rancangan pengajaran harian sains tahun 5

11
1.0 PENGENALAN Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu: A- Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan. 1

Upload: datuk-seri-izzul-syahmi

Post on 31-Jul-2015

531 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

1.0 PENGENALAN

Rancangan mengajar atau persediaan mengajar boleh didefinisikan sebagai

suatu rancangan pelajaran yang mengandungi unsur-unsur seperti pengetahuan

sedia ada murid, objektif pelajaran, media pengajaran, kaedah dan teknik

pengajaran, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup untuk satu atau dua

waktu pengajaran. Faktor penting yang perlu dipertimbangkan oleh guru semasa

menyediakan rancangan mengajar adalah tujuan utama atau matlamat yang mahu

dicapai dari pengajaran yang hendak disampaikan serta impaknya terhadap

penerimaan isi pelajaran dan pemahaman murid. Kemahiran dalam reka bentuk

instruksional sangat perlu bagi guru dan pembina bahan instruksional. Ia dapat

membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah yang

sesuai. Model Reka Bentuk instruksional ASSURE, (Heinich, 1982) bertujuan

menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang

memerlukan penggunaan media. Justeru itu penyesuaian ini dapat dilakukan

berasaskan Model Reka Bentuk tersebut bagi memilih dan menggunakan media

pengajaran secara umum. Terdapat enam komponen dalam model ini iaitu:

A- Analisa Pelajar (Analyze Learners) : Analisis ciri umum pelajar seperti

peringkat umur, tahap persekolahan, tahap kemahiran intelektual, stail

pembelajaran dan sebagainya sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan.

S- Menyatakan Objektif (State Objective) : Pernyataan objektif prestasi

dalam merancang sesuatu pengajaran untuk menentukan jenis bahan

multimedia yang ingin digunakan iaitu mengenalpasti kebolehan atau prestasi

yang akan dipelajari atau ditunjukkan oleh pelajar selepas mengikuti

pelajaran.

S- Memilih Kaedah, Media dan Bahan (Select Methods, Media and

Materials) : Memilih bahan sama ada menepati kehendak dan keperluan

objektif atau mengubahsuai bahan multimedia agar menepati objektif, ciri-ciri

pelajar dan pendekatan yang akan digunakan serta kekangan yang mungkin

dihadapi sesuai dengan objektif pembelajaran.

1

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

U- Menggunakan Media dan Bahan (Utilize Media and Materials): Guru

harus terlebih dahulu mengadakan pratonton media tersebut sama ada

manual penggunaanya, laporan, lampiran atau melihat sendiri sama ada

melalui paparan komputer atau mendengar audio atau membaca teksnya

supaya sesuai dengan objektif pembelajaran.

R- Memerlukan Penyertaan Pelajar (Require Learner Participation): Media

pengajaran yang baik membolehkan penyertaan respon pelajar dalam

berinteraksi dengan bahan yang disediakan serta mendapatkan

maklumbalas. Penglibatan pelajar boleh berlaku secara individu atau

berkumpulan.

E- Menilai dan Mengulangkaji (Evaluate and Revise): Penilaian perlu

dibuat secara berterusana dan bersepadu serta menyeluruh disemua

peringkat untuk memberi gambaran sejauhmana keberkesanan media yang

dipilih terhadap prestasi pelajar serta bertepatan dengan objektif atau hasil

pembelajaran yang dikehendaki (Heinich, 1982).

2

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

2.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 5

Kelas : Tahun 5 Gemilang

Tempoh : 60 Minit

Bilangan murid : 25 orang

Mata pelajaran : Sains

Tema : Rantai Makanan

Liputan Kurikulum : a. Mengetahui jenis tumbuhan dan haiwan yang terlibat

dalam Rantai Makanan.

b. Memperkenalkan istilah pengeluar, pengguna pertama

(primer), pengguna kedua (sekunder), dan pengguna

ketiga (Tertiar).

c. Memperkenalkan simbol ‘’ yang bermaksud ‘dimakan

oleh’.

d. Membentuk Rantai Makanan.

Hasil

Pembelajaran

: Memahami Rantai Makanan sebagai hubungan makanan

antara hidupan

Objektif

Pembelajaran

: Di akhir pengajaran ini, semua murid dapat:

a. Matapelajaran

Membina sekurang-kurangnya tiga contoh rantai

makanan.

Menyatakan secara lisan sekurang-kurangnya tiga

contoh pengeluar, pengguna primer, pengguna

sekunder dan pengguna tertiar.

b. Kemahiran saintifik (Kemahiran Proses Sains)

Membuat ramalan terhadap situasi yang diberikan

oleh guru mengenai rantai makanan.

Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di

dalam keadaan terkawal semasa aktiviti sedang

dijalankan.

c. Sikap saintifik dan nilai murni

a. Hormat-menghormati dan bekerja sama antara guru

3

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

dan rakan sebaya di dalam aktiviti pembelajaran.

b. Menghargai rukun alam bahawa sesuatu yang hidup

boleh menjadi makanan kepada benda hidup yang

lain.

Pengetahuan

Perlu Ada

: a. Murid perlu tahu tabiat makan haiwan herbivor, karnivor

dan omnivor.

b. Murid perlu tahu bahawa tumbuhan hijau boleh

membina makanannya sendiri.

Keperluan Khas : a. Sebuah computer, speaker dan satu projektor LCD

untuk keperluan guru

Persediaan Guru : a. Persembahan Perisian Pembelajaran Rantaian

Makanan yang menunjukkan gambaran perkaitan

Rantai Makanan.

b. Video lagu Bangau oh Bangau bersama lirik.

c. Kad Gambar yang menunjukkan simbol ‘’

d. Kad Gambar yang menunjukkan contoh-contoh hidupan

pengeluar, pengguna primer, pengguna skunder dan

pengguna tertiar.

e. Lembaran kerja yang meminta murid melengkapkan

nota tidak lengkap.

