ismail restu -tokoh penulis kedah

23
1. PENGENALAN Wawancara tokoh ini dibuat untuk menyiapkan tugasan kumpulan yang telah diberikan oleh Pn Rohaya bt Md Ali bagi kursus seni mengarang SGRM 3133. Setelah membuat perbincangan antara ahli kumpulan, kami telah membuat keputusan untuk mewawancara seorang tokoh penulis kedah yang telah berpuluh tahun giat menulis. Beliau ialah En Ismail b Ahmad atau nama penanya Ismail Restu . Kami telah menemui beliau untuk mendapatkan persetujuan bagi merialisasikan wawancara ini. Alhamdulillah beliau dengan berbesar hati telah menerima permintaan kami. Walaupun telah dimaklumkan oleh beliau bahawa sebelum ini telah ada pihak-pihak lain yang pernah menemubual dan menulis tentang ketokohan beliau, namum kami tetap ingin mewawancara beliau , sekurang- kurangnya kami ingin memperkayakan lagi bahan-bahan yang ada tentang beliau dan mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih menarik hasil daripada pembacaan dan pemerhatian kami ke atas sumber- sumber lain seperti buku-buku ilmiah, internet, serta memberi pendapat dan pemerhatian secara terus. Wawancara tokoh ini kami anggap sebagai pendedahan awal untuk seni mengarang 1

Upload: mohd-rizal-mohd-taher

Post on 08-Dec-2014

231 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Cikgu Ismail Ahmad atau nama penanya ismail restu merupakan seorang tokoh penulis kedah yang masih aktif hingga ke hari ini.

TRANSCRIPT

Page 1: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

1. PENGENALAN

Wawancara tokoh ini dibuat untuk menyiapkan tugasan kumpulan yang telah

diberikan oleh Pn Rohaya bt Md Ali bagi kursus seni mengarang SGRM 3133. Setelah

membuat perbincangan antara ahli kumpulan, kami telah membuat keputusan untuk

mewawancara seorang tokoh penulis kedah yang telah berpuluh tahun giat menulis.

Beliau ialah En Ismail b Ahmad atau nama penanya Ismail Restu . Kami telah menemui

beliau untuk mendapatkan persetujuan bagi merialisasikan wawancara ini. Alhamdulillah

beliau dengan berbesar hati telah menerima permintaan kami. Walaupun telah

dimaklumkan oleh beliau bahawa sebelum ini telah ada pihak-pihak lain yang pernah

menemubual dan menulis tentang ketokohan beliau, namum kami tetap ingin

mewawancara beliau ,  sekurang- kurangnya kami ingin memperkayakan lagi bahan-bahan

yang ada tentang beliau dan mempersembahkannya dalam bentuk yang lebih menarik hasil

daripada pembacaan dan pemerhatian kami ke atas sumber-sumber lain seperti buku-buku

ilmiah, internet, serta memberi pendapat dan pemerhatian secara terus. Wawancara tokoh ini

kami anggap sebagai pendedahan awal untuk seni mengarang serta mengetahui  tentang

aspek-aspek kajian ilmiah seperti format yang betul, teknik rujukan, penggunaan sumber ilmu

dengan sistematik, dan perancangan yang betul untuk memastikan wawancara ini siap seperti

waktu yang dijadualkan.

Sebelum memulakan wawancara , kami telah meletakkan satu objektif yang yang

ingin dicapai sepanjang aktiviti wawancara ini berjalan dan meletakkan sasaran akhir yang

perlu diperolehi setelah wawancara ini selesai . Adalah penting untuk memahami dengan

sepenuh hati apa yang diperlukan dalam wawancara ini agar dapat mencapai objektif yang

telah dirancang. Wawancara tokoh penulis ini mempunyai objektif seperti berikut iaitu:

1

Page 2: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

1.1 Memperoleh Maklumat Ketokohan En Ismail b Ahmad ( Ismail Restu)

Wawancara terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada latar

belakang, sumbangan, dan kepentingan tokoh dalam dunia penulisan khususnya. Tokoh

penulis yang dipilih berasal dari Kampung Bujang iaitu Cikgu Ismail b Ahmad, seorang

guru yang berkaliber dan juga seorang penulis yang sangat dikenali di negeri Kedah ini serta

Malaysia . Wawancara tokoh penulis Ismail Restu membawa kepada kajian terhadap

pengenalan umum objektif, sumbangan sama ada kepada diri sendiri, dalam memartabatkan

bahasa dan kesusateraan , seterusnya sumbangan beliau kepada masyarakat dan negara.

