faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar … · segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan...

21
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH KURSUS AUTOMOTIF SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI TERENGGANU MOHD. KAMARUZAMAN BIN HARUN Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA FEBRUARI 2004

Upload: buianh

Post on 08-Jul-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH

KURSUS AUTOMOTIF SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL

KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

DI TERENGGANU

MOHD. KAMARUZAMAN BIN HARUN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEBRUARI 2004

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk
Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR MEMILIH

KURSUS AUTOMOTIF SEBAGAI PEMBENTUKAN AWAL

KERJAYA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

DI TERENGGANU

MOHD. KAMARUZAMAN BIN HARUN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEBRUARI 2004

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk
Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani…….

Buat bonda dan ayahanda yang tersayang,

Zahrah Binti Omar dan Harun Bin Awang Ngah

Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat

untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran…..

Untuk bonda mertua dan nenekanda yang diingati,

Habsab Binti Ngah dan Wok Binti Mohammad

Sekalung terima kasih ku ucapkan kerana pengorbanan

kalian menjadi inspirasi untukku meneruskan cita-cita murni ini…..

Teristimewa buat isteriku yang tercinta, Zurilan Binti Aziz (Ayang),

Hidup disampingmu seolah-olah cermin buat diriku…terima kasih kerana

menyedarkan aku tentang hakikat kehidupan…dan mengertilah…setiap detik

yang berlalu bersamamu…cintaku semakin teguh untukmu….kerana kaulah kekasihku

Yang dirindui putera dan puteriku , Muhammad Arash Al-Jufri,

Nur Al-Fatinah Izzati, Muhammad Danish Al-Bazli dan adik-adik kalian (insyaallah), Ayahanda telah

mematahkan ranting dan duri untuk jadikan denai bagi kalian lalui, jangan sia-siakan peluang yang

ada…..ambillah…rebutlah…sebelum ianya menghilang…..

Buat saudara-saudara ku, pengorbanan kalian akan ku

kenang walaupun caranya berlainan dan terima kasih untuk segalanya…..

Untuk anak saudara ku yang ramai, jadikanlah kejayaan Ayah Chik

ini sebagai perangsang…dan ingatlah bahawa tiada jalan mudah untuk suatu kejayaan

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan penuh limpah rahmat dan hidayahNya, penyelidikan

ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi

Muhammad S.A.W. Pesuruh Allah yang amat di kasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada pensyarah pembimbing , Encik Yusri Bin Kamin yang

tanpa jemu-jemu menghulurkan bantuan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat di dalam senyuman. Terima kasih

yang tak terhingga dan hanya Allah S.W.T yang mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Jutaan terima kasih kepada Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Pengetua-Pengetua dan guru-guru di Sekolah

Menengah Teknik Besut, Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu dan Sekolah Menengah Teknik

Kemaman Terengganu yang terlibat dan membantu secara langsung dan tidak langsung dalam penyelidikan ini.

Penghargaan ini juga ditujukan khas kepada rakan-rakan yang banyak membantu dari segi teguran,

pandangan dan nasihat bagi menyiapkan penyelidikan ini. Jasa kalian akan tetap ku kenang hingga keakhirnya.

Sekian, wassalam…….

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar kursus

Automotif dalam pembentukan awal kerjaya mereka di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Terengganu. Data

bagi kajian berbentuk deskriktif ini diperolehi melalui borang soal selidik kepada 150 orang daripada 218 orang

pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 4 kursus Automotif di Sekolah Menengah Teknik Besut, Sekolah Menegah

Teknik Wakaf Tembesu dan Sekolah Menengah Teknik Kemaman Terengganu. Sampel kajian dipilih melalui

kaedah rawak mudah berkelompok dan data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Packages For

The Social Science (SPSS) Version 11.0. Dapatan kajian menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi

pemilihan pelajar terdiri daripada faktor minat, faktor guru dan faktor pengetahuan Kemahiran Hidup

Bersepadu. Sementara faktor keluarga dan faktor rakan sebaya di dapati kurang mempengaruhi pelajar dalam

pemilihan kursus Automotif.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

ABSTRACT

This research was done to identify the factors influencing the early career development of

automotive students of Sekolah Menengah Teknik in Terengganu. The data of this descriptive research

were collected through sets of questionnaire distributed to 150 out of the total 218 form four and form

five students of Sekolah Menengah Teknik Besut, Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu and