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

4

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

Permulaan Secara kumpulan kelas, murid-

murid diminta untuk membaca

doa.

Set induksi Pengenalan

kepada tajuk:

Rantai Makanan

berlaku apabila

suatu benda

hidup dimakan

oleh benda

hidup yang lain.

Istilah:

Herbivor

Karnivor

Omnivor

Secara kumpulan kelas murid

diminta untuk menonton dengan

teliti video “Bangau Oh Bangau”

dan membuat nota

Secara individu murid membuat

perkaitan tentang haiwan yang ada

di dalam lagu tersebut.

1)Haiwan apakah yang makan

rumput?

2)Apakah makanan bangau?

3)Apakah istilah haiwan yang

makan daging sahaja?

Seterusnya memperkenalkan tajuk

“Rantai Makanan” kepada pelajar

Strategi P&P:

Pemerhatian

Kaedah: Kelas

Teknik : Soal Jawab

Alat:

LCD

Komputer.

Kemahiran berfikir:

Kritis & Kreatif

Langkah 1 Penerangan

mengenai

hidupan yang

terlibat dalam

Rantai

Makanan.

Secara kumpulan berlima, seorang

wakil kumpulan diminta untuk

menulis di papan putih organisma

yang terlibat didalam lagu tersebut

dan membuat perkaitan rantai

makanan.

Strategi P&P:

Penglibatan murid

Kaedah: Kelas

Teknik : Penerangan

Alat: Papan putih

Kemahiran berfikir:

Kritis & Kreatif

Nilai:

Yakin Diri

Langkah 2 Memperkenalkan Secara kumpulan kelas murid Strategi P&P:

5

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

istilah yang

terdapat dalam

Rantai

Makanan.

menonton dan mendengar dengan

teliti kandungan perisian

pembelajaran “Rantai Makanan”

yang menunjukkan perkaitan

antara istilah pengeluar,

primer ,skunder dan tertier dan

membuat nota.

Istilah berdasarkan contoh

tumbuhan dan haiwan seperti:

1)Rumput - pengeluar

2)Kerbau – pengguna pertama

(primer)

3)Ular – pengguna kedua

(sekunder)

4)Helang-pengguna ketiga (tertiar)

Secara kumpulan berlima, murid-

murid berbincang tentang

hubungan pengeluar, pengguna

primer, pengguna sekunder dan

pengguna tertiar

Pemerhatian

Kaedah: Kelas

Teknik :

Penerangan

Perbincangan

Alat:

Persembahan

Perisian

Pembelajaran.

Komputer.

Kemahiran berfikir:

Kritis & Kreatif

Langkah 3 Menerangkan

konsep:

bermaksud

dimakan oleh

Secara kumpulan kelas, murid

diminta untuk mendengar

penjelasan guru dengan teliti

tentang konsep penggunaan

symbol anak panah di dalam

rantai makanan

Strategi P&P:

Pemerhatian dan

penglibatan murid

Kaedah:

Kelas

Individu.

Teknik : Penerangan

Alat:

Kad Gambar

Papan Hitam

6

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

Kemahiran berfikir:

Kritis & Kreatif

Nilai: Yakin

Langkah 4 Perbincangan

dalam

kumpulan:

Membina Rantai

Makanan

Secara kumpulan berlima, murid-

murid berbincang dan membina

tiga Rantai Makanan diatas kertas

sebak kosong yang diberikan.

Strategi P&P:

Kelas

Kaedah: Kumpulan

Teknik :

Perbincangan

Bimbingan

Alat:

Kad Gambar

Hidupan

Kertas Sebak

Marker pen

Kemahiran berfikir:

Kritis & Kreatif

Nilai:

Tolong Menolong

Langkah 5 Pembentangan Dalam kumpulan berlima seorang

wakil bagi setiap kumpulan

membentangkan hasil

perbincangan yang dijalankan

dalam kumpulan.

Seterusnya, secara kumpulan

yang sama, murid-murid diminta

untuk meramal situasi yang

diberikan di dalam sampul surat

melibatkan rantai makanan

Strategi P&P:

Hipotesis

Kaedah: Kelas

Teknik :

Penerangan

Sumbangsaran

Alat:

Kertas Sebak

Kemahiran Belajar:

Kritis & Kreatif

Nilai:

7

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 5

daripada hasil pembentangan

tersebut.

Contoh situasi:

1. Apa akan jadi pada

kambing jika rumput

berkurangan?

2. Apa pula akan terjadi jika

bilangan harimau

bertambah?

Hormat Menghormati

Rumusan Kesimpulan Secara individu murid-murid

melengkapkan lembaran kerja

yang diedarkan.

Seterusnya, seorang wakil bagi

setiap kumpulan untuk

memberikan kesimpulan tentang

tajuk “Rantai Makanan” yang

dipelajari.

Strategi P&P:

Kaedah: Kelas

Teknik : Bimbingan

Alat:

Lembaran Kerja

Kemahiran Belajar:

Kritis & Kreatif

Nilai:

Bersyukur

Penutup Menyanyi lagu

“Bangau oh

Bangau”

Secara kumpulan kelas murid-

murid menyanyikan lagu “Bangau

oh Bangau” dengan iringan video

dan seorang wakil murid

mengetuai surah al ashr dan

tasbih kafarah

8