rancangan pengajaran harian sce

40
PENGHARGAAN Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Tuhan kerana dengan limpah kurnianya kami mampu menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapat bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kami. Seterusnya kami ingin merakamkan ucapan penghargaan kami kepada pensyarah kami iaitu Pn. Khalidah Binti Ahmad kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya, tanpa bimbingan daripada pensyarah sudah tentu sukar untuk menyiapkan tugasan ini dalam keadaan amat menekan kami. Kami perlu membahagikan masa sebagai pendidik dan sebagai pelajar yang terpaksa menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan. Di samping itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan sokongan yang telah diberikan oleh rakan-rakan seopsyen untuk memberi kerjasama dalam berkongsi maklumat-maklumat mengenai kerja kursus ini .Kami juga mendapat semangat dan kekuatan untuk menyiapkan kerja kursus tersebut. Tanpa sokongan moral daripada rakan-rakan, sudah pasti sukar untuk kami meneruskan pengajian dan menyiapkan semua tugasan yang telah diberi oleh pensyarah. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan yang mengorbankan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini.Tidak 1

Upload: sivanesan-velavan

Post on 10-Feb-2016

133 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Sce

PENGHARGAAN

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan kehadrat Tuhan kerana dengan

limpah kurnianya kami mampu menyiapkan kerja kursus dengan jayanya. Pertama

sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru

Kampus Temenggong Ibrahim kerana memberi peluang kepada kami menghasilkan

kerja kursus ini dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi

memudahkan kami mendapat bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kami.

Seterusnya kami ingin merakamkan ucapan penghargaan kami kepada

pensyarah kami iaitu Pn. Khalidah Binti Ahmad kerana telah banyak membantu dan

memberi tunjuk ajar kepada kami bagi menyiapkan kerja kursus ini. Sesungguhnya,

tanpa bimbingan daripada pensyarah sudah tentu sukar untuk menyiapkan tugasan

ini dalam keadaan amat menekan kami. Kami perlu membahagikan masa sebagai

pendidik dan sebagai pelajar yang terpaksa menyiapkan pelbagai tugasan yang

diberikan.

Di samping itu, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan dan

sokongan yang telah diberikan oleh rakan-rakan seopsyen untuk memberi

kerjasama dalam berkongsi maklumat-maklumat mengenai kerja kursus ini .Kami

juga mendapat semangat dan kekuatan untuk menyiapkan kerja kursus tersebut.

Tanpa sokongan moral daripada rakan-rakan, sudah pasti sukar untuk kami

meneruskan pengajian dan menyiapkan semua tugasan yang telah diberi oleh

pensyarah. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan yang

mengorbankan masa untuk menyiapkan kerja kursus ini.Tidak terlupa juga untuk

mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga terutamanya ibu bapa kami

yang banyak memberikan idea dan kosa kata yang tepat bagi menyiapkan tugasan

ini.

Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak

membolehkan kita berjaya menyiapkan kerja kursus. Mahu tidak mahu kami

terpaksa mengagihkan masa yang terhad untuk menyiapkan setiap tugasan kami

yang kami terima.

1

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Sce

PENGENALAN

Kurikulum sains sekolah rendah dan sekolah menengah dibangunkan dengan hasrat

untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Sains bukan

sahaja berkenaan dengan fakta tetapi ia juga mewakili proses cadangan dan

memperbaiki penjelasan mengenai dunia kita. Pengetahuan saintifik merupakan

hasilan daripada aktiviti saintis.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan secara khusus kemahiran

saintifik yang digunakan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 2 bagi mata

pelajaran Sains Tahun 5 terutamanya dalam eksperimen yang dijalankan. Kurikulum

Sains Sekolah Rendah Tahap 2 direka bentuk untuk merangsang sikap ingin tahu

dan mengembangkan minat bagi membolehkan mereka memahami diri dan alam

sekeliling melalui aktiviti berpusatkan murid (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012).

Ia dipersembahkan dalam dua dokumen iaitu Sukatan Pelajaran dan Huraian

Sukatan Pelajaran yang mengandungi matlamat, objektif dan kerangka kandungan

kurikulum untuk tempoh tiga tahun untuk Sains Sekolah Rendah Tahap Dua.

Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan kemahiran saintifik yang terdiri

daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Proses kemahiran

sains mengutamakan kaedah inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah,

kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2012). Oleh yang demikian, pembelajaran sains bukan sahaja bahan

bacaan saintifik. Membaca pelbagai buku sains dan menghafal setiap

kandungannya tidak akan menjadikan seseorang menjadi saintis. Oleh yang

demikian, guru sains perlulah merangka aktiviti hands-on yang bermakna untuk

membantu murid untuk mengenali, mengaplikasi dan meningkatkan kemahiran

saintifik mereka. Kemahiran kaedah saintifik merupakan sebarang aktiviti mengikut

kaedah saintifik. Kemahiran proses sains ini membolehkan murid mempersoalkan

tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2012).