Sekolah Menengah Teknik Kemaman in Terengganu. The samples for the research were chosen

through the clustered random sampling method and the data were analyzed using The Statistical Package

For Social Science (SPSS) Version 11.0. It was found that interest, teacher and knowledge of Integrated

Living Skills were the main factors influencing students to choose automotive course whilst families and

colleagues didn’t have much influence on their decision.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Halaman Pengakuan ii

Halaman Dedikasi iii

Halaman Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Ringkasan xiii

Senarai Lampiran xv

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 6

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

1.8 Definasi Istilah 9

1.9.1 Definasi Istilah 9

1.9.2 Faktor 9

1.9.3 Mempengaruhi 9

1.9.4 Pemilihan Kursus Atau Aliran 9

1.9.5 Pembentukan Awal Kerjaya 10

1.9.6 Kerjaya 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.1.1 Kerjaya Yang Diminati 13

2.1.2 Latar Belakang Keluarga 16

2.1.3 Pengaruh Rakan Sebaya 19

2.1.4 Pengaruh Guru 20

2.1.5 Kurikulum Kemahiran Hidup

Bersepadu 21

2.2 Penutup 25

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 25

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.4 Kajian Rintis 27

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Analisis Data 29

3.7 Prosedur Kajian 30

3.8 Penutup 31

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS KAJIAN

BAB IV ANALISIS KAJIAN 32

4.1 Pengenalan 32

4.2 Analisis Data 32

4.2.1 Analisis Data Latar Belakang 33

Responden

4.2.2 Analisis Data Persoalan Kajian 1 38

4.2.3 Analisis Data Persoalan Kajian 2 40

4.2.4 Analisis Data Persoalan Kajian 3 43

4.2.5 Analisis Data Persoalan Kajian 4 45

4.2.6 Analisis Data Persoalan Kajian 5 48

4.3 Rumusan 52

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 54

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan 54

5.3 Perbincangan Kajian 57

5.3.1 Faktor Minat Yang

Mempengaruhi Pelajar 57

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

5.3.2 Faktor Keluarga Yang

Mempengaruhi Pelajar 59

5.3.3 Faktor Rakan Sebaya Yang

Mempengaruhi Pelajar 61

5.3.4 Faktor Guru Yang

Mempengaruhi Pelajar 62

5.3.5 Faktor Pendedahan Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu 63

5.4 Cadangan 65

5.5 Penutup 67

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 73

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peringkat perkembangan vokasional oleh Geinzberg 14

3.1 Taburan sampel kajian mengikut bilangan responden 27

3.2 Tahap penilaian responden berdasarkan min 30

4.1 Taburan responden mengikut jantina 33

4.2 Taburan responden mengikut keturunan 33

4.3 Taburan responden mengikut agama 34

4.4 Taburan responden mengikut tingkatan 34

4.5 Taburan responden mengikut bilangan adik-beradik

dalam keluarga 35

4.6 Taburan responden mengikut pekerjaan

bapa / penjaga 35

4.7 Taburan responden mengikut pendapatan

bapa / penjaga 36

4.8 Taburan responden mengikut keputusan mata

pelajaran Teknologi Automotif dalam peperiksaan

penggal pertama 37

4.9 Faktor minat terhadap kerjaya yang mempengaruhi

pelajar 38

4.10 Faktor keluarga yang mempengaruhi pelajar 40

4.11 Faktor rakan sebaya yang mempengaruhi pelajar 43

4.12 Faktor guru yang mempengaruhi pelajar 45

4.13 Faktor pendedahan Kemahiran Hidup Bersepadu

yang mempengaruhi pelajar 48

4.14 Faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar memilih

Kursus Automotif berdasarkan analisis data 4.2.2

Hingga 4.2.6 52

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

SENARAI RINGKASAN

AS : Amat Setuju.

ATS : Amat Tak Setuju.

Bil : Bilangan.

BPPDP : Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

EON : Edaran Otomobil Nasional Berhad.

ILP : Institut Latihan Dan Perindustrian.

KBM : Kementerian Kebudayaan Dan Kesenian Malaysia.

KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah.

KBSR : Kurikulum Baru Sekolah Rendah.

KDN : Kementerian Dalam Negeri.

KHB : Kemahiran Hidup Bersepadu.

MARA : Majlis Amanah Rakyat.

Men : Menengah.

MLVK : Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

MPV : Multi-Purpose Vehicle.

PMR : Pendidikan Menengah Rendah.

R & D : Research And Deveploment.

PROTON : Perusahaan Otomobil Nasional Berhad.

S : Setuju.

Sek : Sekolah.

SPM : Sijil Pelajaran Malaysia.

SPMV : Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional.

SPSS : Statistical Packages For The Social Science.

TP : Tak Pasti.

TS : Tak Setuju

UTM : Universiti Teknologi Malaysia.

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Pengesahan Penyemakan Borang Soal

Selidik 73

B Borang Soal Selidik 74

C Kebolehpercayaan (Reliability) 80

D Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan

Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pendidikan Malaysia 82

E Surat Permohonan Penyelidikan Kepada Jabatan

Pendidikan Negeri Terengganu 84

F Surat Kebenaran Penyelidikan Daripada Jabatan

Pendidikan Negeri Terengganu 85

G Surat Akuan Pelajar Dari Universiti Teknologi

Malaysia 86

H Pengesahan Kebenaran Membuat Penyelidikan

Oleh Pihak Sekolah 87

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad telah meletakkan matlamat negara

untuk mencapai sebagai sebuah negara maju dan berteknologi tinggi pada tahun 2020. Dalam salah satu

daripada kertas kerjanya yang bertajuk “Malaysia:Melangkah Ke Hadapan (Wawasan 2020)” yang telah

dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada tahun 28 Februari 1991 di Kuala

Lumpur telah mewar-warkan perkara ini. Secara tidak langsung, wawasan ini telah meletakkan sasaran negara

untuk menjadikan perindustrian sebagai teras kepada pembangunan negara.

Corak guna tenaga telah mengalami perubahan sejajar dengan kemajuan dan perkembangan teknologi

negara. Keupayaan untuk mempertahankan kadar produktiviti dan daya saingan di arena antarabangsa adalah

merupakan faktor penentu kepada pertumbuhan di dalam ekonomi dan industri di Malaysia. Adanya tenaga

kerja yang bermotivasi tinggi, berpendidikan dan mahir memberi kesan kepada daya saingan dan produktiviti

industri. Oleh sebab itu, diharapkan perlunya generasi pelajar mempunyai informasi yang terkini sejajar dengan

kehendak serta perkembangan semasa. Diharapkan kesan yang lebih positif dapat dihasilkan dengan adanya

gandingan sumber manusia masa kini dan teknologi maklumat. Demi memenuhi keperluan negara, persediaan

yang lebih mantap ke arah penyertaan bidang kerjaya selaras dengan kemampuan diri haruslah diberi

pertimbangan yang sewajarnya.

Secara umumnya, kerjaya pelajar dipengaruhi oleh pemilihan jurusan di peringkat sekolah lagi. Apabila

tamat alam persekolahan dan pengajian kelak,pemilihan jurusan ini akan menjadi pemangkin kepada kerjaya

yang akan diceburi.Oleh itu setiap individu perlu membuat keputusan mengenai kerjaya dan perlu

menyelesaikan masalah berkaitan dengan pemilihan kerjaya ( Ainon dan Sidek 2000 ). Ini penting kerana

kerjaya akan menentukan corak kehidupan seseorang itu pada masa hadapan. Pandangan Happok dalam

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

Hamidi (1997) yang menyatakan bahawa pemilihan jurusan amat penting kerana hal ini akan menentukan

sejauh mana seseorang akan berjaya mendapat pekerjaan, telah menyokong kenyataan ini. Suradi (1996)

menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh memilih apa yang dia tidaktahu. Seterusnya beliau juga

menyatakan kebanyakan pekerjaan yang terdapat dinegara ini tidak dikenali atau diketahui oleh kebanyakan

pelajar .

