rancangan pengajaran harian bahasa melayu (inovasi)

4

Click here to load reader

Upload: godokboy

Post on 09-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bmm

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa MelayuTahun : 5 CengalBil. Murid : 30 orangTema : Sentiasa Berhemat Kita SelamatTajuk : Kemalangan Jalan RayaTarikh : 24 April 2015 (Jumaat)Masa : 08.45 pagi hingga 09.45 pagi (30 minit)

Objektif :Pada akhir pelajaran murid dapat :1) Menyenaraikan lima kata kerja berdasarkan gambar bersiri yang ditayangkan.2) Murid dapat menulis lima ayat yang gramatis berdasarkan gambar.

Fokus Utama :8.4 Membina dan membina ayat topik dan ayat huraian berdasarkan sesuatu perkara.Aras 1 (ii) Mengenal pasti isi yang sesuai dengan tajuk.

Fokus Sampingan :1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.Aras 1(iii) Memberikan respon yang sesuai terhadap soalan yang dikemukakan.

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.Sistem Bahasa : Kata Kerja : menunggang basikal, melanggar, memandu,terlantar, melawat.Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya.Nilai : Berhati-hati, mematuhi peraturan.Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) :Kemahiran Berfikir :Menghubungkaitkan, menciri, mengimbas kembali, menilai, penjanaan idea.Kecerdasan Pelbagai : InterpersonalPembelajaran Kontekstual: Mengaitkan isu keselamatan dengan pengalaman sedia ada.Pengetahuan Sedia Ada :Murid sudah mengetahui tentang cara-cara menjaga keselamatan di jalan raya.Bahan Bantu Belajar : Komputer riba, sambungan Internet, LCD, video animasi dari youtube.

LANGKAH / MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

SET INDUKSI(3 min)Tayangan video pendek tentang keselamatan di jalan raya.Pepatah:Malang Tidak Berbau.1. Guru menayangkan video klip dari youtube tentang keselamatan di jalan raya.

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pengajaran dan nilai murni daripada video klip tersebut.

3. Guru mengaitkan isi video dengan tajuk pelajaran.KB :Menghubungkaitkan,Menciri.

BCB : mendengar aktif

BBB : video klip animasi dari youtube

http://www.youtube.com/watch?v=sPTVn4hzMd0

Ilmu:Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

LANGKAH 1(5 min)Kata kerja berdasarakan gambar yang dipaparkan.

- Kata kerja: menunggang berbual-bual melanggar membantu terlantar1.Guru menayangkan gambar bersiri daripada persembahan powerpoint kepada kelas.

2.Guru meminta murid menyenaraikan punca kemalangan berdasarkan peta i-Think yang dibina.

3.Guru meminta murid membacakan kata kerja yang telah disenaraikan kepada kelas.KB : Menjana idea

BCB : mencatat

BBB : Persembahan powerpoint :Kemalangan Jalan Raya

Nilai : berhati-hati

Ilmu : Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

LANGKAH 2(7 min)Membina ayat majmuk daripada kata kerja yang telah disenaraikan:

Kata kerja1. Guru meminta murid membina ayat berdasarkan peta i-Think yang ditunjukkan guru

2. Murid diminta membaca ayat-ayat yang telah dibina kepada kelas.

3.Murid yang lain diminta mendengar dengan teliti dan sama-sama membetulkan kesilapan sekiranya ada.KB : Menjana idea

BCB : mencatat

BBB : Persembahan powerpoint :Kemalangan Jalan Raya

KP : Intrapersonal.

Nilai: kerjasama,berhati-hati

Ilmu:Pendidikan Keselamaatan Jalan Raya (PKJR).

LANGKAH 3(10 min)

Membina ayat berdasarakan gambar secara bertulis.

Perbendaharaan kata: menunggangberlanggarmeluru membantu melawat1. Guru mengedarkan latihan lembaran kerja kepada kelas.

2. Guru menayangkan persembahan powerpoint tentang peta i-Think tentang punca kemalangan jalan raya.

3. Murid diminta membina ayat secara bertulis berdasarkan peta i-Think yang dipelajari

4. Murid menulis ayat yang gramatis berdasarkan peta i-ThinkKB : Mengimbas kembali, menghubungkait, penjanaan idea

BCB : mencatat

BBB :Gambar kemalangan jalan raya (lampiran 1)

KP : Interpersonal.

Nilai: berhati-hati

Ilmu:Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)

PENUTUP (5 min)Penutup kognitif Membuat rumusan isi pelajaran.

Penutup sosial Memberi nasihat dan nilai-nilai murni.1. Guru menayangkan video pendek dari youtube tentang akibat jika tidak mematuhi peraturan jalan raya.

2. Guru membuat kesimpulan tentang pembelajaran.

3. Guru memberi nasihat dan peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau dan kemalangan tidak mengenal usia.

Nilai: berhati-hati mematuhi peraturan jalan raya

BBB::Video klip animasihttp://www.youtube.com/watch?v=2-c_5NDRtkM&NR=1&feature=endscreen

Ilmu:Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR)