rancangan pengajaran harian bahasa malaysia tahun 5 barruuu

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5 (KUMPULAN 5) MASA 9:20 PAGI - 10:20 PAGI (1 JAM) TEMA PERTANIAN DAN PENTERNAKAN TAJUK BERKUNJUNG KE DUSUN DATUK MUS BIL. MURID 23 orang murid STANDARD PEMBELAJARAN 5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul. OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat : i. Mengecam sekurang-kurangnya 5 kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dari petikan. ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan. AKTIVITI i. Murid menonton video pendek Upin Ipin (berkebun) ii. Murid memberi pendapat tentang video tersebut. iii. Murid kemudiannya melihat mainan buah-buahan yang ditunjukkan guru. iv. Murid menyatakan penjodoh bilangan yang betul bagi mainan buah-buahan. (berdasarkan pengalaman sedia ada) v. Murid membaca petikan ‘Berkebun ke Dusun Datuk Mus’ yang diberi oleh guru. vi. Murid mengecam kata nama am tak hidup dan penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan. vii. Murid menyenaraikan penjodoh bilangan yang mereka perolehi daripada petikan. viii. Murid menjawab latihan penjodoh bilangan pada lembaran kerja yang

Upload: mailin-fook-kiong

Post on 12-Jan-2016

75 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 5 Barruuu

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 5

(KUMPULAN 5)

MASA 9:20 PAGI - 10:20 PAGI (1 JAM)TEMA PERTANIAN DAN PENTERNAKANTAJUK BERKUNJUNG KE DUSUN DATUK MUSBIL. MURID 23 orang muridSTANDARD PEMBELAJARAN 5.1.1

Memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan mengikut konteks dengan betul.

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat :i. Mengecam sekurang-kurangnya 5 kata nama am tak

hidup bukan institusi abstrak dari petikan.ii. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 penjodoh

bilangan yang terdapat dalam petikan.AKTIVITI i. Murid menonton video pendek Upin Ipin (berkebun)

ii. Murid memberi pendapat tentang video tersebut.iii. Murid kemudiannya melihat mainan buah-buahan

yang ditunjukkan guru.iv. Murid menyatakan penjodoh bilangan yang betul

bagi mainan buah-buahan. (berdasarkan pengalaman sedia ada)

v. Murid membaca petikan ‘Berkebun ke Dusun Datuk Mus’ yang diberi oleh guru.

vi. Murid mengecam kata nama am tak hidup dan penjodoh bilangan yang terdapat dalam petikan.

vii. Murid menyenaraikan penjodoh bilangan yang mereka perolehi daripada petikan.

viii. Murid menjawab latihan penjodoh bilangan pada lembaran kerja yang diberi.

ix. Murid merumus isi pelajaran.PENGISIAN KURIKULUM EMK : Kreativiti dan inovasi

Nilai : Berdikari, mencintai alam sekitar dan bertanggungjawabPenggabungjalinan : Pendidikan sivik & muzik

BAHAN BANTU MENGAJAR i. Lembaran kerjaii. Tayangan videoiii. Mainan buah-buahan

PENILIAN P&P Murid dapat memahami dan menggunakan kata nama am tak hidup bukan institusi abstrak dan penjodoh bilangan dengan betul.

REFLEKSI

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 5 Barruuu

Berkunjung ke Dusun Datuk Mus

Pada musim buah-buahan yang lepas,bapa membawa kami sekeluarga berkunjung ke dusun buah-buahan datuk yang terletak di hujung kampung. Kami berkunjung ke sana dengan menaiki sebuah kereta bapa yang baharu. Setibanya di destinasi, datuk menyambut kami dengan tangan terbuka. Kemudian, beliau membawa kami melawat dusunnya. Terdapat pelbagai jenis pokok di dusun datuk. Antaranya termasuklah pokok durian, pokok manggis,pokok rambutan dan sebagainya.Semua pokok buah-buahan di dusun datuk berbuah lebat. Saya menolong datuk mengutip buah durian yang gugur.Bau buah durian sungguh harum dan enak. Durian-durian yang dikutip diletakkan ke dalam sebuah bakul yang besar.Abang dan kakak pula mengait buah rambutan dengan sebatang galah yang panjang.Rasa buah rambutan manis dan lazat. Di dusun datuk terdapat sebuah pondok yang besar.Kami meletakkan buah-buahan di pondok tersebut.Datuk mengopek sebiji buah durian untuk kami. Kami berehat di pondok sambil menikmati keenakan durian.Selain itu,kami juga menjamah sebiji buah manggis dan segugus langsat. Sebelum pulang,datuk memberi beberapa jenis buah-buahan kepada kami sebagai buah tangan.Kami mengucapkan terima kasih kepada datuk.Selepas itu,kami meminta diri untuk pulang ke rumah. Berkunjung ke dusun buah-buahan merupakan pengalaman baru saya.Saya amat menghargai pengalaman sedemikian dan berharap dapat berpeluang ke dusun lagi pada masa akan datang.

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 5 Barruuu

Lengkapkan peta bulatan di bawah.

1.

2.

KATA NAMA AM TAK HIDUP

BUKAN INSTITUSI ABSTRAK

PENJODOH

BILANGAN

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 5 Barruuu

Nama : __________________________

Kelas : __________________________

Isi tempat kosong dengan menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai.

1. “Harga se________ daun kesum ini ialah RM 0.50”, kata jurujual itu.

2. Tok ayah membawa balik beberapa _________ buah rambai dari

dusun.

3. Nenek membawa lima _________ ubi kayu ke rumah kami.

4. Se_________ kulit durian dibiarkan di ruang tamu.

5. Beberapa _________ buluh telah dipotong untuk membuat tempat

menyimpan duit.

6. Nenek memetik lima _________ cili padi untuk dimasukkan ke dalam

tomyam.

7. Adik mengambil se__________ duan pandan seperti yang dipinta

oleh ibu.

8. Se__________ buaya telah ditangkap di Sungai Kelantan.

9. Ibu memasukkan se___________ perasa ke dalam sup tulang.

10. Murid Pra sekolah menulis beberapa __________ ayat di buku

latihan.