rancangan pengajaran harian pendidikan islam tahun 4

11
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LINGKUNGAN BUDI, 59100 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH (PDPP PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN JUN 2020) SEMESTER 2 TAHUN 1 TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (13 FEBRUARI 2021) NAMA NOR YASARAH BINTI MOHD NAIM ANGKA GILIRAN 2020192400039 KUMPULAN PDPP PENDIDIKAN ISLAM KUMPULAN 2 SEMESTER 2 TAHUN 1 KOD KURSUS PIMK2073R NAMA KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (40%) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) NAMA PENSYARAH ENCIK MOHD AUFA BIN MOHD SANUSI TARIKH HANTAR 13 FEBRUARI 2021 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

Upload: yasarah

Post on 14-Feb-2021

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Keberkesanan Pengajaran dan pembelajaran (PdP) adalah terletak kepada cara penyampaian seorang guru yang berjaya menggunakan Sumber Pengajaran atau Alat Bantu Mengajar dengan baik. Dalam pengajaran Abad ke-21 ini, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan sumber pengajaran tersebut.

TRANSCRIPT

Page 1: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LINGKUNGAN BUDI,

59100 KUALA LUMPUR, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH

(PDPP PENDIDIKAN ISLAM AMBILAN JUN 2020)

SEMESTER 2 TAHUN 1

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK

(13 FEBRUARI 2021)

NAMA NOR YASARAH BINTI MOHD NAIM

ANGKA GILIRAN 2020192400039

KUMPULAN PDPP PENDIDIKAN ISLAM KUMPULAN 2

SEMESTER 2 TAHUN 1

KOD KURSUS PIMK2073R

NAMA KURSUS PEDAGOGI PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

TAJUK TUGASAN TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (40%)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

NAMA PENSYARAH ENCIK MOHD AUFA BIN MOHD SANUSI

TARIKH HANTAR 13 FEBRUARI 2021

TARIKH MENERIMA

MAKLUM BALAS

Page 2: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

1. Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

2. Tahun : 4 Bumi

3. Bilangan Murid : 37 / 37 orang

4. Tarikh : 12 Februari 2021

5. Hari : Jumaat

6. Masa : 8:10 hingga 9:10 pagi

7. Bidang : Tilawah Al-Quran

8. Tajuk : Surah Fussilat ayat 1-38

9. Standard Kandungan

2.3 Membaca Surah Fussilat ayat 1 – 38.

10. Standard Pembelajaran

2.3.1 Membaca Surah Fussilat ayat 1 – 38 dengan betul dan bertajwid.

11. Objektif Pembelajaran

Di akhir pembelajaran, murid akan dapat:

Membaca Surah Fussilat ayat 1 – 38 dengan betul dan bertajwid.

12. Pengisian Kurikulum (Elemen Merentas Kurikulum)

Bahasa : Potongan ayat Al-Quran

Nilai Murni : Tolong Menolong, keberanian, prihatin

Kreativiti : Pergerakan kreatif – Audio

13. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

KB: menyelesaikan soalan dengan menggunakan kaedah yang betul

KP: visual, interpersonal dan kinestetik

BCB: menterjemahkan hukum tajwid dalam bentuk visual

14. Bahan Bantu Mengajar

Page 3: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

2

Bil. Perkara Jumlah

1 Al-Quran 1

2 Komputer (LCD) 1

3 Radio 1

4

Lembaran kerja

Pengayaan

Pemulihan

(Muhammad, Danish, Aqil, Ubaidillah, Aizzul,

Alyaa, Fatimah, Wafaa, Umairah)

27

10

15. Pengetahuan Sedia Ada

i. Murid pernah membaca Surah Fussilat ayat 1 – 38 dengan betul dan bertajwid.

ii. Murid pernah menunjukkan contoh hukum tajwid mim sakinah.

Page 4: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

3

Langkah /

Masa Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Catatan

Set Induksi

(5 minit)

08:10-08:15

Al-Quran

Murid mendengar guru

menyebut nombor

muka surat surah

Fussilat.

Murid diminta

membuka Al-Quran

dan mencari muka

surat tersebut.

BBM

Al-Quran

KB

menghubung

kait

BCB

memproses

maklumat

Strategi

pembelajaran

kontekstual

Langkah 1

(20 minit)

08:15-08:35

Membaca surah

Fussilat dengan baik

Murid melihat potongan

ayat Al-Quran.

Murid mendengar

bacaan guru.

Murid membaca

mengikut bacaaan

guru.

Guru memperbaiki

bacaan murid yang

lemah.

Membaca secara

talaqqi dan

musyafahah.

