tinjauan tahap penguasaan kemahiran generik hasil …€¦jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati...

29
TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL DARIPADA PROGRAM POLIBRIGED YANG DIIKUTI DI KALANGAN PELAJAR SEMESTER DUA DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH. ABDUL RAZAK BIN MOHD DAIM UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL

DARIPADA PROGRAM POLIBRIGED YANG DIIKUTI DI KALANGAN

PELAJAR SEMESTER DUA DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH.

ABDUL RAZAK BIN MOHD DAIM

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian
Page 3: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian
Page 4: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

iv

TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL

DARIPADA PROGRAM POLIBRIGED YANG DIIKUTI DI KALANGAN

PELAJAR SEMESTER DUA DI POLITEKNIK KOTA KINABALU, SABAH.

ABDUL RAZAK BIN MOHD DAIM

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kejuruteraan Mekanikal )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian
Page 6: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

vi

DEDIKASI

“Sesungguhnya kebesaran Allah s.w.t, tiada tolok bandingnya. Syukur kerana Engkau

izinkan kejayaan ini menjadi milik keluargaku”.

Untuk ibubapaku yang disanjungi Hj. Daim B. Hj. Layer dan Hjh. Shamsiah Bt. Hj.

Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan

terima kasih atas doa dan restu kalian. Jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang

hingga ke akhir zaman.

Buat isteri yang amat ku kasihi,

Kamisah Bt. Ariffin

Pengorbanan, ketabahan, sokongan dan kesetiaan mu,

tiada ternilai bagi ku, terima kasih yang tidak terhingga, kau bagaikan mentari pagi yang

pasti hadir menyinari perjalanan disepanjang perjuanganku

kejayaan ini, adalah lambang kasih dan keunggulan mu.

Untuk puteraku yang amat ku sayangi,

Ahmad Rusyaidi

Terima kasih kerana memahami erti perjuangan, perjuangan yang belum berakhir ini

biarlah menjadi perintis perjalanan mu seterusnya.

Untuk abang, kakak ipar, adik, adik ipar yang diingati,

kejayaan ini, biarlah menjadi pembakar semangat buat kita semua untuk terus menuju ke

hadapan. Buat keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan sahabat handai, segala jasa, doa

dan sokongan kalian akan ku abadikan dalam kenangan.

Page 7: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

vii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH s.w.t kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya, penulis talah dapat mencapai cita-cita untuk menyiapkan Projek Sarjana

Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Penulis ingin merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada

penyelia projek, En. Azlan Bin Abdul Latib di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,

nasihat serta kesabaran dan penumpuan beliau dengan penuh kerelaan tanpa rasa jemu di

sepanjang tempoh laporan projek ini disiapkan.

Ucapan penghargaan juga diberikan kepada pihak Politeknik Kota Kinabalu,

Sabah dan Politeknik Johor Bahru, Johor D. Takzim. Pengarah, Ketua Jabatan,

Pensyarah dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Terima kasih di atas segala

kerjasama yang diberikan dalam usaha penulis menjalankan kajian bagi Projek Sarjana

Mudanya.

Tidak ketinggalan penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut

membantu dalam menjayakan projek ini secara langsung atau tidak langsung. Semoga

ALLAH jua memberkati hidup kalian.

Wassalam.

Page 8: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

viii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau tahap penguasaan

kemahiran generik hasil daripada program polibriged yang diikuti di kalangan pelajar

semester 2 di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah. Kemahiran generik yang difokuskan

dalam kajian ini adalah kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan,

kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan dan kemahiran

kepimpinan. Responden bagi kajian ini adalah seramai 251 orang pelajar. Data kajian

dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 bagi mendapatkan frekuensi, peratus

dan min. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan borang soal selidik sebagai

instrumen kajian. Darjah kebolehpercayaan (alpha Croncbach) bagi soal selidik yang

digunakan adalah 0.9226. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan

kemahiran generik adalah tinggi terutamanya kemahiran kepimpinan. Walaupun

demikian, ada beberapa item menunjukkan tahap yang sederhana seperti dalam

kemahiran komunikasi dan kemahiran membuat keputusan. Pengkaji mencadangkan

pelajar harus merebut peluang yang disediakan dalam program politeknik yang lain

untuk mengatasinya seperti latihan industri dan sebagainya.

