rancangan pengajaran harian

25
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 5 Tarikh : 11 . 04 . 2013 ( Khamis ) Masa : 8.00 – 9.00 pagi (60 minit) Kelas : 5 Ihsan Bilangan Murid : 18 orang Tunjang pembelajaran : Kemahiran (Olahraga) Bidang Pembelajaran : i). Acara lari berganti-ganti Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar berpengalaman melakukan teknik pertukaran baton gaya selang-seli tanpa pandangan dan gaya selang-seli secara pandang semasa di tahun empat. Objektif Tingkahlaku : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat: 1 | WAJ 3112 ( olahraga )

Upload: jennifer-johnson

Post on 16-Dec-2015

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rph

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANPENDIDIKAN JASMANITAHUN 5Tarikh : 11 . 04 . 2013 ( Khamis )Masa : 8.00 9.00 pagi (60 minit)Kelas : 5 IhsanBilangan Murid: 18 orangTunjang pembelajaran : Kemahiran (Olahraga)Bidang Pembelajaran : i). Acara lari berganti-gantiPengetahuan Sedia Ada : Pelajar berpengalaman melakukan teknik pertukaran baton gaya selang-seli tanpa pandangan dan gaya selang-seli secara pandang semasa ditahun empat.Objektif Tingkahlaku : Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat:Psikomotor :i.Melakukan teknik hantaran dan dan terima baton secara statiksebanyak 10 kali percubaan. ii. Mengaplikasikan teknik hantaran dan terima baton dengan betul dalampermainan kecil.

Kognitif : i. Mengetahui cara menghantar dan menerima yang betul dalam acaralari berganti-ganti. ii. Menyatakan peraturan dalam teknik hantaran dan terima baton.Afektif : i. Memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pelajar. ii. Membina keyakinan diri. iii. Menggambarkan satu keseronokan dalam kalangan pelajar melalui aktiviti permainan kecil.KBKK : Kaitan koordinasi antara pancaindera dan latihan.Peralatan : 1) Sketel (16 buah) 2) bola ( 16 biji ) 3) baton ( 8 batang) 4) penanda ( 8 buah) 5) wisel 6) stopwatchKeselamatan :1.Memastikan murid memakai pakaian sukan yang sesuai dan betul.2. Memastikan kawasan latihan adalah sesuai dan selamat untuk sesilatihan dan pembelajaran.

Butir PengajaranRajah / Carta Organisasi

LangkahAktivitiPsikomotorAfektifKognitif

Langkah 1Set Induksi(10 minit)Memanaskan badan :

Murid berada di dalam kawasan yang telah ditetapkan

Regangan menggunakan alatan1. Tunjukkan baton .2. Murid berlari dalam kawasan yang telah ditetapkan3. Sentuh bahu rakan manakala rakan cuba elak manakala rakan yang telah disentuh cuba menyentuh bahu rakan lain pula.Teknik : Lari ketam sisi kiri dan kanan / back kick1. Pelajar mengetahui kepentingan memanaskan badan sebelum memulakan acara.2. Tahu tentang apa yang akan dipelajari.1. Pelajar bekerjasama dan seronok melakukan aktiviti yang diarah oleh guru.2. Perasaan ingin tahu.1. Memanaskan badan

G

X XX XX XX X X X X

G Guru X Murid Skitel

Langkah 2(8 minit )Demonstrasi ( Koordinasi )

Guru menunjuk cara kemahiran menghantar dan menerima baton kepada semua pelajar dalam kawalan berbentuk ladam kuda1. Menghantar badan condong kehadapan2. Kaki kanan dihadapan kaki kiri dibelakang.3. Lutut di bengkokkan sedikit.4. Tangan lurus kehadapan Tangan kanan dibelakang dan siku bengkok sedikit.1. Pelajar memahami kedudukan kaki , tangan dan tubuh semasa menghantar baton.2. Tahu kordinasi mata dan tangan.1. Menyesuaikan diri.2. Sedia menerima teguran.Pelajar berkumpul dalam bentuk ladam kuda.

GXXX XX X X

G GuruX Murid

Langkah 3( 10 minit )

Aktiviti 1:Lari pecut 30 meter(kelajuan)1. Murid dibahagi dalam 8 kumpulan.

Menerima-badan condong ke hadapan-kaki kiri di hadapan kaki kanan dibelakang-lutut dibengkokkan-tangan kiri lurus ke belakang-tangan kanak ke hadapan dan siku dibengkokkan sedikit.-Tapak tangan buka keatas.1. murid akan lari pecut dari garis mula hingga hujung kon sejauh 30 meter.2. murid akan berlari sambil memegang baton.3. Aktiviti akan dilakukan serentak untuk 5 kumpulan.

1.Pelajar memahami kedudukan kaki, tangan dan tubuh semasa menerima baton.2. Tahu koordinasi mata dengan tangan1.Bagaimana kedudukan badan, kaki dan tangan semasa berlari.

