rancangan pengajaran harian pn.liew

7
3.0 Rancangan Pengajaran Harian Mata Pelajaran : Matematik Kelas : 4 Bijak Bilangan Murid : 30 orang Masa : 7.45-8.45 (1 jam) Bidang : Nombor Dan Operasi Tajuk : Operasi Bergabung Standard Kandungan : 6.3 Mengaplikasi penyelesaian masalah Standard Pembelajaran :6.3 (i)Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan penolakan dengan menggunakan pelbagai strategi. Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk : Menyelesaikan masalah harian dengan melibatkan operasi bergabung iaitu operasi tambah dan tolak Pengetahuan sedia ada : operasi tambah dan tolak

Upload: mareasantha

Post on 06-Dec-2015

233 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sdhsbfhjdnkjfjd

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Pn.liew

3.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Matematik

Kelas : 4 Bijak

Bilangan Murid : 30 orang

Masa : 7.45-8.45 (1 jam)

Bidang : Nombor Dan Operasi

Tajuk : Operasi Bergabung

Standard Kandungan : 6.3 Mengaplikasi penyelesaian masalah

Standard Pembelajaran :6.3 (i)Menyelesaikan masalah harian melibatkan penambahan dan penolakan dengan menggunakan

pelbagai strategi.

Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk :

Menyelesaikan masalah harian dengan melibatkan operasi bergabung iaitu operasi tambah dan

tolak

Pengetahuan sedia ada : operasi tambah dan tolak

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Media Pengajaran : komputer riba,LCD dan kad imbasan

Penilaian melalui pemerhatian dan perbincangan

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Pn.liew

Prosedur/Masa

Set Induksi(5 minit)

Penyelesaian masalah melibatkan operasi tambah dan tolak

Isi Kandungan

Lakonan cerita:

Di dalam sebuah bas seramai 15 orang pelajar IPG telah bertolak ke halaman rumah masing-masing.Semasa perjalanan dari Ipoh 2 orang pelajar turun di Kuala Kangsar,Seterusnya 2 orang pelajar hendak tumpang ke Barit buntar dari Kuala Kangsar.Selepas itu,3 orang pelajar lagi hendak turun di Taiping.Dalam Perjalanan ke Parit Buntar 2 orang Pelajar turun di R&R.Seterusnya 3 orang pelajar turun di Parit Buntar.Selepas itu,bas meneruskan perjalanan ke Butterwoth.

Soalan-soalan1.Berapa orang pelajar yang tinggal di dalam bas semasa meneruskan perjalanan ke Butterworth.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1)Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan kelas untuk berlakon.

2 )Guru menerangkan situasi yang perlu berlakon.

3)Murid-murid bersedia untuk berlakon mengikut situasi yang diberikan.

4)Murid-murid berlakon mengikut arahan guru.

5)Guru memperkenalkan topik yang hendak dipelajarinya.

Catatan

KBKK-Penjanaan idea

Nilai -teliti

Langkah 1(15 minit)

Strategi penyelesaian masalah

Contoh 1:

Encik Wong menternak 3550 ekor itik.Dia membeli lagi 245 ekor itik.Sebulan kemudiannya dia menjual 60 ekor itik. Berapakah bilangan itik Encik Wong yang belum dijual?

1)Guru paparkan soalan tersebut di papan tulis

2)Guru meminta murid-murid membaca situasi tersebut dan memahaminya.

3)Guru menerangkan cara menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan beberapa strategi untuk menyelesaikan masalah

Model Polya

KBKK-Penjanaan idea

Nilai-Cermat

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Pn.liew

Langkah-langkah

Faham-Baca dan faham

Rancang-Tulis maklumat penting/

kata kunci.

Laksana -Selesaikan

Semak-Semak Jawapan

Contoh 2 :

Video

4)Guru mengelaskan maklumat tersebut mengikut “FILEM ROS LIMA SEN”

Sebagai contohnya:

i)3550 ekor itik 245 ekor itik dibeli 60 ekor itik dijual

berapakah ekor itik yang belum dijual

ii)operasi tambah dan tolak

iii)membuat penyelesaian menggunakan kaedah ayat matematik

iv)Semak jawapan

5) Melalui video yang ditayangkan murid-murid akan menggunakn langkah-langkah yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah tersebut.

FILEM ROS LIMA SEN

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Pn.liew

Langkah 2

(15 minit)

(aktiviti kumpulan)

TugasanSetiap kumpulan diberi kad ayat matematik yang tidak lengkap.

Kumpulan 1: 361 + 234 - 113 =

Kumpulan 2 : 942 + 184 - 223 =

Kumpulan 3 : 734 + 546 - 420 =

Kumpulan 4 : 798 - 535 + 217 =

Kumpulan 5 : 582 - 426 + 117 =

Kumpulan 6 :976 - 423 + 445 =

.

1)Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diberi satu kad soalan tanpa jawapan.

2)Murid diminta melengkapkan ayat matematik tersebut.

3)Seterusnya setiap kumpulan membina cerita bagi ayat matematik yang telah dilengkapkan.

4) Murid – murid akan mempersembahkan cerita yang dihasil di hadapan kelas.

5) Murid membuat penilaian dan perbandingan di antara kumpulan

KBKK-Mensintesis

Nilai-Bekerjasama

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Pn.liew

Langkah 3

(15 minit)

Lembaran Kerja

Penyelesaian Masalah(Operasi tambah dan tolak)

1)Guru mengedarkan   lembaran kerja dan minta   murid menjawab secara   individu.

2)Guru berbincang tentang kehendak soalan

3)Murid menjawab soalan   secara individu

4)Murid memberi respon dengan memberi perhatian

KBKK-penjanaan idea

Nilai-Berdikari/teliti

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian Pn.liew

Penutup(10 minit) Permainan kumpulan (snake and ladder)

Sebagai contoh:Murid yang mendapat no3 perlu menyelesaikan penyelesaian masalah sebelum menaik ke no 22.

1)Guru menerangkan cara permainan tersebut.

2)Murid-murid melambung dadu dalam kumpulan.

3)Murid yang mendapat no3,no5,no11,no 20 perlu membuat soalan penyelesaian masalah sebelum menaik tangga.

4)Kumpulan yang mana dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan boleh sampai ke penghujung adalah kumpulan yang menang.

*dalam kumpulan mana-mana murid yang sampai cepat adalah dikategorikan pemenang bagi wakil kumpulan.

Nilai-tolong menolong