BBM

Potongan ayat

Al-Quran

KB

menyelesaikan

masalah

Pendekatan

berpusatkan

murid

Teknik

Talaqqi

Musyafahah

Nilai Murni

Keyakinan

Page 5: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

4

Langkah /

Masa Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Catatan

Langkah 2

(15 minit)

08:35-08:50

Soalan Tajwid

1. Hukum Mim

Sakinah

sila rujuk lampiran 1

Beberapa orang murid

dipilih secara rawak

untuk menjawab soalan

tajwid yang

mengandungi hukum

mim sakinah.

Murid membincang

jawapan tersebut

bersama guru.

BBM

Nota hukum

tajwid

Pendekatan

berpusatkan

bahan

Teknik

Soal jawab

KP

intrapersonal

Penilaian

Objektif (i)

Page 6: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

5

Langkah /

Masa Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran Catatan

Langkah 3

(15 minit)

08:50-09:05

Lembaran Pengayaan

sila rujuk lampiran 2

Lembaran pemulihan

sila rujuk lampiran 3

Pengayaan

Murid yang telah

menguasai topik

diberikan lembaran

kerja pengayaan.

Pemulihan

Guru membimbing

murid yang lemah

membaca tulisan jawi.

BBM

lembaran kerja

Nilai

kerajinan

BCB

memproses

maklumat

KB

menjana idea

Penutup

(5 minit)

09:05-09:10

Kognitif

Rumusan isi

pelajaran

Sosial

Pujian atas usaha

dan kejayaan

Murid menyatakan ciri

perbezaan antara

hukum mim sakinah.

Guru memberikan

pujian atas sikap murid

yang bekerjasama

ketika menjalankan

aktiviti.

KB

merumus

KP

verbal linguistik

intrapersonal

Page 7: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

6

16. Refleksi

27/37 orang murid dapat menguasai tajuk pada hari ini. Murid berjaya memahami konsep

nun sakinah dan menguasai dengan menyebut contoh-contoh potongan ayat yang betul

di setiap pembahagian hukum tajwid nun sakinah. Sebahagian murid masih tidak faham.

Perlu mengajar dengan aktiviti lain dalam P&P akan datang.

17. Kekuatan

Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah

perancangan P&P saya yang dapat menarik menimbulkan minat murid untuk belajar.

Semasa aktiviti soal jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan kerjasama yang

baik semasa menjawab soalan. Apabila jawapan mereka betul, saya memberi pujian dan

dapat dilihat kepuasan pada air muka mereka. Apabila mereka dapat menjawab dengan

betul, terbukti mereka memahami pengajaran yang saya sampaikan.

18. Kelemahan

Kelemahan dan kekurangan yang dapat dikenalpasti dalam pelaksanaan tugas

pengajaran makro saya ialah tidak menghuraikan maksud setiap nama hukum nun mati

dengan baik. Semasa melihat semula rakaman makro teaching saya, didapati saya tidak

menyebut maksud bagi istilah setiap hukum nun mati. Saya juga perlu memahami maksud

setiap jenis hukum tajwid dan pengetahuan mendalam guru tentang hukum tajwid amat

penting. Saya hendaklah membuat persiapan awal yang mencukupi untuk mengelakkan

perkara yang sama berlaku lagi. Masalah yang kedua saya ialah ketepatan mengikut

masa. Ketepatan masa amat penting bagi memastikan proses P&P berjalan dengan baik

dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan Rancangan Pengajaran Harian

(RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu

langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan proses pengajaran yang diajar dalam

tempoh sekejap dan menyebakan masa diambil untuk dilakukan pada sesuatu langkah

yang lain.

Page 8: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

7

19. Cadangan penambahbaikan

Setiap kelemahan yang dikesan memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti

pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dalam tugasan

makropengajaran, penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah saya perlu

menjelaskan definisi bagi setiap jenis yang terkandung dalam hukum nun mati seperti

Idgham Mitslain, Ikhfa Syafawi, dan Izhar Syafawi supaya murid dapat memahami dengan

jelas nama hukum tajwid tersebut. Selain itu, ketepatan penggunaan masa menyampaikan

pelajaran. Saya akan cuba menepati masa dalam RPH bagi melancarkan P&P saya. Hal

ini juga akan memudahkan saya untuk menyelesaikan setiap bahagian penyampaian

pengajaran saya dari permulaan sesi pengajaran sehingga tamat.

20. Ulasan Guru Pembimbing / Pensyarah Penyelia

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

____________________________________

Page 9: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

8

Lampiran 1 (Nota Tajwid)

Page 10: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

9

Lampiran 2 (Lembaran Pengayaan)

Page 11: RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

10

Lampiran 3 (Lembaran Pemulihan)

Soalan : Senaraikan huruf-huruf bagi hukum tajwid di bawah: