rancangan pengajaran harian norihan

Upload: onnie-pijey

Post on 08-Aug-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    1/16

    SN 3O18- Muka Surat 1

    MATA PELAJARAN : Sains

    KELAS : 5 Cempaka

    BILANGAN PELAJAR : 35 orang

    TARIKH : 14 Februari 2013

    MASA/JANGKAMASA : 11:10 12:10 pagi ( 60 minit)

    BIDANG : Menyiasat Alam Kehidupan

    TOPIK : Kemandirian Tumbuhan

    OBJEKTIF PELAJARAN/ :

    Murid akan dapat memahami pelbagai tumbuhan mempunyai cara tersendiri untuk

    mengekalkan kemandirian spesies.

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Murid menamakan 4 agen penyebaran biji benih atau buah dengan melihat

    tayangan powerpoint.

    2. Murid menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 ciri-ciri biji dari 10 biji benih atau

    buah yang dikenalpasti.

    3. Murid mengelaskan biji benih atau buah mengikut cara penyebarannya dengan

    merujuk kepada dua puluh senarai biji benih atau buah yang diberikan .

    4. Murid mengenalpasti cara penyebaran biji benih atau buah yang diberikan setelah

    membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri yang ada pada biji atau buah yang diberikan.

    5. Murid menyenaraikan lebih daripada 3 biji benih atau buah yang di sebarkan oleh

    agen penyebaran masing-masing.

    6. Murid menerangkan mengapa pokok nipah banyak terdapat di tepi sungai, pokok

    betik boleh tumbuh di merata tempat , pokok kelapa banyak hidup di pinggir pantai

    apabila melihat gambar yang diberikan dengan mengaitkan ciri-ciri yang ada pada

    buah atau biji benih tumbuhan tersebut.

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    2/16

    SN 3O18- Muka Surat 2

    7. Murid menamakan lebih 15 jenis biji benih atau buah berdasarkan gambar bercetak

    yang dikenalpasti.

    8. Murid mengelaskan dan mencirikan 24 biji benih dan buah dengan membuat satu

    set model yang menarik.

    STRATEGI/KAEDAH:

    Kaedah induktif, kaedah sintesis, kaedah perbincangan, kaedah cerita, kaedah soal jawab,

    Membuat pemerhatian/pengamatan, Mengenal pasti kesamaan, mengingat kembali

    fakta,bersoaljawab, perbincangan, sumbangsaran,

    PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID:

    1. Murid mengetahui keperluan asas tumbuhan iaitu karbon dioksida, garam mineral, air

    dan cahaya matahari untuk memastikan tumbuhan boleh terus hidup.

    2. Murid mengetahui, cara pembiakan beberapa jenis tumbuhan seperti buah durain,

    rambutan adalah melalui biji benih.

    3. Murid mengenal nama-nama biji benih atau buah seperti teratai, kelapa, kacang bendi,

    nipah, pinang, lalang dan kemuncup. .

    4. Murid mengetahui habitat tumbuhan tertentu seperti teratai hidup di air, nipah hidup di

    tepi sungai, buah-buahan hidup di dusun.

    KEMAHIRAN PROSES SAINS:

    1. Membuat ramalan terhadap cara penyebaran biji benih atau buah berdasarkan ciri-ciri

    mereka.

    2. Berkomunikasi dengan rakan sebaya dan guru di dalam keadaan terkawal semasa

    aktiviti sedang dijalankan.

    3. Membuat hipotesis tentang ciri-ciri biji benih atau buah dengan cara penyebarannya.

    4. Membuat pemerhatian terhadap ciri-ciri biji benih dan buah yang yang dikenalpasti.

    5. Mengelaskan biji benih atau buah mengikut ciri-ciri buah dengan cara penyebarannya.

    6. Membuat inferens tentang cara penyebaran biji benih dan buah.

    7. Membuat hipotesis tentang ciri-ciri biji benih atau buah dengan cara penyebarannya.

    KEMAHIRAN MANIPULATIF:

    1. Mengendalikan biji benih dan buah yang diberikan dengan betul.

    2. Menyimpan bahan dan bikar dengan selamat.

    3. Memotong, menampal gambar dan memnghasilkan set bahan pameran.

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    3/16

    SN 3O18- Muka Surat 3

    KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS:

    1. Mencirikan biji benih atau buah yang diperhatikan.

    2. Membanding dan membezakan ciri-ciri atau buah berdasarkan ciri-ciri dan sifat fizikal biji

    benih atau buah yang dikenalpasti.

