rancangan pengajaran harian (grup)

9
A) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN. Hari : Rabu Tarikh : 29 Disember 2010 Matapelajaran : Pendidikan Moral Tingkatan : 5 A1 Masa : 9.30-10.00 pagi (30 minit) Bidang Pembelajaran : Nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri. Nilai : 1.5 Hemah Tinggi Tajuk : Harimau Mati Meninggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan Nama. Pengetahuan sedia ada: Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai: i- Beberapa orang tokoh di Malaysia. ii- Apakah sumbangan atau jasa tokoh-tokoh tersebut terhadap negara. Hasil pembelajaran: 1. Kognitif: i- Pelajar dapat menyatakan 2 orang tokoh yang mereka ketahui ii- Pelajar dapat menyatakan 1 sumbangan atau jasa tokoh tersebut. 2. Afektif: i- Pelajar dapat mencadangkan 1 cara untuk memperingati jasa atau sumbangan tokoh-tokoh tersebut.

Upload: shuhaida-mohamed

Post on 29-Jun-2015

196 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian (Grup)

A) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Hari : Rabu

Tarikh : 29 Disember 2010

Matapelajaran : Pendidikan Moral

Tingkatan : 5 A1

Masa : 9.30-10.00 pagi (30 minit)

Bidang Pembelajaran : Nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri.

Nilai : 1.5 Hemah Tinggi

Tajuk : Harimau Mati Meninggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan Nama.

Pengetahuan sedia ada: Pelajar mempunyai pengetahuan mengenai:

i- Beberapa orang tokoh di Malaysia.ii- Apakah sumbangan atau jasa tokoh-tokoh tersebut terhadap negara.

Hasil pembelajaran:

1. Kognitif:i- Pelajar dapat menyatakan 2 orang tokoh yang mereka ketahuiii- Pelajar dapat menyatakan 1 sumbangan atau jasa tokoh tersebut.

2. Afektif:i- Pelajar dapat mencadangkan 1 cara untuk memperingati jasa atau sumbangan

tokoh-tokoh tersebut.

3. Psikomotor:i- Pelajar dikehendaki menulis sebuah sajak ‘Tokoh Idola Saya’.ii- Pelajar dikehendaki membuat latihan 1.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian (Grup)

Pendekatan:

i- Pemupukan nilaiii- Penjelasan nilai

Bahan Bantu Mengajar:

i- Penggunaan ICTii- Penggunaan komputeriii- Lembaran kerja – Latihan 1

Latihan 2

Penilaian:

i- Penyoalan secara lisan- guru menyoal kembali tentang definasi, kelebihan, kesan yang diperolehi daripada amalan sikap berhemah tinggi.

Pengukuhan:

i- Pelajar diminta mengumpulkan kata-kata hikmah dari kalangan tokoh ahli falsafah dan pemimpin negara untuk dibuat buku skrap mengikut kumpulan yang telah diberikan.

Refleksi/ rumusan:

i- Pelajar dapat mengenali beberapa orang tokoh.ii- Pelajar dapat mengetahui jasa atau sumbangan dari tokoh-tokoh tersebut.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian (Grup)

Bidang : Nilai Yang Berkaitan Dengan Perkembangan Diri.

Nilai : 1.5 Hemah Tinggi

Tajuk : Harimau Mati Meninggalkan Belang Manusia Mati Meninggalkan Nama.

Langkah/Masa

Kemahiran/Penyerapan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi/ sumber

Induksi(5 minit)

Pengenalan 1. Guru memperkenalkan beberapa orang tokoh di Malaysia

2.. Guru memberikan lembaran Latihan 1 kepada pelajar dan menyuruh pelajar menjawabnya

3. Guru menyoal pelajar tentang sikap/ nilai-nilai yang diamalkan oleh tokoh-tokoh tersebut.

Movie maker

Lampiran soalan

Penyoalan

Langkah I(10 minit)

Pendekatan: Penjelasan nilai

Pendekatan: Pendekatan domain

Pendekatan: Pendekatan domain

Guru menayangkan slaid dan menerangkan tajuk (definasi nilai hemah tinggi)

Guru memberi dua modul berbentuk masalah dan meminta pelajar menyelesaikannya

Guru memberikan lembaran Latihan 2; ‘Cipta sebuah keadaan’.

Slaid power pointPeneranganPenjelasan

Penyelesaian masalah

Lampiran soalanMain peranan

Langkah II(10 minit)

Pendekatan: Pemupukan nilai

Guru mengarahkan pelajar untuk menulis sebuah sajak yang bertajuk ‘Tokoh Idola Saya’

Main peranan

Penutup(5 minit)

Rumusan Guru memberi rumusan mengenai topik yang diajar

Penerangan

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian (Grup)

LAMPIRAN

Nota: Hemah Tinggi.

Definasi hemah tinggi:

Hemah tinggi ialah tingkah laku dan perbuatan beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian. Amalan hemah tinggi ini seharusnya diamalkan tidak mengira tempat dan tanpa melihat peringkat dan lapisan masyarakat. Ini termasuklah dari peringkat kanak-kanak hinggalah orang yang lebih tua dari kita. Tidak mengira pegangan agama atau mazhab seseorang itu kita haruskan bersopan lebih-lebih lagi ketika berinteraksi. Malah tanpa mengira kedudukan seseorang itu kita hendaklah beradab sopan demi mencapai kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Contoh amalan berhemah tinggi:

1. Menjaga tingkahlaku dan tutur kata 2. Bersifat ramah mesra 3. Tidak angkuh/ sombong

Kepentingan sikap berhemah tinggi:

1. Manusia mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat.2. Manusia tidak berasa sombong.3. Menimbulkan sikap hormat-menghormati terhadap orang lain.4. Mewujudkan sikap mesra dengan orang lain.5. Hidup lebih aman dan damai.

Contoh tokoh-tokoh yang mengamalkan sikap berhemah tinggi:

1. Imam al Ghazali 2. Confucius3. Tunku Abdul Rahman 4. Mahatma Ghandi5. Swami Vivekananda6. Ibu Teresa

Kesan sikap berhemah tinggi terhadap individu:

1. Akan dihormati oleh masyarakat

2. Dapat melahirkan individu yang bertanggungjawab, amanah, jujur dalam melakukan apa sahaja kerja, tugasan atau tanggungjawab.

3. Akan menjadi pendorong kepada seseorang untuk maju dan berjaya di dalam bidang tertentu dan juga di dalam hidup.

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian (Grup)

4. Sebagai aset kejayaan kerana mereka yakin dengan kebolehan diri serta tindakan yang dilakukan.

Kelebihan sikap berhemah tinggi:

1. Akan menjadi tauladan atau pun idola kepada orang lain untuk mencapai matlamat.

2. Ilmu dan kemahiran mereka dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat dan negara yang lebih harmonis.

3. Dapat mengajar erti kesabaran yang perlu ada dalam jiwa ketika melakukan sesuatu kerja, tugasan atau pun tanggungjawab.

4. Sebagai azam iaitu tidak takut dengan cabaran dan rintangan dalam mencapat cita-cita dan matlamat.

5. Dapat melakukan segala kerja dengan berjaya dan dapat memberikan kepuasan yang maksimum.

6. Dapat memperkukuhkan iman demi memperolehi keredhaanNya. Kerana sikap berhemah tinggi ini dapat membentuk kesabaran seseorang dalam mengawal segala tingkah laku dan pertuturan yang kurang baik atau pun negatif.

Kesan jika tidak mengamalkan sikap berhemah tinggi kepada masyarakat:

Masyarakat tidak mempedulikan perasaan orang lain.

Semangat kejiranan akan pupus.

Masyarakat tidak mempunyai perasaan bertimbang rasa terhadap orang lain.

Masyarakat tidak akan bersatu padu dan matlamat negara sukar dicapai.

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian (Grup)

SET INDUKSI:

i- Guru menayangkan movie maker sambil memperkenalkan beberapa orang tokoh di Malaysia mengikut kategori-kategori yang tertentu.

ii- Guru mengedarkan lembaran Latihan 1 untuk dijawab oleh pelajar-pelajar berdasarkan tayangan sebentar tadi.

iii- Dengan secara lisan juga guru menyoal pelajar-pelajar tentang sikap-sikap atau pun nilai-nilai yang diamalkan oleh tokoh-tokoh tersebut.

LANGKAH/ AKTIVITI I:

Satui- Guru menayangkan slaid power point mengenai tajuk ‘Hemah Tinggi’ di layar

slaid.ii- Guru menerangkan tajuk ‘Hemah Tinggi’ kepada pelajar.iii- Guru memberi dua modul berbentuk permasalahan dan meminta pelajar

mencari jalan penyelesaiannya secara lisan.iv- Beberapa orang pelajar dipilih untuk menyelesaikan masalah tersebut

berpandukan nilai amalan hemah tinggi.v- Guru membuat kesimpulan dan menerangkan melalui hasil cara penyelesaikan

pelajar tadi.

MODUL 1Rakan sekelas anda sedang bertengkar untuk memilih antara koir atau pun coral speaking sebagai persembahan kelas sempena sambutan Hari Guru sekolah. Anda sebagai ketua kelas, bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah tersebut?

MODUL 2Rakan sekelas anda sedang bertengkar untuk memilih antara koir atau pun coral speaking sebagai persembahan kelas sempena sambutan Hari Guru sekolah. Anda sebagai ketua kelas, bagaimanakah cara anda menyelesaikan masalah tersebut?

Dua

i- Guru mengedarkan lembaran Latihan 2 kepada setiap pelajar.ii- Guru menerangkan arahan latihan tersebut.

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian (Grup)

iii- Guru mengarahkan pelajar mencipta sebuah keadaan tentang sikap berhemah tinggi dari tiga orang tokoh iaitu Tunku Abdul Rahman, Aminuddin Baki dan Mokhtar Dahari.

iv- Guru memberi sedikit masa untuk pelajar membuat latihan tersebut.v- Guru meminta semua pelajar menghantar latihan tersebut.

LANGKAH/ AKTIVITI II:

i- Guru member arahan kepada semua pelajar membuat sebuah sajak yang bertajuk ‘Tokoh Idola Saya’ di dalam buku latihan.

ii- Guru member sedikit masa kepada pelajar untuk menyiapkan sajak tersebut.iii- Guru meminta semua pelajar menghantar latihan tersebut.