Page 9: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

ix

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine what extent the student

acquisition finding from polibriged program semester two student of Polytechnic Kota

Kinabalu, Sabah. Generic skills addressed in this research are communication, work-in

group, problem solving, decision making and leadership skill. Respondents for this

study were 251 students from semester two. Data was gathered through questionnaires

and have been analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version

11.5 to calculate frequency, percentage and mean. This research was analyzed using

descriptive analysis. Reliable value is α = 0.9226. The findings revealed that student’s

generic skills acquisition is high especially leadership skills. However, several item

shown moderate level of the case study such as communication and decision making

skills, therefore the researcher suggest that the student’s must grab the opportunity that

provided by polytechnic programmed such as industrial training and others in order to

generate their skills and knowledge.

Page 10: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS ii

PENGAKUAN PENYELIA iii

TAJUK KAJIAN iv

HALAMAN PENGAKUAN v

HALAMAN DEDIKASI vi

HALAMAN PENGHARGAAN vii

ABSTRAK viii

ABSTRACT ix

KANDUNGAN x

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAHAGIAN SATU

I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Penguasaan

1

3

10

10

11

12

12

13

13

Page 11: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xi

1.8.2 Kemahiran Generik

1.8.3 Program Polibriged Yang Diikuti

1.8.4 Pelajar Semester Dua

13

14

14

BAHAGIAN DUA

II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Definisi Program Polibriged

2.3 Kepentingan Kemahiran Generik Dalam

Pekerjaan

2.4 Kemahiran Komunikasi

2.5 Kemahiran Bekerja Dalam Pasukan

2.6 Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan

Membuat Keputusan

2.7 Kemahiran Kepimpinan

2.8 Sorotan Kajian Lepas

15

15

17

22

25

27

31

34

BAHAGIAN TIGA

III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Kerangka Operasi

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

3.5 Responden Kajian

3.6 Sumber Data

3.7 Instrumentasi Kajian

3.7.1 Keesahan Soal Selidik

3.7.2 Kajian Rintis

3.7.2.1 Nilai Kebolehpercayaan

42

43

44

46

46

48

48

51

51

52

Page 12: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xii

3.8 Kaedah Analisis Data 53

3.9 Andaian

BAHAGIAN EMPAT

55

IV

ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina

4.2.2 Tahap Pengajian

4.2.3 Bangsa

4.2.4 Agama

4.2.5 Gred Yang Diperolehi Dalam

Polibriged

4.3 Analisis Persoalan Kajian

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4

4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5

4.4 Kesimpulan

56

56

57

57

58

59

59

60

61

65

69

72

74

77

BAHAGIAN LIMA

V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Kemahiran Komunikasi

5.3.2 Kemahiran Bekerja Dalam Pasukan

5.3.3 Kemahiran Menyelesaikan Masalah

78

78

81

82

85

88

Page 13: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xiii

5.3.4 Kemahiran Membuat Keputusan 91

5.3.5 Kemahiran Kepimpinan

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar

5.4.2 Cadangan Kepada Pentadbiran

Politeknik

5.4.3 Cadangan Kepada Kajian Akan Datang

5.5 Penutup

93

96

96

97

97

98

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

101

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

Lampiran A : Soal Selidik

Lampiran B : Surat Kebenaran EPRD

Lampiran C : Keputusan Kajian Rintis (Alpha)

Lampiran D : Keputusan Statistik Deskriptif Frekuensi,

Peratusan dan Min.

Lampiran E : “Determing Sample Size for Research”

Oleh Krejeie,R.V dan Morgan,D.W

(1970).

