rancangan pengajaran harian kssr matematik tahun 2

Upload: jessica-johnson

Post on 18-Jan-2016

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Matematik Tahun 2 ( waktu & masa)RANCANGAN PELAJARAN HARIAN(Berserta Program LINUS - Numerasi)

Mata Pelajaran:Matematik Tahun Dua Arif

Tajuk:Masa dan Waktu

Masa:60 minit

Standard Pembelajaran:9.1 (i), (ii)

Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat1.Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan 5 minit pada muka jam.Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:Murid Arus Perdana(Modul P&P Sukatan dan Geometri m/s 1 - 3)1.Murid memerhatikan gambar aktiviti harian.2.Guru menunjukkan gambar model muka jam.3.Guru membimbing murid mengenal tanda senggatan pada muka jam.4.Murid melekatkan angka 1 hingga 12 pada muka jam.5.Guru menerangkan setiap senggatan mewakili 5 minit dan seterusnya murid membilang dalam gandaan 5 hingga 60.6.Murid melekatkan kad angka gandaan 00 hingga 60 pada muka jam.7.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.Murid LINUS (Numerasi)(Modul Guru m/s 147 - 148)Objektif Pembelajaran:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat1.Menyatakan waktu dalam gandaan 5 minit.Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:1.Tunjuk muka jam dan perkenalkan jarum jam dan minit.2.Minta murid menyatakan waktu dalam jam yang ditunjukkan pada muka jam.3.Tunjuk pergerakan jatum minit dan bilang bersama.4.Bimbing murid untuk melihat bahawa terdapat 5 minit di antara mana-mana 2 nombor pada muka jam.5.Guru mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK):TMK (menggunakan MS Powerpoint aktiviti 3 dan 4)Bahan Bantu Belajar:Powerpoint gambar aktiviti dan muka jamKad angka 1 hingga 12 dan 00 hingga 60Lembaran kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:Penilaian melalui aktiviti murid dan lembaran kerja.

Refleksi:20 daripada 25 murid arus perdana berjaya mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan 5 minit pada muka jam.

3 daripada 4 murid LINUS berjaya menyatakan waktu dalam gandaan 5 minit.