‘alya hanna binti mahmud pathi...iv dedikasi khas buat, bonda dan ayahanda yang dikasihi, umi...

24
TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS MENGENAI TAJUK IKATAN KIMIA ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

5 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS

MENGENAI TAJUK IKATAN KIMIA

‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2004

Page 2: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL: KEFAHAMAN KONSEP PERUBAHAN FIZIK DAN PERUBAHAN

KIMIA DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA DAN TINGKATAN EMPAT

SESI PENGAJIAN: 2004/2005 Saya : ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/SARJANA/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi /badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________ ____________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 44, JALAN BELIDA, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN TAMAN SELUANG, Nama Penyelia 09000 KULIM, KEDAH. Tarikh: 7 OKTOBER 2004 Tarikh: 7 OKTOBER 2004

Page 3: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS

MENGENAI TAJUK IKATAN KIMIA

‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

SEPTEMBER 2004

Page 4: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

ii

PENGESAHAN PENYELIA

" Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : Nama penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN Tarikh : 7 OKTOBER 2004

Page 5: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

iii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya

jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………………..

Nama Penulis : ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI

Tarikh : 7 OKTOBER 2004

Page 6: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

iv

DEDIKASI

Khas buat,

Bonda dan ayahanda yang dikasihi,

Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin,

budi dan jasa kalian tidak akan

ku lupakan,

berkat doa dan dorongan kalian,

menjadi penawar dan semangat

untukku,

Teristimewa untuk,

Abang dan adik-adik tersayang,

Terima kasih di atas dorongan

dan kasih sayang yang telah dicurahkan,

semoga kita semua akan terus berjaya

di dunia mahupun di akhirat jua,

Buat insan yang diingati,

Saudara Anuar Kassim Muad,

kau menjadi sumber inspirasiku,

dalam menempuhi liku dan ranjau,

kata perangsang mu ubat paling mujarab

buatku,

akanku semat ianya dalam kalbuku,

akanku ingati sepanjang hayatku,

terima kasih atas segalanya…

Page 7: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

v

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izinNya

memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda

ini. Selawat serta salam ke atas junjungan baginda Rasullulah S,A,W, keluarga

baginda, para sahabat, para suhadak, para ambia serta para pejuang Islam

keseluruhannya.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyelia

pembimbing tesis PM. Aziz Bin Nordin kerana memberi bimbingan serta

dorongan sepanjang tempoh penyelidikan tesis ini.

Kerjasama daripada guru kimia, pelajar serta pihak pentadbir Sekolah

Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Maktab Rendah Sains Mara PDRM

Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim dan Sekolah Menengah Teknik

Kulim di daerah Kulim, Kedah. Amatlah dihargai.

Akhir sekali penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat

samada secara langsung atau tidak langsung membantu menyiapkan Laporan

Projek Sarjana Muda ini.

Page 8: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

vi

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman pelajar

tingkatan empat mengenai tajuk ikatan kimia. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang

pelajar tingkatan empat aliran sains yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan

Kulim, Maktab Rendah Sains Mara Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan

Badlishah dan Sekolah Menengah Teknik Kulim. Kaedah soal selidik digunakan untuk

memperolehi data daripada sampel yang dipilih secara rawak. Di samping itu, data-data

yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science Version 11.5 (SPSS V11.5). Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis

data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman responden tentang tajuk

ikatan kimia adalah di tahap sederhana. Pelajar perempuan menunjukkan tahap

kefahaman yang lebih tinggi berbanding lelaki. Minat pelajar terhadap mata pelajaran

kimia adalah tinggi namun begitu ia tidak mempengaruhi pencapaiannya dalam tajuk

ikatan kimia. Berdasarkan dapatan kajian yang telah diperolehi, beberapa cadangan

telah dikemukakan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti.

Page 9: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

vii

ABSTRACT

The purpose of this study is to identify form four students’ understanding of

chemical bond topic. The sample including 200 form four science stream students who

are studying at Sekolah Menengah Kebangsaan Kulim, Maktab Rendah Sains Mara

Kulim, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah and Sekolah Menengah

Teknik Kulim were participated in this research. Questionnaires were given to the

sample in order to get the data. Besides that, all the data were analyzed by using

Statistical Package for Social Science Version 11.5 (SPSS V11.5) software. Descriptive

analysis was used to analyze the data. The findings showed that respondent’s

comprehension level for this topic is still at medium state. Girls have better

understanding of the chemical bonding concept compared to the boys. Although they

expressed quite an alarming interest for the subject, still it didn’t spread any influence to

students in attaining good results in the chemical bond topic. From this research, some

suggestions had been given to improve the entire defect that been identified.

Page 10: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 11: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

ix

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.6.1 Pelajar 8

1.6.2 Guru 8

1.6.3 Kementerian Pendidikan 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Matlamat Kurikulum Kimia KBSM 15

2.3 Objektif Kurikulum Kimia KBSM 15

2.4 Definisi Konsep 16

2.5 Masalah Dalam Pembelajaran Kimia 17

2.5.1 Kaedah Pengajaran Guru Yang Kurang 18

Berkesan

2.5.2 Masalah Kerangka Alternatif 19

2.5.3 Aktiviti Amali Yang Tidak Dijalankan 20

Di Dalam Makmal

2.5.4 Masalah Bahasa Dari Segi Istilah 21

2.5.5 Kelemahan Teknik Belajar Dan 22

Kurangnya Kecekapan Dalam

Penyelesaian Masalah

2.6 Masalah Dalam Mempelajari Tajuk Ikatan Kimia 24

2.7 Minat Pelajar Terhadap Sains 25

Page 12: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

x

BAB III METODOLOGI

3.1 Pendahuluan 27

3.2 RekabentukKajian 27

3.3 Sampel Kajian 28

3.4 Lokasi Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 29

3.6 Kesahan Instrumen 30

3.7 Prosedur Kajian 30

3.8 Kaedah Analisis Data 31

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 34

4.2 Dapatan Kajian-Profil Pelajar 35

4.2.1 Taburan Jantina Responden 36

4.2.2 Taburan Sekolah Responden 36

4.3 Dapatan Kajian-Kefahaman Pelajar 37

Mengenai Tajuk Ikatan Kimia

4.4 Dapatan-Faktor Jantina 43

4.5 Dapatan-Faktor Minat 46

4.6 Faktor-Faktor Yang Mendorong Responden 50

Meminati Mata Pelajaran Kimia

4.6.1 Topik-Topik Dalam Mata Pelajaran 51

Kimia Dan Istilah

4.6.2 Aktiviti Amali Yang Dijalankan Di 52

Dalam Makmal

4.6.3 Teknik Belajar 54

Page 13: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

xi

4.6.4 Guru 56

4.7 Penutup 59

BAB V PERBINCANGAN DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 60

5.2 Ringkasan Kajian Dan Dapatan 61

5.3 Dapatan Kajian, Perbincangan Dan 63

Kesimpulan

5.3.1 Dapatan Persoalan 1 64

5.3.2 Dapatan Persoalan 2 66

5.3.3 Dapatan Persoalan 3 68

5.4 Implikasi Kepada Pendidikan 69

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 70

RUJUKAN 72

LAMPIRAN A 75

LAMPIRAN B 83

LAMPIRAN C 85

Page 14: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Tahap Kefahaman Berdasarkan 31