    3. Menjanakan idea tentang cara tumbuhan kemuncup disebarkan

    4. Menghubungkaitkan ciri-ciri dan sfat fizikal biji benih atau buah dengan dengan cara ia

    disebarkan.

    5. Mengitlakkan tentang kumpulan tumbuhan yang mempunyai biji benih atau buah yang

    mempunyai rongga udara, kulit berlilin , boleh terapung disebarkan oleh air.

    6. Meramalkan cara penyebaran berdasarkan ciri-ciri dan sifat fizikal biji benih yang

    dikenalpasti.

    SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI-NILAI MURNI:

    1. Minat dan bersikap ingin tahu tentang tumbuhan lain yang disebarkan oleh agen-agen

    tertentu.

    2. Rajin dan tabah dalam membuat peta minda bersama ahli kumpulan.

    3. Bekerjasama di dalam kumpulan dan bersama guru.

    4. Yakin dan berdikari semasa membentangkan hasil perbincangan.

    5. Berkhemah tinggi dan menghormati rakan yang memberikan jawapan terhadap soalan yang

    dikemukakan oleh guru.6. Sistematik dalam melakukan aktiviti dan sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan

    oleh guru.

    SUMBER P&P:

    Keperluan Khas : 1.Sebuah komputer riba dan satu projektor LCD untuk keperluan

    guru.

    2. Kad pelbagai bentuk untuk perbincangan , membina set bahan

    pameran.

    3. Pen marker berwarna untuk menulis maklumat agen

    penyebaran dan ciri-ciri biji benih.

    4.Gam dan gunting untuk memotong dan menampal gambar pada

    kad.

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    4/16

    SN 3O18- Muka Surat 4

    Persediaan Guru : a. Slaid power point yang menunjukkan maksud kemandirian.

    Peta minda agen penyebaran biji benih atau buah, contoh-

    contoh biji benih atau buah yang disebarkan oleh agen air ,

    angin, mekanisme letupan , haiwan dan manusia.

    b. Slaid powerpoint berbentuk kuiz.

    c. Bahan maujud- biji benih /buah pinang, nipah, bendi,

    rambai,teratai, markisa,cili, angsana, lalang, kemuncup, kelapa,

    kelapa sawit, petai burung, cermai, limau.

    d. Gambar bercetak pelbagai jenis biji benih dan buah.

    LANGKAH/

    MASA

    ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN

    PENGAJARAN

    CATATAN

    ORIENTASI

    (5 minit)

    Pengenalan

    kepada tajuk:

    KEMANDIRIAN

    TUMBUHAN

    cara tumbuhan

    menyebarkan biji

    benih atau buah

    untuk mengelakkan

    berlakunya

    kepupusan

    1. Guru menunjukkan buah rambai

    kepada murid.

    2. Murid memerhatikan buah yang

    ditunjukkan,.

    3. Guru meminta ketua kumpulan

    mengambil buah rambai untuk rakan

    kumpulan masing-masing.

    4. Guru meminta murid merasa buah dan

    memerhatikan biji benih buah tersebut.

    3.Guru bersoal jawab dengan murid

    dari manakah asalnya buah rambai ini?

    Siapakah yang membawa buah rambai

    ini sehingga sampai kepada kamu

    semua?

    4 Murid menjawab soalan guru.

    5. Guru mengulas jawapan yang

    diberikan oleh murid-murid.

    6.Guru memperkenalkan tajuk

    pelajaran: Kemandirian Tumbuhan

    KPS

    Memerhati

    Meramal

    Membuat

    hipotesis

    NILAI :

    Mengkagumi

    ciptaan Tuhan

    Nilai estetika

    BBM:

    Slaid power poin

    Buah rambai

    KBKK:

    Membuat inferen

    menjana idea

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    5/16

    SN 3O18- Muka Surat 5

    LANGKAH/

    MASA

    ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARA DAN

    PENGAJARAN

    CATATAN

    PENCETUSAN

    IDEA

    (15 minit)

    Istilah

    Kemandirian

    Spesies.

    Agen penyebaran

    buah atau biji benih

    1.Manusia atau

    haiwan

    2.Air

    3. Udara4. Mekanisme

    Letupan

    3 Mengenalpasti

    ciri-ciri biji benih

    atau buah dan

    menghubungkait-

    kan dengan carapenyebarannya

    1. Guru memaparkan slaid power point

    tentang maksud kemandirian

    2. Murid memerhatikan tayangan

    Powerpoint

    LAMPIRAN B

    3. Guru bersoal jawab dengan murid.

    Contoh soalan;

    Selain angin apakah yang boleh

    membawa biji benih atau buah ke

    tempat lain ?4. Guru bersaoljawab dengan murid

    sambil memaparkan slaid powerpoint

    tentang agen dan ciri-ciri biji benih atau

    buah yang disebarkan oleh agen

    tertentu serta menunjukkan beberapa

    ciri buah seperti buah teratai

    .LAMPIRAN C

    5. Guru meminta ketua kumpulanmengambil bekas yang berisi pelbagai

    biji benih dan buah.