Maka untuk mengetahui latar belakang dan sumbangan Ismail Restu, suatu kajian awal telah

dilakuakan oleh kami melalui internet untuk mengetahui serba sedikit maklumat tentang

latar belakang , penglibatan, serta sumbangan beliau di dalam bidang penulisan.

1.2 MENGHURAI SUMBANGAN TOKOH ISMAIL RESTU

  Melihat kepada sumbangan beliau di dalam bidang penulisan , kami berminat untuk

mewawancara beliau berkenaan tentang latar belakang beliau di zaman kanak-kanak,

pendidikan, keluarga, dan bagaimana beliau akhirnya menceburi dunia penulisan. Aspek

inilah yang paling penting untuk diketahui dan seterusnya dicontohi oleh bakal penulis akan

datang kerana Ismail Restu memulakan kejayaan ini bermula di usia yang sangat muda.

Pengalaman ini amat berguna kepada bakal penulis muda ketika ini. Bagi tujuan

penglestarian khazanah sastera Melayu, karya-karya pilihan beliau perlu menjadi hiasan

peragaan di tempat-tempat awam yang popular. Untuk meningkatkan kerjasama dalam

bidang penyelidikan, penyebaran dan pengembangan bidang penulisan, diharapkan kerajaan

dapat menubuhkan sebuah pusat pengajian tinggi yang mengkhususkan bidang penulisan,

kebudayaan dan kesusasteraan di Malaysia.

1.3 Kaedah Wawancara

2

Page 3: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

Kami telah menggunakan teknik temubual iaitu berjumpa tokoh, mengumpul dan

menganalisis dokumen daripada karya tokoh, mengumpul buku-buku yang berhubungkait

dengan hasil penulisan beliau bermula dari tahun 1960an lagi.

1.4 Temubual Tokoh : Ismail b Ahmad ( Ismail Restu)

Temubual bersama tokoh iaitu Ismail Restu telah diadakan di rumah beliau di

Kampung Bujang, Bedong, Kedah pada hari Jumaat, 12 April 2013, jam 9.00 pagi. Beliau

telah menyambut kedatangan kami dengan begitu ikhlas . Pertemuan bersama lima orang

pelajar yang membuat kajian ini berlangsung selama dua jam dalam suasana yang harmoni.

Temubual berlaku dalam tiga sesi iaitu sesi pertama mengenai biodata diri beliau iaitu

mengenai:

(a) Asal usul,

(b) Pendidikan,

(c) Pekerjaan dan

(d ) Kepimpinan.

Dalam temubual sesi kedua tokoh juga ditanya mengenai :

(a) Ilham dan Proses Berkarya,

(b) Pencapaian dan Anugerah

(c) Kesusateraan yang Diceburi serta

(d) Sumbangan beliau dalam dunia penulisan.

3

Page 4: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

Dalam wawancara sesi ketiga persoalan yang dikemukan mengenai pendapat beliau

tentang:

(a) Lambakan novel remaja yang banyak menggunakan bahasa slanga .

(b) Penggunaan bahasa Melayu standart di Malaysia

(c) Penganugerahan anugerah nobel antarabangsa

Gambar 1: Ahli kumpulan bersama Ismail Restu

1.5 Kemanafaatan Wawancara

Mengenali tokoh Ismail Restu dari permulaan sejarahnya akan membuatkan kita

sedar yang kejayaan yang ingin dicapai adalah bermula dengan usaha yang bersungguh-

sungguh dan kegigihan yang jitu. Ini kerana tokoh ini juga seperti insan biasa yang lain yang

bermula dengan ‘kosong’ dan pada akhirnya memperoleh kejayaan serta dikenali dan

disegani seperti sekarang . Masyarakat Melayu silam amat kaya dengan hasil sasteranya

4

Page 5: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

seperti sastera rakyat, pepatah petitih, pantun, syair, seloka dan gurindam, tetapi kini ia

semakin dipinggirkan akibat ditelan rempuhan globalisasi yang melanda. Bagaimanapun,

kepentingan sastera dalam sistem pendidikan negara merangkumi pendedahan kepada kanak-

kanak dan kebolehpasaran bidang terbabit untuk mengembalikan nilai positif yang ada untuk

dihayati oleh generasi akan datang.

Melalui pembacaan pelajar dapat meningkatkan keupayaan daripada segi

penggunaan bahasa kerana karya sastera mengandungi bahasa yang indah, tinggi dan mewah

perbendaharaan kata. Karya sastera sama ada untuk kanak-kanak, remaja atau dewasa

mempunyai matlamat untuk mendidik dan membangunkan diri manusia, baik daripada segi

personaliti, pemikiran atau kebahasaan. Guru-guru mempunyai banyak pilihan dan boleh

menilai karya sastera yang sesuai dijadikan bahan pengajaran mengikut kesesuaian umur

pelajar seperti pemilihan buku teks Bahasa Malaysia Tahun Empat Sekolah Kebangsaan

merangkumi pantun, drama, syair, lagi rakyat, puisi, cerita binatang, legenda dan mitos serta

tokoh.

Usaha untuk melahirkan lebih ramai penulis muda sebagai pelapis kepada

generasi tua perlu dipergiatkan . Oleh itu, dalam usaha memartabatkan serta menggalakkan

penyertaan golongan muda dalam bidang penulisan maka, tokoh-tokoh penulis yang telah

banyak menyumbangkan jasa kepada pembinaan dan pengembangan sastera Melayu perlu

diberi pengiktirafan yang nilainya lebih tinggi daripada nilai hadiah yang wujud sekarang ini.

Untuk menempatkan penulis Malaysia di persada antarabangsa, maka karya-karya penulis

tempatan dan hasil kajian mengenai karya dan ketokohan mereka perlu disebarkan secara

agresif dengan kerjasama daripada pelbagai pihak.

5

Page 6: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

2.0 TENTANG PENULIS : ISMAIL RESTU

Gambar 2 : Ismail Restu

ISMAIL RESTU atau nama sebenarnya Ismail bin Ahmad lahir di Kampung

Bujang, Bedong , Kedah pada 11 Mei , 1940. Bertugas sebagai guru di sekolah rendah

mulai tahun 1956. Beliau menceburkan diri dalam lapangan penulisan pada tahun 1972

dengan menulis rencana ke akhbar-akhbar di tanah air. Kemudian meneruskan

penulisan dalam pelbagai genre, termasuklah sajak, cerpen dan novel, juga pantun, syair

dan gurindam serta cerita rakyat.

Buku-buku tulisan beliau telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka,

banyak lagi buku kanak-kanak yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit lain termasuklah

6

Page 7: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

Teks Pulishing, Utusan Publication, Sasbadi, PTS, Cerdik Publications, K.Publishing, Fajar

Bakti, Jakim, Penapro dan Fajar Pakeer.

