rancangan pengajaran harian tahun 5 assure

Upload: muhd-hanif-mat-rusdi

Post on 09-Mar-2016

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RANCANGAN-PENGAJARAN-HARIAN-TAHUN-5-ASSURE.docx

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 5Tahun: 5 AmanahMasa: 7.45 8.45 pagiBilangan Murid: 20 orangTema: Sains HayatTajuk: Proses Hidup HaiwanStandard Kandungan: 3.3 Kemandirian spesies haiwanStandard Pembelajaran: Murid boleh3.3.1Menyatakan kemandirian spesies ialah keupayaan haiwan untuk mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan.

3.3.2 Mengenal pasti melalui pemerhatian menerusi pelbagai media, cara haiwan yang bertelur untuk memastikan kemandirian spesiesnya seperti:

menyembunyikan telur contoh buaya, belalang, cicak; bertelur banyak contoh lalat, nyamuk, penyu; telur diselaputi lendir contoh katak, ikan; mengeram telur contoh ayam, penguin; menjaga telur contoh ular, burung.

3.3.3 Mengenal pasti melalui pemerhatian menerusi pelbagai media, cara haiwan menjaga anak untuk memastikan kemandirian spesiesnya seperti:

menyusukan anak contoh kucing, harimau, lembu; memberi anak makan contoh burung, singa; membawa anak dalam kantung contoh kanggaru; bergerak dalam kumpulan contoh gajah, burung lelayang;: membawa anak dalam mulut contoh buaya, ikan kelisa; menyerang apabila anaknya diganggu contoh ayam, kucing.

Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat,i. Menyatakan maksud kemandirian spesies dengan betul melalui aktiviti yang dijalankan,ii. Mengenal pasti 5 cara haiwan bertelur untuk memastikan kemandirian spesiesnya dengan betul melalui pemerhatian dalam aktiviti.iii. Mengenal pasti 5 cara haiwan menjaga anak untuk memastikan kemandirian spesiesnya dengan betul melalui aktiviti yang dilaksanakan. Pendekatan: KonstruktivismeStrategi: Aktiviti hands-on Pengetahuan Sedia Ada: Murid mengetahui haiwan perlu mengekalkan spesiesnya bagi mengelakkan kepupusan. Kemahiran Proses Sains: Memerhati, membuat inferens dan berkomunikasi. Nilai Murni: Bekerjasama, rasional.Sumber Pengajaran: Modul PdP Sains Tahun 5Fasa PengajaranIsi KandunganAktiviti PdPCatatan

1. PersediaanPemerhatiandan Analisis(8 minit)

Aktiviti : Simulasi

Murid menjalankan aktiviti permainan Musang dan ayam

Bersoal jawab

1. Apakah yang kamu perhatikan daripada permainan tersebut? (musang kejar ayam/ ibu ayam jaga anak ayam)

2. Mengapa ibu ayam menjaga anak ayam? (untuk mengelakkan anak ayam dimakan oleh musang)1. Guru meminta 6 orang murid tampil ke hadapan kelas.

2. Guru memberi arahan kepada murid tentang permainanyang akan dijalankan iaitu musang dan ayam.

3. Seorang murid menjadi musang, seorang ibu ayam dan selebihnya anak ayam.

4. Murid melakonkan permainan tersebut.

5. Guru mendapatkan respon(soal jawab) daripada muridyang lain.

6. Guru mendapatkan respon(soal jawab) daripada muridyang lain.

KB: menjana idea

KPS: memerhati, berkomunikasi

NM : bekerjasama

2. ImaginasiPenjanaanIdea

Sintesis Idea(15 minit) SESI SOAL JAWAB

a. Apakah yang dilakukan oleh buaya? Mengapa buayamenyembunyikan telurnya?

b. Apakah yang dilakukan oleh katak? Mengapakah katakbertelur banyak?

c. Apakah yang dilakukan oleh ular? Mengapakah ular melingkari telurnya?

d. Apakah yang dilakukan oleh burung? Mengapakah burungmemberi anaknya makan?

e. Apakah yang dilakukan oleh ayam? Mengapakah ayammengeram telurnya?1. Guru menayangkan slaid/video tentang:

i) Buaya menyembunyikan telurnya.ii) Katak sedang bertelur.iii) Ular melingkari telurnya.iv) Burung memberi anaknya makan.v) Ayam mengeram telurnya

2. Murid-murid diminta memerhati apakah aktiviti yangdilakukan oleh haiwan berdasarkan slaid/video tersebut.

3. Guru dan murid bersoal jawab.

4. Murid dijelaskan mengenai cara haiwan yang bertelur dan melindungi anaknya dan memperkenalkan perkataan kemandirian.

KB: menjana idea

KPS: memerhati, membuat inferens, berkomunikasi

3. Perkembangan(20 minit)

Penambahbaikan

Menilai

AKTIVITI

Kumpulan 1: kanggaru membawa anaknya dalam kantung.

Kumpulan 2: Singa memberi anaknya makan

Kumpulan 3: ayam menyerang apabila anaknya diganggu

Kumpulan 4: Monyet sedang menyusukan anaknya.

Kumpulan 5: gajah bergerak dalam kumpulan

1. Murid-murid diminta membentuk 5 kumpulan.

2. Setiap kumpulan dibekalkan satu set kad bercantum.

3. Setiap kumpulan dikehendaki melengkapkan kad tersebut dan membentangkan hasil dapatan masing-masing.

4. Hasil dapatan satu kelas dicatat dalam bentuk grafik.

5. Murid menjelaskan cara haiwan memastikan kemandirianspesiesnya.

KB: menjana idea

KPS: berkomunikasi

NM : bekerjasama

4. TindakanPelaksanaanAmalanBerterusan

Penutup(17 minit)

Lembaran kerja 1. Murid-murid diedarkan satu lembaran kerja untuk disiapkan secara individu.

2. Perbincangan akan dilakukan setelah semua murid selesai menyiapkan soalan.

KB: menjana idea

PentaksiranSoal Jawab:

1. Apakah yang telah kamu pelajari hari ini?

2. Rumuskan apa yang telah kamu perolehi setelah mempelajari tajuk ini

1. Guru membincangkan semula topik yang telah dipelajari bersama-sama dengan murid.

2. Guru bersoal jawab bersama dengan murid secara lisan mengenai topik yang telah dipelajari. KB: menjana idea

KPS: membuat inferens, berkomunikasi

REFLEKSI :____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________