rancangan pengajaran harian model assure

Upload: urishna-nadarajan

Post on 01-Mar-2016

12 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian Model ASSURE

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian (Mengikut Model ASSURE)Nama GuruFlorence A/P Gnaprakasam

Mata PelajaranReka Bentuk & Teknologi

Kelas4 Ceria

Tarikh10 April 2015 (Jumaat)

Masa9.00 10.00 pagi (60 minit)

Bilangan Murid15 murid (Lelaki : 6 Perempuan : 9)

TajukJahitan

Standard Pembelajaran Murid dapat menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan riben. Murid dapat memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan. Murid dapat menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih.

Analisis PelajarCiri Umum PelajarPengetahuan Sedia AdaGaya Pembelajaran

Murid-murid tinggal di kawasan pedalaman iaitu kawasan ladang atau kampung. Berada dalam kumpulan keluarga sederhana dari segi pencapaian akademik dan sosioekonomi.Murid pernah melihat bahan hiasan pada pakaian yang dijual di kedai atau pasar malam.Murid-murid cenderung ke arah gaya pembelajaran visual dan pengalaman langsung (kaedah demonstrasi dan hands on)

Menyatakan ObjektifDi akhir pengajaran hari ini, murid dapat; 1. Menyatakan 4 daripada 5 jenis bahan hiasan.2. Memilih bahan hiasan yang sesuai mengikut artikel jahitan.3. Menghasilkan sebuah artikel jahitan dengan hiasan yang menarik menggunakan bahan hiasan yang telah dipilih.

Memilih kaedah, media dan sumberKaedahKuliah, Soal Jawab, Demonstrasi dan Hands on. MediaTayangan Video, power pointAlat dan bahan sumber yang diperlukanKomputer dan LCD

Menggunakan Media dan BahanBahan yang digunakan ialah satu klip video yang tempoh tayagannya selama 8 minit. Video ini berjudul Cara Penghiasan Artikel Jahitan bagi topik Jahitan. Ia mengandungi gambar pegun, bahan grafik, rakaman video (lakonan), montaj, teks, dan suara latar.

Melibatkan PelajarSet Induksi : (5 minit) Guru menunjukkan permainan menyolek dan mendandan Barbie Doll. Guru meminta murid-murid untuk memberi cadangan bagi memilih solekan, pakaian, barang-barang hiasan yang sesuai bagi Barbie Doll itu. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai permainan dan tujuan permainan tersebut.

Langkah 1 : (15 minit) Guru menunjukkan gambar tentang bahan-bahan hiasan yang terdapat dalam pakaian dan juga artikel jahitan dalam bentuk persembahan power point. Guru memberikan penerangan tentang kegunaan bahan hiasan tersebut dalam artikel jahitan. Guru meminta murid untuk menyebut mana-mana 4 bahan hiasan yang telah ditunjukkan.

Langkah 2 : (10 minit) Guru mengagihkan murid kepada 5 kumpulan, iaitu 3 orang murid dalam setiap kumpulan. Guru menyuruh murid untuk memilih bahan-bahan hiasan yang sesuai bagi artikel jahitan mereka. Guru membimbing murid untuk memilih bahan-bahan hiasan.

Langkah 3 : (25 minit)Aktiviti 1 Guru menyampaikan topik pengajaran dengan menayangkan video yang berjudul Cara Penghiasan Artikel Jahitan bagi topik Jahitan kepada murid-murid. Murid-murid diminta untuk memerhati langkah-langkah penghiasan artikel jahitan seperti yang ditunjukkan dalam video yang ditayangkan.Aktiviti 2 Murid dalam kumpulan masing-masing akan bekerjasama untuk menghias artikel jahitan mengikut cara-cara yang ditunjukkan dalam video. Guru akan membimbing murid semasa mereka menggunakan alatan-alatan tajam seperti jarum.

Rumusan dan Penutup : (5 minit) Guru membuat rumusan mengenai aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari ini. Guru menerapkan elemen keusahawanan, di mana artikel jahitan mereka, boleh dijadikan sebagai bahan jualan untuk mendapatkan hasil bagi usaha gigih mereka.

Penilaian Pencapaian murid dapat dinilai dari; Penilaian berbentuk formatif iaitu secara verbal pada akhir langkah 1. Hasil hiasan artikal jahitan pada Aktiviti 2 dengan berpandukan unsur-unsur yang terdapat dalam borang penilaian.

Penambahbaikan yang dibuat; Guru perlu memantau dan membimbing murid semasa menghias artikel jahitan. Guru perlu menerapkan aspek keselamatan penggunaan alatan jahitan tajam seperti jarum semasa aktiviti menjahit bahan hiasan pada artikel jahitan. Guru perlu menerapkan nilai bertolak ansur dan bekerjasama dalam kumpulan, di mana setiap murid mempunyai peranan/tanggungjawab dalam kumpulan tersebut.