Antara hasil penulisan beliau:

Novel Remaja :

Sebuah Bangsal Di Tengah Hutan (1985)

Titian Budi (1993)

Catatan Perjalanan (1994)

Anak - Anak Bertuah (1996)

Antologi Cerpen :

Belum Terlewat (1985)

Diburu Resah (1994)

Abang Yang Penyayang (1995)

Sebuah Kubur Di Kampung Melur (1997)

Antologi Bersama :

Jelapang, Angin Utara, Titian Laut, Tantangan, Sebuah Lampu Antik, Anak Seorang

Jeneral, Peristiwa Semalam, Kehendak Zaman, Malang Tidak Berbau, Manifestasi

(Sajak), Gema Serantau 3

Cerita Rakyat :

Kuda Hijau, Siri Sastera Tanahair, Puteri Tiga Beradik, Cerita Seorang Pengembara,

Perkosa, Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Buku Kesihatan :

Sakit Gigi

7

Page 8: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

8

Page 9: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

Gambar 3. Antara hasil karya yang ditulis oleh Ismail Restu

Beliau pernah beberapa kali memenangi Peraduan Menulis Cerpen anjuran

Jabatan Perdana Menteri dan Peraduan Menulis Puisi anjuran Jabatan Agama Islam

Negeri Kedah. Beliau telah berpencen daripada bidang perguruan pada tahun 1995 dan

terus aktif menulis sehingga ke hari ini.

9

Page 10: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

3 BIODATA PENULIS

Cikgu Ismail Ahmad atau lebih dikenali di alam penulisan dengan nama penanya,

Ismail Restu dilahirkan pada 11 Mei 1940 di Kampung Bujang, Bedong, Kedah. Beliau

mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Kampung Bujang sekitar tahun 40-an. Selepas

tamat darjah enam beliau telah memohon menjadi guru. Pemohonan beliau telah diterima dan

beliau menjadi guru pelatih selama 2 tahun. Kemudian beliau telah diserap ke jawatan tetap

dan telah dihantar bertugas di Langkawi. Seterusnya beliau dihantar bertugas ke beberapa

buah sekolah sehingga beliau bersara pada tahun 1995. Sekolah terakhir beliau bertugas ialah

Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh yang terletak di Yan.

Kini beliau masih menetap di kampung halamannya bersama isteri, Puan Kamariah

Binti Abdul. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang anak. Walaupun telah

bersara tetapi beliau masih lagi aktif menulis disamping turut menyumbang khidmat dalam

komuniti kampung sebagai AJK masjid.

Gambar 4. Bersama salah seorang cucu beliau

10

Page 11: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

4. SUMBANGAN DAN KEJAYAAN DALAM BIDANG PENULISAN

Cikgu Ismail Restu mula menulis sekitar tahun 1972. Beliau mula menulis dengan

mengambil tema aktiviti seharian kehidupan orang kampung di Singkir. Rencana yang ditulis

dengan tulisan jawi itu telah dihantar ke akhbar Utusan Melayu. Tuah memihak kepada

beliau apabila rencana yang ditulis telah disiarkan. Minat beliau untuk terus menulis terus

berkembang kerana hasil tulisannya mula mendapat perhatian. Beliau mendapat dorongan

daripada keluarga dan rakan-rakan rapat beliau khususnya Azizi Hj Abdullah yang banyak

membantu beliau dalam meneruskan kerjaya beliau sebagai penulis. Begitu dan juga rakan-

rakan penulis yang lain telah menganggotai ASASI ( Angkatan Sasterawan Nasional

Kedah ) yang turut menyokong perkembangan kerjaya beliau. Selain rencana, beliau turut

menghasilkan penulisan dalam pelbagai genre. Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih

kurang 250 buah rencana umum, 100 buah puisi dan 100 buah cerpen. Beliau juga telah

menulis hampir 30 buah buku yang meliputi buku cerita rakyat, buku antologi cerpen, buku

pantun novel, buku biografi dan buku kesihatan di samping beberapa buku antologi cerpen

bersama-sama penulis lain. Usaha beliau yang tidak pernah jemu akhirnya telah dihargai

apabila hasil karya beliau telah memenangi beberapa pertandingan penulisan. Namun

kejayaan yang paling berharga apabila novel beliau iaitu Anak-anak Bertuah telah berjaya

memenangi Hadiah Sastera Kebangsaan. Kejayaan ini meninggalkan kenangan manis di

dalam diri beliau kerana beliau terpaksa mengambil masa yang agak lama sebelum novel ini

dapat disiapkan. Beliau juga menggabungkan cerita sebenar dan imaginasi dalam

menghasilkan novel ini.

