rancangan pengajaran harian bahasa melayu

7
RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU Tarikh: 12 Ogos 2010 Masa: 60 minit (8.00-9.00 pagi) Tahun: 6 Gemilang Bilangan murid: 30 orang Mata Pelajaran: Bahasa Melayu Tema/Tajuk: Kemerdekaan Hasil Pembelajaran: Fokus Utama: 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 : i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca. Fokus Sampingan: 10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan bermakna. Aras 3 : i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik. 1

Upload: siti-nurdiyana

Post on 24-Jun-2015

2.084 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

RANCANGAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Tarikh: 12 Ogos 2010Masa: 60 minit (8.00-9.00 pagi)Tahun: 6 GemilangBilangan murid: 30 orangMata Pelajaran: Bahasa MelayuTema/Tajuk: Kemerdekaan

Hasil Pembelajaran:

Fokus Utama:5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan

intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.

Aras 2 :i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang

betul.ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.

Fokus Sampingan:10.1 Menghasikan pelbagai genre (prosa dan puisi ) termasuk

e-mel yang mudah, menarik dan bermakna.

Aras 3 :i. Menghasilkan prosa dan puisi secara terancang, tertib dan

kemas dengan menggunakan bahasa yang tepat, indah dan menarik.

Objektif:Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Membaca sebuah sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Menulis lima isi tersurat dengan menggunakan ayat yang gramatis.

3. Menghasilkan sebuah karangan pendek berdasarkan sajak menggunakan susunan ayat songsang.

Sistem Bahasa:

1

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Tatabahasa : sintaksis – susunan ayat, iaitu susunan ayat biasa dan songsang (frasa sendi nama).

Sebutan dan intonasiKosa kata: keramat, ilusi, berdaulat, tekad.

Pengisian Kurikulum:Ilmu - Kesusateraan Melayu, Sivik, MuzikNilai - kepatuhan, kerjasama, berdikari.Teknik - perbincangan kumpulan, bacaan mekanis.Kemahiran Bernilai Tambah:

Kemahiran Berfikir - menjana ideaKecerdasan Pelbagai - interpersonal, intrapersonal, verbal-

linguistik, muzik, kinestatik.

Bahan Bantu Mengajar:Video klip lagu ”Malaysiaku Gemilang”, teks sajak, lembaran kerja, lirik lagu, kertas sebak, pen marker, laptop, LCD, layar skrin.

Pengetahuan Sedia Ada Murid:Murid pernah mendengar atau membaca teks prosa dan puisi menerusi media cetak atau elektronik.

2

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi8.00-8.05 pagi

(5 minit)

Tayangan video klip lagu “Malaysiaku Gemilang” :

Soalan :1. Apakah tajuk lagu

tersebut? (Malaysiaku Gemilang)

2. Dimana kita boleh mendengar lagu ini?

3. Bilakah kita biasa mendengar lagu ini?

4. Apakah tema lagu tersebut? (patriotik, kemerdekaan)

1. Murid mendengar dan membaca lirik lagu berjudul “Malaysiaku Gemilang”.

2. Murid melihat video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti dan menyanyikan lagu tersebut bersama-sama beserta gaya.

3. Murid bersoal jawab dengan guru tentang perkataan-perkataan yang tidak difahami daripada klip video yang dipertontonkan.

4. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perkara yang disampaikan melalui lagu tersebut.

BBM:Video, lirik lagu, laptop, LCD, layar skrin.

KBT :1) Kecerdasan pelbagai - muzik, kinestatik.2) Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.

Langkah 18.05-8.25 pagi

(20minit)

Kemahiran membaca sajak ”53 Tahun Merdeka” mengikut sebutan dan intonasi-tinggi rendah nada suara-sekiranya ada unsur-unsur semangat, nada ditinggikan.-sekiranya ada unsur-unsur sedih, nada direndahkan.

Gaya bacaan-pergerakan tubuh badan dari pinggang ke atas.

1. Murid merujuk dan meneliti sajak ”53 Tahun Merdeka” yang diedarkan oleh guru.

2. Murid diminta membaca sajak tersebut secara senyap (individu).

3. Guru menjelaskan kemahiran membaca sajak dengan sebutan, intonasi dan gaya bacaan yang betul.

4. Guru memilih murid secara rawak untuk mendeklamasikan sajak di hadapan kelas dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya bacaan yang betul.

BBM:Teks sajak bertajuk ”53 Tahun Merdeka”

Teknik:Bacaan mekanis

Nilai:Kepatuhan

KBT:Kecerdasan pelbagai: verbal-linguistik, intrapersonal

3

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Langkah 28.25-8.40 pagi

( 15 minit)

Isi penting :1. 2.3.4.5.

Ayat gramatis ialah ayat yang akur dengan rumus-rumus tatabahasa.

1. Murid diminta berbincang untuk mengenal pasti isi penting yang terdapat dalam teks sajak tersebut dalam kumpulan.

2. Guru mengedarkan kertas sebak dan pen marker kepada setiap kumpulan.

3. Guru menjelaskan bahawa setiap isi menggunakan ayat yang gramatis.

4. Setiap kumpulan diminta menulis maklumat yang diperoleh pada kertas sebak tersebut.

5. Apabila tamat perbincangan, setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas.

BBM: kertas sebak dan pen marker

Nilai: kerjasama

Teknik: perbincangan kumpulan

KBT: 1) Kemahiran berfikir2) Kemahiran belajar cara belajar

Langkah 38.40-8.55 pagi

(15 minit)

Tatabahasa: susunan ayat-susunan biasa - subjek dihadapan, predikat dibelakang cth : saya pergi ke sekolah.

-susunan songsang (frasa sendi nama) - predikat dihadapan, subjek dibelakang cth : ke sekolah saya pergi.

1. Guru menjelaskan mengenai susunan ayat (biasa dan songsang)

2. Murid diminta menulis semula sajak ”53 Tahun Merdeka” dalam bentuk prosa(karangan pendek).

Nilai: berdikari

KBT: 1) Kemahiran berfikir-menjana idea2) Kecerdasan pelbagai3) Pembelajaran konstruktivisme

Penutup(5 minit)

Rumusan: Kognitif dan sosial. 1. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

2. Sebelum mengakhiri pembelajaran, murid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu ”Malaysiaku

4

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu

Gemilang”.

Refleksi:

Yg tmpt kosong mcm isi sajak tuh abaikn k.. aku xsempat cari.. hoho

Tuan Punya RPH,Siti Nurdiyana bte Mohd Yusof4 PISMP PEM (BM)/MT

5