rancangan pengajaran harian bahasa melayu

7
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tingkatan : 4 Bilangan Pelajar : 35 orang Tarikh : 2 Februari 2013 Masa : 9.00 pagi - 10.20 pagi (80 minit) Tajuk : Bidang Interpersonal (Sajak) Hasil : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat Pembelajaran a. membaca sajak dan menyatakan maksud tersurat dan tersirat b. berbincang dengan menggunakan gaya pengucapan yang betul c. mengemukakan empat hujah yang bernas untuk menyokong atau menolak pandangan, dan d. menulis sepucuk surat bantahan rasmi mengikut urutan isi dan gaya yang wajar Fokus Utama : Tulis kod sahaja 1

Upload: haslinda041770

Post on 27-Jul-2015

79 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: rancangan pengajaran harian bahasa melayu

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Tingkatan : 4

Bilangan Pelajar : 35 orang

Tarikh : 2 Februari 2013

Masa : 9.00 pagi - 10.20 pagi (80 minit)

Tajuk : Bidang Interpersonal (Sajak)

Hasil : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapatPembelajaran

a. membaca sajak dan menyatakan maksud tersurat dan

tersirat

b. berbincang dengan menggunakan gaya pengucapan

yang betul

c. mengemukakan empat hujah yang bernas untuk

menyokong atau menolak pandangan, dan

d. menulis sepucuk surat bantahan rasmi mengikut urutan

isi dan gaya yang wajar

Fokus Utama : Tulis kod sahaja

Fokus Sampingan : Tulis kod sahaja

Prasyarat : Pelajar telah didedahkan dengan penulisan surat rasmi

Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi

KBT : Kemahiran Berfikir – Meramalkan dan membuat keputusan

Bahan Bantu Mengajar: Surat masyarakat burung kepada Datuk Bandar

Lagu Hijau- Zainal Abidin

1

Page 2: rancangan pengajaran harian bahasa melayu

Penyerapan/ Penerapan : Ilmu - Sains, Sastera, Muzik Nilai - Kebersihan fizikal dan mental, kasih saying

Langkah-Langkah Pengajaran

LANGKAH ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN/NILAI MURNI/BBM

Set Induksi

(5 minit)

Seni kata lagu 'Hijau'

Guru memutarkan lagu Hijau (sebahagian) dan dan diikuti dengan nyanyian pelajar secara beramai-ramai

Pelajar diminta menghayati dan menyambung rangkap lagu. . Guru mengaitkan dengan isu pemusnahan alam dan pelajaran

Lagu Hijau

Langkah 1

(5 minit)

Mendapatkan maklumat

Guru mengedarkan petikan sajak ‘Surat Masyarakat Burung’ dan mengarahkan pelajar membaca sajak secara senyap dan menandakan perkataan yang sukar.

Pelajar membaca senyap

Sajak Surat Burung

Langkah 2

(10 minit)

Berbincang dengan gaya yang betul

Guru menunjukkan contoh bacaan sajak. Guru mengarahkan beberapa pelajar membaca sajak dengan menggunakan intonasi yang betul.

Beberapa orang pelajar membacai sajak

kesyukuran

kasih sayang

Langkah 3

(10 minit)

Membunuh kehijauan,

Pagi yang manis dan ranum

Guru meminta pelajar mengemukakan perkataan dan ayat yang sukar difahami dan membincangkan makna perkataan tersebut.

Pelajar mengemukakan perkataan dan ayat sukar (tersurat dan tersirat)

Keberanian

2

Page 3: rancangan pengajaran harian bahasa melayu

Langkah 4

(15 minit)

Pelajar secara berkumpulan berbincang tentang tindakan selepas mendapat surat daripada masyarakat burung.

Pelajar-pelajar membuat perbincangan mengikut kumpulan

a. Wakil Datuk Bandar

b. Wakil pencinta alam

c. Wakil penduduk

d) Wakil peniaga

Kemahiran Berfikir -Membuat ramalan dan membuat keputusan

Langkah 5

(15 minit)

Empat hujah yang bernas

Guru mengarahkan ketua kumpulan untuk mengemukakan hujah bagi tindakan kumpulan masing-masing.

Beberapa orang pelajar tampil membuat persembahan

Berani

Langkah 6

(15 minit)

Menulis surat bantahan rasmi

Guru mengarahkan setiap pelajar supaya menulis sepucuk surat bantahan secara rasmi. Pelajar menulis surat bantahan rasmi kepada Datuk Bandar. Seterusnya tugasan ini dijadikan sebagai kerja rumah

Penutup

(5 minit)

Rumusan isi pelajaran

Guru membuat penutup sosial dan kognitif. Guru meminta pelajar menyanyi beramai-ramai lagu Hijau.

Kebersihan fizikal dan mental

3

Page 4: rancangan pengajaran harian bahasa melayu

Pelajar menyanyi lagu

Refleksi:

Ulasan Pensyarah/Guru Pembimbing

Surat Dari Masyarakat Burung Kepada Datuk Bandar

Tuan Datuk BandarKami masyarakat burung telah mengadakan mesyuarat agungpada suatu pagi yang manis dan ranumdi atas bangunan parlimen yang kosong

Seluruh kaum burung telah diwakilioleh para cerdik pandainya, kecualiperwakilan burung gagak yang sibuk dengan urusanpenembakan bangkai hanyut di Sungai Kelang

Sidang ini dihadiri juga oleh pemerhati undanganperwakilan kupu-kupu yang ada kepentingandengan persoalan yang kami bincangkan

Tuan Datuk Bandar,Meski kami tidak pernah mengangkat tuan sebagaiDatuk kamikerana perbezaan fahaman taraf 'Datuk' dan 'Cucu'kerana kelainan pendapat antara rambut dan bulu,

4

Page 5: rancangan pengajaran harian bahasa melayu

(Tuan-tuan telah mempermainkan gelaranmenyebutkan rambut pada diri tuan-tuan, sedangkan untuk kami tuan namakan perkataan 'bulu')kami tetap menghormati tuan yang pernah menjanjikan untukMENGHIJAUKAN SELURUH WILAYAH

Tapi manusia kota ini telah membunuh KEHIJAUAN alamSemata-mata untuk mengejar KEHIJAUAN ringgitSejak lumpur kota ini menjadi batu-batukami masyarakat burung menjadi mangsa yang bisu,mendiang burung belatuk menjadi korban punggur rebah,burung merbuk telah ditipu dengan nama Padang Merbuk,sedang mereka dipenjarakan di tempat yang tuannamakan sangkar

Perwakilan burung pipit telah mengemukakan proteskerana menuduhnya sebagai'pipit pekak makan berhujan'

Tuan Datuk Bandar,Surat ini merayu kebijaksanaan tuan,peliharalah tiap pucuk dan akar tumbuh-tumbuhantiap helai daun, tiap kelopak bunga, tiap kerimbunanitulah rumah kami, kediaman kami turun temurunmalah demi kesejahteraan manusia,kesihatannya, kebahagiaannya, kedamaiannyaalam semula jadi seribu keindahan mekardi bawah matahari bersinar.

Usman Awang

5