2

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Sce

RANCANGAN

PENGAJARAN

HARIAN

3

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Sce

1.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 11.09.2015

Masa : 60 minit

Kelas : 5 Arif

Bilangan pelajar : 20 orang

Tajuk : Asid dan Alkali

Standard kandungan : 10.1 Sifat kimia bahan

Hasil pembelajaran :

Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Mengenal pasti bahan berasid, beralkali dan neutral menggunakan kertas

litmus.

2. Menghubungkaitkan bahan berasid, beralkali dan neutral dengan makanan

yang dimakan dalam kehidupan seharian.

Pengetahuan yang sedia ada :

Murid pernah merasakan 4 jenis rasa yang berbeza iaitu masin, manis, pahit dan

masam.

K.Proses Saintifik (KS): Memerhatikan, meramalkan, mengelaskan, berkomunikasi

K.Berfikir (KB) : Mencirikan, membandingkan dan membezakan,

meramalkan, menghubungkaitkan

Sikap saintifik & Nilai Murni:

1. Minat dan bersifat ingin tahu tentang sifat makanan

2. Bekerjasama

4

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Sce

3. Berani mencuba

Bahan bantu mengajar (BBM) :

Ebook, model gigi, set gigi (hadiah), Permainan Set Gigi

5

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Sce

6

FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN

Orientasi

(5 minit)

Mengenal pasti 4

rasa yang

berbeza dan

menyatakan

perbezaan rasa

mengikut

makanan yang

berbeza.

1. Guru menyediakan seuah

e-book yang bertajuk

‘Jamuan di rumah Kong’.

2. Guru menayangkan e-

book dan menceritakan

jalan cerita dengan penuh

aksi dan melakukannya

bersama pelajar sekelas.

3. Kemudian guru

meneruskan dengan

beberapa soalan yang

berkaitan dengan e-book.

4. Selepas menayangkan e-

book guru menyoal para

pelajar.

- Apakah jenis-jenis

makanan yang

anda dapat lihat

dalam jamuan di

rumah Ali?

- Adakah rasa

makanan-makanan

tersebut sama?

BBM: PPT, komputer,

e-book

SSNM: Semangat

Inkuiri

(KB): Membandingkan

empat jenis rasa

mengikut makanan

yang berbeza.

(KS): Memerhati,

mendengar dan

berkomunikasi

Pencetusan

Idea

(10 minit)

Mengenal

pasti sifat dan

rasa bahan

yang berbeza

dan

memahami

fungsi kertas

litmus.

1. Guru memberikan

beberapa bahan seperti

oren, gula, kopi dan kicap.

2. Kemudian guru meminta

pelajar untuk merasakan

bahan-bahan tersebut.

3. Guru mengemukakan

soalan tentang ciri-ciri

yang dapat diteliti

mengikut rasa makanan

yang berbeza.

BBM: Kertas mahjong,

oren, gula, kopi dan

kicap

(KB): Merasa dan

menulis ciri-ciri

berdasarkan bahan

yang dirasai.

(KS): Memerhati,

mendengar dan

berkomunikasi

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Disediakan oleh,

Sivanesan A/L Velavan

LAPORAN AMALI

7

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian Sce

2.0 EKSPERIMEN ASID, ALKALI & NEUTRAL.

Tajuk : Sifat kimia bahan.

Tujuan / Objektif : Untuk menyiasat hubungan di antara jenis bahan

dengan perubahan warana kertas litmus biru dan merah.

Pengenalan :

Semua bahan mempunyai sifat-sifat masing-masing. Bahan-bahan boleh

dikelaskan sebagai bahan asid, alkali dan neutral berdasarkan sifat-sifatnya. Bahan-

bahan yang mengandungi asid dikenali sebagai bahan berasid, manakala bahan

yang mengandungi alkali dikenali sebagai bahan beralkali. Bahan-bahan yang tidak

mengandungi asid atau alkali pula dikenali sebagai bahan neutral.