    LAMPIRAN D

    6.Guru meminta ketua kumpulan

    mengedarkan biji benih dan buah

    kepada ahli kumpulan masing-masing.

    7.Guru meminta murid memerhati struktur

    dan ciri-ciri biji benih dan buah yangdiperolehi.

    8.Guru menyediakan 4 bekas berlebel

    dengan nama 4 agen penyebaran

    a)Air, b) Angin

    c)Mekanisme Letupan d) Manusia /haiwan

    KPS

    Memerhati

    Meramal

    Membuat

    hipotesis

    NILAI :

    Berminat

    terhadap carapenyebaran biji

    benih.

    BBM:

    Slaid power poin

    pelbagai jenis

    buah;

    Contoh;Pinang

    Kelapa

    Markisa

    Cili

    Sena

    Limau

    Teratai

    nipahKBKK:

    Membuat

    perbandingan

    menjana idea

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    6/16

    SN 3O18- Muka Surat 6

    LANGKAH/

    MASA

    ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN

    PENGAJARAN

    CATATAN

    5.Guru meminta meminta murid

    meletakkan biji benih atau buah yang

    ada pada mereka mengikut agen

    penyebarannya pada bekas yang

    disediakan.

    7. Setiap murid meletakkan biji benih

    atau buah di dalam bekas mengikut

    cara ia disebarkan

    8. Guru menyemak sambil berbincang

    dengan murid tentang biji benih atau

    buah yang telah dimasukkan ke dalambekas.

    PENSTRUKTURAN

    SEMULA IDEA

    Langkah 3

    (+27 minit)

    Mengaplikasikan

    pengetahuan yang

    diperolehi dengan

    menyenaraikan

    buah atau biji benih

    yang disebarkanoleh agen yang

    tertentu berdasarkan

    ciri-ciri yang

    dikenalpasti

    -Menilai hasil aktiviti

    1. Guru menerangkan kepada murid

    tentang aktiviti yang akan dijalankan

    2. Guru mengedarkan 24 gambar

    bercetak biji benih dan buah

    LAMPIRAN F

    3. Guru meminta ketua kumpulanmengambil bahan untuk aktiviti iaitu,

    marker pen, kertas manila,

    gam dan gunting.

    4. Murid menjalankan aktiviti; membina

    model peta minda mengikut kreativiti

    masing-masing dengan menggunting

    gambar biji benih dan buah dan

    menampal gambar mengikut agenpenyebaran di atas kad pelbagai

    bentuk.

    5. Guru meminta murid menggantung

    hasil yang telah dibuat ditempat yang

    ditetapkan

    KPS

    Memerhati

    Mengelas

    Berkomunikasi

    Membuat

    generalisasiMencirikan

    NILAI :

    Bekerja sama

    Berfikiran kreatif

    dan kritis

    Tabah

    Berani mencuba

    RajinBBM:

    Marker pen

    Kad manila

    Gambar berceta

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    7/16

    SN 3O18- Muka Surat 7

    LANGKAH/

    MASA

    ISI PELAJARAN AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN

    PENGAJARAN

    CATATAN

    6. Murid menggantung model peta

    minda di tempat yang ditentukan

    7. Guru meminta semua kumpulan

    melawat dan melihat hasil model peta

    minta kumpulankumpulan yang lain.

    LAMPIRAN G

    .

    KBKK:

    Menjana idea

    Menghubungkait

    kan

    APLIKASI

    IDEA

    Penilaian

    (+12 minit)

    Menguji

    Pemahaman murid

    Tentang nama-nama

    , ciri-ciri dan agen

    penyebaran biji

    benih atau buah

    yang telah dipelajari

    Kuiz berkumpulan

    -.

    .

    1.Guru menerangkan cara kuiz dijalankan

    - 6 kumpulan yang terdiri daipada

    murid berbeza kecerdasan dan

    jantina.

    3.Guru menerangkan peraturan

    pertandingan.

    4. Murid memilih nombor soalan yang

    tertera di paparan power point.

    5. Murid menjawab soalan yang tertera

    pada slaid power point.

