rancangan pengajaran harian-pn maskiah

10
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 4 Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tarikh / Hari 2 Ogos 2015 (Ahad) Masa 10.30 – 11.30 pagi (60 minit) Kelas 4 Bijak Bilangan Murid 36 orang (12 lelaki, 24 perempuan) Tema Selamat Sentiasa Tajuk Arnab dengan Serigala Standard Kandungan 1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jeas dan intonasi yang betul. Standard Pembelajaran 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana. Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: 1. Menyampaikan cerita bertajuk ”Arnab dengan

Upload: izzat-shukor

Post on 14-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian-pn Maskiah

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA

TAHUN 4

Mata Pelajaran Bahasa Malaysia

Tarikh / Hari 2 Ogos 2015 (Ahad)

Masa 10.30 – 11.30 pagi (60 minit)

Kelas 4 Bijak

Bilangan Murid 36 orang (12 lelaki, 24 perempuan)

Tema Selamat Sentiasa

Tajuk Arnab dengan Serigala

Standard

Kandungan

1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan

tepat menggunakan sebutan yang jeas dan intonasi yang

betul.

Standard

Pembelajaran

1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan

yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat

yang mengandungi wacana.

Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyampaikan cerita bertajuk ”Arnab dengan Serigala”

dengan tepat, sebutan jelas dan intonasi yang betul

menggunakan teknik bercerita buah-buahan.

2. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 nilai

pengajaran yang terdapat dalam cerita ”Arnab dengan

Serigala”.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian-pn Maskiah

Sistem Bahasa Kosa Kata

Pengisian

Kurikulum

Ilmu : Pendidikan Seni Visual

Nilai : Rasional, baik hati dan kerja sama

Kreativiti : Imaginasi

Kemahiran Bernilai

Tambah

Kemahiran Berfikir :

Menghubungkait, menjana idea, menilai

Kecerdasan Pelbagai :

Verbal-linguistik

Belajar Cara Belajar :

Memproses maklumat, membaca mekanis dan mentalis

Pengetahuan

Sedia Ada

Murid mengetahui nilai pengajaran dalam kehidupan seharian

contohnya sentiasa berhati-hati di mana sahaja.

Bahan Bantu

Mengajar

Audio, pembesar suara, komputer riba, buah lobak merah, sebiji

labu, sebiji nanas, petikan teks lembaran kerja

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian-pn Maskiah

Langkah /

Masa

Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

Catatan

Set induksi

( 5 minit )

Guru menunjukkan

beberapa jenis

buah-buahan dan

bahan-bahan alam

kepada murid.

Buah-buahan dan

alam alam:

1. Lobak merah

2. Timun

Haiwan :

1. Kerbau

2. Kancil

3. Buaya

1) Murid memberi salam kepada

guru.

2) Guru memulakan sesi

pengajaran dan pembelajaran

dengan menunjukkan beberapa

jenis buah-buahan dan bahan-

bahan alam kepada murid.

3) Murid dibenarkan untuk

menyentuh buah dan bahan

alam tersebut.

4) Guru meminta murid

mengimaginasi dan memilih

buah-buahan dan bahan alam

yang sesuai untuk digantikan

dan dijadikan watak haiwan.

5) Murid-murid memilih buah dan

bahan alam yang sesuai

dengan watak haiwan yang

ditentukan oleh guru.

6) Buah-buahan dan bahan alam

yang diimaginasi menjadi watak

haiwan dihubungkaitkan

dengan tajuk pelajaran hari ini.

BBM:

Buah-buahan dan

bahan alam.

KB :

Menghubungkait,

menjana idea

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian-pn Maskiah

Langkah 1

(15 minit)

Membaca petikan

teks cerita.

Tajuk :

“Sang Kerbau, Sang

Buaya dan Sang

Kancil”

Guru menyampaikan

cerita menggunakan

meja.

Teknik:

“Buah-buhan/bahan-

bahan alam”.

1) Guru mengedarkan petikan teks

cerita ” Sang Kerbau, Sang

Buaya dan Sang Kancil”

kepada murid.

2) Murid diminta membaca petikan

secara mentalis.

3) Beberapa orang murid dipilih

untuk membaca petikan teks

cerita secara mekanis.

4) Murid membaca petikan teks

cerita dengan intonasi dan

sebutan yang betul.