Perancangan kerjaya yang baik akan dapat mempersiapkan diri pelajar membuat perancangan daripada

awal sekolah menengah lagi. Ini akan mempengaruhi corak pemilihan mata pelajaran semasa di tingkatan empat

dan seterusnya semasa menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ataupun Sijil Pelajaran Malaysia

Vokasional (SPMV). Osipow (1983) menegaskan bahawa proses pemilihan sesuatu pekerjaan memerlukan

perancangan yang teratur supaya pemilihan akan menjadi lebih tepat.

Mempunyai keperluan dan matlamat yang sama sewajarnya dimiliki oleh setiap individu. Untuk

dorongan dan kepuasan bagi mencapai keperluan-keperluan yang lain, keperluan asas yang sedia ada perlulah

dipenuhi. Satu kesempurnaan diri akan dapat dirasakan oleh seseorang individu itu jika mendapat suatu

keputusan yang cemerlang, dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading serta berjaya mendapatkan pekerjaan

yang berprestij. Bagi mencapai tujuan tersebut, maka pendedahan dari segi kemahiran, ilmu pengetahuan serta

pengalaman amatlah diperlukan. Maklumat tentang diri serta maklumat mengenai jenis pekerjaan dan keperluan

latihan adalah sangat penting dalam perancangan kerjaya ( Osipow 1983; Holland 1966). Begitu juga Sidek

(1996) menyarankan bahawa pemilihan kerjaya yang baik melibatkan tiga perkara iaitu mengenal diri,

mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan. Keadaan ini akan membolehkan mereka

membentuk kerjaya masing-masing dengan lebih mudah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kajian ini dilakukan di sekolah-sekolah teknik di pantai timur yang ada menawarkan mata

pelajaran vokasional seperti Sekolah Menengah Teknik Besut Terengganu, Sekolah Menengah Teknik Wakaf

Tembusu Kuala Terengganu, Terengganu dan juga Sekolah Menengah Teknik Kemaman Terengganu.

Pemilihan sekolah-sekolah teknik yang ada menawarkan matapelajaran vokasional di pantai timur adalah

berdasarkan kepada tahap pendedahan tentang matapelajaran vokasional terutamanya matapelajaran Automotif

kepada para penduduk di sekitar sekolah tersebut adalah masih rendah. Untuk membuat perancangan kerjaya,

semua pihak perlu memainkan peranan (Lee Har Bee 1999; Isaacson dan Brown 1997; Amla, Mizan dan Salleh

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

1998). Penyebaran maklumat kerjaya juga dapat membantu menyedarkan masyarakat mengenai sesuatu

pekerjaan. Seterusnya ini akan dapat membantu mereka membimbing anak mereka membuat pilihan kerjaya

yang lebih tepat.

Perancangan kerjaya sangat penting dalam kehidupan seseorang. Lee HarBee (1999) menyatakan 47.5%

daripada responden dalam kajiannya menunjukkan bahawa mereka tidak pasti dalam membuat pemilihan

kerjaya. Perancangan mengenai kerjaya boleh dibuat seawal peringkat rendah lagi. Ibu bapa atau guru boleh

mengenalpasti minat atau kecenderungan seseorang pelajar. Mereka harus dibantu supaya mereka dapat

memilih cita-cita yang bersesuaian dengan minat dan personaliti mereka.

Perkembangan bidang automotif di negara ini telah berkembang pesat jika dibandingkan 18 tahun yang

lalu. Sejak tahun 1985, negara Malaysia telah berjaya mengeluarkan pelbagai model kenderaan nasional dengan

tertubuhnya Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) dan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) serta

yang terbaru Syarikat Naza Kia Sdn Bhd (Naza) yang melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) nasional

pertama model Naza Ria. Fenomena ini mengambarkan bahawa lebih banyak guna tenaga diperlukan di dalam

bidang Automotif di negara ini bagi menampung permintaan semasa. Keperluan ini menjamin pekerjaan untuk

jangka masa panjang bagi memenuhi pelbagai cabang di dalam industri automotif.

“Kita jangan berasa senang hati atas kejayaan ini kerana setiap tahun, jenis dan kualiti kereta

akan ditingkatkan. Kereta yang dulu kualitinya tidak begitu elok kini sudah lebih baik prestasinya

kerana penyelidikan dan pembangunan. Kita kena tingkatkan apa yang dimiliki, dilakukan, dikeluarkan

secara berterusan bagi memastikan kenderaan tempatan mampu menyaingi keluaran negara lain.