    LAMPIRAN H

    6.Wakil murid mencatatkan markahsetiap kumpulan.

    7.Guru mengira markah dan mengiktiraf

    pemenang.

    KPS

    Meramal

    Mencirikan

    Membuat

    pemerhatian

    NILAI :

    Tabah

    Yakin

    Berani mencuba

    BBM:

    Slaid powerpoint

    Soalan kuizKBKK:

    Menjana idea

    menghubungkait

    an

    REFLEKSI

    (3 minit)

    Pengetahuan

    tentang apa yang

    telah dipelajari dandikaitkan dengan

    keadaan seharian

    dan persekitaran

    1. Murid membuat kesimpulan bahawa

    tumbuhan yang berbeza mempunyai

    cara penyebaran yang berbeza2. Murid membuat kesimpulan

    bahawa tumbuhan perlu

    disebarkan untuk mengelakkan

    kepupusan.

    KPS

    Membuat

    generalisasi

    NilaiYakin

    KBKK

    Membuat

    ramalan

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    8/16

    SN 3O18- Muka Surat 8

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    9/16

    SN 3O18- Muka Surat 9

    Penilaian merujuk kepada sebarang aktiviti untuk mengukur tingkah laku pembelajaran

    murid dalam pelbagai aspek, sama ada secara formal atau tak formal, dengan sistematik;

    berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Melaluipemerhatian daripada rakaman video pengajaran saya, saya dapat mengenal pasti seterusnya

    memperbaiki kelemahan dan masalah yang dihadapi saya dan murid dalam proses

    pembelajaran dan pembelajaran. Seterusnya langkah penambahbaikan dilakukan

    Dalam fasa orientasi, saya telah menggunakan bahan yang dapat menarik dengan

    memberikan murid-murid buah untuk dimakan. Murid sangat berminat dengan buah yang

    diberikan, mereka tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh saya seterusnya. Set

    induksi yang saya jalankan telah menarik minat murid untuk mengikuti pengajaran saya yang

    seterusnya berdasarkan pemerhatian terhadap sikap mereka yang begitu bersemangat. Setinduksi yang saya jalankan juga berkait rapat dan menjurus kepada tajuk kemandirian

    tumbuhan yang melibatkan biji benih atau buah. Kesediaan murid untuk terus mengikuti

    pengajaran yang seterusnya dapat saya perhatikan apabila mereka menumpukan perhatian

    terus kepada saya.

    Seterusnya dalam fasa pencetusan idea saya menggunakan paparan slaid

    powerpoint untuk menerangkan konsep kemandirian tumbuhan. Kesemua murid dalam kelas

    saya menumpukan perhatian terhadap tayangan slaid tersebut. Tambahan pula di dalam

    powerpoint saya terdapat animasi-animasi yang menarik. Semasa fasa ini dijalankan, sayamengemukakaan beberapa soalan yang memerlukan murid berfikir. Komunikasi yang berlaku

    adalah dua hala. Daripada soalan-soalan yang dikemukakan , saya dapat mengenal pasti

    pengetahuan murid-murid terhadap tajuk yang dipelajari. Berdasarkan daripada jawapan

    mereka, saya telah membentuk konsep dan pengetahuan baru kepada mereka. Contohnya,

    murid telah terbiasa dengan cara buah kelapa gugur dari pokok yang disebabkan oleh tiupan

    angin kencang. Oleh sebab itu, mereka menyatakan bahawa buah kelapa disebarkan oleh

    angin. Saya telah menyatakan bahawa, dengan melihat ciri-ciri yang ada pada buah kelapa,

    kita akan mengetahui bahawa, buah kelapa sebenarnya disebarkan oleh agen air.Murid jugatelah dapat menamakan pelbagai buah atau bji benih lebih dari lima jenis bagi setiap yang

    disebarkan mengikut agen masing-masing setelah menunjukkan contoh kepada mereka.

    Seterusnya dalam fasa aplikasi idea saya mengaplikasikan kemahiran memerhati

    dan mengelas. . Murid telah memerhati biji benih atau buah yang diberi. Murid seterusnya telah

    mengelaskan buah kepada kumpulan masing-masing mengikut agen penyebarannya.