Gambar 5. Antara anugerah yang diterima

11

Page 12: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

5. PANDANGAN PENULIS TENTANG ISU PENULISAN DAN BAHASA

Apabila ditanya tentang lambakan novel remaja yang menguasai pasaran sekarang,

Ismail Restu menegaskan bahawa ada kesan positif dan negatif terhadap fenomena ini.

Walaupun novel-novel ini memaparkan tema cinta remaja tetapi secara tidak langsung dapat

memupuk minat membaca di kalangan remaja. Selain itu, penulis-penulis baharu dapat

mengasah bakat menulis dengan menghasilkan novel-novel sebegini. Beliau menambah

mungkin bahasa yang digunakan di dalam novel-novel tersebut berbentuk slanga namun

beliau berharap suatu hari nanti penulis-penulis muda ini akan sedar dan mula menulis

menggunakan bahasa Melayu standard. Di sinilah pihak kerajaan atau badan-badan penulis

dapat memainkan peranan dengan menganjurkan bengkel-bengkel penulisan bagi

membimbing dan melatih penulis-penulis remaja ini.

Ismail Restu juga berpendapat, semua agensi kerajaan dan swasta perlu

memartabatkan penggunaan bahasa Melayu standard dalam urusan mereka seperti yang

termaktub dalam Perlembagaan Negara. Pelbagai usaha telah dijalankan khususnya oleh

Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memastikan bahasa Melayu standard digunakan secara

meluas oleh agensi kerajaan dan swasta. Salah satu usaha yang telah dijalankan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka ialah menubuhkan Institut Terjemahan Buku Malaysia ( ITBM ). ITBM

ini berfungsi sebagai pusat terjemahan yang menterjemahkan buku-buku ilmiah bahasa asing

ke dalam bahasa Malaysia. Di samping itu, ITBM juga menggalakkan penulis-penulis

menghasilkan karya untuk diterbitkan. Fungsi yang dimainkan oleh pihak ITBM ini

diharapkan dapat memperbanyakkan lagi bahan-bahan bacaan yang berkualiti dalam bahasa

Melayu. Beliau sendiri juga menggunakan platform yang disediakan oleh ITBM ini dengan

mengasilkan karya yang bertajuk ‘Pantun Kisah Rasul Tercinta’

12

Page 13: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

Gambar 6 Majalah dan buku keluaran ITBM termasuk buku Pantun Kisah Rasul Tercinta yang dikarang oleh Ismail Restu

Ketika diminta untuk mengulas berkenaan hadiah Nobel, beliau mengharapkan agar

suatu hari nanti, penulis dari Malaysia akan dapat memenangi anugerah ini. Jika ada penulis

dari negara ini yang dapat menjulang anugerah Nobel, ini menunjukkan penulis dari negara

kita sememangnya berkualiti dan hasil karya penulis-penulis dari negara kita diterima di

peringkat dunia. Untuk mencapai hasrat ini, beliau menyarankan penulis-penulis tempatan

menghasilkan karya yang hebat dengan mengangkat tema yang memperjuangkan

kemanusiaan sejagat.

Sebelum mengakhiri sesi wawancara, beliau amat berharap penulis-penulis muda di negara

ini dapat meningkatkan kualiti tulisan mereka. Gunakan peluang yang tersedia, rajin

menghadiri bengkel-bengkel di samping mendapat tunjuk ajar daripada penulis-penulis yang

lebih berpengalaman. Beliau juga menyuarakan harapan agar suatu ketika nanti akan ada

penulis dari Malaysia yang layak menerima hadiah Nobel.