8

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Makanan yang berlainan mempunyai rasa yang berlainan. Ada makanan

yang berasa manis dan ada yang masin, masam, pahit atau tiada rasa. Kita boleh

membezakan rasa makanan dengan lidah kita, oleh itu, makanan yang berasid

adalah seperti asam jawa, jus oren, brokoli, tomato, limau, dadih, cuka, buah

belimbing dan lain-lain. Asid adalah suatu sebatian kimia yang terkenal dengan sifat

masamnya dan mengkakis. asid merupakan bahan yang berasa masam, melarutkan

banyak bahan lain seperti logam dan kapur, dan menukarkan warna sesetengah

tumbuhan. Apabila suatu sebatian dilarutkan dalam air dan menunjukkan nilai pH

yang kurang daripada 7.0, sebatian itu mungkin boleh dikatakan bersifat asid.

Makanan yang beralkali adalah seperti serbuk penaik, susu magnesia, peria

dan lain-lain. Bahan rumah beralkali ialah sabun, pencuci, syampu, ubat gigi dan

sebagainya. Alkali pula adalah asas, garam logam alkali atau unsur logam bumi

beralkali ionik. Sesetengah penulis juga mentakrifkan alkali sebagai asas yang larut

dalam air. Satu penyelesaian asas larut mempunyai pH lebih daripada 7. Makanan

yang neutral boleh jadi manis, masin atau tidak mempunyai rasa, contohnya ialah air

mineral, gula, garam, nasi dan sebagainya.

Hipotesis : Jika bahan asid akan menukarkan kertas litmus merah menjadi

biru manakala alkali menukarkan kertas litmus merah menjadi biru. Bahan

neutral tidak menukarkan warna kertas litmus.

Pembolehubah : Dimanipulasi : Jenis – jenis bahan.

Bergerakbalas : Perubahan warna kertas litmus biru dan merah.

Dimalarkan : saiz kertas litmus biru dan merah.

Bahan dan radas: kertas litmus biru, kertas litmus merah, sebiji buah

limau, larutan gula, pati sirap,larutan syampu, ubat gigi, cuka, piring petri,

bikar dan gunting.

9

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Prosedur / Kaedah:

Sebelum eksperimen bahan dan radas yang diperlukan telah

disediakan seperti kertas litmus biru, kertas litmus merah, sebiji buah limau,

larutan gula, pati sirap,larutan syampu, ubat gigi, cuka, piring petri,bikar

dan gunting. Pertamanya, eksperimen telah dimulakan dengan limau. Sebiji

limau telah dipotong dan airnya telah diperahkan ke dalam piring petri.

Kemudian dengan menggunakan kertas litmus biru dan merah air limau

diuji. Pemerhatian telah direkod.

Seterusnya eksperimen telah diteruskan dengan peti sirap. Pati

sirap telah dimasukkan ke dalam piring petri dan diuji menggunakan kertas

litmus biru dan merah, pemerhatian juga telah diperhati dan dicatat.

10

Page 11: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Ketiga, syampu telah dituang masuk ke dalam piring petri berisi air

dan dikacau. Kemudian air syampu tersebut diuji dengan kertas litmus biru

dan merah. Pemerhatian telah direkod.

Eksperimen ini seterusnya diteruskan dengan air cuka. Cuka telah

dimasukkan ke dalam piring petri dan diuji menggunakan kertas litmus biru

dan merah. Pemerhatian dicatat.

Kemudian ubat gigi pula dimasukkan ke dalam piring petri yang

mengandungi air serta dikacau. Kertas litmus biru dan merah digunakan

untuk menguji bahan tersebut. Pemerhatian direkod.

11

Page 12: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Akhirnya, telah diuji dengan larutan gula. Larutan gula pula telah

dimasukkan ke dalam piring petri. Larutan tersebut juga diuji dengan kertas

litmus biru dan merah. Keputusan diperhati dan dicatat.

Semua bahan dirasa dan pemerhatian juga direkodkan.

Pemerhatian / Keputusan / Dapatan Hasil :

Jenis bahan Perubahan warna kertas litmus merah dan biru RasaBuah limau Kertas litmus biru menjadi merah Masam

Pati sirap Tidak ada perubahan pada kertas litmus merah dan biru Manis

Larutan syampu Kertas litmus merah menjadi biru Pahit

Cuka Kertas litmus biru menjadi merah Masam

Larutan ubat gigi Kertas litmus merah menjadi biru Pahit

Larutan gula Tidak ada perubahan pada kertas litmus merah dan biru Manis

12

Page 13: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Perbincangan :

Setiap hari ketika kita makan, kita merasakan pelbagai rasa makanan. Ada

yang manis, masin, pahit, pedas dan sebagainya. Makanan terdapat pelbagai rasa

kerana sifat kimia yang terkandung di dalamnya. Lidah adalah organ manusia untuk

merasa. Ia diliputi oleh tunas rasa untuk membolehkannya merasa pelbagai rasa

makanan. Lidah terbahagi kepada beberapa bahagian yang peka kepada rasanya

yang tersendiri. 4 rasa makanan yang utama iaitu masin, manis, pahit dan masam.