    PENILAIAN

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    10/16

    SN 3O18- Muka Surat 10

    Walaupun keadaan murid nampak sangat begitu aktif, namun mereka menjalankan aktiviti

    dengan baik dan mematuhi arahan yang diberikan. Kebanyakan murid dapat mengelaskan

    buah atau biji benih dengan betul, cuma empat orang murid yang tersilap mengelas. Murid

    yang tersilap tersebut adalah disebabkan mereka terkeliru dengan biji benih yang disebarkan

    oleh mekanisme letupan dan angin, yang memandangkan ciri-ciri buah tersebut ringan dan

    nipis. Setelah saya membuat penilaian terdapat murid yang kurang pasti dengan ciri-ciri bijibenih atau buah dengan cara penyebarannya, saya telah mengulang penerangan tentang ciri-

    ciri biji benih atau buah tersebut. Murid juga dapat menjana pengetahuan mereka melalui

    penerangan dan pemerhatian tehadap ciri-ciri biji benih atau buah yang dikenalpasti.

    Dalam fasa penstrukturan semula idea, saya ingin mencungkil kemahiran , kreativiti

    serta mengesan pemahaman dan pengetahuan mereka. Aktiviti yang murid saya jalankan

    adalah aktiviti dalam kumpulan. Saya dapati, murid saya sangat rajin. Mereka dapat

    bekerjasama dengan baik. Mereka berminat dengan aktiviti hands on dan mind on seumpama

    ini. Mereka juga tidak segan untuk bertanya rakan lain sama ada rakan dalam kumpulan sendirimahupun rakan daripada kumpulan yang lain. Murid yang pasif dalam berkomunikasi juga telah

    menunjukkan komitmen yang tinggi apabila melakukan aktiviti seperti ini. Mereka bekerja

    dalam kumpulan dalam suasana yang mesra dan gembira. Murid juga telah menunjukkann nilai

    afektif dalam diri mereka dengan menyalurkannnya ke atas kerja yang mereka laksanakan.

    Murid-murid juga tidak malu dan segan untuk bertanya tentang beberapa jenis biji benih atau

    buah yag mereka tidak ketahui.

    Murid juga telah dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diberikan oleh saya melalui

    penerangan, soal jawab dan tayangan powerpoint yang telah ditunjukkan sebelumnya. Muridtelah dapat menyiapkan hasil mereka mengikut masa yang telah ditetapkan. Melalui aktiviti ini

    murid telah memperolehi nilai bekerjasama, hormat menghormati, menjaga kebersihan, berani

    memberikan pendapat, tabah dalam menyiapkan tugasan dan bertolak ansur serta tolong

    menolong di antara satu sama lain. Murid juga dapat mengamalkan sikap saintifik seperti

    membuat pemerhatian ke atas ciri-ciri biji benih atau buah, mengelas gambar-gambar mengikut

    cara penyebaran masing-masing, membanding dan membeza ciri-ciri biji benih atau buah yang

    dikenalpasti.

    Murid juga dapat meningkatkan kemahiran psikomotor mereka dengan aktivitimemotong gambar dan perkataan, menyusun dan menampal gambar dan perkataan di atas

    kad dan seterusnya menjadikannya sebagai model yang menarik dan digantung pada sudut di

    dalam makmal. Saya tidak memberikan panduan kepada murid untuk menghasilkan model

    rantaian , Cuma mencadangkan cara untuk menghasilkan model berbentuk rantai. Murid dapat

    menggunakan kreativiti mereka menyabung kad-kad dengan cara yang tersendiri. Sesetengah

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    11/16

    SN 3O18- Muka Surat 11

    kumpulan, menggunakan gam berpelekat, ada juga yang menggunakan kertas manila dengan

    menyambung secara berbeza, ada yang menggunakana double side tape, dan ada juga yang

    menggunakan stapler. Kemahiran sosial murid-murid juga dapat diperhatikan, apabila mereka

    dapat bekerjasama, tidak malu bertanya rakan dan bertanya kepada saya, serta membuat

    lawatan sosial ke kumpulan-kumpulan yang lain.

    Dalam fasa refleksi saya dapat menilai bahawa murid telah dapat memahami apayang telah diajar apabila mereka telah dapat menjawab soalan yang dipaparkan dalam

    permainan kuiz. Murid turut teruja memilih nambor yang dipaparkan. Murid sentiasa mencuba

    untuk menjawab soalan yang dikemukan. Walaupun ada sesetengah jawapan yang tidak dapat

    dijawab oleh murid berkenaan , namun rakan-rakan lain masih mengetahui jawapan tersebut

    apabila soalan dibuka kepada semua murid.

