rancangan pengajaran harian bahasa malaysia tahun 1

Upload: jiansengchee

Post on 05-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bahasa malaysia

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1 (KSSR)Tarikh : 13 September 2014Tahun: 1 ABilangan murid : 25 orangMasa: 10.00 pagi 11.00 pagiTema: KeluargaanTajuk: Keluarga sayaFokus utama:Standard KandunganStandard Pembelajaran

1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.1.2.4 Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Fokus Sampingan:Standard KandunganStandard Pembelajaran

2.2 Membaca dan memahami perkataan frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding, digraf, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Objektif:Pada akhir pengajaran murid dapat :i. Mendengar, menyebut dan mengeja perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat.ii. Membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suku kata terbuka dan tertutup dalam ayat dengan sebutan yang betul.

Pengisian kurikulum:i. Ilmu : Pendidikan Moralii. Nilai : Kasih sayangiii. KBT : Kecerdasan Pelbagai, konstruktivisme

Pengetahuan Sedia Ada: i. Murid tinggal bersama ahli keluargaii. Murid memanggil ahli keluarga dengan panggilan singkat pada kehidupan harian.Sistem Bahasa: Kosa kata : ibu, bapa, abang, kakak, adik, keluargaMedia: kad suku kata, kad perkataan, kad gambar, ICT, Komputer, Video (kelaurga saya), Projektor dan Pembesar suara.

Langkah / MasaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Langkah 1

Kata nama am yang terdapat dalam seni kata.

1. Murid melihat video Keluarga Saya.2. Murid diminta menyebut perkataan berkaitan dengan ahli keluarga yang terdapat dalam video keluarga saya.Contoh : ibu, bapa, kakak, abang dan adik.3. Murid diminta membaca semula ayat dalam video keluarga saya secara kumpulan dan kelas dengan sebutan yang betul.4. Murid melihat gambar yang dipamerkan oleh guru yang berkaitan dengan ahli keluarga seperti ibu, bapa, kakak, abang dan adik.5. Murid mengeja dan membaca serta memahami perkataan tersebut dengan bimbingan guru dengan kad gambar.6. Murid membaca secara individu perkataan-perkataan tersebut.Lampiran 1Seni kata lagu Video: Keluarga saya

Media: Gambar ahli keluarga dan kad perkataan dalam bentuk ICT

Seni kata Keluarga saya

Rakaman video dalam CD

Ilmu:Ahli keluarga

Nilai:Kasih sayangKerjasama

KBT: Kemahiran Bernilai Tambah