Makanan juga boleh berasa pedas atau tawar kerana rasa ini boleh merangsang

tunas rasa. Semua makanan boleh dikatakan bersifat berasid, beralkali atau neutral.

Sifat ini boleh ditentukan dengan menggunakan kertas litmus merah atau biru.

Bahan berasid menukar kertas litmus biru ke merah.

Bahan beralkali menukar kertas litmus merah ke biru.

Bahan neutral tidak mengubah warna kertas litmus merah atau biru. Amali yang

telah saya kendalikan ini memberi penjelasan yang lebih mendalam tetang sifat-sifat

bahan kimia berasid dan beralkali. Saya juga dapat mengetahui dan mempelajari

13

Page 14: Rancangan Pengajaran Harian Sce

cara mengetahui dan mengenali bahan berasid, beralkali dan neutral melalui

menjalankan amali ini.

Dalam amali ini, saya telah menguji beberapa bahan seperti jus limau,

syampu, pati sirap, cuka, ubat gigi dan larutan gula. Bagi mengenali sifat kimia

bahan-bahan ini kertas litmus yang berwarna merah dengan biru telah digunakan.

Pertamanya, jus limau telah diuji menggunakan dan penukaran warna kertas litmus

bagi bahan tersebut adalah biru ke merah. Penukaran warna kertas litmus ini

dikenali sebagai sifat berasid. Seterusnya, eksperimen ini diteruskan dengan bahan

kedua pati sirap dimana keputusan yang diperoleh adalah tiada perubahan pada

kedua-dua jenis kertas litmus. Bahan ketiga yang diuji adalah larutan syampu yang

mana menunjukkan sifat beralkali kerana penukaran warna kertas litmus adalah dari

warna merah ke biru. Cuka pula menunjukan sifat berasid kerana pada akhir ujian

penukaran warna kertas litmus adalah dari biru ke merah. Eksperimen diteruskan

dengan bahan seterusnya iaitu ubat gigi. Warna kertas litmus bagi ubat gigi bertukar

dari merah ke biru dan ini menunjukkan bahan tersebut bersifat alkali. Larutan gula

juga telah diuji menggunakan kertas litmus dan tidak berlakunya apa-apa perubahan

pada kertas litmus kerana bahan tersebut merupakan bahan yang bersifat neutral.

Pada akhir amali ini saya dapat memahami sifat-sifat bahan kimia iaitu asid,

alkali dan neutral. Asid bermaksud suatu sebatian kimia yang terkenal dengan sifat

masamnya dan mengkakis. Perkataan "asid" berasal dari perkataan Latin acidus

yang bererti masam. Robert Boyle adalah antara orang pertama yang mengenalpasti

kewujudan asid. Menurut beliau, asid merupakan bahan yang berasa masam,

melarutkan banyak bahan lain seperti logam dan kapur, dan menukarkan warna

sesetengah tumbuhan. Alkali juga dikenali sebagai ‘Bes’. Bes adalah bahan yang

mempunyai sepasang elektron untuk mengikat proton (takrifan IUPAC). Dalam

kejuruteraan kimia, bes adalah bahan yang menerima proton dalam tindak balas

kimia. Kebanyakan bes merupakan agen penurunan yang kuat. Terdapatnya

beberapa cara lain yang boleh digunakan untuk mengenali sifat bahan kimia.

Langkah berjaga-jaga :

14

Page 15: Rancangan Pengajaran Harian Sce

1. Pastikan tangan dicuci bersih selepas memotong buah limau kerana

menggelakkan terkena kertas litmus yang lain.

2. Pastikan Memotong buah limau berhati-hati untuk menggelakkan

kecederaan.

Kesimpulan :

Jika bahan asid akan menukarkan kertas litmus menjadi biru manakala alkali

menukarkan kertas litmus merah menjadi biru. Bahan neutral tidak menukarkan

warna kertas litmus.

KEMAHIRAN

SAINTIFIK

15

Page 16: Rancangan Pengajaran Harian Sce

YANG

DITERAPKAN

3.0 KEMAHIRAN SAINTIFIK YANG DITERAPKAN

16

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif

BersepaduAsas

Page 17: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Rajah 1.0

Proses inkuri merupakan satu aktiviti yang melibatkan pelbagai segi dan

ianya meliputi aktiviti seperti membuat pemerhatian terhadap sesuatu fenomena;

menyoal; memeriksa dan meneliti buku-buku dan juga sumber-sumber maklumat

yang lain untuk mengetahui apa yang diketahui tentang fenomena tersebut; mengaju

dan mencadangkan jawapan, penerangan dan ramalan; membuat hipotesis;

merancang penyiasatan sains untuk menguji hipotesis; menggunakan alat dan radas

untuk mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi data; mengulas apa yang

diketahui berdasarkan bukti-bukti daripada hasil penyiasatan sains; dan

berkomunikasi dalam menyampaikan hasil dapatan.

Sehubungan itu, proses inkuiri adalah mirip kepada langkah-langkah

penyiasatan yang dilaksanakan oleh para saintis. Oleh itu, untuk membolehkan para

pelajar kita melaksanakan proses inkuiri, maka mereka perlu mempelajari kemahiran

saintifik yang berkaitan dengan proses inkuiri tersebut. Kemahiran saintifik

merupakan kemahiran yang penting untuk menjalankan sebarang aktiviti mengikut

kaedah saintifik. Kaedah seperti eksperimen, penyelidikan dan projek merupakan

aktiviti yang menggunakan kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik terdiri daripada

kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid

mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem. Kemahiran proses

ini terdiri daripada kemahiran yang mudah kepada yang kompleks. Kemahiran

proses sains boleh dibahagikan kepada 7 kemahiran proses sains asas dan 5

kemahiran proses sains bersepadu. Kemahiran proses sains asas merangkumi

memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens,

meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa.

Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data, mendefinisi

17

Kemahiran proses

sains asas

Memerhati

Mengelas

Mengukur dan

menggunakan

nombor

Membuat

inferensmerama

l

berkomunikasi

perhubungan ruang dan

masa

Page 18: Rancangan Pengajaran Harian Sce

secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan

mengeksperimen.

Rajah 2.0

Rajah 3.0

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan

sains yang membolehkan murid melakukan perkara berikut:

• Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

• Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.

• Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

• Mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat.

• Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengan tepat.

Terdapat beberapa kemahiran proses sains dan juga kemahiran manipulatif

yang diterapkan melalui eksperimen sifat kimia bahan. Antaranya adalah kemahiran

memerhati yang mana terkandung dalam kemahiran proses sains. Memerhati

18

Kemahiran

proses sains

bersepadu

Membuat

hipotesisi

Mengeksperimen

Mengitepretasi data

Mendefinisi secara operasi

Mengawal pembolehub

ah

Page 19: Rancangan Pengajaran Harian Sce

merupakan proses untuk menyatakan atau menerangkan tentang sesuatu objek

atau fenomena yang berlaku. Menggunakan pancaindera untuk kenalpasti ciri,

persamaan atau perbezaan sesuatu objek. Sewaktu menjalankan eksperimen ini

pelajar perlu memerhati perubahan yang berlaku pada kertas litmus agar dapat

menerangkan tentang sesuatu keputusan atau perubahan.

Kemahiran seterusnya yang diterapkan melalui eksperimen yang dijalankan

adalah kemahiran mengelas. Mengelas bermaksud mengumpul dan mengkategori

objek mengikut sifat, ciri yang sama atau mengikut perbezaan dan persamaan.

Selepas menguji bahan menggunakan kertas litmus, melalui meneliti perubahan

warna litmus pelajar boleh mengelaskan bahan-bahan yang diuji mengikut

perbezaan atau persmaan sifat seperti sifat beralkali, berasid atau neutral.

Selain kemahiran mengelas, kemahiran membuat inferens juga telah

diterapkan melalui menjalankan eksperimen sifat kimia bahan. Proses untuk

membuat kesimpulan awal untuk menerangkan suatu peristiwa atau objek melalui

pengalaman berdasarkan sebab dan alasan tertentu dikenali sebagai kemahiran

membuat inferens. Sebelum menjalankan eksperimen pelajar akan membuat suatu

kesimpulan awal maka mereka dapat menstruktur semula idea atau kesimpulan

mereka selepas menjalankan eksperimen. Selain itu, inferens juga membuat pelajar

untuk berfikir secara kritis dan kreatif sebelum mengetahui kesimpulan sebenar.

Walaupun inferens yang dibuat mungkin benar atau mungkin tidak benar, namun

inferens perlu munasabah dan logik. Setiap inferens mesti diasaskan pada satu atau

lebih pemerhatian. Kemahiran mengukur dan menggunakan nombor tidak

diterapkan melalui eksperimen ini kerana tidak adanya penggunaan nombor atau

pengiraan dalam eksperimen ini.

