rancangan pengajaran harian-pn maskiah

Upload: izzat-shukor

Post on 10-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

2.0RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Berdasarkan buku Teknik Bercerita, DBP, 2014 , bincangkan teknik bercerita dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran sastera sekolah rendah.______________________________________________________________________

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANBAHASA MALAYSIA TAHUN 4

Mata PelajaranBahasa Malaysia

Tarikh / Hari2 Ogos 2015 (Ahad)

Masa10.30 11.30 pagi (60 minit)

Kelas4 Bijak

Bilangan Murid36 orang (12 lelaki, 24 perempuan)

TemaSelamat Sentiasa

TajukArnab dengan Serigala

Standard Kandungan1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jeas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat yang mengandungi wacana.

ObjektifPada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:1. Menyampaikan cerita bertajuk Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil dengan tepat, sebutan jelas dan intonasi yang betul menggunakan teknik bercerita buah-buahan.2. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 daripada 3 nilai pengajaran yang terdapat dalam cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil

Sistem BahasaKosa Kata

Pengisian KurikulumIlmu : Pendidikan Seni Visual

Nilai : Rasional, baik hati dan kerja sama

Kreativiti : Imaginasi

Kemahiran Bernilai TambahKemahiran Berfikir :Menghubungkait, menjana idea, menilai

Kecerdasan Pelbagai :Verbal-linguistik

Belajar Cara Belajar :Memproses maklumat, membaca mekanis dan mentalis

Pengetahuan Sedia AdaMurid mengetahui nilai pengajaran dalam kehidupan seharian contohnya sentiasa berhati-hati di mana sahaja.

Bahan Bantu MengajarAudio, pembesar suara, komputer riba, buah lobak merah, sebiji labu, sebiji nanas, petikan teks lembaran kerja

Langkah /MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set induksi( 5 minit )

Guru menunjukkan beberapa jenis buah-buahan dan bahan-bahan alam kepada murid.

Buah-buahan dan alam alam:

1. Nenas2. Terung 3. Lobak merah 4. Ranting kayu

Haiwan :

1. Kerbau2. Kancil 3. Buaya

1) Murid memberi salam kepada guru.

2) Guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan menunjukkan beberapa jenis buah-buahan dan bahan-bahan alam kepada murid.

3) Murid dibenarkan untuk menyentuh buah dan bahan alam tersebut.

4) Guru meminta murid mengimaginasi dan memilih buah-buahan dan bahan alam yang sesuai untuk digantikan dan dijadikan watak haiwan.

5) Murid-murid memilih buah dan bahan alam yang sesuai dengan watak haiwan yang ditentukan oleh guru.

6) Buah-buahan dan bahan alam yang diimaginasi menjadi watak haiwan dihubungkaitkan dengan tajuk pelajaran hari ini.BBM:Buah-buahan dan bahan alam.1. Nenas2. Terung 3. Lobak merah 4. Ranting kayu

KB :Menghubungkait, menjana idea

Langkah 1(15 minit)Membaca petikan teks cerita.

Tajuk :Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil

Guru menyampaikan cerita menggunakan meja.

Teknik:Buah-buhan/bahan-bahan alam.1) Guru mengedarkan petikan teks cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil kepada murid.2) Murid diminta membaca petikan secara mentalis.3) Beberapa orang murid dipilih untuk membaca petikan teks cerita secara mekanis.4) Murid membaca petikan teks cerita dengan intonasi dan sebutan yang betul.5) Guru menyampaikan cerita dengan menggunakan Teknik Buah-buahan dan Bahan-bahan Alam di atas meja supaya mudah ditonton oleh murid.6) Guru dan murid bersoal jawab tentang petikan teks cerita dan teknik bercerita yang digunakan oleh guru.

BBM: Petikan teks, Meja, buah-buahan dan bahan alam

KB: Menghubungkait

KP: Verbal linguistik

BCB:Membaca mekanis, mentalis

Langkah 2(25 minit)Aktiviti kumpulan

Persembahan cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Teknik: Buah-buahan/Bahan-bahan Alam1) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.2) Murid diberi teks dialog cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil bagi setiap watak.3) Murid menjalankan sesi perbincangan di dalam kumpulan mengenai teknik bercerita yang akan dilakukan.4) Murid mempersembahkan cerita di atas meja di hadapan kelas mengikut kumpulan dengan menggunakan Teknik Buah-buahan dan Bahan Alam.5) Guru membimbing kumpulan yang tidak dapat menyampaikan cerita dengan baik menggunakan Teknik Buah-buahan dan Bahan Alam.6) Kumpulan yang berjaya menyampaikan cerita menggunakan Teknik Buah-buahan dan Bahan Alam dengan baik dipilih sebagai pemenang.BBM:Teks dialog cerita, meja, buah-buhan dan bahan alam

KB :Menghubungkait

KP: Verbal linguistik

Langkah 3(10 minit)Murid menjawab lembahan kerja.

Soalan :Nyatakan nilai pengajaran yang terdapat dalam cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil?

Nilai pengajaran :1. Bantu-membantu.2. Jangan mengkhianati orang lain.3. Berfikir sebelum bertindak.1) Murid diedarkan lembaran kerja.2) Murid diminta menyatakan nilai pengajaran yang terdapat dalam cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil.3) Guru menunjukkan buah-buhan yang mewakili watak dalam cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil dan meminta murid menyatakan nilai pengajaran setiap watak tersebut.4) Murid menyatakan nilai pengajaran yang terdapat dalam cerita Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil5) Murid menulis nilai pengajaran yang dinyatakan di dalam lembaran kerja.6) Guru memantau murid melaksanakan lembahan kerja.7) Murid diminta menghantar lembaran kerja untuk disemak dan ditanda oleh guru.

BBM: Lembaran kerja,buah-buhan dan bahan alam.

KB : Menjana idea

BCB :Memproses maklumat

Penutup(5 minit)Kognatif :Membuat rumusan keseluruhan pembelajaran

Sosial :Memberi pujian kepada murid yang memberi perhatian

Penerapan nilai :1. Kita perlu memberi bantuan kepada orang yang dalam kesusahan.2. Kita perlu sentiasa berwaspada dalam setiap tindakan.3. Kita perlu menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu tindakan1) Guru dan murid berbincang tentang isi pelajaran hari ini bercerita menggunakan Teknik Buah-buahan dan Bahan Alam.

2) Guru memberi pujian kepada murid memberi respon dan mengambil bahagian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran hari ini.

3) Guru menerapkan nilai pengajaran yang boleh dijadikan panduan hidup mereka berdasarkan pelajaran hari ini kepada murid.

KB:Menilai

KP:Verbal linguistik

Nilai :- Baik hati- Rasional- Kerjasama

4