    Kesimpulan penilaian saya, murid telah dapat menujukkan kemajuan diri masing

    masing dari segi pengetahuan, kemahiran saintifik ,murid juga dapat menggunakan kemahiran

    psikomotor, dapat mencukil afektif mereka, menanam nilai dan sikap saintifik , mencungkilkreativiti murid, menjadikan murid berfikiran kreatif dan kritis, mereka juga menanam sikap dan

    nilai murni dengan bekerjasama, mereka berminat dengan setiap aktiviti serta mereka belajar

    dalam suasana yang penuh bersemangat ceria dan gembira. Pengajaran saya juga

    menunjukkkan keberkesanan apabila saya menempatkan murid yang berbeza gaya

    pembelajaran serta latar belakang murid, menggunakan teknik dan kaedah yang dapat menarik

    minat murid-murid disertai dengan sikap yang mesra dengan murid. Kesesuaian bahan amat

    penting untuk menyampaikan konsep ciri-ciri biji benih tumbuhan dengan cara ia disebarkan.

    Gabungan beberapa perkara yang penting ini,saya telah dapat mencapai objektif pengajaranyang saya kehendaki. Saya telah dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid-murid

    .tindakan susulan dari semasa ke semasa.

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    12/16

    SN 3O18- Muka Surat 12

    Alhamdulillah, akhirnya usaha yang saya curahkan pada tugasan ini telah dapat saya

    laksanakan sebaik mungkin. Pada permulaannnya, setelah mendengar taklimat dan maklumat

    mengenai kerja kursus ini, saya merasa amat resah kerana sudah agak lama saya tidak

    membuat tugasan seumpama ini, Alhamdulillah , dengan bantuan rakan-rakan PPG kelas Sains

    2, rakan -rakan sejawatan, ahli keluarga, dan inisiatif diri saya sendiri, sedikit -sedikit telah

    membantu saya untuk menambah kayakinan dan mempertingkatkan semangat bagi

    menyelesaikan tugasan Merancang Untuk Mengajar Sains.

    Tugasan yang diberikan mempunyai tiga peringkat yang perlu saya selesai dari satu

    peringkat kepada satu peringkat, kerana ia sangat berkaitan antara satu dengan yang lain.

    Tugasan yang pertama adalah.Merancang Pengajaran Harian, kedua menjalankan Pengajaran

    Makro dan Ketiga membuat penilaian pengajaran dan seterusnya membuat refleksi.

    Langkah pertama saya adalah memilih tajuk Kemandirian Tumbuhan. Saya mempunyai

    masalah untuk menentukan objektif pengajaran dan hasil pembelajaran. Setelah perjumpaan

    yang kedua bersama pensyarah pembimbing, saya telah dapat memahaminya. Di samping itu,

    saya juga telah menjalankan perbincangan bersama rakan sekelas iaitu Azahar bin Awang dan

    juga Tan Chun Lee. Langkah saya yang kedua adalah,merancang aktiviti, penyediaan media.

    Bagi mengatasi masalah ini, saya berbincanga dengan rakan sejawatan Puan Salina bt. Saidin

    tentang aktiviti dan kaedah yang sesuai . Beliau telah memberikan komitmen yang amat baik

    dan saya amat bersyukur.

    Langkah ketiga semasa menjalankan pengajaran saya menghadapi masalah teknikal

    tentang kamera video kepunyaan saya kerana kehilangan kabel untuk mencas baterinya. Saya

    berinisiatif meminjam dari rakan sejawatan saya. Masalah merakam pengajaran saya dapat

    saya atasi dengan meminta bantuan juruteknik di sekolah saya iaitu Cik Azian

    bt.Hamzah..Murid sangat teruja apabila pembelajaran mereka di dalam kelas dirakam. Mereka

    bersungguh-sungguh melakukan aktiviti kerana mereka memberitahu kepada saya bahawa

    mereka akan melihat kembali apa yang mereka telah lakukan. Saya bersyukur kerana murid-

    murid saya mengikut arahan dan dapat menjalankan aktiviti dengan baik. Mereka juga suka

    menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

    Walaubagaimanapun seterusnya masalah saya adalah menyediakan bahan atau

    media pengajaran. Iaitu menyediakan pelbagai jenis buah-atau biji benih yang pelbagai.

    REFLEKSI

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    13/16

    SN 3O18- Muka Surat 13

    Saya mengatasi masalah ini dengan meminta murid turut membawakan biji benih atau buah

    yang saya senaraikan. Saya bersyukur kerana murid telah dapat membawa begitu banyak

    buah dan biji benih tumbuhan.

    Saya turut menyediakan slaid powerpoint bagi penerangan konsep serta powerpoint

    berbentuk kuiz. Saya mengambil masa yang agak lama menyiapkan bahan tersebut.