Peratus Skor

3.2 Skala Minat Berdasarkan Jumlah Skor 32

4.1 Taburan jantina responden yang dikaji 36

4.2 Taburan responden berdasarkan sekolah 36

4.3 Dapatan berhubung kefahaman pelajar tentang 38

tajuk ikatan kimia

4.4 Dapatan mengenai tahap kefahaman tentang tajuk 44

ikatan kimia bagi responden lelaki dan perempuan

4.5 Taburan peratusan responden mengenai minat 48

terhadap mata pelajaran kimia

4.6 Topik-Topik Dalam Mata Pelajaran Kimia 51

Dan Istilah

4.7 Taburan peratusan responden berkaitan 53

pengaruh aktiviti amali yang dijalankan di dalam

makmal dalam mempengaruhi minat pelajar

terhadap mata pelajaran kimia bagi

matapelajaran kimia

Page 15: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

xiii

4.8 Taburan peratusan responden terhadap 54

penguasaan teknik belajar dalam mempengaruhi

minat pelajar terhadap mata pelajaran kimia

4.9 Taburan peratusan responden tentang pengaruh 56

guru dalam mempengaruhi minat pelajar

terhadap mata pelajaran kimia

4.10 Dapatan tentang bilangan pelajar serta minat 57

mereka terhadap mata pelajaran kimia

5.1 Analisis Keseluruhan Tajuk Ikatan Kimia 64

Yang Dikemukakan

5.2 Analisis Keseluruhan Tentang Perbandingan 67

Tahap Kefahaman Pelajar Lelaki Dan Pelajar

Perempuan

Page 16: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

xiv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Berpadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

Page 17: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 75

B Surat Kebenaran EPRD Daripada 83

Kementerian Pendidikan Malaysia

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 85

Daripada Falkuti Pendidikan Universiti

Teknologi Malaysia

Page 18: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Mata pelajaran kimia (Sukatan Pelajaran Malaysia) telah diperkenalkan di

sekolah menengah di negara ini sejak tahun 1972. Ia bertujuan untuk membentuk minat

pelajar dalam kimia disamping menambah pengetahuan dan kemahiran asas sains

tertentu melalui aktiviti dan pengalaman murid.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) digubal untuk murid di sekolah rendah dan sekolah

menengah. Ia digubal dan disusun supaya berada di landasan yang betul dan juga

berasaskan kepada keperluan negara dan ciri sejagat sains seperti mana yang

terkandung di dalam Perakuan-Perakuan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan

Dasar Pelajaran (1979). Namun begitu fokusnya ialah pada pembelajaran Sains yang

berfikrah dan mengoptimumkan hasil pembelajaran.

Page 19: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

2

Di Malaysia, kaedah pembelajaran sains melalui pendekatan inkuiri terpimpin,

iaitu sains dianggap sebagai proses, bermula dengan perlaksanaan Kurikulum Sains

Moden (Sukatan Pelajaran Malaysia, yang diadaptasi daripada Kurikulum Sains

Nuffield di Britain) pada tahun 1972. Kaedah yang digunakan adalah selaras degan

pendekatan pengajaran sains yang berlaku secara global pada era 1980an, di mana sains

perlu diajar dengan memberi peluang kepada pelajar melakukan penyelidikan untuk

menyelesaikan sesuatu masalah.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula adalah berlandaskan

kepada perakuan-perakuan Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan

Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979) dan merupakan perkembangan daripada Kurikulum

Baru Sekolah Rendah (KBSR). Dalam KBSM, terdapat empat mata pelajaran sains

ditawarkan sebagai mata pelajaran elektif Tingkatan IV dan V iaitu Biologi, Kimia,

Fizik dan Sains Tambahan. Ia digubal begitu rupa dengan hasrat untuk memenuhi minat

pelajar serta memenuhi keperluan melanjutkan pengajian dalam bidang sains dan

teknologi.

Sebahagian besar masalah dalam mata pelajaran kimia bagi peringkat SPM di

sekolah adalah melibatkan tajuk Ikatan Kimia. Tajuk ini merupakan tajuk keempat di

dalam mata pelajaran Kimia ( KBSM ) tingkatan 4. Tajuk ini amat penting kerana ia

merupakan asas untuk mempelajari tajuk-tajuk yang seterusnya. Melalui tajuk ini

pelajar dapat memahami asas untuk mempelajari tajuk-tajuk yang seterusnya. Selain itu,

pelajar juga dapat memahami asas pembentukan sebatian, mensintesis idea tentang

pembentukan ikatan kovalen dan juga menganalisis sifat sebatian ionik dan juga

sebatian kovalen.

Di atas kesedaran inilah maka saya telah menjalankan kajian tentang kefahaman

pelajar tingkatan empat aliran sains mengenai tajuk ikatan kimia.