Seterusnya, kemahiran meramal juga diterapkan melalui melaksanakan

eksperimen ini. Kemahiran meramal merupakan proses membuat jangkaan atau

ramalan berdasarkan data yang diberi, pemerhatian dan inferens. Terdapat dua jenis

ramalan: ramalan secara interpolasi, dan ramalan secara ekstrapolasi. Menjalankan

eksperimen ini juga membuat pelajar untuk meramal keputusan, pelajar juga akan

meramal cara menjalankan eksperimen mengikut panduan diberi. Perkara ini

merangsang pemikiran pelajar.

19

Page 20: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Selain itu, kemahiran berkomunikasi juga dapat diterap terhadap pelajar

melalui menjalankan eksperimen. Berkomunikasi adalah satu proses interaksi antara

satu sama lain bagi menyampaikan hasil kerja atau eksperimen dalam bentuk rajah,

jadual dan data. Kebolehan berkomunikasi juga merangkumi kebolehan untuk

mendengar idea orang lain dan merespon terhadap idea tersebut. Selepas

melaksanakan eksperimen pelajar akan berbincang dalam kumpulan bagi

menentukan keputusan dan membentuk rajah, jadual atau data. Kemahiran ini

diterapkan pada bahagian merekod dan catat data dalam eksperimen.

Rajah 4.0

Kemahiran proses sains bersepadu juga diterapkan kepada pelajar melalui

menjalankan eksperimen sifat kimia bahan ini. Kemahiran proses sains bersepadu

20

Berkomunikasi

Graf

Rajah

Model

Jadual

Simbol

Cart

Muzik

Peta Konsep

Bahasa

Page 21: Rancangan Pengajaran Harian Sce

pertama yang diterapkan kepada pelajar adalah kemahiran mentafsir data. Memberi

maklumat tentang pola atau keadaan bagi suatu keadaan berdasarakan maklumat

yang dikumpul. Menyatakan hubungan antara pembolehubah yang terlibat dan

membuat kesimpulan daripada maklumat yang diperolehi. Kemahiran mentafsir data

merupakan kemahiran dalam memberikan penerangan yang rasional tentang suatu

objek, peristiwa, pola daripada maklumat yang dikumpul. Maklumat-maklumat yang

dikumpul ini terdiri daripada bentuk-bentuk yang berlainan. Dalam eksperimen

selepas menjalankan ujian pelajar akan memerhati dan akan merekod hasil

pendapatan. Pelajar akan mentafsir hasil pendapatan yang mereka peroleh, melalui

ini pelajar dapat mengenali sifat kimia bagi bahan-bahan yang telah mereka uji.

Kemahiran seterusnya yang diterapkan adalah kemahiran mendefinisi secara

operasi. Mendefinisi secara operasi bermaksud memberi maksud dan takrifan

dengan memperihalkan apa yang diperhatikan. Definisi ini melibatkan pernyataan

tentang apakah yang dibuat dan apakah yang diperhatikan; kemahiran ini

melibatkan proses pemerhatian, berkomunikasi, serta pengelasan. Kemahiran

mendefinisi secara operasi merupakan kemahiran mendefinisi sesuatu konsep atau

pembolehubah dengan menyatakan secara spesifik apa yang mesti dicerap dan

bagaimana pembolehubah tersebut dapat diukur. Kemahiran ini jelas diterapkan

melalui eksperimen dalam bahagian pembolehubah. Selepas mengetahui

pembolehubah pelajar dapat membina suatu definisi berdasarkan pembolehubah-

pembolehubah yang mereka peroleh.

Selain kemahiran mendefinisi, kemahiran mengawal pembolehubah juga

diterapkan melalui eksperimen sifat kimia bahan. Mengenalpasti dan mengawal

semua pembolehubah terlibat. Proses ini melibatkan pengendalian faktor-faktor atau

pembolehubah yang terlibat dalam satu eksperimen; pengawalan ini penting kepada

keboleh percayaan keputusan eksperimen. Pembolehubah yang dimanipulasikan

diubah untuk melihat hubungannya dengan pembolehubah bergerakbalas, dan pada

masa yang sama, semua pembolehubah yang dimalarkan untuk mengawal

perubahan yang berlaku pada pembolehubah gerak balas. Pelajar yang

menjalankan eksperimen ini perlulah mengawal pembolehubah dimaipulasi dengan

pembolehubah yang dimalar. Dalam eksperimen ini pelajar akan memilih bahan-

bahan yang akan diuji menggunakan kertas litmus. Pembolehubah dimalar yang

21

Page 22: Rancangan Pengajaran Harian Sce

dikawal oleh pelajar adalah saiz kertas litmus. Melalui bahagian pembolehubah,

kemahiran mengawal pembolehubah dapat diterapkan kepada pelajar.

