rancangan pengajaran harian

10

Click here to load reader

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 14-May-2017

313 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Tahun : 1

Tarikh : 8 Mei 2013

Masa : 1jam

Bidang : Ibadat

Tajuk : Istinja’

Pengetahuan sedia ada : Murid biasa beristinja’ dengan air selepas qadha

hajat

Hasil pembelajaran : Murid akan mendapat :

a) Menyatakan pengertian beristinja’

b) Mengetahui masa beristinja’

c) Menyatakan alat-alat beristinja’

Kemahiran berfikir : Kemahiran menyusun dan menyelesaikan tugasan

Penerapan nilai : Menjaga kebersihan tanggungjawab setiap

individu

Kaedah : Penerangan,tunjuk cara,latih tubi dan soal jawab

Pengetahuan sedia ada : Murid pernah melakukan perbuatan istinja’

Penerapan : Kesihatan : Kepentingan menjaga kebersihan

Akhlak : Beradab ketika beristinja’

Aqidah : Yakin dengan suruhan Allah

ABM : Kertas tisu,batu, jenis-jenis air

yang boleh beristinja’ dan roda impian

Langkah Isi Kandungan Aktiviti ABM

Pendahuluan

2 minit

Alfatihah dan doa

belajar

Guru dan murid membaca

doa bersama

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

Set induksi

2 minit

Tajuk : Istinja’ ~ Guru tanya murid-murid

mengenai kebiasaan

mereka melihat ayah

mereka membasuh kereta

atau motosikal. Kemudian

kaitakan dengan tajuk

istinjak

-

Langkah 1

5 minit

~ Pengertian istinja’ ~ Guru menerangkan

pengertian istinja’

~ Murid membaca maksud

istinja’ secara kumpulan

dan individu

~ Bersoal jawab serta

menunjukkan -alat yang

digunakan untuk istinja’

Papan putih

Langkah 2

8 minit

Cara beristinja’ dengan

betul dengan alat yang

disediakan

~ Guru menunjukkan cara

beristinja’ dengan

menggunakan tangan

sebagai model.

~ Murid melihat dan

melakukan amali secara

berkumpulan dan individu

Alat-alat istinja’

seperti batu,

kayu,tisu,air.

Langkah 3

8 minit

~Kepentingan

melakukan istinja’ dan

akibat tidak melakukan

istinja’ dengan betul

~ Guru menerangkan

kepentingan beristinja’

dan hubungannya dengan

ibadat.

~ Bersoaljawab akibat

-

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

tidak beristinja’ dengan

betul

Penutup

5 minit

Penilaian

Penutup kognitif

Penutup sosial

Guru menggunakan roda

impian sebagai aktiviti

pengukuhan. Murid-murid

perlu menjawab soalan

yang ada pada roda

impian mengikut nasib

putaran mereka.

Guru menyoal murid

mengenai pelajaran hari

ini.

Guru cerita sedikit

mengenai pelajaran hari

ini.

Roda impian

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

BERSUCI (ISTINJAK)Apa maksud istinjak?

Istinjak bermaksud membasuh tempat keluar najis iaitu zakar/faraj dan dubur selepas membuang air kecil (yakni kencing) atau air besar (yakni berak). Hukumnya adalah wajib.

Apakah bahan yang harus digunakan untuk istinjak?

Bahan untuk beristinjak ialah air. Anas r.a. memceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinjak”. Diharuskan juga menggunakan benda-benda kesat seperti batu, kertas dan sebagainya yang boleh menanggalkan najis. Banyak hadis menceritakan Nabi s.a.w. beristinjak menggunakan batu.

Menurut mazhab Syafi’ie, paling baik ialah menggabungkan kedua-duanya; iaitu menyapu najis dengan benda kesat (tisu atau sebagainya), kemudian disusuli dengan membasuh dengan air. Cara ini adalah terbaik kerana dapat menjimat air dan mengelak tangan dari terlalu banyak menyentuh najis. Harus menggunakan salah satu cara iaitu dengan air sahaja atau dengan benda kesat sahaja, namun beristinjak dengan air adalah lebih afdhal kerana lebih menyucikan.

ADAB-ADAB ISTINJAK.

Tangan manakah yang hendak digunakan ketika beristinjak?

Beristinjak sunat menggunakan tangan kiri. Beristinjak dengan tangan kanan adalah makruh, kecuali tidak dapat dielakkan. Kata Nabi s.a.w.; “Sesiapa dari kamu kencing, janganlah ia memegang zakarnya dengan tangan kanannya dan janganlah juga ia beristinjak dengan tangan kanannya”.[1]

Apakah syarat-syarat beristinjak dengan benda kesat?

Namun jika hendak beristinjak dengan benda-benda kesat sahaja (tanpa menggunakan air), mesti memenuhi syarat-syarat di bawah;

1. Hendaklah dengan sekurang-kurangnya tiga kali sapuan, tidak boleh kurang darinya.[2] Salman r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. menegah kami dari beristinjak kurang dari tiga batu (yakni tiga sapuan batu)”.[3] Jika tiga kali sapuan tidak mencukupi, wajib ditambah dan sunat tambahan itu ganjil (yakni lima, tujuh dan sebagainya).

2. Hendaklah najis tidak melepasi papan punggung atau hasyafah (yakni kepala zakar). Jika najis meleleh melepasi kawasan tersebut, wajib istinjak dengan air.

3. Hendaklah sebelum najis kering. Jika najis telah kering, wajib istinjak dengan air.

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian

4. Bahan yang digunakan hendaklah bersih dan kering. Sifatnya hendaklah boleh meanggalkan najis, iaitu tidak terlalu licin atau terlalu kasar kerana tujuan intinjak ialah untuk menanggalkan najis, maka hendaklah bahan yang digunakan boleh memenuhi tujuan tersebut.

5. Bahan yang digunakan bukan dari makanan manusia atau jin seperti tulang. Kata Nabi s.a.w.; “Janganlah kamu beristinjak dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin”.[4]

Apakah adab-adab semasa membuang air kecil atau air besar?

1. Jangan membuka aurat sebelum masuk ke dalam tandas. Apa yang selalu atau kadang-kadang dilakukan oleh sebahagian dari kita hari ini iaitu menyelak atau mengangkat kain hingga nampak aurat sebelum masuk tandas adalah menyalahi Syarak. Hukumnya adalah haram.

2. Ketika memasuki tandas dahulukan kaki kiri dan sebelum melangkah masuk, bacalah terlebih dahulu;

والخبائث الخبث من بك أعوذ إني اللهم الله، بسم(Riwayat Imam al-Bukhari)

3. Keluar dari tandas, dahulukan kaki kanan dan apabila telah berada di luar tandas bacalah;

وعافاني األذى عني أذهب الذي لله الحمد غفرانك،(Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

4. Janganlah bercakap-cakap semasa di dalam tandas kecuali tidak dapat dielakkan. Malah Nabi s.a.w. tidak menjawab salam ketika baginda sedang buang air. Ibnu Umar menceritakan; “Seorang lelaki telah lalu berhampiran Nabi s.a.w. yang sedang kencing. Ia memberi salam kepada baginda, namun baginda tidak memjawab salamnya”.[5]

5. Jangan membawa masuk barang-barang yang terdapat nama Allah atau ayat al-Quran atau sebagainya yang dimuliakan oleh agama.

5. Jika terpaksa membuang air di tempat yang tidak mempunyai tandas (seperti di hutan dan sebagainya), hendaklah menjaga adab-adab berikut selain dari adab-adab di atas tadi;a) Hendaklah mencari tempat yang jauh dari orang ramai.b) Jangan mengadap ke arah qiblat atau membelakanginya.c) Hendaklah mencari tempat yang sesuai. Elakkan dari buang air di jalan lalu lalang orang ramai, tempat berteduh mereka, laluan air, di bawah pohon yang berbuah atau sebarang tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Hal tersebut amat dilarang oleh Nabi s.a.w. kerana mengundang laknat orang terhadap pelakunya.d) Jangan buang air di air yang tenang. Jabir r.a. berkata; “Nabi menegah kencing di air yang tenangd) Jangan buang air di lubang yang telah tersedia kerana ia dikhuatiri didiami oleh binatang atau jin. Abdullah bin Sarjis r.a. berkata; “Nabi s.a.w. melarang kencing ke dalam lubang”[6].

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian

Istinjak adalah membersihkan apa-apa yang telah keluar dari suatu jalan (di antara dua jalan: qubul atau dubur) dengan menggunakan air atau dengan batu atau yang sejenisnya (benda yang bersih dan suci). - Yayasan Al-Hanif

Dalam bahasa tempatan lebih popular dengan istilah "basuh kencing" atau "basuh berak". Jadi, bagaimana caranya membersihkan kemaluan dengan betul?

Lelaki:Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Selepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Wanita:Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?

Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya "Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan?" Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau tak betul, jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci.

HIKMAH ISTINJAK

Melakukan istinjak dapat membersihkan anggota badan supaya anggota badan menjadi sihat dan cergas. Orang yang sihat akan sentiasa ceria dan bersemangat dalam setiap pekerjaannya yang dilakukan. Kesihatan yang baik dapat menghindarkan diri daripada segala penyakit yang disebabkan dari kuman atau kekotoran. Sebab itulah Islam sangat mengambil berat soal kebersihan ini kerana ia mempunyai hubungan yang kuat dengan kesihatan.

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian

Orang yang sihat dapat melakukan segala ibadah kepada Allah dengan semangat dan kekuatan tenaga yang ada dan juga dapat melaksanakan ibadah dengan baik dan khusyuk. Allah sangat suka kepada orang yang menjaga kebersihan diri dan kebersihan sekelilingnya. Kekemasan dan kebersihan adalah merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW, sebagai umat Islam kita perlu meneladani apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

Orang yang mempunyai kebersihan diri akan sentiasa dihormati oleh orang sekelilingnya. Malah ia juga menjadi model atau contoh kepada masyarakat sekelilingnya. Berbeza dengan orang yang tidak bersih, kerana masyarakat akan memandangnya jijik dan mereka tidak mahu mendekati orang yang tidak bersih. Orang yang tidak bersih ini sering kalinya berada dalam keadaan yang tidak terurus, kotor, busuk dan sebagainya.

Beristinjak atau membersihkan diri daripada najis dapat menghindarkan diri dari berbagai-bagai penyakit yang disebabkan kekotoran najis. Kuman yang disebabkan najis yang dikeluarkan oleh seseorang dapat dihilangkan dengan cara istinjak sehingga bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan diri dari dihinggapi oleh berbagai penyakit. Islam telah meletakkan kaedah istinjak yang paling baik kepada umatnya supaya dapat menjauhkan diri daripada berbagai penyakit.