13

Page 14: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

6. Rumusan

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana akhirnya kumpulan kami seramai 5 orang

telah berjaya menyudahkan satu wawancara dengan seorang tokoh penulis iaitu Cikgu Ismail

Restu di teratak beliau di Kampung Bujang yang terletak kira-kira 15km dari Bandar Sungai

Petani. Wawancara ini berlangsung pada pagi Jumaat bertarikh 11 April 2013 jam 9.00

pagi dan berakhir pada pukul 11.30 pagi. Ini merupakan pengalaman pertama kami membuat

wawancara dan rakaman bersama seorang tokoh yang berkaliber.

Untuk menyiapkan tugasan kedua ini, ahli kumpulan kami menghadapi pelbagai

rintangan yang terpaksa dihadapi untuk mendapat kesepakatan dalam menyiapkan tugasan

wawancara tokoh. Rata-rata ahli kumpulan kami ini mendiami di kawasan yang berlainan

antara satu sama lain seperti di Alor Star, Sik dan sekitar Sungai Petani. Jadi setiap ahli

kumpulan terpaksa melakukan pengorbanan dari segi tugas dan masa untuk berkumpul dan

berbincang seterusnya menyiapkan tugasan kedua ini.

Pada awal pertemuan, kami telah bersepakat memilih sesi wawancara ini dijalankan

pada cuti sekolah yang lalu iaitu pada 30 Mac 2013. Namun begitu, sesi ini terpaksa

ditunda kepada tarikh lain kerana Cikgu Ismail Restu pada ketika itu menghadiri mesyuarat

ASASI ( Angkatan Sasterawan Nasional Kedah ) yang diadakan di Alor Star. Jadi rancangan

pada hari itu terpaksa dibatalkan dan kami sekali lagi membuat janji temu kali kedua pada

tarikh 11 April 2013. Setelah bersepakat akhirnya kami berlima berkumpul dan berjaya

mewawancara beliau.

Berdasarkan permerhatian dan pengamatan kami, pertemuan kali ini telah mendapat

kerjasama yang sepenuhnya daripada beliau dari awal hingga ke akhir sesi wawancara yang

14

Page 15: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

dijalankan. Kebanyakan soalan yang diajukan, beliau telah memberi respon yang bernas dan

setiap idea yang dikemukakan amat baik dan jelas. Di samping itu, setiap ahli kumpulan

saling membantu antara satu sama lain secara langsung mahupun tidak langsung. Secara

keseluruhan sesi wawancara dan bergambar berjalan dengan teratur serta dapat

dilaksanakan mengikut perancangan yang telah dibuat.

Penampilan beliau pada hari itu berbaju batik dengan penuh kemesraan serta

bersemangat amat menarik tumpuan kami untuk menyelesaikan tugasan ini dengan penuh

minat. Beliau cukup prihatin kerana memberi kerjasama,perhatian dan pandangan kepada

kami semasa slot ini dijalankan. Maklum balas ini merupakan faktor yang amat bermakna

untuk kami menghasilkan laporan ini sehabis baik.

Pandangan beliau dalam bidang penulisan amat kami hargai. Beliau juga telah

menyuarakan hasratnya agar ada di kalangan kami dapat menghasilkan karya-karya dalam

bidang penulisan ini. Kami akhiri wawancara ini dengan sesi bergambar sebagai kenangan

dan serta pemberian sedikit cenderahati ikhlas daripada kami kepada beliau.

15

Page 16: Ismail Restu -tokoh penulis kedah

BAHAGIAN BAHASA MELAYU

JABATAN BAHASA MODEN

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN DAN BAHASA MODEN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SENI MENGARANG SGRM 3133

TUGASAN KUMPULAN

TAJUK

WAWANCARA TOKOH

ISMAIL B AHMAD ( ISMAIL RESTU)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK NO KAD PENGENALANKIFLI B SALLEH 210180 710612025791MOHD ZAWADEY B YUSOFF 210181 711007035339MOHD RIZAL B MOHD TAHER 210182 730914025461MOHD AINZUDIN B ROMLI 210298 710531025175RIDHUAN B AINI 210502 741109075507

DISEDIAKAN UNTUK:

PN ROHAYA BT MD ALI

TARIKH SERAHAN : PERTEMUAN KEEMPAT

16