    Walaubagaimanapun saya telah dapat menyiapkan powerpoint saya dengan pelbagaianimasi menarik dengan cadangan rakan saya Encik Musa bin Jelani memuat turun animasi

    dari laman heatersanimation. Paparan Powerpoint yang saya sediakan amat menarik minat

    murid.

    Semasa saya menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran, terdapat beberapa

    kekuatan . Murid dapat menguasai Kemahiran Proses Sains. Dalam aktiviti pengajaran

    yang saya jalankan melalui kaedah inkuiri , murid menjalankan pemerhatian terhadap

    tayangan slaid . Semasa set induksi, saya menggunakan kaedah melihat dan merasa. Murid

    melihat dan merasa buah yang disediakan. Mereka telah diterapkan dengan kemahiranmemerhati, iaitu menggunakan deria penglihatan dan deria rasa sentuhan dan juga bau

    Dengan kaedah ini, murid bukan sahaja teruja dan berminat untuk mengikuti isi pelajaran

    yanag seterusnya malahan mereka dapat juga mengingati fakta dengan lebih berkesan lagi.

    Aktiviti yang dijalankan oleh murid dapat menarik minat murid dan murid sentiasa aktif

    menjalankan aktiviti. Sikap saya yang suka berjenaka dan memberi layanan yang mesra

    menjadikan murid sentiasa gembira dan bersemangat menjalankan setiap aktiviti. mereka.

    Penggunaan bahan maujud berupa buah atau biji benih telah dapat membantu saya

    menerangkan ciri-ciri biji benih dan buah dengan lebih jelas. Murid juga dapat mengenalbeberapa biji benih atau buah yang sebelum ini belum pernah dilihat seperti buah angsana ,

    markisa dan teratai secara dekat. Saya telah menyatupadukan kegiatan hands-on dan

    minds- on . Kaedah ini juga dapat membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

    yang melibatkan murid secara aktif supaya mereka dapat membentuk pemikiran yang

    analitik,kritis,inovatif dan kreatif. Tugasan yang diberikan juga dijalankan secara

    berkumpulan telah dapat yang mengalakkan perasaan positif serta saling menghargai,

    menyokong dan menghormati sesama sendiri. Aktiviti berkumpulan seperti membuat peta

    minda dan pertandingan kuiz, telah dapat menanam sikap positif seperti bekerjasama, sikapkepimpinan bagi ketua dan penolong kumpulan. Manakala, bagi murid lain dalam kumpulan

    akan dapat menanam sikap patuh pada arahan ketua.

    Semasa menjalankan aktiviti yang melibatkan kamahiran seperti memilih dan

    memotong gambar, aktiviti ini telah dapat meningkatkan penguasaan kemahiran manipulatif

    murid-murid.Pengajaran saya telah dapat memenuhi gaya pembelajaran murid. Terdapat

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    14/16

    SN 3O18- Muka Surat 14

    sesetengah murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza sama ada yang

    kinestatik, yang suka kepada aktiviti hands on mereka akan dapat memenuhi naluri apa

    yang mereka inginkan iaitu dengan cara bergerak dan melakukan aktiviti yang melibatkan

    aktiviti yang aktif.

    Penggunaan slaid power point telah dapat mengatasi masalah penyediaan bahan

    maujud, iaitu buah atau biji benih yang sukar diperolehi. Saya telah memuat naik gambar-gambar buah atau biji benih melalui internet seperti buah saga, buah durian, buah getah,

    buah keembung dan sebagainya. Murid dapat mengenal buah atau biji benih daripada

    paparan gambar yang ditunjukkan. Penggunaan slaid ini bukan saya memudah kan

    pengajaran saya, malah ia dapat menarik minat murid memberikan tumpuan terhadap fakta

    dan maklumat yang ingin disampaikan apatah lagi apabila disertakan beberapa animasi

    yang menarik pada tayangan powerpoint tersebut. Kuiz yang dijalankan menggunakan

    powerpoint juga sangat menarik minat murid .

    Kekuatan- menempatkan murid dari pelbagai jantina dan personaliti. Murid yangaktif dapat membantu murid yang pasif. Namun, walaubagaimanapun, murid yang pasif

    dapat membantu kumpulan apabila menyediakan peta minda dan menyenaraikan nama-

    nama tumbuhan mengikut ciri-ciri dan cara penyebaran secara bertulis. Dari ketepatan

    masa, melalui Rancangan Pengajaran yang telah disediakan dan menetapkan dan

    memperuntukakkan masa mengikut fasa, saya telah dapat menyusun masa bertepatan

    dengan setiap fasa atau aktiviti yang saya jalankan. Ini dapat membantu saya menjalankan

    pengajaran dengan lancar.