Melalui eksperimen sifat kimia bahan ini, kemahiran membuat hipotesisi juga

diterapkan. Sewaktu menjalankan eksperimen pada bahagian hipotesisi pelajar

haruslah membina suatu hipotesis berdasarkan pembolehubah-pembolehubah yang

terdapat. Kemahiran membuat hipotesis merupakan proses yang melibatkan

pembentukan soalan generalisasi berasaskan pemerhatian ; hipotesis merupakan

satu masalah yang boleh diselesaikan melalui kemahiran proses yang lain iaitu

menjalankan eksperimen, membuat inferens dan ramalan. Kemahiran hipotesis juga

membantu pelajar untuk membina kesimpulan yang betul. Pembinaan hipotesis tidak

sepatutnya sama dengan kesimpulan. Kadang-kadang, hipotesis juga dikenali

sebagai “inferens yang boleh diuji” kerana ia merupakan satu penerangan yang

munasah yang dinyatakan dalam bentuk satu “ujian” (misalnya, ujikaji yang boleh

dilaksanakan). Hipotesisi merupakan sesuatu yang perlu untuk menjalankan

eksperimen. Oleh yang demikian, melalui menjalankan eksperimen ini pelajar dapat

membina kemahiran membuat hipotesis.

Selain itu, kemahiran mengeksperimen juga diterapkan melalui menjalankan

eksperimen ini. Kemahiran eksperimen bermaksud menyiasat, memanipulasikan

pembolehubah, dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan. Mengeksperimen

merupakan penyiasatan untuk menguji sesuatu hipotesis. Proses mengeksperimen

melibatkan penggunaan semua atau gabungan kemahiran-kemahiran proses sains

yang lain. Eksperimen merupakan suatu aktiviti yang mana membuat pelajar

memahami dan menggunakan kemahiran mengeksperimen. Setiap langkah yang

terdapat dalam eksperimen membuat pelajar menggunakan kemahiran eksperimen.

Oleh yang demikian kemahiran ini diterapkan pada pelajar.

Kemahiran manipulatif juga diterapkan melalui menjalankan eksperimen.

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang diperkembangkan

melalui penyiasatan dalam Sains.Kemahiran ini memupuk pelajar supaya dapat

mengendalikan peralatan, bahan, serta specimen hidup dan bukan hidup dengan

betul,selamat,cermat dan tepat. Melalui menerapkan kemahiran manipulative pelajar

dapat menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.

Pelajar juga dapat mengetahui cara menyimpan peralatan dan bahan sains dengan

22

Page 23: Rancangan Pengajaran Harian Sce

betul dan selamat, cara membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul, cara

mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan cara melakar spesimen,

peralatan dan bahan sains.

Kemahiran manipulatif yang pertama yang diterapkan melalui eksperimen

sifat kimia bahan adalah kemahiran mengguna dan mengendalikan peralatan dan

bahan sains dengan betul. Bagi memerhati dengan lebih jitu, tepat dan teliti, maka

kita gunakan alat-alat pengukuran untuk membantu kita dalam mengutip data dan

membuat pemerhatian. Oleh itu, penggunaan alat-alat saintifik dengan betul adalah

penting, dan sehubungan ini, pelajar perlu diajar untuk mengguna dan

mengendalikan alat-alat pengukuran tersebut dengan tepat dan selamat. Dalam

eksperimen ini pelajar telah mengendalikan beberapa bahan untuk menguji, kertas

litmus, piring patri dan juga bikar untuk menjalankan eksperimen ini. Perkara ini

membantu pelajar untuk memahami kemahiran mengguna dan mengendalikan

peralatan dan bahan sains dengan betul.

Kemahiran manipulatif yang kedua diterap melalui melaksanakan eksperimen

adalah, kemahiran menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan

selamat. Selepas menjalankan eksperimen pelajar haruslah menyimpan peralatan

seperti piring patri dan bikar selepas mencucinya. Pelajar juga harus menyimpan

kertas litmus yang lebihan di dalam bekas menyimpan kertas litmus. Kemahiran

seterusnya yang diterapkan adalah kemahiran membersihkan peralatan sains

dengan cara yang betul. Selepas eksperimen pelajar haruslah menyimpan peralatan

yang diguna. Sebelum menyimpan peralatan pelajar haruslah mencuci dan

membersihkannya dengan air suling. Perkara ini menerapkan kemahiran

membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.