Page 14: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xiv

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Bilangan Pekerja Mendaftar, Penempatan dan

Kekosongan

4

1.2 Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004 4

2.1 Kepentingan kemahiran Generik Kepada

Organisasi dan Individu

20

3.1 Taburan Responden Kajian 47

3.2 Pemarkahan Item-Item Skala Likert 49

3.3 Pembahagian Borang Soal Selidik Bahagian B 50

3.4 Skor Skala Likert Lima Pemeringkatan Kepada

Tiga Pemeringkatan

51

3.5 Tahap Analisis Min 52

3.6 Nilai Kebolehpercayaan Bagi Kajian Rintis 54

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 57

4.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Pengajian 57

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 58

4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 59

Page 15: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xv

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.5 Taburan Responden Mengikut Gred Yang

Diperolehi

59

4.6 Taburan Penerapan Kemahiran Komunikasi (Min)

Mengikut Susunan Menurun ( n = 251 pelajar )

61

4.7 Taburan Penerapan Kemahiran Bekerja Dalam

Pasukan (min) Mengikut Susunan Menurun.

(n = 251 pelajar)

65

4.8 Taburan Penerapan Kemahiran Menyelesaikan

Masalah (min) Mengikut Susunan Menurun.

(n = 251 pelajar)

69

4.9 Taburan Penerapan Kemahiran Membuat

Keputusan (min) Mengikut Susunan Menurun.

(n = 251 pelajar)

72

4.10 Taburan Penerapan Kemahiran Kepimpinan (min)

Mengikut Susunan Menurun. (n = 251 pelajar)

74

4.11 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Lima Persoalan

Kajian Mengikut (min) Secara Menurun

77

Page 16: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xvi

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Proses Membuat Keputusan 30

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 45

Page 17: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xvii

SENARAI SINGKATAN

JTK - Jabatan Tenaga Kerja

P & P - Pengajaran dan Pembelajaran

FPN - Falsafah Pendidikan Negara

TESDA - Technical Education and Skills Development Authority

IJM - Institut Jurutera Malaysia

KUiTTHO - Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn

MFI - Malaysian France Institute

IPT - Institut Pengajian Tinggi

ABET - Accreditation Board for Engineering and Technology

NCVER - National Centre for Vocational Education Research

S - Setuju

SPSS - Statistic Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

TS - Tidak Setuju

Page 18: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soal Selidik

B Surat Kebenaran EPRD

C Keputusan Kajian Rintis (Alpha)

D Keputusan Statistik Deskriptif Frekuensi,

Peratusan dan Min.

E “Determing Sample Size for Research” Oleh

Krejeie,R.V dan Morgan,D.W (1970).

Page 19: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

1

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Menteri Pendidikan Malaysia iaitu YB. Tan Sri Dato’ Musa Bin Mohamad

(2000), dalam ucapan amanat tahun baru 2000 telah menyatakan bahawa permintaan

kepada tenaga kerja yang berkelulusan dari politeknik adalah sangat tinggi dalam

industri. Ini adalah kerana politeknik berupaya menyediakan tenaga mahir daripada

jurusan kemahiran dan teknikal untuk memenuhi keperluan industri pada masa akan

datang.

Banyak pihak dari industri telah menyatakan bahawa dunia hari ini telah

mengalami perubahan yang pesat hasil daripada kemajuan teknologi maklumat dan

politik. Kemajuan teknologi maklumat dan perubahan corak politik dunia di akhir abad

ke 20 telah menghasilkan fenomena “dunia tanpa sempadan” atau juga dipanggil

globalisasi. Kehidupan secara amnya dan sektor ekonomi secara khususnya sangat

dipengaruhi oleh perubahan-perubahan ini.

Page 20: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

2

Bagi memenuhi permintaan keperluan tenaga mahir di industri dalam ke-21,

institusi –institusi pengajian tinggi seperti politeknik perlu menyediakan program

pengajian yang bukan sahaja menekankan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam

jurusan yang diceburi tetapi juga perlu merangkumi kemahiran generik. Gabungan ilmu

dan kemahiran dalam jurusan yang diikuti serta keupayaan generik yang dimiliki

menjadikan seorang pelajar itu lebih produktif dan berdaya saing. Ini adalah penting

dalam era “dunia tanpa sempadan” yang memerlukan sumber manusia yang dapat

menyesuaikan diri dengan berkesan dalam menghadapi perubahan dan perkembangan

yang berlaku dalam sektor ekonomi.

