rancangan pengajaran harian tahun 1
DESCRIPTION
rph tahun 1TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Hari : Selasa
Tarikh : 27 Mac 2012
Mata pelajaran : Matematik
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk : Wang hingga RM10
Kelas : 1 Bijak
Masa : 8.45 – 9.15 pagi
Jumlah murid : 22 orang
Standard Kandungan : 4.1 Murid dibimbing untuk mengenal pasti ringgit dan sen.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk :
(i) mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk syiling dan wang kertas.
Objektif Pengajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:-
1. Mengenalpasti jenis,bentuk dan warna wang ringgit dan wang syiling Malaysia (RM10, RM5 ,RM1) . (5sen, 10sen 20sen dan 50sen )
2. Menghasilkan satu tugasan secara kumpulan mengasingkan wang kertas dan wang syiling dengan menggunakan borang dengan sempurna.
Nilai Murni : Bekerjasama,patuh arahan guru dan bersesuaian.
Bahan Bantu Mengajar: Matawang syiling dan kertas Malaysia (palsu dan
benar),carta,lembaran kerja,gunting dan gam.
Kemahiran Berfikir : Banding,beza,menjana dan mengkategori.
Langkah keselamatan : Guru menasihati murid supaya menjaga
keselamatan peralatan yang digunakan seperti gunting dan gam.
Fasa Aktiviti Guru/Aktiviti Murid Komunikasi
1. Persediaan
Pemerhatian dan analisis
Set induksi ( 5 minit )
1. Guru meminta murid mengeluarkan wang saku yang dibawa dan meletakannya di atas meja..
i. Ada berapajenisnilaiwang yang terdapat di atasmeja ?
ii. Adakahwanginilakuuntukdiniagakan di Malaysia ?
2. Imaginasi
Penjanaan Idea
3. Sintesis Idea
Langkah 1 ( 10 minit )
1. Minta ketua kumpulan
mengambil sampul yang mengandungi pelbagai jenis nilai wang kertas dan duit syiling daripada pelbagai negara.
Ambil sampul ini dan buka, cuba cari mata wang Malaysia dalam
bentuk wang kertas dan duit syiling.
4. Perkembangan
dan Tindakan
Langkah 2 ( 10 minit )
Guru mengedarkan lembaran kerja dan murid menampalkan wang yang telah diwarnakan mengikut kumpulan..
Kamu pilih yang betul kemudian tampal dalam lembaran kerja dalam kumpulan.
Pentaksiran Penutup ( 5 minit )
1. Berdasarkan kepada keupayaan murid memilih, mewarna dan menampal wang dengan tepat,menunjukkan keupayaan dan kebolehan murid mengenal pasti mata wang Malaysia dalam bentuk wang kertas dan duit syiling.
2. Pamer hasil kerja murid.
Nilai dan Sikap Sifat bekerjasama dan saling membantu.