rancangan pengajaran harian

11
Rancangan Pengajaran Harian Topik: 6.0 Pecahan Tingkatan: Tahun 2 Kelas: 2A Bilangan pelajar: 20 Tarikh: 1 Ogos 2015 Standard Kandungan: 6.1 Menamakan pecahan wajar. Standard Pembelajaran: (i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar, dan lipatan kertas. (ii) Menyebut pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu persembilan dan satu persepuluh. Pengetahuan Sedia ada: (i) Murid pernah dengar perkataan setengah, separuh dan suku dalam kehidupan harian mereka. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat, (i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar, dan lipatan kertas. (ii) Menyebut pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu perempat, satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu persembilan dan satu persepuluh. Elemen Merentas Kurikulum:

Upload: maggi-how

Post on 14-Dec-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

matematik

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Pengajaran Harian

Rancangan Pengajaran Harian

Topik: 6.0 Pecahan

Tingkatan: Tahun 2

Kelas: 2A

Bilangan pelajar: 20

Tarikh: 1 Ogos 2015

Standard Kandungan: 6.1 Menamakan pecahan wajar.

Standard Pembelajaran:

(i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan penyebutnya

hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar, dan lipatan

kertas.

(ii) Menyebut pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu perempat,

satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu

persembilan dan satu persepuluh.

Pengetahuan Sedia ada:

(i) Murid pernah dengar perkataan setengah, separuh dan suku dalam

kehidupan harian mereka.

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini murid dapat,

(i) Mengenal pasti pecahan wajar yang pengangkanya 1 dan

penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan bahan konkrit, gambar,

dan lipatan kertas.

(ii) Menyebut pecahan wajar satu perdua, satu pertiga, satu perempat,

satu perlima, satu perenam, satu pertujuh, satu perlapan, satu

persembilan dan satu persepuluh.

Page 2: Rancangan Pengajaran Harian

Elemen Merentas Kurikulum:

Bahan Bantu Mengajar: slaid PowerPoint, Kad “Puzzle”, Lembaran Kerja 1, 2, 3 and 4.

Langkah/

masa

Isi Pelajaran Aktiviti P&P Catatan

Set induksi

(± 5 minit)

1. Guru akan menjelaskan

pecahan bermula

dengan ½

menggunakan slaid

PowerPoint.

2. Guru menegaskan

bahawa bentuk yang

dibahagikan mestilah

sama besar, jika tidak ia

bukanlah pecahan.

3. Seterusnya guru akan

mengajar ¼.

1. Guru menggunakan slaid

PowerPoint untuk

menunjukkan contoh

pecahan yang mudah

kepada pelajar.

2. Guru menjelaskan konsep

pecahan menggunakan

contoh dalam kehidupan

seharian.

3. Guru menegaskan setiap

satu bahagian yang terhasil

sebagai separuh atau satu

perdua. Separuh atau satu

perdua bermaksud satu

daripada dua. Guru juga

menegaskan jika bahagian

yang dipotong tidak sama

besar ia tidak boleh disebut

separuh atau setengah.

Slaid

PowerPoint

Langkah 1

(± 20 minit)

1. Guru mengedarkan

Lembaran kerja 1 kepada

murid-murid.

2. Guru memberi arahan

Slaid Power

Point,

Lembaran

kerja 1,

Page 3: Rancangan Pengajaran Harian

Arahan guru:

1. Setiap murid akan

diberi Lembaran kerja 1

2. Murid-murid dinasihati

supaya menggunakan

gunting dengan berhati-

hati untuk

mengguntingkan bentuk

yang terdapat dalam

Lembaran kerja.

3. Murid-murid melipat

bentuk yang

diguntingkan tadi

kepada separuh. (guru

akan membuat

demonstrasi)

4. Selepas itu, murid-

murid melukiskan satu

garisan pada lipatan

tadi.

5. Murid-murid warnakan

mana-mana bahagian

bentuk sehingga

garisan untuk

membentuk ½ bentuk

itu.

6. Hanya 2 bentuk yang

akan dibuat di dalam

kelas dan 2 lagi bentuk

ialah kerja rumah.

7. Langkah yang sama

kepada murid-murid untuk

mengunting bentuk-bentuk

dalam Lembaran kerja 1

dengan berhati-hati.

3. Guru membimbing murid

membuat lipatan kertas

bagi menunjukkan

“setengah” atau “separuh”

atau satu perdua.

4. Guru membimbing murid

untuk melukis garisan pada

kesan lipatan tadi.

5. Guru mengarah murid-

murid untuk mewarnakan

separuh daripada bahagian

bentuk tersebut.