Menurut Mayer dalam Raggat (1995), di antara kemahiran generik yang

diperlukan ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan dan

kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran generik ini adalah amat penting untuk

membolehkan seseorang pekerja itu terlibat dengan berkesan dalam memainkan peranan

dan tugasnya di dalam sesebuah organisasi. Menurut Dunne (1999), kini majikan lebih

mengutamakan para graduan yang benar-benar lengkap untuk memenuhi permintaan

dunia pekerjaan. Kenyataan ini turut disokong dalam kertas kerja kerajaan British ke

atas pendidikan tinggi telah menekankan bahawa para graduan perlu memenuhi

permintaan dunia pekerjaan yang semakin cepat berubah (Department of Education and

Science, 1987).

Pembangunan sumber manusia masa kini perlu memfokuskan kepada penyatuan

pengaplikasian ilmu pengetahuan yang ada dengan kemahiran generik. Sebenarnya, para

pekerja dapat menggunakan kemahiran generik yang dimiliki untuk semua bentuk tugas

dalam sebarang bentuk industri yang diceburi. Kemahiran ini juga boleh diaplikasikan

untuk membantu seseorang itu menjalani kehidupan seharian dan bukan hanya terhad

dalam bidang kerjaya sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab institusi-institusi

pendidikan dan latihan seperti politeknik untuk memastikan lulusannya dilengkapi

dengan ilmu, kemahiran teknikal serta keupayaan generik yang sesuai. Ini adalah

Page 21: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

3

penting untuk memastikan sumber manusia yang dihasilkan dapat bekerja dengan

berkesan di samping dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang sentiasa berlaku

dalam pekerjaan masa ini.

1.2 Latar belakang masalah

Di Malaysia khususnya, setiap tahun banyak pusat pengajian tinggi dan latihan

tempatan melahirkan graduan dan pelajar terlatih termasuk politeknik. Menurut Safarin

dan Kamaruddin (2004), bilangan dan peratusan keluaran daripada institusi tersebut

masih tidak dapat menampung kekosongan pekerjaan meskipun keluaran sesuatu

kumpulan pekerjaan itu, melebihi daripada kekosongan. Dalam era globalisasi dan

perkembangan dunia sekarang, kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang bukan

hanya memiliki kemahiran teknikal atau hard skills sahaja tetapi juga mempunyai

kemahiran generik atau soft skill. Pekerja yang mempunyai kemahiran tersebut akan

dapat menyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh (multi

skills) bersesuaian dengan keperluan dunia pekerja masa kini.

Statistik tahun 2003 yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK),

menunjukkan sejumlah 56,234 orang pencari kerja yang telah mendaftar dengan JTK

adalah terdiri daripada mereka yang memiliki pelbagai jenis kemahiran dan bidang

pengkhususan. Sebahagian daripada mereka iaitu 18,618 orang mempunyai latihan

seperti latihan ikhtisas, latihan perkeranian, penjualan dan latihan perindustrian.

Walaupun demikian hanya 6,228 orang sahaja yang dapat ditempatkan dalam sektor

pekerjaan berkaitan. Keadaan ini menunjukkan terdapat 6,374 kekosongan dalam

pelbagai bidang pekerjaan yang belum diisi sepertimana Jadual 1.1 berikut.

Page 22: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

4

Jadual 1.1 : Bilangan Pekerja Mendaftar, Penempatan dan Kekosongan Tahun

2003

Status

2003 (orang)

Daftar (yang mempunyai latihan)

18,618

Penempatan

6,228

Kekosongan

6,374

Statistik bulan Februari 2004 yang dikeluarkan oleh JTK telah memperlihatkan

penempatan pekerja tidak dapat dilakukan meskipun jumlah pendaftaran yang aktif

melebihi daripada kekosongan sesuatu kumpulan pekerjaan sepertimana dalam Jadual

1.2.

