rancangan pengajaran harian pendidikan moral tahun 4 (final)

17
Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4 Mata Pelajaran : Pendidikan Moral Tarikh : 25/07/2013 Masa : 0800-0900 (1 jam) Kelas : 4B Bilangan Pelajar : 20 orang (3 lelaki dan 17 perempuan) Tajuk : Unit 20 – Persekitaran Berkualiti Hidup Sihat (Rujuk: Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 4) Bidang Pembelajaran : Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam Sekitar Nilai : 4.3 Nilai – Peka Terhadap Isu Alam Sekitar Nilai Sampingan : Kebersihan dan Keindahan Persekitaran, Menyayangi Alam Sekitar Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat: Afektik Moral: i. Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitar. ii. Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan seharian.

Upload: khorhongtheng

Post on 10-Sep-2015

241 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian Pendidikan Moral Tahun 4Mata Pelajaran: Pendidikan MoralTarikh: 25/07/2013Masa: 0800-0900 (1 jam)Kelas: 4BBilangan Pelajar: 20 orang (3 lelaki dan 17 perempuan)Tajuk: Unit 20 Persekitaran Berkualiti Hidup Sihat (Rujuk: Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 4)Bidang Pembelajaran: Nilai Berkaitan Dengan Diri Dan Alam SekitarNilai: 4.3 Nilai Peka Terhadap Isu Alam SekitarNilai Sampingan: Kebersihan dan Keindahan Persekitaran, Menyayangi Alam SekitarHasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat:Afektik Moral:i. Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitar.ii. Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan seharian.

Kognitif Moral:i. Menerangkan sebab alam sekitar tercemar.ii. Menyenaraikan kesan pencemaran terhadap hidupan.iii. Menyatakan langkah-langkah mengelakkan masalah pencemaran.Perlakuan Moral:i. Elakkan diri melakukan kegiatan dan perbuatan yang boleh mencemar dan memusnahkan alam sekitar.Pendekatan: Penjelasan nilai, Pembelajaran aktif, dan Interpersonal.Teknik: Lakonan, Soal Jawab, Perbincangan KumpulanBahan Bantu Belajar: gambar (Pencemaran), petikan teks Pendidikan Moral Tahun 4 (m/s 85 &86), grafik, powerpoint, kad situasi, kertas mahjong, Kertas Ikrar

LangkahIsi PelajaranAktiviti Pengajaran dan PembelajaranKBKKBBMCatatan

Set induksi(5 minit)a. Apakah yang anda dapati daripada gambar tersebut? b. Apakah yang sepatutnya tidak ada dalam gambar ini?c. Mengapakah sampah ini berselerak di merata-rata tempat?d. Apakah perasaan anda terhadap alam sekitar seperti gambar tersebut?

1. Guru menunjukkan gambar kawasan yang kotor dan bersampah.

2. Guru bersoal jawab dengan murid perihal gambar tersebut.

3. Guru mengaitkannya dengan isi kandungan pelajaran ini.

Pengalaman sedia ada murid.

Menjana idea.

Gambar (Pencemaran)Hasil Pebelajaran:i. Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitar.

Langkah 1(15 minit)Powerpoint(petikan buku teks)

Grafik-grafik yang disediakan (rujuk kepada lampiran):a) sebab alam sekitar tercemar.b) kesan pencemaran terhadap manusia, haiwan dan tumbuhan.

1. Murid dikehendaki membaca teks pada powerpoint.

2. Guru membimbing murid memahami kandungan teks tersebut dengan cara perbincangan bersama murid.

3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

4. Murid dikehendaki mengisi grafik yang disediakan oleh guru pada papan tulis.

Pemahaman teks

Pemikiran kreatif dan kritis.

Kooperatif

PerbincanganPowerpoint

GrafikHasil Pembelajaran:i. Menerangkan sebab alam sekitar tercemar.ii. Menyenaraikan kesan pencemaran terhadap hidupan.

Langkah 2(15 minit)Kad situasi(Lampiran 3)

a. Jelaskan pelakuan David dan Ben ketika berkelah di tepi sungai.b. Apakah yang berlaku kepada ikan dan pokok di situ?c. Ceritakan perasaan kamu melihat keadaan itu.d. Andaikan kamu ialah ikan dan pokok tersebut, nyatakan perasaan kamu.