6. Murid mempamerkan hasil

kerja murid. Guru

menegaskan bahawa murid

boleh mewarna mana-mana

satu bahagian pada setiap

kepingan kertas untuk

mendapatkan nilai separuh

atau satu perdua.

7. Guru mengedarkan

Lembaran kerja 2 kepada

murid-murid.

8. Guru memberi arahan

kepada murid-murid untuk

mengunting bentuk-bentuk

dalam Lembaran kerja 2

Lembaran

kerja 2

Page 4: Rancangan Pengajaran Harian

diambil untuk melukis ¼

bentuk tersebut.

dengan berhati-hati.

9. Guru membimbing murid

membuat lipatan kertas

bagi menunjukkan “suku”

atau satu perempat.

10.Guru membimbing murid

untuk melukis garisan pada

kesan lipatan tadi.

11.Guru mengarah murid-

murid untuk mewarnakan

separuh daripada bahagian

bentuk tersebut.

12.Murid mempamerkan hasil

kerja murid. Guru

menegaskan bahawa murid

boleh mewarna mana-mana

satu bahagian pada setiap

kepingan kertas untuk

mendapatkan nilai suku

atau satu perempat.

Langkah 2

(± 15 minit)

1. Guru akan meneruskan

pengajaran pecahan

wajar yang

pengangkanya 1 dan

penyebutnya hingga 10

selain daripada ½ dan

¼.

2. Guru akan memberi

beberapa contoh

kepada murid-murid

1. Guru menggunakan slaid

PowerPoint untuk mengajar

murid-murid pecahan wajar

yang pengangkanya 1 dan

penyebutnya hingga 10

selain daripada satu perdua

dan satu perempat.

2. Guru menggunakan

pelbagai jenis gambar untuk

menjelaskan pecahan

Slaid

PowerPoint,

Lembaran

kerja 3

Page 5: Rancangan Pengajaran Harian

supaya mereka lebih

memahami pecahan.

selain daripada satu perdua

dan satu perempat.

3. Guru mengedarkan

Lembaran kerja 3 kepada

murid-murid dan memberi

masa kepada mereka untuk

mewarnakan bahagian

dalam gambar yang

memenuhi soalan diberikan.

Langkah 3

(± 10 minit)

Arahan guru:

1. Setiap murid diberi satu

keping kad “Puzzle”.

2. Setiap kad “Puzzle” ada

pasangan kad masing-

masing. Murid-murid

haruslah mencari

pasangan sendiri.

3. Guru mengingati murid-

murid bahawa setiap

bahagian pecahan

adalah sama besar.

4. Apabila guru

memainkan muzik,

murid-murid akan mula

mencari pasangan

masing-masing.

5. Murid-murid haruslah

berhati-hati dan tidak

tolak menolak untuk

mengelakkan

1. Guru mengedarkan kad

“Puzzle” kepada murid-

murid.

2. Guru menjelaskan

peraturan permainan kad

“Puzzle” kepada murid-

murid.

3. Guru akan mengingati

murid-murid supaya berhati-

hati semasa bermain

supaya tidak cedera.

4. Guru memeriksa pasangan

setiap kad “Puzzle”

bersama-sama dengan

murid supaya mereka

betul.

Kad “puzzle”

Page 6: Rancangan Pengajaran Harian

kecederaan.

6. Guru menghentikan

muzik apabila semua

murid dapat mencari

pasangan masing-

masing.

7. Pasangan murid akan

keluar apabila guru

menyebut pecahan

yang diwakili oleh

gabungan kedua-dua

kad “Puzzle”.

8. Guru dan murid-murid

lain akan menyemak

sama ada jawapan

mereka betul atau tidak.

Penutup

(± 10 minit)

1. Guru membuat satu

kesimpulan kecil

berkaitan dengan

pecahan.

2. Guru mengingati murid-

murid ciri-ciri pecahan.

3. Lembaran kerja 4

diedarkan kepada

murid-murid sebagai

kerja rumah.

1. Guru membuat kesimpulan

tentang pecahan selepas

permainan.

2. Guru mengedarkan

Lembaran Kerja 4 kepada

pelajar sebagai kerja

rumah.

Slaid

PowerPoint,

Lembaran

Kerja 4

Page 7: Rancangan Pengajaran Harian

Lembaran kerja 1

Page 8: Rancangan Pengajaran Harian

Lembaran Kerja 2

Page 9: Rancangan Pengajaran Harian

Lembaran Kerja 3

Arahan:

Warnakan bahagian bentuk di bawah mengikut pecahan yang diberikan.

Pecahan Bentuk

14

17

12

18

110

Page 10: Rancangan Pengajaran Harian

13

15

16