Jadual 1.2: Maklumat Pasaran Buruh Bulan Februari 2004

Kumpulan Pekerjaan

Jumlah Pendaftar

Aktif

Jumlah Kerja Kosong

Keseluruhan

Jumlah Penempatan Keseluruhan

Kekosongan Yang Belum

Diisi Pengubal Undang-undang,

Pegawai Kanan Dan Pengurus

1664

32

0

32

Profesional 9539 456 8 448

Juruteknik 5956 443 5 438

Page 23: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

5

Pekerja Perkeranian

9936 1333 23 1310

Pekerja Mahir Pertanian dan

Perikanan

95 157 0 157

Pekerja Pertukangan

400 3 0 3

Operator Loji Dan Mesin

525 137 1 136

Pekerjaan Asas 1070 212 7 205

Jumlah 29185 2773 44 2729

Sumber: Jabatan Tenaga Kerja Kementerian Sumber Manusia (2004)

Daripada Jadual 1.2, sejumlah 29185 orang pendaftar aktif daripada pelbagai

bidang kemahiran mereka, yang telah mendapat pekerjaan hanya 44 orang sahaja.

Walaupun jumlah kerja kosong keseluruhan masih lagi ramai iaitu 2,773 orang, tetapi

penempatan pekerjaan tetap tidak dapat dilakukan. Jika dilihat dari kumpulan pekerjaan

ianya merangkumi seperti pengubal undang-undang, pegawai kanan dan pengurus,

profesional, juruteknik, pekerja perkeranian, pekerja pertukangan, operator loji dan

mesin serta pekerjaan asas.

Daripada kedua-dua Jadual 1.1 dan Jadual 1.2, jelas menunjukkan bahawa

terdapat satu keadaan di mana lepasan institusi pengajian tinggi dan pusat-pusat latihan

masih tidak dapat memenuhi kehendak majikan pada masa kini. Meskipun bilangan

yang mendaftar melebihi daripada bilangan kekosongan tetapi penempatan masih tidak

dapat dilakukan. Situasi ini mewujudkan persaingan kepada graduan untuk mendapatkan

pekerjaan. Oleh yang demikian, graduan seharusnya perlu lebih versetile atau serba

boleh serta berkebolehan dalam pelbagai kemahiran untuk mendapatkan pekerjaan.

Page 24: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

6

Kini dunia pekerjaan lebih menuntut kepada keperluan kemahiran generik seperti

keupayaan untuk bekerjasama dan berkomunikasi. Menurut Dunne (1999), Persekutuan

Industri British turut berpandangan bahawa tenaga kerja yang diperlukan dan dianggap

berkelayakan tinggi adalah terdiri daripada pekerja yang mempunyai kebolehan daripada

segi berfikir, mempelajari dan menyesuaikan diri. Selain itu, personal transferable skills

yang diperlukan pula terdiri daripada kebolehan menyelesaikan masalah, berkomunikasi

dan bekerja dalam kumpulan (Dunne,1999).

Beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa majikan lebih

menekankan kepada keperluan menyediakan para graduan yang mempunyai kemahiran

generik. Namun, apa yang menjadi kerisauan ialah masih wujud rasa ketidakpuasan hati

oleh pihak majikan ke atas para graduan lepasan institusi pengajian tinggi yang

kekurangan dalam kemahiran-kemahiran tertentu seperti daripada segi keupayaan untuk

membuat persembahan secara lisan, menulis laporan atau surat-surat perniagaan dan

menyatakan pendirian mereka. Quality in Higher Education (1994), seterusnya membuat

kesimpulan bahawa pendidikan tinggi sepatutnya mempunyai tanggungjawab untuk

memastikan para pelajar yang memperolehi ijazah mempunyai kemahiran generik yang

membolehkan mereka untuk bekerja secara efektif dalam organisasi moden kini.