1. Setiap kumpulan diberikan kad situasi (Lampiran 1) dan diberi masa untuk membuat persediaan.

2. Murid perlu melakonkan watak yang berikut:a. Ikan A, Ikan B, Ikan C, Ikan Db. Pokok A, Pokok Bc. Kulit kacangd. Kotak minumane. Dua orang muridf. Beg plastic

3. Murid membuat persembahan.

4. Guru bersoal jawab dengan murid.

5. Guru dan murid membuat rumusan tentang tindakan manusia yang mengakibatkan pencemaran alam sekitar.

Pembelajaran aktif

Pembelajaran kooperatifKad situasiHasil Pembelajaran:i. Bersikap prihatin terhadap masalah alam sekitarii. Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan harian.

Langkah 3(10 minit)Lampiran 4(Grafik)1. Murid dikehendaki membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan pencemaran.

2. Hasil perbincangan dicatatkan dalam kertas mahjong.

3. Wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan.

4. Guru bersama-sama murid membuat rumusan. Pemikiran kreatif dan kritis.

Menjana idea.

PerbincanganKertas MahjongHasil Pembelajaran:i. Menyatakan langkah-langkah mengelakkan masalah pencemaran.

Langkah 4(10 minit)a. Kenapa Ibu Alam bermuka sedih?

(Lampiran 5)

- Contoh ayat: `Saya sayang akan alam sekitar, `Saya sayang kepada bumi.

1. Guru mempamerkan gambar Ibu Alam yang bermuka sedih kepada setiap murid.

2. Setiap murid dikehendaki menghasilkan sekeping kad berbentuk hati dan menulis ayat yang menunjukkan perasaan sayang terhadap alam sekitar.

3. Hasil kerja tersebut akan dipaparkan di sudut Pendidikan Moral. Menjana Idea.

InterpersonalGambar-gambar Ibu AlamHasil Pembelajaran:i. Elakkan melakukan kegiatan dan perbuatan yang boleh mencemar dan memusnahkan alam sekitar.

i. Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan seharian.

Ikrar Penghuni BumiKami warga bumi, berikrar dengan sepenuh hati akan sentiasa menjaga dan melindungi alam semula jadi supaya kami dapat hidup dalam persekitaran yang bersih dan selamat._____________( )Tarikh : _____Penutup(5 minit)

(Lampiran 6)1. Murid diberikan Ikrar Penghuni Bumi.

2. Seorang murid diarah untuk mengetuai pembacaan ikrar tersebut.

3. Selepas ikrar, setiap murid dikehendaki menurunkan tanda tangan pada ikrar tersebut.

Menghubungkait nilaiKertas IkrarI. Mengamalkan cara hidup yang bersih dalam kehidupan seharian.

Lampiran 1: Set Induksi: gambar- gambaran berkaitan pencemaran

Lampiran 2Langkah 1: Grafik di papan tulis(a) Sebab alam sekitar tercemar

(b) Kesan-kesan pencemaran

Lampiran 3Langkah 2: Kad SituasiSituasi di tepi sungaiDavid dan Ben pergi berkelah di tepi sungai. Mereka membawa dua kotak minuman dan kacang yang diisi dalam beg plastik.David : Indahnya pemandangan di sini.Ben : Udara di sini nyaman.(David dan Ben mencari tempat duduk. Mereka berbual-bual sambil makan dan minum. David membuang kulit kacang dan Ben mencampakkan kotak minuman dan beg plastik ke dalam sungai. Murid yang berlakon sebagai kulit kacang, beg plastik dan kotak minuman terjun ke dalam sungai).

Situasi dalam sungaiIkan A : Tolong, tolong, susahnya bernafas!Ikan B : Aduh, sakitnya perut!Ikan C : Teruknya manusia. Mereka buang kulit kacang, kotak minuman dan beg plastik ke dalam sungai ini.Ikan D : Hai manusia, sampai hati kau buat kami begini!

Situasi semasa dalam perjalanan pulang(David dan Ben balik ke rumah. Dalam perjalanan pulang, mereka menconteng dan membuat ukiran nama pada pokok)Pokok A : Aduh, sakitnya badanku ditoreh dengan pisau!Pokok B : Aduh, banyaknya darahku keluar!(David dan Ben pun berlalu dari situ)

Lampiran 4Langkah 3: Langkah-langkah mengelakkan masalah pencemaran (contoh jawapan guru)

Lampiran 5:

Langkah 4: Kad Ibu Alam bermuka sedih

Langkah 5: Kad berbentuk hati

Lampiran 6Penutup: