rancangan pengajaran harian

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 01-Mar-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3

Tarikh : 15.05. 2012Masa : 10.35 pagi - 11.35 pagi (60 minit)Tahun : 3 Cengal ( 32 orang)Bidang : Membentuk dan Membuat BinaanTajuk :Boneka UlarKemahiran : 3.1.3 Memerhati bentuk, benda-benda alam dan buatan manusia untuk memahami fungsinya. : 3.2.2 Meneroka dan memastikan kesesuaian ciri-ciri bahan dan alat untuk menghasilkan binaan. : 3.3.2 Mengetahui bagaimana bahan-bahan tertentu dilekat dan dicantumkan bagi menghasilkan sesuatu objek. : 3.4.1 Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan. Objektif : Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat: 1. Menyebutkan empat contoh boneka di rumah. 2. Menggunakan alat dan bahan yang sesuaiuntuk membuat boneka. Penerapan Nilai : Sabar, tekun, berwaspada KBKK : Mencetus idea, menganalisis Bahan Bantu Mengajar : Story Board, Komputer riba, LCD, slaid,Bahan Bantu Belajar : Pelbagai Boneka, sarung kaki terpakai, butang (mata patung), kain flanel merah/hitam atau perca kain, gunting, "hot glue gun", kad manila Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat boneka dan patung

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SET INDUKSI (5 minit)

1. Murid-murid ditunjukkan contoh-contoh boneka yang dibawa.2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang kegunaan boneka.3. Guru mengaitkan boneka dengan isi pelajaran.

LANGKAH 1 (10 minit)

1. Murid diberikan penjelasan tentang penghasilan boneka daripada sarung kaki berdasarkan Story Board.2. Murid diminta duduk di dalam kumpulan yang telah siap diagihkan.3. Murid diedarkan nota langkah-langkah membuat boneka daripada sarung kaki serta memahaminya.4. Murid ditayangkan video penghasilan boneka ular dan memberikan perhatian yang sepenuhnya agar dapat membuat boneka dengan baik.5. Murid diminta menyenaraikan langkah-langkah penting dalam penghasilan boneka termasuk aspek keselamatan.

LANGKAH 3 (30 minit)

1. Setiap kumpulan diminta mengeluarkan alatan dan bahan yang dibawa untuk menghasilkan boneka ular.2. Murid menghasilkan boneka ular berpandukan nota yang diedarkan tadi secara bekerjasama dalam kumpulan.3. Guru beredar dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain sambil membimbing kumpulan yang kurang mahir menggunakan peralatan seperti hot glue gun.

LANGKAH 4 (10 minit)

1.Setiap kumpulan diminta menghias boneka yang telah siap agar menarik.2.Guru membimbing kumpulan yang kurang mahir menghias boneka.3 Guru memilih beberapa hasil kerja murid dan mempamerkan kepada kelas.

PENUTUP (5 minit)

1.Murid dipertontonkan dengan video penggunaan boneka dalam pengajaran dan pembelajaran.2.Guru memaklumkan bahawa boneka merupakan bahan untuk bermain, berhibur, membantu dalam pembelajaran dan boleh juga dijadikan sebagai hadiah.3.Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menegaskan tentang aspek nilai yang terdapat dalam aktiviti hari iniRancangan Pengajaran Harian Kajian Tempatan 1

Mata Pelajaran: Pendidikan SeniTarikh/Hari: 10. Oktober 2011 (Isinin)Masa: 10.00a.m..-10.30a.m. (30 minit)Darjah: 4 ABil Pelajar: 45 orangTema/ Tajuk: Bidang 3 Membentuk dan Membuat Binaan

Sub Tajuk: b. Boneka

Hasil Pembelajaran: Di akhir pengajaran, pelajar-pelajar dapat:i.Menggunakan asa seni reka dalam membentuk dan membuat binaanii.Membentuk dan membuat binaan yang kompleks dan berfungsi dengan menggunakan pelbagai bahan dan teknik struktur.iii.Menggabungkan pelbagai alat, bahan dan teknik dalam penghasilan secara kreatif.

Pengetahuan Sedia Ada:i. Para pelajar pernah melihat boneka dengan siarantelevisyen .ii. Para pelajar pernah menggunakan kertas warna untukmenghasilkan corak ikan pada Tahun 3 .BBM:Video klips, kertas warna, gam, gunting, beg kertas,boneka singa.

Nilai murni: Mencintai binatang kecil, saling tolong-menolong, kreatif,sabar.

KBKK:Menghubungkait, menjana idea dan membanding beza .Strategi:Berpusatkan bahan, guru dan murid

Kaedah:Intrapersonal, simulasi, pembelajaran koperatif,inkiuripenemuan, simulasi

Kemahiran Bahasa:Kemahiranbelajar

LangkahIsi PengajaranAktiviti PengajaranCatatan / BBM

Set Induksi( 2 Minit )Guru menunjukkan contoh boneka singa dan burung

1.Guru menunjukkan bonekasinga.

2.Murid memerhati.

3.Guru memberitahu singa ini adalah raja dalam hutan, dan bersapa baik dengan murid apa khabar?

4.Murid menjawab khabar baik.

5.Guru meminta murid menghuraikan jenis-jenis yang akan meninggal dalam hutan

6.Apabila murid menyatakan burung, guru akan mengatakan kepada murid, tajuk hari ini ialah membuat boneka burung.

KBKK:Menghubungkait

BBM: boneka singa

Langkah 1(8 minit)Vidio Klip( PersediaanBahan )

1 Guru memberi arahan untuk memerhati video dengan teliti dan mendengar jelas permintaan guru.

2. menyiarkan video klip

3.Guru menerangkan alat yang perlu disediakan seperti beg kertas, kertas warna, gunting dan gam.

3.Guru menunjukkan bentuk kertas warna yang perlu disediakan untuk menjadikan mata, mulut, dan sebagainya

4. Murid membuat pemerhatian

5. Murid diberi masa lima minit untuk mengunting corak-corak yang diperlukan.

BBM: video klips, beg kertas, gunting, gam, kertas warna

Kecerdasan :intrapersonal

Kemahiran belajar

Kecerdasan:verbal linguistik

Langkah 2(8 minit)Penerangan langkah-langkah menghasilkan boneka burung1. Guru menerangkan langkah-langkah untuk menghasilkan boneka burung sambil menyiarkan video klip..

2. Murid memerhatikan langkah-langkah menghasilkan boneka burung.

3. Murid mendengar penerangan guru dengan jelas.

4. Guru menanya murid sesiapa yang tidak memahami langkah-langkah yang perlu dilakukan.BBM:Video klip

Inkuiri penemuan

Langkah 3(10 minit)Murid melakukan langkah-langkah yang ditunjukkan .1. Murid menyusun bahan-bahan yang diperlukan dan memeriksa kekurangan bahan yang boleh ditambah atau diganti.

2. Murid-murid melakukan langkah-langkah yang ditujukkan guru untuk menghasilkan boneka burung.

3. Guru merujuk contoh gambar boneka burung di atas papan sebagai rujukan kepada murid-murid.4. Guru memberi tunjuk ajar serta bantuan kepada murid yang diminta pertolongan.BBM: kertas warna, beg kertas, gunting dang am.

Kemahiran belajar

Penutup(2 minit)Penilaian

1.Selepas murid menyaipkan karya seni mereka. Guru memilih beberapa orang untuk mempamerkan hasilan mereka.

2. Murid keluar depan kelas dan menunjukkan hasilan mereka serta memberi nama kepada boneka burungnya.

2.Guru membuat penilain dan memberi pujian kepada murid yang menghasilkan boneka yang cantik dan keratif

BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tahun:3

Bidang:Bidang Membentuk dan Membuat Binaan

Modul:Boneka

Tema:Alam Semula Jadi

Tajuk:Kucing

Masa:60 minit

Media:Alat: guntingBahan: span, gam, gelang getah, bahan kutipan, danbahan lain yang sesuai.

Bahan Bantu Mengajar:Contoh boneka

EMK:Keusahawanan, Kreativiti, dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN

1.Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu bentuk, jalinan, dan imbangan yang terdapat pada alam semula jadi dan karya seni dalam penghasilan boneka.2.Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusipenentuan media dan teknik dalam penghasilan boneka.3.Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan boneka.4.Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

3.1Persepsi EstetikMurid dapat mengenal, menamakan, dan memahami bahasa senivisual yang ada pada boneka.3.1.1Unsur seni3.1.1.1Bentuk - konkrit3.1.1.2Jalinan - tampak dan sentuh3.1.2Prinsiprekaan3.1.2.1Imbangan - simetri3.2Aplikasi SeniMurid dapat mengatahui dan memahami bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.3.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media3.2.1.1Alat- gunting3.2.1.2Bahan - span, gam, bahan kutipan dan bahan lain yang sesuai3.2.2Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya3.3Ekspresi KreatifMurid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman bahasaseni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilankarya.3.3.1Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif3.3.2Menggunakan bahasa seni visual iaitubentuk,jalinan dan imbangan dalampenghasilan karya3.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya3.4Apresiasi SeniMurid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakanberpandukan bahasa seni visual.3.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan3.4.2Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi EstetikGuru menunjukkan beberapa contoh boneka.Guru bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada boneka.Guru menyatakan definisi boneka.

Aplikasi SeniGuru menyatakan media yang akan digunakan dalam penghasilan boneka.Guru menunjuk caramembuat boneka.-mengikat span dengan gelang getah untuk membentuk bahagian badan, kepala, telinga, dan kakikucing

Ekspresi Kreatif

Murid menghasilkan boneka berpandukan langkah-langkah yang telah dinyatakan dengan bimbingan guru.Murid melukis dan menghias muka kucing.

Apresiasi Seni

Murid memberikan pendapat tentang karya rakan.Murid membuat persembahan boneka yang dihasilkan.