Sementara itu, U.S Department of Labour and the America Society for Training

and Development dalam Carnevale dan Gainer (1989) melaporkan bahawa kemahiran-

kemahiran yang diperlukan oleh majikan adalah :

i) Tiga M (membaca, menulis dan mengira) ;

ii) Mempelajari untuk belajar ;

iii) Komunikasi mendengar dan komunikasi secara lisan ;

iv) Interpersonal/ bertolak ansur/ bekerja dalam pasukan ;

v) Self esteem / bermotivasi / pembangunan personal dan kerjaya ; dan

vi) Keberkesanan organisasi / kepimpinan

Page 25: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

7

Ini menunjukkan bahawa organisasi telah menyedari kepentingan penguasaan

kemahiran generik di kalangan pekerja bagi melaksanakan sesuatu dengan lebih

berkesan. Di samping itu pihak majikan juga menyedari untuk terus maju mereka perlu

menghadapi persaingan yang lebih sengit terutama dalam era globalisasi.

Terdapat kesedaran di peringkat antarabangsa bahawa, sesebuah organisasi yang

paling berjaya ialah apabila para pekerjanya mempunyai pelbagai kemahiran, kreatif dan

boleh menyesuaikan diri. Penumpuan perlu diberikan terhadap konsep kerja

dan pendidikan sepanjang hayat. Kemahiran dan pengetahuan perlu sentiasa

dikemaskinikan kerana ia semakin menjadi penting dalam mengekalkan dan

meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Oleh itu, institusi-institusi pendidikan dan

latihan perlu memberi perhatian kepada perkembangan pengetahuan dan kemahiran

vokasional yang disertakan dengan kemahiran-kemahiran generik (Finn.

1991). Kenyataan ini turut disokong oleh Y.B Datuk Fong Chan Onn (2000), Menteri di

Kementerian Sumber Manusia Malaysia dalam ucapan utamanya di Persidangan

Kementerian Sumber Manusia, bahawa industri pada masa kini memerlukan pekerja

yang dilengkapkan dengan kelayakan dan kemahiran untuk menjamin seseorang pekerja

itu mendapat pekerjaan. Oleh itu, adalah perlu para lulusan memiliki kelayakan dan

kemahiran dalam bidang akademik tertentu berserta kemahiran generik yang ditekankan

oleh pihak majikan dalam industri.

Namun apa yang berlaku, menurut Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat

Som (1999), pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia hanya mempunyai program

pengajian yang menekankan kepada penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan

kemahiran asas dalam bidang pengkhususan masing-masing sahaja dan kurang diberi

penekanan kepada penguasaan kemahiran generik yang amat diperlukan apabila

memasuki pekerjaan di industri kelak. Menurut Musa (1998) pula, para pelajar yang

telah diberikan pelbagai input teori dan praktikal sebagai persediaan menghadapi alam

pekerjaan masih tidak dapat menyesuaikan diri dalam suasana bekerja dan tidak

Page 26: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

8

berkeyakinan dalam melaksanakan tugas. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad

Badawi semasa menyampaikan perutusannya Sempena Hari Asean ke-38 (2005)

menyatakan dalam hal ini, badan korporat bersama dengan pemerintah, juga digalakkan

menjalankan tanggungjawab sosial menangani isu seperti kemiskinan, keutuhan unit

keluarga, keruntuhan moral dan pengangguran. (Berita Harian,8 Ogos 2005)

Politeknik dilihat sebagai institusi pengajian yang berupaya menyediakan tenaga

kerja separa mahir terutama dalam bidang teknikal untuk memenuhi keperluan tenaga

kerja di masa akan datang. Bidang teknikal terutamanya kejuruteraan pula dilihat akan

menjadi satu profesion yang mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas. Sesuatu

yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak adalah keperluan penguasaan

kemahiran generik di kalangan pelajar sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.

Dalam Buletin P & P (2004), menurut Profesor Dr. Ir Mohd Zulkifli, Naib Canselor

Universiti Teknologi Malaysia kadar pengangguran ketika ini adalah tinggi kerana

graduan tidak mempunyai kemahiran generik yang diperlukan oleh majikan ataupun

pihak industri. Oleh itu menjadi tanggungjawab institusi menerapkan kemahiran generik

dalam pengajaran dan pembelajaran dan juga pada aktiviti pembangunan pelajar dalam

menjalani kehidupan di dalam institusi tersebut. Oleh itu, institusi pengajian termasuk

politeknik tidak terkecuali perlu mengambil inisiatif untuk menyediakan pelajar bagi

memenuhi kehendak pekerjaan dan majikan. Ini adalah selaras dengan matlamat

politeknik iaitu untuk menghasilkan tenaga kerja separuh mahir bagi memenuhi

permintaan pasaran kerja.