Page 20: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Apabila menyatakan mata pelajaran kimia tergambar dalam minda pelajar

mengenai formula kimia yang rumit, persamaan kimia yang panjang perlu diingat,

nama-nama bahan kimia yang perlu di hafal serta perkara-perkara yang statik dan bosan

dalam pembelajaran kimia. Perkara-perkara ini telah menyebabkan pelajar sekolah

menengah atas, khasnya pelajar Tingkatan 4 dan 5 aliran Sains Tulen tidak dapat

memahami dan menghayati konsep-konsep kimia yang ingin disampaikan dalam

pembelajaran kimia (Aziz, 1989). Pelajar yang menggunakan teknik mengingat dan

menghafal fakta menyebabkan pengkonsepan terhadap konsep kimia yang diperlehi

kurang tepat malahan pengkonsepan konsep kimia yang tidak kukuh telah menyebabkan

miskonsepsi atau masalah-masalah lain yang mempengaruhi pelajar menjawab dalam

soalan peperiksaan atau ujian.

Kajian kefahaman pelajar tentang konsep sains berdasarkan konsep

konstruktivisme yang menyatakan bahawa pelajar memilih dan menyusun maklumat

serta membina makna daripada maklumat yang diterima (Kelly, 1995), (Piaget, 1972) ,

(Pianes dan West, 1986) dan (Witrock, 1974). Konsep yang tidak dapat dijelaskan

dengan baik seringkali disalahtafsirkan oleh pelajar menyebabkan mereka gagal

menyelesaikan masalah berkaitan dengn konsep tersebut (Aziz dan Hasnah, 1990).

Pembelajaran seseorang bergantung kepada pengalaman, kebolehan, kecerdasan

dan sikap masing-masing. Perbezaan dalam pengalaman, kebolehan, kecerdasan dan

sikap ini sangat mempengaruhi cara seseorang mempelajari, mentafsir, menganalisis

dan memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajarkan (Aziz Nordin dan

rakan-rakan, 1995). Pelajar memerlukan penerangan, maka konsep dan teori perlu

dipelajari terlebih dahulu.

Page 21: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

4

Selain itu, mata pelajaran kimia yang terdiri daripada konsep-konsep yang

abstrak di mana ini akan memerlukan asas kongnitif yang tinggi (Piaget, 1972). Salah

satu tajuk yang terdapat dalam mata pelajaran kimia ialah Ikatan Kimia. Tajuk ini

merupakan tajuk yang kelima dalam Sukatan Mata Pelajaran Kimia ( KBSM ) tingkatan

4. Tajuk Ikatan Kimia ini seringkali disoal di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) kebelakangan ini. Walau bagaimanapun, tajuk Ikatan Kimia ini

tidaklah dikaji begitu mendalam di peringkat Kimia KBSM tingkatan 4. Oleh itu,

penyelidik ingin menjalankan kajian untuk melihat apakah kelemahan dan masalah

yang sering dihadapi oleh pelajar tingkatan 4 di dalam mempelajari tajuk Ikatan Kimia.

Berdasarkan tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk ikatan kimia, kajian ini

akan cuba mencari perkaitan antara kebolehan pelajar memahami tajuk ikatan kimia

dengan faktor yang difikirkan penting oleh pengkaji iaitu;

i. Faktor jantina pelajar. Berdasarkan faktor ini akan ditentukan samada pelajar

perempuan sekolah menengah mempunyai tahap kefahaman mengenai tajuk

ikatan kimia yang lebih baik berbanding pelajar lelaki.

ii. Faktor minat terhadap mata pelajaran kimia. Berdasarkan faktor ini akan

ditentukan sama ada pelajar yang meminati mata pelajaran ini mempunyai

tahap kefahaman yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak minat.

Akhirnya, kajian ini akan cuba membandingkan kebolehan memahami tajuk

ikatan kimia di antara lelaki dengan pelajar perempuan. Ini bertujuan untuk menentukan

samada pelajar perempuan mempunyai kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia yang

lebih baik berbanding pelajar lelaki atau sebaliknya. Perbandingan dibuat berdasarkan

pencapaian responden dalam menjawab soalan-soalan berkaitan tajuk ikatan kimia yang

telah dikemukakan oleh pengkaji.

Page 22: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

5

1.3 Pernyataan Masalah

Kurangnya kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep selalunya menggalakkan

pelajar menghafal sesuatu takrifan dengan tidak memahami apa yang mereka

perkatakan. Mereka menggunakan bahasa buku teks dan tidak dapat menggunakan

perkataan sendiri untuk menjelaskan sesuatu konsep. Pembelajaran seperti ini tidak

bermakna dan hanya akan mengganggu pembelajaran akan datang (Alias Baba, 1988).

Masalah ini tidak boleh dipandang enteng oleh para pendidik. Mereka seharusnya

berusaha untuk mencari alternatif untuk mempelbagaikan kaedah dan strategi semasa

proses pengajaran dan pembelajaran supaya segala konsep dan pengetahuan yang

hendak disampaikan mudah difahami oleh pelajar. Kesalahfahaman konsep seringkali

mengakibatkan prestasi pelajar rendah.

Berasaskan kepada keadaan inilah pengkaji ingin membuat penyelidikan yang

bertujuan untuk mengenal pasti masalah dalam mempelajari mata pelajaran kimia

khususnya di dalam tajuk Ikatan Kimia. Berdasarkan kepada kajian yang telah dibuat

oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi prestasi SPM kebanyakan pelajar

masih lagi keliru menjawab soalan-soalan ringkas peringkat kimia KBSM.

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar dalam menjawab soalan-

soalan peringkat SPM ialah tidak dapat menulis susunan elektron bagi ikatan ion dan

ikatan kovalen yang terbentuk, tidak dapat melukis gambarajah susunan elektron bagi

menunjukkan pembentukan ikatan ionik dan ikatan kovalen disamping membuat

gambarajah mental tentang pembentukkan kedua-dua ikatan ini. Selain itu, pelajar

masih keliru untuk membezakan ikatan ionik dan ikatan kovalen dan sifat-sifat sebatian

kovalen dan sebatian ion.

Page 23: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji apakah tahap kefahaman pelajar mengenai

tajuk ikatan kimia di kalangan pelajar tingkatan empat di sekolah-sekolah daerah

Kulim, Kedah Darul Aman. Untuk mencapai tujuan di atas, beberapa objektif telah

dikenalpasti iaitu:

i. Untuk menentukan tahap kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia di kalangan

pelajar-pelajar tingkatan empat di empat buah sekolah sekitar daerah Kulim,

Kedah.

ii. Untuk mengenal pasti samada faktor jantina pelajar mempengaruhi tahap

kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia mereka.

iii. Untuk mengenal pasti samada faktor minat pelajar terhadap mata pelajaran

kimia mempengaruhi tahap kefahaman mengenai tajuk ikatan kimia mereka.

Tahap kefahaman samada cemerlang, baik, sederhana, lemah, atau sangat lemah

dinilai berdasarkan pencapaian (skor) responden di dalam menjawab soalan-soalan

berkaitan tajuk ikatan kimia yang disediakan oleh pengkaji.

Page 24: ‘ALYA HANNA BINTI MAHMUD PATHI...iv DEDIKASI Khas buat, Bonda dan ayahanda yang dikasihi, Umi kalthum Ibrahim dan Mahmud Pathi Tajuddin, budi dan jasa kalian tidak akan ku lupakan,

7

1.5 Persoalan Kajian

Berhubung dengan penyataan masalah yang telah disebutkan di atas, perkara-

perkara yang boleh menjadi persoalan utama dalam kajian ini adalah:

i. Apakah tahap kefahaman pelajar mengenai tajuk ikatan kimia?

ii. Adakah faktor jantina mempengaruhi tahap kefahaman mengenai tajuk ikatan

kimia?

iii. Adakah faktor minat terhadap mata pelajaran kimia mempengaruhi tahap

kefahaman tentang tajuk ikatan kimia mereka?