    Walaubagaimanapun terdapat juga kelemahan dari diri saya ,kaedah pengajaransaya .Di antara kelemahan yang dikenalpasti semasa pembelajaran dan pengajaran yang

    telah dijalankan adalah ada di antara murid yang pasif dan memerlukan bimbingan.

    Semasa menjalankan penyiasatan ke atas biji benih atau buah, dan semasa melakukan

    aktiviti, terdapat beberapa orang murid terlalu aktif. perlu di awasi dan sentiasa dibimbing.

    Murid yang aktif menguasai aktiviti. Murid-murid yang aktif mengawal segala aktiviti.

    Keburukan yang dapat diperhatikan adalah, murid yang pasif akan terus pasif .Mereka tidak

    mahu melibatkan diri secara aktif. Murid-murid tersebut tidak dapat menguasai kemahiran

    proses sains mahupun kemahiran manipulatif.Bahan maujud tidak mencakupi kesemua jenis tumbuhan. Memandangkan

    kesukaran mendapatkan biji benih atau buah,contohnya biji buah teratai menyebabkan

    kesukaran murid untuk memerhati struktur buah tersebut dengan teliti. Untuk memperbaiki

    proses pembelajaran dan pengajaran, cadangan penambahbaikan perlu saya jalankan

    antaranya adalah dengan memastikan jumlah bahan dan alatan mencukupi. Jumlah

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    15/16

    SN 3O18- Muka Surat 15

    peralatan termasuklah bahan dan radas hendaklah sentiasa disemak dari semasa ke

    semasa supaya memenuhi keperluan dengan jumlah pelajar dan menepati tajuk yang saya

    ajar.

    Seterusnya kelemahan saya adalah tidak menegaskan arahan prosedur

    ,keselamatan dan semangat kerjasama. Arahan prosedur dan langkah keselamatan perlu

    saya ditegaskan beberapa kali supaya murid tidak melakukan aktiviti sesuka hati mereka.Terutama apabila ia melibatkan aktiviti berkumpulan. Peralatan dan bahan perlu mencukupi

    untuk dijalankan dalam kumpulan yang lebih kecil semaksima empat orang sahaja.

    Terdapat beberapa kelemahan yang telah saya lakukan dalam pengurusan masa.

    Contohnya aktiviti yang memerlukan masa yang banyak, seperti kuiz, saya terpaksa

    mengemukakan soalan yang selebihnya secara terbuka kepada semua murid

    Dengan siapnya tugasan ini, maka masa yang telah saya luangkan untuk

    tugasan ini adalah sangat berbaloi. Banyak ilmu yang diperolehi demi menyiapkan

    tugasan ini. Syukur ,akhirnya tugasan ini mampu dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai

    penutup kata, ingin saya mengucapkan penghargaan sekali lagi diatas segala kerjasama

    dan kolaborasi yang telah djalankan dan semoga ia membantu dalam pencapaian saya

    pada masa-masa akan datang. Akhir kata Resiliens yang tinggi penting untuk terus

    cemerlang

    ~~ sekian ~~

    Norihan binti Arsad

    (730212-08-6294)

    16.03.2013

    11:23 pm

  • 8/22/2019 Rancangan Pengajaran Harian Norihan

    16/16

    SN 3O18- Muka Surat 16

    Lim Yean Ching, Low Swee Neo (2005) Fokus UPSR Sains,Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Bangi.

    Selangor.

    Marni Baharom , Emcee Voo (2007) UPSR Bilingual Science Year 5, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

    Shah Alam Selangor

    Huraian Sukatan Pelajarn Tahun Lima, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains.htm

    http://search.searchamong.com/searchview.php?query=GAMBAR+BIJI+BENIH+ANGSANA&cat=i

    mages&start=1

    http://www.heathersanimations.com/

    RUJUKAN

    http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains.htmhttp://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains.htmhttp://search.searchamong.com/searchview.php?query=GAMBAR+BIJI+BENIH+ANGSANA&cat=images&start=1http://search.searchamong.com/searchview.php?query=GAMBAR+BIJI+BENIH+ANGSANA&cat=images&start=1http://www.heathersanimations.com/http://www.heathersanimations.com/http://www.heathersanimations.com/http://search.searchamong.com/searchview.php?query=GAMBAR+BIJI+BENIH+ANGSANA&cat=images&start=1http://search.searchamong.com/searchview.php?query=GAMBAR+BIJI+BENIH+ANGSANA&cat=images&start=1http://www.moe.gov.my/bpk/sp_hsp/sains.htm