Selaras dengan matlamat itu, program polibriged telah dilaksanakan di

politeknik seluruh Malaysia bermula pada tahun 2000. Program ini menekankan kepada

kemahiran asas yang meliputi aktiviti berkawad, pertolongan cemas, pencegahan

kebakaran, asas protokol dan etika serta pengurusan diri dan jati diri. Ia dikhaskan

Page 27: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

9

kepada pelajar-pelajar semester satu sahaja dan wajib diambil oleh pelajar baru yang

melanjutkan pelajaran di politeknik.

Di antara objektif program polibriged yang digariskan di dalam modul program

polibriged Politeknik (2001), adalah untuk :

i. membentuk pelajar supaya hidup dalam konteks yang memberi

pendekatan ke arah individu yang bermoral, berdedikasi dan

bertanggungjawab.

ii. membina insan yang berketrampilan, bersahsiah tinggi, berdaya tahan

mental dan fizikal, berkeyakinan, berfikir secara kreatif, inovatif dan

kritis dalam membuat keputusan dan penyelesaian masalah dan

iii. boleh membimbing dan memimpin masyarakat serta cekap dan

berkeupayaan menjalankan tugas.

Selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Negara ke arah

mencapai hasrat ini, aktiviti program polibriged dilihat sebagai satu wadah yang dapat

menanamkan pelbagai kemahiran generik yang diperlukan. Ia adalah selaras dengan

hasrat FPN dan Jawatankuasa Kabinet (1979: 91) yang menyatakan;

“Kegiatan aktiviti luar yang dijalankan di luar bilik darjah adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun spirit de corps di antara pelajar-pelajar berbagai keturunan yang mempunyai latarbelakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga, bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawab. Kegiatan ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai.”

Menurut Idris (2005), kegiatan kokurikulum sebenarnya merupakan aktiviti-

aktiviti luar bilik darjah yang menjadi elemen sokongan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran serta pelengkap bagi kurikulum. Oleh itu, di dalam konteks sistem

pendidikan tinggi terutamanya di politeknik, perseimbangan ini boleh dicapai melalui

Page 28: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

10

aktiviti program polibriged. Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah aktiviti yang

dilaksanakan di dalam program polibriged ini benar-benar dapat menerapkan kemahiran

generik. Jesteru itu, ianya menjadi suatu yang menarik bagi penyelidik untuk melihat

sejauhmana kemahiran generik dapat diterapkan dalam program polibriged di

politeknik.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap penguasaan kemahiran generik di

kalangan pelajar-pelajar semester 2 dalam program polibriged di Politeknik Kota

Kinabalu, Sabah.

1.4 Objektif Kajian

Di akhir penyelidikan, pengkaji akan dapat:

1. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran komunikasi hasil daripada program

polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan pelajar.

2. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran bekerja dengan pasukan hasil

daripada program polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan

pelajar.

3. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah hasil

daripada program polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan

pelajar.

Page 29: TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN GENERIK HASIL …€¦Jaafar serta ibubapa mertua yang dihormati Ariffin B. Ongging dan Helen Tianji, jutaan terima kasih atas doa dan restu kalian

11

4. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran membuat keputusan hasil daripada

program polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan pelajar.

5. Mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran kepimpinan hasil daripada program

polibriged yang telah diterapkan dengan berkesan di kalangan pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

1. Adakah program polibriged membantu pelajar berkomunikasi dengan berkesan?

2. Adakah program polibriged membantu pelajar bekerja dalam pasukan dengan

berkesan?

3. Adakah program polibriged membantu pelajar menyelesaikan masalah dengan

berkesan?

4. Adakah program polibriged membantu pelajar membuat keputusan dengan

berkesan?

5. Adakah program polibriged membantu menerapkan pelajar dengan kemahiran

kepimpinan yang berkesan?