Kecuaian meningkatkan bidang R&D boleh menyebabkan mutu kenderaan nasional kekal di takuk lama

dan seterusnya tidak boleh dijual di pasaran antarabangsa serta dalam negara”, petikan ucapan

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad pada 28 Ogos 2003 (Berita Harian).

Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti apakah yang menarik minat pelajar-pelajar memilih

kursus Automotif untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik di Terengganu. Adakah pemilihan

kursus Automotif di Sekolah Menengah Teknik berdasarkan pengaruh rakan sebaya yang ada mempunyai

motosikal, latar belakang keluarga di mana bapa bekerja sebagai pomen motosikal dan kereta, minat yang

mendalam disebabkan pernah membaikpulih basikal dan motosikal, ataupun melalui pembacaan buku-buku,

majalah, akhbar, makalah, mendengar radio, pameran kerjaya dan poster-poster tentang kenderaan, melayari

internet/laman web serta menonton televisyen dan video tentang kenderaan.

Pada peringkat Tingkatan 4 adalah merupakan peringkat di mana pelajar mula memilih antara aliran

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

akademik ataupun Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk meneruskan pelajaran mereka. Bagi aliran

Pendidikan Teknik dan Vokasional, terdapat dua jenis aliran iaitu;-

(i) Aliran Vokasional

(ii) Aliran Pendidikan Teknik

Menurut Rogers (1951), peringkat umur 12 hingga 15 tahun adalah merupakan peringkat awal remaja,

15 hingga 18 tahun adalah peringkat pertengahan remaja dan 18 hingga 22 tahun adalah peringkat akhir remaja.

Mengikut teori, perkembangan seseorang individu bergerak mengikut beberapa peringkat yang berkait antara

satu sama lain. Apabila kanak-kanak mula menuju kematangan, waktu peralihan mula berlaku, mereka

menganggap sesuatu cara yang nyata. Kini telah timbul penghargaan, penerimaan konsep yang nyata memgikut

kemampuan sendiri. Mereka mula sedar akan faedah-faedah pekerjaan dan ganjaran darinya, malah dalam

jangkamasa inilah dikatakan seorang individu banyak mempelajari pengalamannya dari alam sekitar, Grinzberg

& lain-lain, (1972). Pada peringkat inilah mereka memerlukan bimbingan yang sewajarnya untuk melihat

dirinya yang sebenar.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan keadaan ini, kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui apakah faktor-faktor yang

mendorong pelajar-pelajar memilih jurusan Automotif sebagai pembentukan awal kerjaya mereka semasa di

alam persekolahan.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan supaya pengkaji dapat menghuraikan beberapa persoalan yang timbul seperti :

1. Adakah pendedahan pembelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di peringkat Sekolah Menengah

Rendah mempengaruhi pelajar di dalam pemilihan jurusan Automotif.

2. Adakah latar belakang keluarga mempengaruhi pelajar dalam pemilihan jurusan Automotif.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELAJAR … · Segala doa dan restu kalian, memberi kekuatan dan semangat untukku mendaki menara gading yang penuh dengan dugaan dan cabaran….. Untuk

3. Adakah kerjaya yang diminati berkait rapat dengan pemilihan jurusan Automotif.

4. Adakah rakan sebaya mempengaruhi pelajar memilih jurusan Automotif.

5. Adakah guru berperanan mempengaruhi dalam pemilihan jurusan Automotif.

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi beberapa objektif. Di antaranya ialah :-

1. Mengenalpasti keberkesanan kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu yang telah didedahkan

kepada pelajar di peringkat Menengah Rendah dalam mempengaruhi pelajar memilih kursus

Automotif.

2. Mengenalpasti bagaimana keluarga berperanan mempengaruhi pelajar memilih kursus

Automotif.

3 Mengenalpasti sama ada pemilihan terhadap kursus Automotif dikalangan pelajar berkait rapat

dengan kerjaya yang diminati.

4 Mengenalpasti peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi pelajar untuk memilih kursus

Automotif.

5 Mengenalpasti peranan guru dalam mempengaruhi pelajar untuk memilih kursus Automotif.