Selain itu, kemahiran mengendalikan spesimen dengan betul dan selamat

juga diterapkan melalui menjalankan eksperimen sifat kimia bahan ini. Melalui

eksperimen ini pelajar dapat mengenali sifat kimia berasid dan beralkali dan jug

acara mengendalikannya walaupun dalam eksperimen ini mereka tidak

menggunakan bahan kimia. Selain itu, kemahiran melakar spesimen, peralatan dan

bahan sains dengan tepat juga diterap melalui menjalankan eksperimen. Selepas

menjalankan eksperimen pelajar akan menulis laporan amali. Dalam laporan

tersebut mereka perlulah melakar peralatan yang mereka menggunakan untuk

23

Page 24: Rancangan Pengajaran Harian Sce

menjalankan eksperimen. Melakar peralatan yang digunakan dalam eksperimen

membuat pelajar mengaplikasi kemahiran melakar spesimen, peralatan dan bahan

sains dengan tepat. Lakaran spesimen memerlukan perhatian terperinci supaya

boleh membina semula spesimen itu dalam helaian kertas. Dengan hanya melihat

gambar dalam buku atau pada skrin komputer adalah kurang efektif berbanding

dengan apa yang anda lihat, ingat dan faham melalui pemerhatian sebenar pada

spesimen. Semua lakaran perlu bersandar kepada beberapa peraturan ilustrasi

saintifik.

24

Page 25: Rancangan Pengajaran Harian Sce

Rajah 5.0

PENUTUP

Kelas sains menyediakan pelajar dengan kemahiran penting dan

pengetahuan untuk kejayaan dalam kehidupan kemudian. Pelajar yang berbuat baik

dalam sains boleh pergi kepada kerjaya yang produktif dalam bidang kejuruteraan,

perubatan, dan lain-lain bidang yang inovatif. Sebuah pendidikan sains menyediakan

pelajar-pelajar semua peringkat umur dengan kemahiran yang diguna pakai dalam

bidang-bidang lain juga, dan membantu pelajar berjaya dalam semua aspek

kehidupan. Tanpa sains, masyarakat moden tidak akan di mana ia adalah hari ini

dalam segi teknologi, penerokaan, dan inovasi. Pembelajaran sains membolehkan

pelajar untuk meneroka idea-idea baru untuk memberi manfaat kepada kita semua.

Pelbagai kaedah boleh dijalankan oleh guru untuk mengasuh dan

membimbing murid memperoleh ilmu pengetahuan, menguasai kemahiran saintifik

dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam mempelajari sains supaya menjadi lebih

25

Page 26: Rancangan Pengajaran Harian Sce

kritis, analitis dan bertanggungjawab. Kaedah yang disarankan termasuk

eksperimen, perbincangan, simulasi dan projek. Eksperimen menguji hipotesis

melalui penyiasatan. Ini melibatkan murid mengawal pemboleh ubah dan juga

melibatkan kemahiran proses dan kemahiran manipulatif. Perbincangan murid

menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil atau ulasan yang sahih

dan mempunyai fikiran terbuka untuk menerima pendapat orang lain.

Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka

konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu

pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka

dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan

pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka

memahami situasi dan maklumat baru.

RUJUKAN

Buku

1. Lee Shok Mee .( 1994 ).Asas Pengajaran Sains Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Poh Swee Hiang . ( 1997 ).Pedagogi Sains 1 Kurikulum Sains .

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

3. Poh Swee Hiang . ( 1997 ) .Pedagogi Sains 3 Kurikulum Sains.

Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

26

Page 27: Rancangan Pengajaran Harian Sce

4. Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng .Satu Tinjauan Awal Konsepsi Kemahiran

Proses Sains Di Kalangan Guru Sains PKPG 14 Minggu di Maktab Perguruan

Batu Lintang.

Internet

1. Diakses pada 28 Ogos 2015:

http://suksessains.blogspot.com/2012/04kemahiran.sains.html

2. Diakses pada 2 September 2015:

http://belajarsains1.blogspot.my/2012/05/asid-alkali.html

27

Page 28: Rancangan Pengajaran Harian Sce

LAMPIRAN

REFLEKSI

(ASID DAN ALKALI) Kita mengelaskan bahan mengikut sifat-sifat berikut:-

1)Berasid(Berasa masam)

2)Beralkali(Berasa Pahit)

3)Neutral(Tawar,Manis,Masin)

Asid akan menukarkan kertas litmus Biru>>>>Merah(ASBM=As=asid=Biru>Merah)Amanah saham Bumi putra Melayu

Alkali akan menukarkan kertas litmus Merah.>>>>Biru(MBAL=Merah>Biru=Alkali)Menteri Besar aku lelaki

28