bersepadu. Objektif KBSM pula menekankan

kepada menyumbangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran rasional,

kritis dan kreatif. Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Akademik amatlah beruntung

kerana mendapat peluang yang terbuka luas ini. Jika sebelum program KBSM ini

dilancarkan, pelajar-pelajar yang berminat dengan mata pelajaran teknik dan vokasional

terpaksa memohon ke sekolah teknik dan vokasional. Namun sekarang mata pelajaran

ini boleh dipelajari di sekolah menengah akademik yang terpilih di daerah masing-

masing.

Menurut Dr. Ahamad bin Sipon Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan

Teknikal pada Seminar Kebangsaan Pendidikan Asas Vokasional Dan Pameran dalam

ucap utama ‘Halatuju dan Cabaran Pendidikan Vokasional di Sekolah Menengah

Akademik’ sebilangan besar pelajar daripada golongan ini agak kurang mampu

mengikuti mata-mata pelajaran yang bercorak akademik. Walaupun mereka ini kurang

mampu mempelajari mata-mata pelajaran bercorak akademik, mereka lebih cenderung

kepada mata pelajaran bercorak ‘hands-on’ yang banyak melibatkan aktiviti ‘leaning by

doing’ dengan menggunakan kemahiran tangan. Dalam situasi ini pelajar diperlukan

mengambil mata pelajaran yang mereka kurang mampu dan tidak mereka minati. Ini

mungkin menimbulkan masalah dari segi sosial dan disiplin. Menyedari hakikat

pentingnya mata pelajaran vokasional untuk kerjaya pelajar disamping mengurangkan

masalah dan isu-isu berkaitan dengan pelajar, Kementerian Pendidikan mengorak

langkah untuk memperkenalkan 22 mata pelajaran vokasional di sekolah menengah

akademik dalam jangka masa empat tahun mulai 2002 hingga 2005.

Pelajar seharusnya pandai mengambil peluang daripada kesempatan ini untuk

mempelajari mata pelajaran yang diambil dengan bersungguh-sungguh. Namun begitu

minat dan kesungguhan juga perlu ada dalam diri setiap pelajar. Tanpa minat dan

6

kesungguhan yang mendalam sesuatu pembelajaran ataupun pekerjaan tidak dilakukan

dengan baik dan sempurna. Khuo (1997), menyatakan minat seseorang pelajar itu adalah

lebih penting disamping peluang dan kesempatan yang diberikan kepada mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Minat adalah salah satu aspek yang perlu diambil kira dalam melakukan setiap

aktiviti dan perkara dalam kehidupan seharian. Tanpa minat dan kesungguhan sesuatu

aktiviti dan perkara dilakukan mungkin tidak akan berjaya. Penyelidikan ini adalah

untuk mengkaji sejauh mana reaksi pelajar yang mengambil mata pelajaran vokasional

(MPV) di Sekolah Menengah Akademik di Negeri Terengganu. Kajian ini akan melihat

dari aspek minat, tahap kemahiran pelajar dalam kelas amali dan tahap aplikasi para

pelajar di dalam kehidupan seharian mengenai mata pelajaran vokasional (MPV).

Diharapkan kajian ini dapat melihat sejauh manakah minat para pelajar mengenai mata

pelajaran vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Akademik di samping kemahiran

dan pengaplikasian para pelajar di dalam kehidupan seharian.

1.4 Objektif Kajian.

1. Mengenalpasti minat para pelajar di sekolah menengah akademik terhadap

matapelaran vokasianal sebagai satu subjek elektif.

2. Mengenalpasti tahap kemahiran yang diperolehi oleh pelajar.

3. Mengenalpasti tahap pengaplikasian pelajar mengenai kemahiran yang dipelajari

dalam mata pelajaran vokasional di dalam kehidupan seharian.

7

1.5 Persoalan Kajian.

1. Bagaimanakah minat para pelajar di sekolah menengah akademik terhadap

matapelajaran vokasional sebagai satu subjek elektif.

2. Adakah para pelajar memperolehi kemahiran semasa mengikuti mata pelajaran

vokasional.

3. Adakah para pelajar mengaplikasikan kemahiran yang di pelajari dalam mata

pelajaran vokasional di dalam kehidupan seharian mereka.