re sensi

Upload: jason-mathew

Post on 04-Nov-2015

223 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rumusan teks.

TRANSCRIPT

Tajuk Buku : 40 Kesilapan Mendidik Anak-anakPenulis : Dr. Hassan Hj. Mohd AliUtusan Publication & Distributor Sdn BhdAkademi Keluarga Malaysia (AKRAB) 1996ISBN -967-61-0609-740 kesilapan mendidik anak-anak memaparkan 40 kesilapan-kesilapan yang biasa dilakukan oleh ibu bapa tanpa disedari dalam mendidik anak-anak. Antara kesilapan yang dinyatakan adalah memaki hamun anak-anak ketika mereka sedang makan, melahirkan rasa kurang senang ketika makan, membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak, tidak mengamalkan konsep keadilan kepada anak-anak, sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak, menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan serta tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.Terdapat 40 kesilapan yang dinyatakan dan setiap kesilapan yang diterangkan, disertakan dengan panduan tentang langkah-langkah yang boleh dipraktikan yang seharusnya diambil. Ia membantu ibu bapa untuk tidak melakukan kesilapan yang sama dan membantu ibu bapa untuk membuat pendekatan menerangkan setiap kesalahan yang dikenalpasti, diulas dan dikaitkan dengan kesan negatifnya terhadap personaliti anak-anak, keutuhan sesebuah keluarga dan juga persekitaran kehidupan keluarga.Daripada dapatan bacaan isi kandungan buku ini, pelbagai persepsi akan wujud dalam fikiran para pembaca. Persepsi pertama mungkin menganggap bahawa apa yang dihuraikan tidak berkaitan langsung dengan diri para pembaca. Persepsi kedua menyebabkan seseorang itu sedar dan insaf lantaran apa yang dibincangkan itu secara tepat mengenai mereka dan persepsi ketiga menganggap memang terdapat kesilapan-kesilapan yang sedemikian tetapi dengan perjalanan masa ia boleh dibaiki dengan mudah. Persepsi seterusnya, kesilapan ini berlaku bukan kerana ibu bapa tetapi lebih berpunca daripada anak-anak dan terdapat juga persepsi yang menyatakan kesilapan ini telah berlalu dan tidak banyak usaha pembaikan yang dapat dilakukan.Namun adalah lebih baik sekiranya penulis dapat mengulas contoh-contoh perbuatan atau kesilapan-kesilapan agar lebih mudah difahami dan dihayati. Kesimpulannya buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan bagi menilai dan memperbaiki setiap sudut kelemahan seseorang individu agar dapat diadun ubat penawarnya.