rancangan pengajaran harian sdp

Upload: syareemey-abdul-rahman

Post on 07-Jul-2015

571 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Kelas : 3 Hadhari Bilangan Murid : 25 orang Tarikh : 4 Ogos 2008 Masa : 8.00 9.00 pagi (1 jam) Tema : Kajian Tempatan Tajuk : Leftenan Adnan Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat : 1. Bercerita tentang gambar peperangan di Tanah Melayu yang ditunjukkan secara lisan dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Membaca teks perjuangan Leftenan Adnan dengan 70 peratus sebutan dan intonasi yang betul. 3. Mengenal pasti 5 isi yang tersurat yang terdapat dalam petikan yang diberi. Hasil Pembelajaran: Fokus Utama : 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat , serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 i. Menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. Fokus Sampingan : 5.1 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar, serta memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Membaca lancar bahan bukan sastera dengan sebutan yang betul.

10.3 Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar atau dibaca. Aras 1 : Mengenal pasti isi yang terdapat dalam bahan yang dibaca atau didengar Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, Membaca, Menulis Sistem Bahasa : Kosa Kata : menerima, penyerahan, pemerintahan, kemerdekaan, simbolik, diiringi, memohon, menamatkan.

Ilmu : Sejarah,Pendidikan Sivik dan Kenegaraan Nilai : Keberanian, tabah, cekal, semangat cinta akan Negara, kasih sayang, kerjasama Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mengkonsepsikan idea Kecerdasan Pelbagai : Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal Strategi : Konstruktivisme dan konstektual Pengetahuan sedia ada : Sesetengah murid mengetahui berkenaan sejarah Malaysia Bahan Bantu mengajar : Petikan teks, Klip video, komputer riba, LCD Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan Pengesanan maklumat yang dipertontonkan

Video klip Peperangan di Tanah Melayu Set Induksi (5 Minit) 1. Guru menayangkan video semasa perang di Tanah Melayu. 2. Murid diminta untuk memahami video yang ditunjukkan . 3. Guru bersoal jawab dengan murid. 4. Guru mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran. BBB: Video klip, Komputer riba, LCD KBT: KB

menghubungkait

Memproses maklumat Langkah 1 (15 Minit) 1. Guru menayangkan klip video filem Leftenan Adnan. 2. Murid diminta untuk memberikan perhatian dan memahami klip video tersebut. 3. Murid diminta untuk menceritakan kembali secara lisan tentang klip video yang telah mereka BBB: Klip video KBT: KP- Verbal-linguistik interpersonal KB- memproses maklumat. lihat. 4. Guru menerangkan tentang Leftenan Adnan. menghubungkait. Menjana idea Nilai: Kerjasama Kasih sayang Keberanian Petikan Teks (Lampiran A)

Langkah 2 (20 Minit) Aktiviti 1 1. Guru mengedarkan brosur tentang Leftenan Adnan. 2. Murid diminta untuk membaca secara senyap brosur yang diedarkan dan memahami brosur tersebut. 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang brosur tersebut. Aktiviti 2 1. Guru memilih beberapa orang murid secara rawak. 2. Murid diminta untuk membaca petikan yang ada di dalam brosur dengan 70 peratus sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid-murid lain diminta untuk mengesan kesalahan yang dilakukan semasa pembacaan dijalankan. 4. Guru membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh murid. Aktiviti 3 1. Guru memilih beberapa orang murid yang lain untuk membaca petikan yang ada di dalam brosur. BBB: Teks ringkas KBT: KB- menghubungkait menyelesaikan masalah. KP- verbal linguistik Nilai: Kerjasama Keberanian 2. Murid dikehendaki untuk membaca petikan dengan 70 peratus sebutan dan intonasi yang betul. 3. Murid-murid lain dikehendaki untuk mendengar aktiviti bacaan yang dijalankan. Petikan Teks (Lampiran A) Borang pengurusan grafik (Lampiran B) Langkah 3 (10 Minit) 1. Guru mengedarkan borang pengurusan grafik kepada murid. 2. Murid dikehendaki mencari 5 isi tersurat berdasarkan petikan teks yang terdapat di dalam brosur. 3. Murid dikehendaki untuk menulis isi tersurat di dalam borang pengurusan grafik yang diberikan. 4. Guru bersoal jawab dengan murid KBT: KB- menjana idea - menghubungkait KP- intrapersonal Nilai: Kerjasama BBB Petikan (Lampiran A) BCB Peta Minda(Lampiran B) Rumusan isi pelajaran kognitif dan sosial. Penutup (10 Minit) Kognitif 1. Guru meminta murid untuk menutup mata. 2. Murid dikehendaki untuk membayangkan keberanian Leftenan Adnan dalam peperangan. Sosial 1. Guru menayangkan video lagu Warisan beserta dengan lirik lagu tersebut. 2. Guru menyanyikan lagu Warisan bersama-sama murid. BBB: lirik lagu Komputer riba LCD KP-muzik