2. Cara memegang baton dengan betul semasa berlari.

1.Bangga melakukanyang terbaik1.Kesungguhan melakukan aktiviti2. disiplin dan teknik dalam larian batonSKITEL

1 2 3 4 5

GARIS MULA

JARAK 30 METER

Langkah 4( 10 minit )Aktiviti 2Bangkit tubi(kekuatan)1. Murid melakukan aktiviti secara berpasangan.2. Setiap pasangan akan diberi sebiji bola sepak / tampar / keranjang / jaring3. Pastikan murid melakukan ditempat yang rata.1. Murid akan melakukan aktiviti bangkit tubi sambil memegang bola.2. Murid A akan melakukan aktiviti manakala murid B akan bertindak sebagai pembantu dan mengira jumlah bangkit tubi yang diperolehi.3. Pastikan murid lakukan aktiviti dengan betul

1. Murid dapat melakukan aktiviti dengan cara yang betul.2. Tahu fungsi dan kesan aktiviti yang dijalankan-kekuatan abdomen-kekuatan kaki-kekuatan tangan

1. Melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan guru.2. Disiplin yang tinggi semasa menjalankan aktiviti.3. Kejujuran

Langkah 5(7 minit)

Aktiviti 3Kemuncak AktivitiPertandingan dalam kumpulan.Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli

1. Pelari pertama akan berlari perlahan/jogging dan memberi baton kepada pelari kedua.2. pelari kedua akan terima baton dan pecut ke pelari ketiga dan seterusnya secara selang-seli3. Pusingan ke-2 pelari pertama akan pecut dan beri baton kepada pelari kedua.4. Pelari kedua akan berlari secara jogging dan beri baton ke pelari 3 dan seterusnya secara selang-seli.5. Pusingan seterusnya semua pelari dalam kumpulan akan berlari berganti-ganti secara pecut.

1. Murid melakukan aktiviti dengan teknik yang betul.2. Melakukan aktiviti memberi dan menerima baton dengan teknik yang betul.

1. Melakukan aktiviti dengan semangat berpasukan yang tinggi.

BBBB BMula/pelari pertamaB Pelari keduaSketel/konG X 1 X 1 X 2X 2 X 3 X 3 X4 X 4

Langkah 6( 10 minit )

Aktiviti 4Permainan Larian Baton1. Pelari pertama berlari menuju ke skital mengambil baton dan berpatah balik menuju ke bahagian belakang kumpulan.2. Pelari kedua bersedia dan untuk menerima baton pelari pertama.3. Pelari kedua akan menuju ke skital serta berpusing ke skital dan mengulangi langkah pelari pertama tadi.4. Pastikan semua peserta menamatkan larian.5. Pasukan yang selesai dahulu dikira pemenang.

1. Pelajar mengaplikasikan kemahiran menghantar dan menerima baton.2. Peraturan diserapkan secara spontan

. Seronok dalam melakukan aktiviti dalam bentuk pertandingan.2. Semangat berpasukan.3. Teknik baton yang betul.

G = GURU

X 1 = MURID = SKITELG

X X X X X X XG GuruX Murid

BBBB BMula/pelari pertamaB Pelari keduaSketel/konG X 1 X 1 X 2X 2

Langkah 7(5 minit)PenutupMenyejukkan badan.Guru merumuskan pelajaran

Perbincangan:Nyatakan teknik hantaran dan terima baton?1. Murid dalam kedudukan berselerak di atas padang dan lakukan aktiviti regangan2. Berada dalam separuh bulatan mendengar rumusan guru.1.Tahu mengapa perlu menyejukkan badan.2. mengetahui teknik menghantar dan mnerima baton1. Menghargai2. Tolong menolong menyimpan alatan

Laporan Pengajaran

Aktiviti pengajaran dijalankan di trek sekolah yang terdapat di padang sekolah. Kelas tahun 5 menjadi pilihan saya kerana ianya sesuai untuk aktiviti olahraga.

Laporan Tentang Langkah Pengajaran

Guru perlulah mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Kewajipan guru adalah menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun. Rancangan pelajaran itu mesti disusun dengan teliti dan hati-hati. Guru juga seharusnya mengadakan suasana belajar yang baik dan berkesan. Guru harus boleh mewujudkan satu suasana yang baik. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan licin dan hasilnya. Kami mengaitkan pengetahuan sedia ada murid bagi memastikan murid mengetahu asas larian dan teknik memberi serta menerima baton. Dalam hal ini, saya mengaitkan perkembangan psikomotor, afektif an kognitif bagi melahirkan murid murid yang benar benar memahami konsep olahraga yang bukan sahaja menerapkan nilai sayangi diri malahan ianya juga mengandungi nilai nilai murni.

Set Induksi ( 10 minit )Akitiviti : Memanaskan badan1. Guru meminta murid membuat bulatan dan melakukan regangan supaya tidak berlaku kecderaan sewaktu aktiviti dijalankan

Langkah 2( 8 minit )Aktiviti : Demonstrasi1. Guru menunjukcara kemahiran menghantar dan menerima baton kepada semua pelajar

Langkah 3 ( 10 minit )Akitiviti 1: Lari pecut 30 meter.1. Aktiviti lari pecut 30 meter2. Guru menunjukcara larian.

Langkah 4 : ( 10 minit )Aktviti 2 : Bangkit tubi sambil memegang bola1. Guru membahagikan murid mengikut pasangan.2. Murid melakukan bangkit tubi sambil memegng bola.3. Hal ini dapat memberikan kekuatan kepada otot abdomen, kaki dan tangan

Langkah 5 ( 7 minit )Aktiviti 3: Kemuncak aktiviti pertandingan dalam kumpulan1. Guru membahagikan kumpulan dan mengadakan pertandingan kecil dalam kumpulan.

Langkah 6 : ( 10 minit )

Aktiviti 4 : Permainan Lari Baton

1. Guru mengadakan permainan lari baton

Langkah 7 :( 5 minit )Aktiviti : Penutup ( Menyejukkan badan )1. Guru mengarahkan murid untuk melakukan aktiviti menyejukkan badan2. Guru menyoal murid secara rawak tentang teknik yang betul untuk menerima dan menghantar baton.i. Guru bersoal jawab dengan murid dan guru memberi penekanan isi pelajaran hari ini.

20 | WAJ 3112 ( olahraga )