5) Guru menyampaikan cerita

dengan menggunakan ”Teknik

Buah-buahan dan Bahan-bahan

Alam” di atas meja supaya

mudah ditonton oleh murid.

6) Guru dan murid bersoal jawab

tentang petikan teks cerita dan

teknik bercerita yang digunakan

oleh guru.

BBM:

Petikan teks,

Meja, buah-

buahan dan

bahan alam

KB:

Menghubungkait

KP:

Verbal linguistik

BCB:

Membaca

mekanis,

mentalis

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian-pn Maskiah

Langkah 2

(25 minit)

Aktiviti kumpulan

Persembahan cerita

“Sang Kerbau, Sang

Buaya dan Sang

Kancil” dengan tepat

menggunakan

sebutan yang jelas

dan intonasi yang

betul.

Teknik:

“Buah-buahan/

Bahan-bahan Alam”

1) Murid dibahagikan kepada

beberapa kumpulan kecil.

2) Murid diberi teks dialog cerita

“Sang Kerbau, Sang Buaya dan

Sang Kancil” bagi setiap watak.

3) Murid menjalankan sesi

perbincangan di dalam

kumpulan mengenai teknik

bercerita yang akan dilakukan.

4) Murid mempersembahkan

cerita di atas meja di hadapan

kelas mengikut kumpulan

dengan menggunakan ”Teknik

Buah-buahan dan Bahan

Alam”.

5) Guru membimbing kumpulan

yang tidak dapat

menyampaikan cerita dengan

baik menggunakan ”Teknik

Buah-buahan dan Bahan

Alam”.

6) Kumpulan yang berjaya

menyampaikan cerita

menggunakan ”Teknik Buah-

buahan dan Bahan Alam”

dengan baik dipilih sebagai

pemenang.

BBM:

Teks dialog

cerita, meja,

buah-buhan dan

bahan alam

KB :

Menghubungkait

KP:

Verbal linguistik

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian-pn Maskiah

Langkah 3

(10 minit)

Murid menjawab

lembahan kerja.

Soalan :

Nyatakan nilai

pengajaran yang

terdapat dalam

cerita “Sang Kerbau,

Sang Buaya dan

Sang Kancil”?

Nilai pengajaran :

1. Bantu-

membantu.

2. Jangan

mengkhianati

orang lain.

3. Berfikir

sebelum

bertindak.

1) Murid diedarkan lembaran

kerja.

2) Murid diminta menyatakan nilai

pengajaran yang terdapat

dalam cerita “Sang Kerbau,

Sang Buaya dan Sang Kancil”.

3) Guru menunjukkan buah-buhan

yang mewakili watak dalam

cerita “Sang Kerbau, Sang

Buaya dan Sang Kancil” dan

meminta murid menyatakan

nilai pengajaran setiap watak

tersebut.

4) Murid menyatakan nilai

pengajaran yang terdapat

dalam cerita “Sang Kerbau,

Sang Buaya dan Sang Kancil”

5) Murid menulis nilai pengajaran

yang dinyatakan di dalam

lembaran kerja.

6) Guru memantau murid

melaksanakan lembahan kerja.

7) Murid diminta menghantar

lembaran kerja untuk disemak

dan ditanda oleh guru.

BBM:

Lembaran

kerja,buah-

buhan dan

bahan alam.

KB :

Menjana idea

BCB :

Memproses

maklumat

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian-pn Maskiah

Penutup

(5 minit)

Kognatif :

Membuat rumusan

keseluruhan

pembelajaran

Sosial :

Memberi pujian

kepada murid yang

memberi perhatian

Penerapan nilai :

1. Kita perlu

memberi bantuan

kepada orang

yang dalam

kesusahan.

2. Kita perlu

sentiasa

berwaspada

dalam setiap

tindakan.

3. Kita perlu

menggunakan

akal sebelum

melakukan

sesuatu tindakan

1) Guru dan murid berbincang

tentang isi pelajaran hari ini

bercerita menggunakan ”Teknik

Buah-buahan dan Bahan

Alam”.

2) Guru memberi pujian kepada

murid memberi respon dan

mengambil bahagian dalam

sesi pengajaran dan

pembelajaran hari ini.

3) Guru menerapkan nilai

pengajaran yang boleh

dijadikan panduan hidup

mereka berdasarkan pelajaran

hari ini kepada murid.

KB:

Meniai

KP:

Verbal linguistik

Nilai :

- Baik hati

- Rasional

- Kerjasama