rancangan pengajaran harian kssr sains tahun 4

4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR SAINS TAHUN 4 MATA PELAJARAN : SAINS KELAS : 4 HUJUNG MASA : 8.30 – 9.30AM BILANGAN MURID : 30 orang TEMA : BUMI DAN SAINS ANGKASA STANDARD KANDUNGAN : 9.1 SISTEM SURIA STANDARD PEMBELAJARAN : 9.1.1, 9.1.2, 9.1.4 OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat: 1. Memerihalkan sekurang-kurangnya tiga ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, komet melalui pemerhatian menerusi pelbagai media. 2. Membuat urutan planet dalam Sistem Suria dengan menjalankan aktiviti. 3. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,penulisan atau lisan KEMAHIRAN PROSES SAINS : Memerhati, menggunakan perhubungan ruang dan masa serta berkomunikasi AKTIVITI PEMBELAJARAN : 1. Set Induksi – Guru memaparkan klip video tentang Sistem Suria. The Solar System Song - YouTube2.mp4

Upload: princess-fiena

Post on 19-Jan-2017

467 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan pengajaran harian kssr sains tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR SAINS TAHUN 4

MATA PELAJARAN : SAINS

KELAS : 4 HUJUNG

MASA : 8.30 – 9.30AM

BILANGAN MURID : 30 orang

TEMA : BUMI DAN SAINS ANGKASA

STANDARD KANDUNGAN : 9.1 SISTEM SURIA

STANDARD PEMBELAJARAN : 9.1.1, 9.1.2, 9.1.4

OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Di akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

1. Memerihalkan sekurang-kurangnya tiga ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari, planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, komet melalui pemerhatian menerusi pelbagai media.

2. Membuat urutan planet dalam Sistem Suria dengan menjalankan aktiviti.

3. Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK,penulisan atau lisan

KEMAHIRAN PROSES SAINS : Memerhati, menggunakan perhubungan ruang dan masa serta berkomunikasi

AKTIVITI PEMBELAJARAN :

1. Set Induksi – Guru memaparkan klip video tentang Sistem Suria.The Solar System Song - YouTube2.mp4

2. Isi kandungan:Ahli-ahli dalam sistem suria.pptxMenyatakan dan memerihalkan ahli dalam Sistem Suria

- Guru mengagihkan set kad imbas ahli-ahli dalam Sistem Suria iaitu Matahari, planet-planet, satelit semula jadi, asteroid, meteoroid, komet kepada murid-murid di dalam kumpulan kecil masing-masing.

Page 2: Rancangan pengajaran harian kssr sains tahun 4

- Guru meminta murid-murid menamakan setiap ahli di dalam Sistem Suria berdasarkan klip video yang dipersembahkan oleh guru.

- Guru mempamerkan carta ahli-ahli di dalam Sistem Suria. (Sila rujuk lampiran A)

- Guru meminta murid-murid memerihalkan ahli-ahli di dalam Sistem Suria.

- Murid-murid bertukar kad imbasan di dalam kumpulan masing-masing sebagai pengukuhan.

Menyusun planet-planet di dalam Sistem Suria mengikut urutan.

- Guru menyebut nama-nama planet di dalam Sistem Suria mengikut urutan bermula dengan planet yang lebih dekat dengan Matahari.

- Murid-murid yang memakai kad imbasan yang dipanggil akan berbaris mengikut susunan yang betul di dalam kumpulan kecil masing-masing.

- Guru-guru menyebut nama-nama planet di dalam Sistem Suria mengikut urutan bermula dengan planet yang paling jauh dari Matahari.

- Murid-murid yang memakai kad imbasan yang dipanggil akan berbaris mengikut susunan yang betul di dalam kumpulan kecil masing-masing.

- Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengukuhan kepada murid-murid.

- Guru dan murid-murid membuat perbincangan berkaitan lembaran kerja di dalam kelas.

3. Penutup- Sebagai penutup, murid-murid diminta menyanyikan lagu

planet.Lagu - 8 buah planet - YouTube.flv

ELEMEN MERENTAS : - Bahasa, Teknologi Maklumat dan KomunikasiKURIKULUM (EMK) - Murid-murid ditanamkan minat dan bersifat ingin tahu tentang

alam sekeliling, menghargai sumbangan sains dan teknologi, bekerjasama serta mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.

BAHAN BANTU BELAJAR : Kad imbasan, klip video, buku teks, lembaran kerja.

LEMBARAN KERJA.docx

Page 3: Rancangan pengajaran harian kssr sains tahun 4

PENILAIAN PENGAJARAN & :PEMBELAJARAN

REFLEKSI :

Lampiran A (Carta )

Matahari

Pusat sistem suria

Membekalkan cahaya dan haba

Objek yang mengelilingi planet.

Contoh satelit semulajadi bagi planet Bumi ialah Bulan

Satelit Semulajadi

Page 4: Rancangan pengajaran harian kssr sains tahun 4